
Salam,kini tiba masanya SJ untuk menyatakan sesuatu yang amat penting kepada orang islam di Malaysia,dengan hujjah ayat Al-Quran yang SJ bawa ini memang sudah sepatutnya kita khususnya orang islam harus menolak pemimpin yang zalim dan taghut seperti mana yang ada sekarang.Ayat Al-quran telah diturunkan dengan lama tapi mungkin ada yang terlepas pandang terhadap ayat ini.Dalam ayat ini allah tidak menyatakan jangan berlaku zalim,.atau jangan bersama dengan orang yang zalim,tapi ayat yang digunakan adalah cenderung.
Menurut tafsiran Kamus DBP Edisi Keempat
(1. tidak tegak, condong, senget; 2. menaruh minat (keinginan, kasih, dsb) terhadap sesuatu, suka (akan sesuatu atau melakukan sesuatu), menunjukkan kegemaran kpd: ia lebih ~ membaca novel; 3. berpihak kpd, memilih pihak, menyebelahi, condong: hakim yg adil tidak ~ kpd pihak mana pun; 4. sl lereng bukit (jurang, tebing, dll) yg curam: ~ yg tinggi lagi terjal; mencenderungkan menyebabkan (menjadikan) cenderung, menyebabkan seseorang berminat (suka, gemar) pd sesuatu: dlm artikel ini, tumpuan akan diberikan kpd peranan ibu bapa membentuk personaliti anak-anak yg ~ mereka kpd penyalahgunaan dadah; kecenderungan kesukaan (keinginan, kemahuan), kecondongan (bkn bakat, hati): pendapat pentafsir itu bergantung pd ~nya; kaedah mengajar ini mesti disesuaikan dgn ~ kanak-kanak; berkecenderungan menunjukkan atau mempunyai kecenderungan (terhadap sesuatu atau utk melakukan sesuatu): sudah ada kes yg menunjukkan bahawa pelarian Vietnam yg sudah biasa dgn kehidupan huru-hara itu ~ utk mencipta fenomena serupa itu di sini.)
Cenderung bererti condong ataupun bahasa yang lebih mudah menyokong ke arah sesuatu.Dan kaitan nya ayat Al-Quran diatas tadi ialah kecenderungan ke arah pemimpin yang zalim.Bahasa yang lebih mudah difahami adalah menyokong.Ingatlah walaupun jika kita hanya menyokongnya tapi sebenarnya dengan sokongan itu mengakibatkan kita telah mempunyai 'saham' yang sama dengan mereka.Contohnya jika pemimpin itu mengatakan Hukum Islam adalah hukum yang ketinggalan zaman,maka orang yang menyokongnya juga mendapat 'saham' bagi orang yang menghina agama islam itu sendiri.
Pada zaman kita yang kononnya di Negara kita dipimpin oleh seorang pemimpin Islam,dengan megahnya melaungkan slogan 1 Malaysia.Tetapi disebalik itu terpalit pelbagai kerja zalim yang telah dibuat oleh pemimpin tersebut tetapi masih ada yang tetap meyokongnya malah bila mana pemimpin itu menghina ulama',menghina agama itu sendiri masih ada juga yang menyokongnya.Sebagaimana kata-kata Pujangga Indonesia Ronggo Warsito "Jaman ini jaman edan" memang benar kata-katanya zaman ini zaman edan iaitu zaman gila,di mana orang sanggup mengekalkan kuasa dengan gila,sanggup membunuh,menipu,meletupkan orang dan banyak lagi kerja jahat yang dilakukan pada zaman edan ini.tapi apa kan daya kerana zaman ini zaman edan semuanya menjadi terbalik,orang yang zalim diangkat menjadi pemimpin tapi orang yang baik dihina.
