Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Sokongan rakyat masih berpihak pada DSAI..


Salam,pada 8hb yang lalu SJ bersama-sama AMK Cabang Gelang Patah dan AMK Cabang Batu Pahat bersama-sama dengan Ketua AMK Johor telah menuju ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap Konspirasi Politik Peringkat Tertinggi untuk menjatuhkan DSAI buat kali kedua.Kami bersama-sama telah menuju ke sana dengan hati membara untuk membantah tuduhan fitnah jahat terhadap DSAI.Sesungguhnya Konspirasi kedua ini lebih memualkan dan amat DURJANA sekali apabila Kes yang dituduh telah menunjukkan tiada sebarang bukti untuk mensabitkan DSAI dalam tuduhan jahanam tersebut.Lihatlah bagaimana kes ini ditangguh-tangguh bagi merekacipta bukti palsu untuk menyabitkan DSAI dalam tuduhan durjana tersebut.

SJ tidak berpuas hati dengan sistem mahkamah kita yang diperkudakan dan didurjanai oleh BN DURJANA dibawah pemerintahan Najib Altantuya.Mahkamah Malaysia telah hilang kredibiti sebuah badan kehakiman yang bebas dari sebarang unsur politik.Kita harus berfikir dengan rasional dan berdasarkan kejadian yang telah terjadi.SJ sendiri tidak pernah membayangi seorang orang penting,Bekas TPM Malaysia dimalukan sebegini rupa inikan kita sebagai rakyat biasa,adakah kita dapat mempercayai lagi sistem kehakiman kita jika apa yang terjadi sekarang tidak dibendung.

SJ melihat suasana pada hari Rabu tersebut di mana penyokong DSAI masih datang memberikan sokongan, lebih daipada 500 orang membanjiri kawasan Mahkamah walaupun hari tesebut adalah hari bekerja.Mereka sanggup mengambil cuti untuk hadir bagi memberikan sokongan kepada DSAI.Selain SJ dan rakan-rakan dari Johor ada juga yang datang dari Melaka,Negeri Sembilan,Pahang,Pulau Pinang juga hadir untuk memberikan sokongan.Kami semua melihat bahawa kes ini amatlah tiada kewajaran untuk dibuat pendakwaan kerana Kes tersebut tiada sebarang bukti untuk dibuat pendakwaan.SJ percaya jika Mahkamah mengikut prosiding yang betul kes ini WAJAR digugurkan.Walaupun pada hari tersebut Mahkamah menangguhkan ke 15hb Julai yang akan datang kami tidak menyesal datang dari jauh kerana sokongan kami kepada DSAI akan berterusan selagimana DSAI memperjuangkan nasib rakyat dengan bijaksana.

Di bawah ada sedikit gambar sekitar di Mahkamah sebagai tatapan umum...


YB Yusmadi Ahli Parlimen Balik Pulau bersama dengan para penyokong....


para penyokong dan media termasuk media antarabangsa memenuhi di ruang legar mahkamah...


Saudara Bob dari AMK Cabang Gelang Patah turut hadir.....


di sekitar ruang legar mahkamah...



Ketua AMK johor bersama SJ baru sampai di Masjid Wilayah
sebelum menuju ke mahkamah....
SJ harap pada 15hb Julai yang akan datang,marilah kita sama-sama menuju ke Mahkamah bagi mendengar prosiding Mahkamah terhadap DSAI,kita nyatakan sokongan kita dengan hadir beramai-ramai bagi menyangkal dakwaan media-media durjana dan tiga suku yang sesalu membuat laporan palsu bahawa DSAI sudah tiada sokongan.Jangan lupa 15hb kita jumpa di sana...
Sebelum pulang ke Johor SJ bersama dengan rombongan Ketua AMK Johor singgah di Kediaman DSAI di Segambut,dibawah ada sedikit gambar sekitar kawasan rumah DSAI....

Saudara Zabidi Abas Ketua AMK Johor bersama AMK yang lain....

Saudara Shamsul Iskandar Ketua AMK Pusat.....

DSAI,Ketua Umum PKR sedang ditemuramah media antarabangsa......nak harap media sendiri merapu banyak daripada menyampaikan kebenaran...


para hadirin yang hadir di perkarangan rumah DSAI....

para penyokong yang hadir dari merata tempat...


Datin Seri Wan Azizah,Presiden PKR sedang ditemuramah.....


Barisan Angkatan Muda Keadilan Malaysia sedang bergambar kenangan bersama DSAI,pemimpin yang amat dihormati....
'Lawan Tetap Lawan'



























































































































































0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List