Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Anwar cabar SPRM siasat janji Muhyiddin

daripada :http://farizmusa.blogspot.com


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tawaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai sekiranya pengundi memilih calon BN dalam pilihanraya kecil esok, adalah satu perbuatan rasuahSehubungan itu, beliau mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara tersebut.Anwar menegaskan demikian dalam ceramahnya bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang di hadapa hampir 5,000 penyokong - jumlah terbesar dalam tempoh berkempen - di Sungai Peria malam tadi."Mana ada jambatan siap sehari. Mu (kamu) Muhyiddin, bukan Nabi Sulaiman. Barangkali dia nak ikut kita masa pilihanraya dulu, (berjanji kalau) Pakatan menang hari ini, esok turun harga minyak. Itu bolehlah, itu isytihar saja."Dari sudut undang-undang ini salah, saya cabar SPRM, kalau kamu betul-betul amanah, mu siasat dan igat (tangkap) Muhyiddin kerana dia (buat) janji palsu ini. "Kalau dia beranilah. Mana boleh, kalau nak jambatan pangkah Umno-BN. Mu pangkah BN pada 14 haribulan, 15 haribulan buat jambatan. Dia ingat bapak dia punya negeri," katanya.Semalam, Muhyiddin menawarkan untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama, yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.Muhyiddin dilaporkan berkata: "Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN).

Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN."Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.Royalti minyakSementara itu, Anwar berkata, beliau akan membawa isu royalti minyak Kelantan ke parlimen dalam persidangan akan datang.

“Menang saja di Manek Urai, pada sidang parlimen akan datang, hari pertama atau kedua, saya bersama (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan saudara kita (yang lain) akan bangun tuntut kerajaanpersekutuan bagi balik wang kepada kerajaan Kelantan,” katanya.Anwar berkata demikian dalam ceramah di hadapan hampir 5,000 penyokong bersama Lim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat di Sungai Peria, Manek Urai semalam.
Beliau mengulas kontroversiti isu royalti minyak Kelantan yang dituntut Nik Aziz, melalui suratnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.Kerajaan Kelantan dilaporkan menuntut sebanyak RM1 bilion yang didakwa tidak dibayar sejak tahun 2004.Mengulas lanjut, Anwar berkata, Najib yang juga menteri kewangan perlu memberikan penjelasan berhubung tuntutan itu.

“Ini hak kita (rakyat Kelantan). Kita akan gegarkan parlimen. Penduduk Manek Urai buat keputusan. Kita nak menteri kewangan jawab masa itu juga. Pulangkan balik kepada rakyat kelantan,” katanya disambut tepukan gemuruh.Berhubung janji-janji pembangunan BN sepanjang tempoh berkempen, antaranya hendak membina majid baru di Temalir, Anwar berkata:“(Pilihanraya kecil) Manek Urai bukan soal satu masjid baru dia nak buat. Cukuplah masjid di Manek Urai... Bagi balik RM1 bilion kepada rakyat Kelantan, saya jamin masjid lebih cantik dibangunkan dengan ehsan tuan guru nik aziz. Tak payah bimbanglah soal masjid,” katanya.Sementara itu, Lim dalam majlis yang sama mengkritik Najib kerana didakwanya gagal membanteras masalah jenayah dan rasuah dalam negara setelah seratus hari mentadbir negara ini.“Dalam sebelas hadiah hadiah beliau tidak disentuh langsung bagaimana membanteras jenayah dan korupsi. Seratus hari beliau, belum ada apa-apa cadangan (untuk itu).”Najib kelmarin membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

LAWAN TETAP LAWAN

Maruah BN DURJANA bakal tergadai....

DETIK MARUAH BN DURJANA AKAN TECALAR LAGI KIAN HAMPIR....