SJ selaku anak muda ingin menasihatkan sesama anak muda yang lain,di zaman edan ini banyak perkara pelik berlaku dan juga yang tidak sepatutnya akan berlaku,anak muda adalah pewaris tahta pemerintahan negara di masa akan datang,jika kita tidak mencoraknya dengan baik di zaman edan ini,pasti di masa akan datang kita akan menjadi lebih edan dari apa yang berlaku sekarang,gunakanlah tenaga anak muda kita ke arah kebaikan dan kita gunakan semangat anak muda untuk merobohkan tembok kezaliman.Ayuh apa guna kita tunggu lagi,anjakan langkah ke hadapan dengan penuh tabah,walaupun umur kita masih muda tidak bermaksud kita tak payah campur urusan politik.Istilah itu tidak boleh lagi digunapakai,anak muda sekarang harus mencampuri politik untuk menjadikan diri lebih matang dan mampu menilai sesuatu dengan baik.Janganlah anak muda menghancurkan diri ke arah lembah kejahanaman.
Akhir sekali nasihat SJ lihatlah dan renunglah ayat di atas itu,jadikan ayat itu sebagai panduan untuk anak muda ke arah perubahan menolak pemimpin yang zalim iaitu pemimpin yang bersama BN Durjana.Jatuhkan Kerajaan zalim ini dan gantikan dengan kerajaan yang adil.Moga masa hadapan kita lebih cerah di masa yang mendatang
We Will Fight and We Will Never Surrender!!!!
Revolusi Anak Muda
Revolusi Anak Muda Malaysia
Larangan Menyokong Pemimpin Zalim!!!
kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
(5 Oktober 2009 , 16 Syawal 1430)
No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(01/09)
TAJUK
TINDAKAN LEMAH TERHADAPAN ISU PEMBUANGAN 14 KEPING KAD PENGENALAN DI TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH SANGAT DIKESALI
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah menyerahkan memorandum kepada Yang Berbahagia Datuk Jalaluddin Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Johor pada 19 Ogos 2009 berkaitan dengan satu laporan polis yang pernah dibuat oleh Encik Za’aba Bin Haji Ibrahim pada 8 Jun 2009 bahawa beliau telah menemui sejumlah 14 keping kad pengenalan di sebuah tempat pembuangan sampah haram SCDC bersama dengan beberapa perkara lain seperti kad perwakilan UMNO. Dalam pertemuan tersebut, saya telah diberitahu bahawa kes ini tidak disiasat oleh pihak polis dan kes ini telah diserahkan kepada Pejabat Pendaftaran Johor.
Say merujuk kepada surat jawapan balas daripada Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor Darul Takzim bilangan JPNJ.SK:163/795/1 Jld 18(45) bertarikh 29 Oktober 2009 sebagai jawapan balas kepada surat DPPNJ bilangan PAS/DPP.12/2.05(12/09) bertarikh 17 September 2009 menyatakan bahawa kes ini adalah di bawah tanggungjawab Polis Di Raja Malaysia Negeri Johor sepertimana rujukan laporan polis TAMPOI/00627/09 bertarikh 8 Jun 2009. Dalam surat jawapan tersebut, Jabatan ini menyatakan bahawa akan hanya menyoal siasat kepada pemilik-pemilik kad pengenalan yang dijumpai di tapak pembuangan sampah tersebut untuk dipanjangkan ke ibu pejabat JPN Putrajaya.
DPPNJ melahirkan rasa dukacita di atas jawapan balas yang telah diterima ini kerana seolah-olahnya isu ini tidak serius untuk diselesaikan. Kes pembuangan kad pengenalan di tapak pembuangan sampah ini bukan perkara yang kecil kerana ia melibatkan keselamatan negara.
DPPNJ ingin mempertegaskan sekali lagi bahawa :-
- isu penemuan beberapa belas keping kad pengenalan ini adalah merupakan satu perkara besar kerana ia membabitkan isu keselamatan negara.
- DPPNJ mempersoalkan bagaimana kad pengenalan tersebut boleh dijumpai di sebuah tempat pembuangan sampah dalam keadaan yang meragukan sedangkan kad pengenalan tersebut masih lagi dalam keadaan yang sempurna tanpa ada tanda-tanda ianya telah dimusnahkan.
