daripada :http://farizmusa.blogspot.com
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tawaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai sekiranya pengundi memilih calon BN dalam pilihanraya kecil esok, adalah satu perbuatan rasuahSehubungan itu, beliau mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara tersebut.Anwar menegaskan demikian dalam ceramahnya bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang di hadapa hampir 5,000 penyokong - jumlah terbesar dalam tempoh berkempen - di Sungai Peria malam tadi."Mana ada jambatan siap sehari. Mu (kamu) Muhyiddin, bukan Nabi Sulaiman. Barangkali dia nak ikut kita masa pilihanraya dulu, (berjanji kalau) Pakatan menang hari ini, esok turun harga minyak. Itu bolehlah, itu isytihar saja."Dari sudut undang-undang ini salah, saya cabar SPRM, kalau kamu betul-betul amanah, mu siasat dan igat (tangkap) Muhyiddin kerana dia (buat) janji palsu ini. "Kalau dia beranilah. Mana boleh, kalau nak jambatan pangkah Umno-BN. Mu pangkah BN pada 14 haribulan, 15 haribulan buat jambatan. Dia ingat bapak dia punya negeri," katanya.Semalam, Muhyiddin menawarkan untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama, yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.Muhyiddin dilaporkan berkata: "Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN).
“Menang saja di Manek Urai, pada sidang parlimen akan datang, hari pertama atau kedua, saya bersama (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan saudara kita (yang lain) akan bangun tuntut kerajaanpersekutuan bagi balik wang kepada kerajaan Kelantan,” katanya.Anwar berkata demikian dalam ceramah di hadapan hampir 5,000 penyokong bersama Lim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat di Sungai Peria, Manek Urai semalam.
Beliau mengulas kontroversiti isu royalti minyak Kelantan yang dituntut Nik Aziz, melalui suratnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.Kerajaan Kelantan dilaporkan menuntut sebanyak RM1 bilion yang didakwa tidak dibayar sejak tahun 2004.Mengulas lanjut, Anwar berkata, Najib yang juga menteri kewangan perlu memberikan penjelasan berhubung tuntutan itu.
“Ini hak kita (rakyat Kelantan). Kita akan gegarkan parlimen. Penduduk Manek Urai buat keputusan. Kita nak menteri kewangan jawab masa itu juga. Pulangkan balik kepada rakyat kelantan,” katanya disambut tepukan gemuruh.Berhubung janji-janji pembangunan BN sepanjang tempoh berkempen, antaranya hendak membina majid baru di Temalir, Anwar berkata:“(Pilihanraya kecil) Manek Urai bukan soal satu masjid baru dia nak buat. Cukuplah masjid di Manek Urai... Bagi balik RM1 bilion kepada rakyat Kelantan, saya jamin masjid lebih cantik dibangunkan dengan ehsan tuan guru nik aziz. Tak payah bimbanglah soal masjid,” katanya.Sementara itu, Lim dalam majlis yang sama mengkritik Najib kerana didakwanya gagal membanteras masalah jenayah dan rasuah dalam negara setelah seratus hari mentadbir negara ini.“Dalam sebelas hadiah hadiah beliau tidak disentuh langsung bagaimana membanteras jenayah dan korupsi. Seratus hari beliau, belum ada apa-apa cadangan (untuk itu).”Najib kelmarin membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.
LAWAN TETAP LAWAN
0 comments:
Post a Comment