Salam,pagi ini merupakan bermulanya detik hitam dalam tradisi Pilihanraya Kecil oleh BN DURJANA,kita akan melihat pada hari ini rakyat di kawasan Manek Urai bakal menghukum kerajaan BN DURJANA sekali lagi untuk meneruskan tradisi kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil sebagaimana sebelum ini.SJ amat terkilan kerana pada kali ini tidak dapat turun bersama-sama untuk membantu jentera petugas pilihanraya di Manek Urai kerana kesibukan kerja.SJ ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang berada di sana,jasa anda adalah jasa yang amat berharga yang dicurahkan terhadap perjuangan rakyat.Marilah kita sama-sama meneruskan tradisi kemenangan dalam pilihanraya kecil bagi melengkapkan dan memperlekehkan Kerajaan BN DURJANA yang kian hari tidak mendapat tempat dihati rakyat.


SJ daripada jauh hanya dapat mendoakan kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat bagi kita meneruskan agenda kita demi membantu rakyat.Wahai BN DURJANA ingatlah 'Kuasa Rakyat Kuasa keramat',perjuangan mesti diteruskan sehingga kita dapat kuburkan BN DURJANA dari persada politik tanah air.Percayalah perjuangan kita walaupun kita korbankan harta,masa dan wang ringgit tidak akan dapat juga menyamai sebagaimana perjuangan Rasulullah S.A.W yang begitu perit untuk menaikkan agama allah sebagaimana yang ada kini.Wahai kawan-kawan janganlah berasa jemu untuk memperjuangkan nasib rakyat,kerana SJ yakin perjuangan kita diberkati allah insyaallah.

Kepada Muhyiddin Yassin,Rakyat di Johor masih ingat apa yang engkau pernah lakukan terhadap rakyat johor,kami rakyat johor tidak pernah lupa,masih kekal dalam ingatan dan akan kekal selamanya.Tidak perlulah engkau menabur pelbagai janji yang hanya retorik.Ingat betapa busuknya jasa engkau di Johor.Antara dosa paling besar yang engkau lakukan ialah engkau mengubah hari cuti iaitu Hari Jumaat hari kebesaran dalam Islam kepada hari ahad!!Ingat jangan lupa apa yang engkau pernah lakukan.Diharap rakyat kelantan yang cerdik janganlah percaya dengan janji manis Si Lebam ni.Jika mahukan kesejahteraan dan agama islam terus dipertahankan maka Undilah calon PAS dalam PRK Manek Urai ini.Pastikanlah pejuang rakyat yang diangkat sebagai pemimpin.

Marilah kita sama-sama berdoa agar calon Pakatan Rakyat iaitu Saudara Fauzi dari Parti PAS akan menang dengan majoriti yang lebih besar..hidup...hidup...hidup Rakyat!!!

"Ya allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani enkau menangkanlah calon Pas di PRK Manek Urai,semoga dengan kemenangan ini agama engkau iaitu Islam akan terus masyhur dan dibelai"

LAWAN TETAP LAWAN

Sokongan rakyat masih berpihak pada DSAI..


Salam,pada 8hb yang lalu SJ bersama-sama AMK Cabang Gelang Patah dan AMK Cabang Batu Pahat bersama-sama dengan Ketua AMK Johor telah menuju ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap Konspirasi Politik Peringkat Tertinggi untuk menjatuhkan DSAI buat kali kedua.Kami bersama-sama telah menuju ke sana dengan hati membara untuk membantah tuduhan fitnah jahat terhadap DSAI.Sesungguhnya Konspirasi kedua ini lebih memualkan dan amat DURJANA sekali apabila Kes yang dituduh telah menunjukkan tiada sebarang bukti untuk mensabitkan DSAI dalam tuduhan jahanam tersebut.Lihatlah bagaimana kes ini ditangguh-tangguh bagi merekacipta bukti palsu untuk menyabitkan DSAI dalam tuduhan durjana tersebut.

SJ tidak berpuas hati dengan sistem mahkamah kita yang diperkudakan dan didurjanai oleh BN DURJANA dibawah pemerintahan Najib Altantuya.Mahkamah Malaysia telah hilang kredibiti sebuah badan kehakiman yang bebas dari sebarang unsur politik.Kita harus berfikir dengan rasional dan berdasarkan kejadian yang telah terjadi.SJ sendiri tidak pernah membayangi seorang orang penting,Bekas TPM Malaysia dimalukan sebegini rupa inikan kita sebagai rakyat biasa,adakah kita dapat mempercayai lagi sistem kehakiman kita jika apa yang terjadi sekarang tidak dibendung.