- JPN hanya menyoal siasat kepada pemilik-pemilik kad pengenalan yang dijumpai sedangkan DPPNJ meragui bagaimana proses pelupusan kad pengenalan tersebut dibuat kerana salah seorang daripada tuan punya kad pengenalan tersebut telah mengesahkan bahawa beliau telah memulangkan kad pengenalan tersebut keada JPN.
- Dalam laporan polis yang telah dibuat oleh Encik Zaaba Bin Ibrahim telah menyatakan bahawa beberapa kad perwakilan dan jentera pilihanraya UMNO yang tertera nama Hashimah Binti Abdul Samah, Naib Ketua Wanita UMNO Cawangan Taman Baru dijumpai bersama kad pengenalan tersebut. Apakah tidak perlu siasatan dibuat terhadap beliau yang mungkin disyaki terlibat dalam perkara ini?
Berdasarkan kepada maklumat-maklumat ini jelas bahawa kes ini tidak serius untuk ditangani sedangkan kad pengenalan ini adalah merupakan dokumen pengenalan diri yang cukup berharga kepada setiap rakyat Malaysia.
DPPNJ akan mengambil tindakan susulan terhadap jawapan balas daripada kedua-dua pihak ini termasuklah akan membawa perkara ini ke Parlimen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Resolusi Biro Felda & Hal Ehwal Orang Asal PKR Johor
Biro Felda & Hal Ehwal Orang Asal PKR Johor telah berjaya mengeluarkan kenyataan bersama untuk tindakan bersama peneroka Felda Gugusan Linggiu, Taib Andak dan lainnya.Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah Tn Hj Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda dan Hal Ehwal Orang Asal PKR beserta Jawatankuasa Pusat.
Pihak kami telah menerima 5 aduan bertulis daripada peneroka dan akan menyiasat aduan tersebut dan akan mengambil langkah yang sewajarnya.
Ianya akan dibawa kepada Biro Politik PKR Pusat sebelum tindakan selanjutnya dan mahkamah diambil.
Resolusi yang telah dicapai adalah :
- Tuntutan wang tanam semula berjumlah RM 17,000 setiap peneroka tanam sendiri beserta faedahnya.
- Tuntutan harga perahan nilai sebenar, dan bukan mingikut penilaian Felda atau kilang.
- Tuntutan hasil kernel isirung mesti dikembalikan kepada peneroka sejak peneroka menjual sawit kepada kilang Felda.
- Menuntut kembali buah sawit yang telah digreding - penipuan kilang sawit Felda
- Menuntut Lesen MPOB kepada peneroka.
- Mendesak Technoplant dimansuhkan dan dikembalikan kepada Koperasi Peneroka.
- Perumahan Generasi ke 2 perlu dilaksana segera seperti yang diumumkan oleh Menteri Felda
- Pemilikan tanah peneroka mengikut Akta GSA 1960 perlu digubal mengikut keperluan masakini.
Bakti Semai , Hasil Di Tibai...
Jutaan terima kasih kepada Datuk Fauzi Abdul Rahman atas kesudian beliau berkeringat meresmikan Biro Felda & Anak Asal PKR Johor. Walaupun berteksi beliau mampir demi perjuangan.Beliau mengimbau perjuangan zaman Tun Razak bersama arwah bapanya dan rakan dalam keperitan menubuh tanah rancangan Felda demi menyelamatkan anakbangsa dari tertinggal dari bidang perekonomian.
Kini lebih 100,000 peneroka Felda telah mangsa penipuan Pengurusan Felda Holding. ia terbukti kes saman Felda Kemahang di Kelantan.
Hasil perahan sawit dan pengurusan ladang oleh Technoplan memperlihatkan peneroka diperdaya dengan maksima. Tipudaya ini akan dibuktikan lagi melalui kes saman Gugusan Moakil, Segamat.
Sudah pasti ia bukan penamat, Gugusan Taib Andak, Kulai juga akan menyusul dengan saman berikutnya , Insyallah.
