Fakta dari Chegubard
Masih ingatkah kita dengan gambar di atas. Demo ini dilakukan oleh orang Umno apabila SPRM mula campur tangan dalam isu rasuah wang dalam memastikan tempat dalam pemilihan Umno yang lalu. Mereka secara jelas menjerit dan menghina SPRM.
Memberi respon dalam isu tersebut che'GuBard telah membuat posting dengan memberikan komen betapa SPRM lebih teruk dari BPR kerana bukan setakat menjadi alat regim Bn tetapi seronok diperlalat kelompok tertentu dalam Bn untuk menjamin kepentingan mereka termasuk sanggup diperguna untuk sabotaj sesama Bn menjelang pemilihan. sila klik sini untuk baca lanjut.
Namun di banyak peringkat ketika itu orang Umno yang cemas terus bangkit memaki hamun SPRM.
Namun semalam situasi berbeza orang Umno tiba - tiba buat demo untuk tunjuk yang mereka sokong sangat SPRM dan Polis....Adalah 50 orang yang diberi masa 20 minit oleh Polis...
Adakah mereka ini hanya tahu bertindak mengikut arahan 'pay master' atau tuan politik mereka semata - mata tanpa mampu memikir rasional. Lebih parah lagi antara hamburan kata - kata dalam himpunan tersebut antaranya ialah mempertahankan institusi SPRM yang ditunjangi Melayu dari diserang oleh Cina...... apa semua ini...sudah suntuk akal atau kering strategi politik....?
0 comments:
Post a Comment