SJ melihat suasana pada hari Rabu tersebut di mana penyokong DSAI masih datang memberikan sokongan, lebih daipada 500 orang membanjiri kawasan Mahkamah walaupun hari tesebut adalah hari bekerja.Mereka sanggup mengambil cuti untuk hadir bagi memberikan sokongan kepada DSAI.Selain SJ dan rakan-rakan dari Johor ada juga yang datang dari Melaka,Negeri Sembilan,Pahang,Pulau Pinang juga hadir untuk memberikan sokongan.Kami semua melihat bahawa kes ini amatlah tiada kewajaran untuk dibuat pendakwaan kerana Kes tersebut tiada sebarang bukti untuk dibuat pendakwaan.SJ percaya jika Mahkamah mengikut prosiding yang betul kes ini WAJAR digugurkan.Walaupun pada hari tersebut Mahkamah menangguhkan ke 15hb Julai yang akan datang kami tidak menyesal datang dari jauh kerana sokongan kami kepada DSAI akan berterusan selagimana DSAI memperjuangkan nasib rakyat dengan bijaksana.

Di bawah ada sedikit gambar sekitar di Mahkamah sebagai tatapan umum...


YB Yusmadi Ahli Parlimen Balik Pulau bersama dengan para penyokong....


para penyokong dan media termasuk media antarabangsa memenuhi di ruang legar mahkamah...


Saudara Bob dari AMK Cabang Gelang Patah turut hadir.....


di sekitar ruang legar mahkamah...



Ketua AMK johor bersama SJ baru sampai di Masjid Wilayah
sebelum menuju ke mahkamah....
SJ harap pada 15hb Julai yang akan datang,marilah kita sama-sama menuju ke Mahkamah bagi mendengar prosiding Mahkamah terhadap DSAI,kita nyatakan sokongan kita dengan hadir beramai-ramai bagi menyangkal dakwaan media-media durjana dan tiga suku yang sesalu membuat laporan palsu bahawa DSAI sudah tiada sokongan.Jangan lupa 15hb kita jumpa di sana...
Sebelum pulang ke Johor SJ bersama dengan rombongan Ketua AMK Johor singgah di Kediaman DSAI di Segambut,dibawah ada sedikit gambar sekitar kawasan rumah DSAI....

Saudara Zabidi Abas Ketua AMK Johor bersama AMK yang lain....

Saudara Shamsul Iskandar Ketua AMK Pusat.....

DSAI,Ketua Umum PKR sedang ditemuramah media antarabangsa......nak harap media sendiri merapu banyak daripada menyampaikan kebenaran...


para hadirin yang hadir di perkarangan rumah DSAI....

para penyokong yang hadir dari merata tempat...


Datin Seri Wan Azizah,Presiden PKR sedang ditemuramah.....


Barisan Angkatan Muda Keadilan Malaysia sedang bergambar kenangan bersama DSAI,pemimpin yang amat dihormati....
'Lawan Tetap Lawan'



























































































































































KONSPIRASI JAHAT TERHADAP ANWAR IBRAHIM




KONSPIRASI JAHAT TERHADAP ANWAR IBRAHIM
Sebagai tanda sokongan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim, Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyeru semua ahli2 Parti Keadilan Rakyat terutama Angkatan Muda Keadilan di seluruh negara untuk hadir beramai-ramai ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 Julai 2009 (seawal 7am) dengan berpakaian "HITAM" bagi memberi sokongan kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan menghadiri perbicaraan pertuduhan kes liwat. Kes yang dilihat sebagai Konspirasi Jahat Terhadap Anwar Ibrahim (KEJAM) merupakan episod ke 2 bagi menghalang kemaraan Aura Politik Anwar Ibrahim.Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah bersama AMK Cabang yang lain dari Johor akan turun beramai-ramai ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.Semalam selepas tamat Kursus Kepimpinan AMK yang melibatkan kepimpinan AMK di seluruh Malaysia telah diberikan penjelasan oleh seorang Dr. pakar yang terkenal berkaitan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim yang jelas menunjukkan bahawa adanya pakatan terancang dari beberapa pihak bagi menyekat kemaraan pengaruh Dato' Seri Anwar Ibrahim."Jangan Takut Makhluk"