Jika sebelum ini perkampungan Felda hanya mempunyai seorang pengurus, kini mempunyai dua pengurus bagi menutup segala ketirisan.
Pencatat teruja cerita dan pengalaman Datuk Fauzi bersama bapa serta kelompok pejuang membangunkan tanah rancangan Felda. Namun kini keringat Tun Razak dijadikan habuan lumayan dari kelompok yang memperkayakan diri sendiri.
Daruk Seri Najib Razak dengan jelas memperkotak-katikkan peneroka bagi 'mencuri' undi dan hasil keringat peneroka. Biro Felda & Anak Asal akan meneruskan perjuangan demi mempertabatkan keadilan anakbangsa.
Source by http://amkj.blogspot.com/
Program Jelajah MPP Che'gubard Berjaya!!! (15,16 dan 17 Oktober 2009)

Che'gubard Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR
Alhamdulillah selama beberapa hari Che'gubard di Johor banyak program diadakan dan ada mendatangkan kesan terhadap kehadiran beliau.SJ selaku rakyat Johor berterima kasih diatas kedatangan Che'gubard ke Johor.Alhamdulillah selama 2 hari SJ bersama Che'gubard dan rakan-rakannya banyak yang SJ pelajari darinya.
Sdr Azlan Ketua AMK Gelang Patah turut hadir.....
salah sebuah keluarga susah yang mempunyai 8 orang adik beradik....
Che'gubard sedang bertanya keadaan keluarga tersebut.....
Pada hari pertama beliau di Johor bermula petang Jumaat SJ,rakan-rakan dari AMK Gelang patah dan bersama Che'gubard telah pergi menghantarkan bantuan kepada raka-rakan dari kaum India yang dalam kesusahan di dalam Kaum India beragama hindu merayakan Hari Deepavali.Dalam kita melihat pemimpin India iaitu si Samy Vellu cukup kaya tapi ramai bangsanya yang miskin malah ada keluarga yang SJ pergi anak sampai 8 orang,ketika ibu bapa mereka pergi kerja abang yang berumur 15 tahun dipertanggungjawabkan menjaga adik-adik,sampai ada adik yang tidak dapat makan kerana tidak cukup wang,sedih juga Sj melihat mereka.Masih ramai lagi mereka yang susah memerlukan bantuan.Dalam pada itu SJ ingin mengucapkan berbanyak tahniah kerana dalam PKR Gelang Patah terhadap seorang ahlinya yang cukup komited dan banyak membantu orang-orang yang dalam kesusahan sehingga mereka dapat bantuan dari saluran yang sepatutnya
Kak Dewi bersama Che'gubard....
Orang itu bernama Kak Dewi dan kaum India.Kak Dewi banyak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan,dan dia juga membantu tidak mengira kaum.
Che'gubard sedang membuat penerangan kepada kaum cina berkenaan isu semasa....
antara pemimpin kaum cina yang hadir....
Selesai pembahagian bantuan tersebut SJ,rakan-rakan bersama Che'gubard menghadiri satu perjumpaan bersama kaum cina di pejabat PKR Taman Teratai.Hasil pertemuan tersebut banyaklah rungutan yang di dengar,ada juga cadangan yang baik dari mereka dan Che'gubard selaku Ahli MPP berjanji akan membawa cadangan mereka dalam mesyuarat MPP nanti.Program tersebut berakhir jam 8.30 malam,Che'gubard tidak dapat meneruskan lebih lama perjumpaan tersebut kerana terpaksa bergegas pula ke Tmn Ungku Tun Aminah perjumpaan bersama bekas ahli UMNO dan yang masih Ahli UMNO.Sampai di sana mereka telah menunggu kedatangan kami.Kami membuat perjumpaan di Warung sahaja untuk lebih santai.Che'gubard memulakan dengan suai kenal.Mereka banyak bertanya pada Che'gubard,Che'gubard pun menceritakan apa yang terjadi di PRK Bagan Pinang,pengalaman menghadapi samseng BN di Bagan Pinang dan yang terpanas mereka bertanya tentang perjalanan kes DSAI.
Sesi penerangan bersama Ahli dan Bekas Orang UMNO.....
Perjumpaan santai di warong milik Puan Dalalin......
Alhamdulillah segala pertanyaan mereka dapat dijawab oleh Che'gubard dengan jawapan yang jelas dan tanpa ragu-ragu,nampak mereka puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Che'gubard.Betol apa yang SJ cakap,malam tadi hasil dari perjumpaan Che'gubard bersama Ahli UMNO dan Bekas UMNO ni mereka malam tadi telah menghubungi En Rosli dan meminta borang untuk menyertai PKR.Alhamdulillah bertambah lagi ahli PKR.
antara mereka yang hadir untuk sesi penerangan tersebut....
berbaju kurung pemilik warong tersebut (Puan Dalalin)....
Program di situ tidak dapat diadakan lama kerana Che'gubard mendapat jemputan ceramah di Taman Dahlia Johor untuk program ceramah bersama ADUN Paroi YB Taufik.SJ ditugaskan untuk membawa Che'gubard ke lokasi.SJ terus membawa kereta dan membawa Che'gubard ke lokasi ceramah.
Che'gubard menyampaikan ceramah di Taman Dahlia...
Antara hadirin yang hadir pada malam itu....
Sampai sahaja di sana Sdr Mazlan Aliman sedang menyampaikan ucapan.SJ lihat pada malam itu ramai juga hadirin yang hadir.Pada malam tersebut Che'gubard mendedahkan pelbagai isu sepertimana ceramahnya di bandar tenggara.Sorakan dan tempik dari hadirin yang hadir menggamatkan suasana bilamana Che'gubard menggunakan dialek Negeri Sembilan..SJ pun turut tergelak kalu Che'gubard berceramah guna dialek Negeri asalnya.Ceramahnya nampak lebih santai.Selesai program kami tidak terus balik kami lepak santai di Danga Bay sambil mendengar muzik band yang berada di situ.
Lebih kurang jam 3 pagi pulang selepas berbual panjang dengan Che'gubard menganai dunia politik tanah air.Berdasarkan perbualan SJ lihat Che'gubard begitu banyak ilmu tentang politik banyak yang kami belajar dan InsyaAllah akan cuba laksanakan di Cabang PKR Gelang Patah dan Johor amnya.Kami terus pulang ke tempat penginapan Che'gubard.SJ dan rakan-rakan turut bermalam di situ untuk menemani Che'gubard dan sahabat-sahabat dari Negeri Sembilan yang lain.Keeseokan harinya kami ada program jamuan raya Pakatan Rakyat Gelang Patah dan Che'gubard salah seorang dari VIP jemputan.
Kami tiba di Majlis tersebut lebih kurang jam 11.15 pagi,kelihatan juga di situ Ketua Cabang Gelang Patah Dr Zaliha turut hadir.Setibanya di sana Sdr Mazlan Aliman sedang menyampaikan ucapan ringkas yang akhirnya bertukar menjadi ceramah hehehe...begitu juga bila tiba pada giliran Che'gubard ucapan ringkas menjadi ceramah perdana..semua hadirin bersorak lagi pula Che'gubard menggunakan loghat Negeri Sembilan.
Lebih kurang jam 2 petang berakhirnya program SJ bersama Che'gubard,kerana Che'gubard meneruskan perjalanan ke Simpang Renggam dan seterusnya di Benut pada malam untuk sesi ceramah isu semasa.Sepanjang SJ bersama Che'gubard banyak benda yang Sj dapat pelajari.Semoga Che'gubard tabah meneruskan perjuangan....
Sekian Laporan untuk Program Jelajah Johor oleh Che'gubard.
We Will Fight and We Will Never Surrender!!!
Ceramah Che'gubard di Tenggara!!