BERKATA BENAR BIARPUN PAHIT.....

che'GuBard isytihar batal semua kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS

Beberapa perkara perlu diberikan perhatian dalam isu memastikan kelansungan kekuatan Pakatan Rakyat.Pimpinan DAP Pusat seharusnya mengambil tindakan terhadap pimpinan DAP Kedah yang terlibat membuat kenyataan terbuka di media tanpa perbincangan yang sempurna dalam Majlis Pakatan Rakyat. Semua tindakan yang melibatkan dasar harus dibuat diperingkat pusat.Tindakan Ketua Pemuda PAS membuat pertemuan 'rasmi' dan 'terbuka' dengan Pemuda Umno dilihat sebagai usaha terkebelakang dalam memastikan kekuatan pakatan.Nampaknya ada kalangan pimpinan PAS seolah tidak memahami isyarat keputusan Pilihanraya Umum lalu. Mereka juga terus menerus melakukan tindakan memberikan 'talian hayat' kepada Umno - Bn yang makin melemah.Ini mungkin berlaku kerana banyak alasan, namun alasan - alasan tersebut ialah alasan dangkal yang ingin menghalalkan tindakan mereka semata - mata demi kepentingan kelompok tertentu sahaja.Jika dakwaan ini salah sila jawab apa yang berlaku apabila rakyat menolak Bn di Selangor tetapi sebaliknya ada pimpinan PAS yang duduk berbincang dengan Bn dengan membawa kemungkinan membentuk kerajaan campuran PAS-Umno di Selangor, tetapi akhirnya gagal kerana dua - dua pihak berkeras hendak jadi Menteri Besar..... Sila jawab dakwaan terbuka Tuan Guru Ust. Hj Ahmad Awang yang menyatakan ada pimpinan PAS Pusat yang menghubungi beliau meminta pertimbangan semula agar diadakan pakatan Umno - Pas dalam membentuk kerajaan Perak.che'GuBard dengan ini selaku anak muda yang bergelumang dengan aktivis 'bawahan' dan melihat derita rakyat dizalimi dan ditinds regim serta mepelajari sejarah bahawa regim ini pewaris penjajah negara, maka dengan ini mengecam tindakan Dewan Pemuda Pas yang masih terhegeh-hegeh memberikan talian hayat kepada Umno.Selaku anak muda che'GuBard mengisytiharkan memboikot semua program melibatkan Dewan Demuda PAS termasuk jemputan yang telah disahkan hadir.

Tindakan ini bukan mewakili parti tetapi mewakili kekecewaan aktivis 'bawahan' yang tidak diendahkan suara mereka. Apa yang kita dapat hari ini bukan atas kekuatan parti kita semata - mata tetapi atas penolakan kuat rakyat terhadap Bn dan harapan sedikit yang ada terhadap gabungan kita. Bila ada sikit kuasa kita lupa dan nak lebih dengan ajak entiti yang ditolak rakyat untuk duduk semeja....percayalah teruskanlah perkara ini rakyat akan terus mencampak kita dalam longkang dalam PRU yang akan datang.....Wahai Yb atau sesiapa yang mendapat apa juga tempat hasil PRU lepas, ketahuilah keputusan itu bukan dicipta begitu sahaja dalam sehari pada 8 Mac yang lepas ia merupakan hasil perjuangan panjang...... sanggupkah kita kianati semua sejarah perjuangan panjang tersebut.

sila ke link ini untuk maklumat lanjut

Mesyuarat AMK Cabang Gelang Patah 01 Julai 2009


salam.,semalam SJ hadir ke mesyuarat AMK Cabang Gelang Patah,buat pertama kalinya SJ melihat satu kelainan iaitu mesyuarat diadakan di rumah ahli parti.Di sini SJ nampak cara yang dibawa oleh AMK Cabang Gelang Patah amatlah baik sekali,kerana mesyuarat diadakan di luar kawasan pejabat sekaligus boleh mencakna minda untuk membuat satu perbincangan dngan baik dan terbuka.