Salam,malam tadi SJ bersama Skuad AMK Gelang Patah telah bersama-sama menghadiri program ceramah Che'gubard yang dibuat di Bandar Tenggara.Walaupun pengunjung yang hadir tidak ramai tapi semangat penceramah membuatkan hadirin yang hadir itu sedikit menjadi ramai dengan sorakan dan penghinaan kepada Najib dek kerana rakyat dah muak dengan pimpinan mereka.Malam tadi banyak juga isu yang diutarakan oleh Che'gubard,antaranya isu Rasuah pemimpin negeri sembilan,isu Ketua Polis Negara samseng,isu altantuya memang tak pernah dilupakan oleh Che'gubard dan termasuklah isu 1 malaysia yang menyamai dengan 1 Israel.Dan isu yang paling panas ialah perjalanan Kes Mahkamah Ketua Umum PKR YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Isu rasuah di Negeri Sembilan yang disentuh ialah berkenaan pembahagian tanah pantai oleh Isa Samad dikalangan kaum keluarga,sedangkan telah termaktub dalam Kanun tanah yang tanah pantai tidak boleh dipindahmilik kepada mana-mana pihak kerana tanah pantai adalah tanah keselamatan yang hanya dimiliki oleh Negara.Che'gubard mempunyai dokumen yang cukup bukan sekadar cakap kosong atau fitnah dusta,semua bukti itu diterima oleh Che'gubard dari kalangan pekerja Pejabat Tanah yang muak dengan penipuan Kerajaan BN Durjana.Mereka menyerahkan dokumen yang berkaitan untuk rakyat tahu siapakah sebenarnya pemimpin UMNO yang sentiasa tak pernah lekang dari wang.
Isu Altantuya juga memang tak pernah ditinggalkan dalam setiap ceramah yang diadakan,Che'gubard sekali lagi pada malam tadi telah mencabar Najib supaya menyaman 19 media antarabangsa yang mengaitkan Najib terlibat dalam kes pembunuhan altantuya.Tetapi menurut ulasan Che'gubard,Najib sampai sekarang masih tidak menyaman mana-mana pihak berhubung dengan kes tuduhan bunuh altantuya."Jika benar Najib anak jantan sila saman 19 media antarabangsa ini dan bersihkan maruah Najib selaku PM Malaysia"-inilah kata-kata cabaran yang telah dilontarkan oleh Che'gubard dalam setiap jelajah ceramahnya.Apa yang diperkatan oleh Che;gubard memang benar Najib masih samapai hari ini tidak pernah menyaman media-media antarabangsa ini dan menyepi dalam kes tersebut.Che'gubard juga mengingatkan kepada polis-polis bawahan sapaya tidak terlalu mengikuti arahan-arahan pemimpin politik kerana polis bekerja berdasarkan undang-undang bukannya untuk pemimpin politik.Natijahnya Che'gubard kata lihat Sirul dan Azilah yang akhirnya menjadi mangsa kerana dijadikan kambing hitam dalam kes tersebut.Diharapkan abang-abang polis yang ada itu berfikir ada benar atau tidak apa yang diperkatakan Che'gubard.


Isu yang paling panas adalah perjalanan Kes DSAI sejak dari Kes Liwat pertama sehinggalah kes terbaru,SJ amat sedih bila Che'gubard menceritakan apa yang berlaku dalam kes DSAI,Lihatlah bagaimana DSAI dipermalukan oleh konspirator-konspirato jahanam yang telah merancang Kes Liwat ini dikenakan ke atas DSAI!! Sebenarnya apa yang berlaku ini adalah disebabkan satu sebab iaitu DSAI telah meminda akta rasuah ketika Mahathir jahanam bercuti selama tiga bulan dan waktu itu DSAI adalah pemangku Perdana Menteri Malaysia.Orang UMNO jahanam membuat pelbagai tuduhan terhadap DSAI,tapi cerita sebenarnya apa yang DSAI lakukan bilamana DSAI menjadi 'BOS' sementara ketika ketiadaan mahathir jahanam??DSAI tidak memanggil kroni dan membahagikan harta.Perkara yang DSAI lakukan adalah meminda Akta Rasuah yang mana Akta Rasuah ketika itu tidak telus dan boleh melindungi pihak-pihak tertentu dari disabitkan rasuah.DSAI meminda Akta itu di Parlimen lalu ramai pihak yang tidak menyenanginya melakukan satu konspirasi peringkat tertinggi menjatuhkan DSAI.
Jika kawan-kawan semua ingat pada masa Mahathir jahanam telah mengumumkan akan bercuti selama 3 bulan akan tetapi si tu kutuk ni telah pulang semula dalam masa sebulan sahaja.Kenapakah si tua kutuk ni balik awal tidak mengikut jadual.Ini adalah ada beberapa bangsat-bangsat UMNO telah menelifon supaya mahathir balik cepat kerana Anwar dah buat keje gila.Apakah maksud 'Keje Gila' itu.DSAI meminda Akta Rasuah itu adalah kerja gila bagi mereka keranan mereka ni semua kaki telan rasuah jadi mereka menjadi macam cacing kepanasan la.Maka tidak berapa lama selepas itu DSAI telah ditendang dari jawatan TPM dan dihina dengan tuduhan Kes rasuah dan Liwat...Tetapi perancangan mereka silap bilamana DSAI ditendang ketika itulah berlaku satu era Reformasi yang diterajui oleh anak-anak muda yang tiada kepentingan politik tapi bangkit untuk menentang kerajaan.DSAI tetap diangkat rakyat kerana rakyat sedia maklum ketelusan DSAI ketika menjadi TPM.
Maka dengan kejahanaman yang ada,Najib sekali lagi merancang perkara yang sama untuk memerangkap DSAI kembali masuk ke dalam penjara dan mungkin niat nya untuk biar DSAI mati di dalam penjara.Segala tuduhan yang dilemparkan langsung tiada lojik untuk dijadikan kes,Bukti semua menunjukkan DSAI tidak terlibat dan mereka tiada langsung bukti yang boleh mengaitkan DSAI.Hey saiful jahanam SJ doakan engkau satu keluarga tidak akan selamat hidup jika engkau tidak bertaubat,Kami anak muda tidak menghalalkan perbuatan fitnah jahat terhadap DSAI matilah engkau nanti di dalam keadaan merana kerana melakukan fitnah!!!!Kami benci anak muda yang bodoh macam engkau,perangai engkau lebih teruk dari anjing kurap,Kami akan tuntut fitnah ini diakhirat nati terhadap pemimpin kami yang engkau telah fitnah!!!
Akhir sekali Che'gubard menyentuh soal Musa Tilam,Rakan-rakan semua pun sedia maklum kenapa si Musa Tilam boleh naik jawatan jadi KPN,ini semua disebabkan tilam yang diusung dan pemalsuan bukti yang dilakukannya.Maka dengan gahnya akhirnya ditabalkan sebagai KPN.Manusia yang bernama Musa Hassan ini haru bertanggungjwab diatas segala apa yang telah dilakukan olehnya.Pemalsuan bukti yang dilakukan menyebabkan kini manusia ini berada di persada kuasa.Che'gubard juga menyentuh soal dokumen sumpah oleh anggota polis yang menjalankan kerja dengan amanah yang mana akuan sumpah iti mengaitkan Musa Tilam terlibat dengan kegiatan Ah Long dan samseng.Buktinya dalam akuan sumpah tersebut Ketua Samseng itu telah mengajak anggota polis tersebut untuk minum petang di rumah KPN.Ketua samseng itu juga memperlekehkan anggota polis tersebut.Lihatlah bagaimana Malaysia kini Ketuanya dipimpin oleh samseng,nak jadi apalah dengan negara kita ebih teruk dari negara Zimbabwe agaknya.Hukum menggunakan hukum rimba semua institusi kerajaan diperkudakan dan digunakan dengan kuasa yang rakus.