Cara ini juga SJ nampak banyak manfaatnya,diantaranya merapatkan ukhuwah sesama ahli parti dan memudahkan kerja dilakukan bersama..Malam tadi Mesyuarat diadakan di rumah Sdr Asrol dan mengikut keputusan mesyuarat semalam perkara ini akan diteruskan jika mendapat impak yang baik dari ahli.Mesyuarat seterusnya juga akan diadakan di rumah ahli.Diharapkan kepada cabang-cabang lain jika ingin mengikuti cara ini juga adalah baik,kerana jika kembali di zaman rasulullah perkara seperti ini yang dijalankan sebab itu ukhuwah sesama sahabat begitu erat.Mungkin dengan cara sedemikian boleh menjadikan kekerapan kehadiran ahli adalah baik.

Tahniah kepada AMK Cabang Gelang Patah yang telah membuat satu inisiatif ini,mungkin boleh dicontohi oleh cabang lain.

Dibawah ada disertakan sedikit gambar malam tadi,...











Semoga PKR Cabang Gelang Patah dapat memupuk ukhuwah sesama ahli dengan inisitif yang dilakukan ini
'Lawan Tetap Lawan'
















KENALI CALON PAS PRK N.MANEK URAI...





Perniagaan - hampir 20 tahun menjalankan perniagaan memborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai.

Seorang yang amat-amat cakna pada masyarakat sekeliling. amat mudah didekati kalau dalam kesusahan. bukan sedikit warga Kuala Krai yang pernah mendapat bantuan peribadi dari beliau baik dalam bentuk wang ringgit mahupun kebendaan. orang UMNgOk pun tahu dan mengakui hakikat ini."Sinis" - amat susah untuk bertemu beliau kalau korang ni jenis malas pergi ke Masjid sebab kebanyakan masa beliau dihabiskan dengan mendekatkan diri kepada Allah didalam Masjid PAS berhampiran dengan CIMB Bandar Kuala Krai. kalau nak jumpa dia cukup mudah, sembahyang 5 waktu sehari semalam di Masjid berkenaan dan korang akan nampak kelibat beliau bersama-sama jemaah-jemaah yang lain.

Tapi dalam musim kempen Pilihanraya ni aku tak jamin la dia ada dekat situ, cuba jenguk ke Masjid atau Surau-Surau lain, insya-Allah pasti ada (lepas ni KOMPOM Tuan Aziz pun jadi kaki mesjid ngan surau jugak..! hahaha...!!!).

Seorang yang amat merendah diri. kalau bersembang dengan beliau, amat-amat jaranng beliau meninggi suara, bila bercakap, mata beliau tidak akan terarah kelain melainkan kemuka orang yanng sedang bercakap dengan beliau. salah 1 faktor yang ada pada orang yang ikhlas bila berkata-kata.Arwah bapa beliau (Al-Fatihah) adalah seorang penarik beca semasa hayatnya, amat dikenali kerana sifatnya yang suka berkhidmat kepada masyarakat setempat dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya. arwah bapanya dikenali di Kuala Krai sebagai "Pok Loh".

Ibu beliau juga adalah seorang peniaga (peraih) sayur-sayuran di Pasar Kuala Krai (id tidak dapat didedahkan atas permintaan) juga dikenali kerana sikapnya yang cakna dan suka membantu sesiapa sahaja yang dalam kesulitan.Yang paling menarik bagi aku tentang calon yang ditonjolkan oleh PAS ini ialah beliau mempunyai sebuah Van persendirian yang diwakafkan sebagai Van Jenazah kepada penduduk Kuala Krai. sesiapa sahaja boleh menggunakan Van Jenazah tersebut jika mahu dan tiada bayaran dikenakan.

Calon UMNgOk pulak macam mana..?

SJ DOAKAN SEMOGA SAUDARA FAUZI ABDULLAH AKAN MEMENANGI PRK N MANEK URAI SEKALIGUS MERANAPKAN MARUAH NAJIB AL TANTUYA!!

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List