Bukalah mata wahai rakyat malaysia yang masih menyokong Kerajaan BN durjana ini,ayuh bersama Pakatan Rakyat kita sama-sama menjatuhkan BN Durjana ini di PRU13 yang akan datang.Janganlah kita masih menjadi bodoh yang hanya mengikuti segala kehendak mereka.Percayalah pemimpin-pemimpin Bn tidak pernah menghiraukan nasib rakyat buktinya minyak dinaikkan dalam keadaan ekonomi rakyat tidak stabil.
Sekian catatan SJ untuk hari ini....
We Will Fight and We Will Never Surrender!!!!!
Jadilah Anak Muda Bermaruah!!!

Salam reformasi,SJ hari ini hendak bercerita tentang anak muda..mengapakah di 'zaman edan' ini anak muda mudah sangat menjual maruah diri dengan nilai yang terlalu rendah,adakah anak muda terlalu kebulurkan wang?SJ selaku anak muda juga ingin mengatakan betol semua orang memang nak hidup senang tapi jadilah anak muda yang bermaruah kerana jika jati diri tidak diperteguhkan maruah diri akan tergadai hanya dengan nilai RM 20,30 dan mungkin paling tinggi pun RM 50.Adakah ini nilai perjuangan seorang anak muda??
Lihat sahaja di Bagan Pinang bagaimana anak muda dibeli dengan harga yang cukup murah,bila SJ bertanya dengan salah seorang anak muda yang menaiki motor dan membuat bising di sana mereka kata BN bagi mereka duit sebanyak RM 20.00.Ya Allah betapa murahnya nilai anak muda,anak muda kena ingat pada masa akan datang kita lah yang akan menggantikan kepimpinan yang sedia ada,jika dari sekarang anak muda tidak mempunyai jati diri dan mudah dijual beli tidak mustahil di suatu masa nanti anak-anak muda yang murah harga diri ini akan menjual tanahairnya.Anak muda lah pemangkin perubahan di masa hadapan.Anak muda janganlah salah memilih jalan untuk berjuang,jadikan nilai diri setinggi nilai juang seorang pemimpin sebagaimana tingginya nilai diri Sultan Al-Fateh,Salahuddin Al-Ayubi,Khalid al-walid,Tariq bin Ziad.Jiwa anak muda seperti ini harus dicontohi,semangat juang mereka harus ada di dalam diri anak muda jika mahu menjadi anak muda yang bermaruah.
Letakkanlah diri anak muda sebagai anak muda bermaruah yang berjuang untuk rakyat demi keamanan sejagat,Hayunkan langkah ke hadapan untuk berada di landasan perjuangan yang sebenar,bukannya landasan perjuangan yang berasaskan nilai wang semata-mata.Kerana ingatlah wang itu tidak menjaminkan masa hadapan yang cemerlang kerana wang juga jika tidak dijaga mampu menjadikan seorang manusia itu hilang pendirian.Menurut SJ anak muda juga jangan mudah gentar dengan ugutan Pemimpin Bn yang durjana,mereka ini tidak mempunyai nilai dan dasar perjuangan sebenar,perjuangan mereka hanyalah demi kroni mereka sahaja.Adakah anak muda sanggup berjuang hanya demi kroni mereka,Perjuangan kita adalah untuk rakyat bukan untuk kepentingan tertentu.
Jika masih ada anak muda yang menyokong perjuangan BN dalam konteks kemewahan taubatlah dan tinggalkanlah perjuangan yang sia-sia itu,kemanfaatan dari kemewahan itu hanya untuk sementara kerana perjuangan tanpa keikhlasan tida nilainya ibarat 'sampah' sahaja.Jangan jadikan diri anda sebagai sampah dan perkakas BN Durjana..Masa depan negara ditangan anak muda ayuh bermula dari sekarang bergeraklah di medan perjuangan yang benar,dan pada hari ini perjuangan itu berada di dalam Pakatan Rakyat,marilah anak muda malaysia menggembeling tenaga demi perjuangan sebenar!!
Anak muda pemangkin perubahan......
We Will Fight and Never Surrender!!!!
