Salam reformasi,SJ hari ini hendak bercerita tentang anak muda..mengapakah di 'zaman edan' ini anak muda mudah sangat menjual maruah diri dengan nilai yang terlalu rendah,adakah anak muda terlalu kebulurkan wang?SJ selaku anak muda juga ingin mengatakan betol semua orang memang nak hidup senang tapi jadilah anak muda yang bermaruah kerana jika jati diri tidak diperteguhkan maruah diri akan tergadai hanya dengan nilai RM 20,30 dan mungkin paling tinggi pun RM 50.Adakah ini nilai perjuangan seorang anak muda??
Lihat sahaja di Bagan Pinang bagaimana anak muda dibeli dengan harga yang cukup murah,bila SJ bertanya dengan salah seorang anak muda yang menaiki motor dan membuat bising di sana mereka kata BN bagi mereka duit sebanyak RM 20.00.Ya Allah betapa murahnya nilai anak muda,anak muda kena ingat pada masa akan datang kita lah yang akan menggantikan kepimpinan yang sedia ada,jika dari sekarang anak muda tidak mempunyai jati diri dan mudah dijual beli tidak mustahil di suatu masa nanti anak-anak muda yang murah harga diri ini akan menjual tanahairnya.Anak muda lah pemangkin perubahan di masa hadapan.Anak muda janganlah salah memilih jalan untuk berjuang,jadikan nilai diri setinggi nilai juang seorang pemimpin sebagaimana tingginya nilai diri Sultan Al-Fateh,Salahuddin Al-Ayubi,Khalid al-walid,Tariq bin Ziad.Jiwa anak muda seperti ini harus dicontohi,semangat juang mereka harus ada di dalam diri anak muda jika mahu menjadi anak muda yang bermaruah.
Letakkanlah diri anak muda sebagai anak muda bermaruah yang berjuang untuk rakyat demi keamanan sejagat,Hayunkan langkah ke hadapan untuk berada di landasan perjuangan yang sebenar,bukannya landasan perjuangan yang berasaskan nilai wang semata-mata.Kerana ingatlah wang itu tidak menjaminkan masa hadapan yang cemerlang kerana wang juga jika tidak dijaga mampu menjadikan seorang manusia itu hilang pendirian.Menurut SJ anak muda juga jangan mudah gentar dengan ugutan Pemimpin Bn yang durjana,mereka ini tidak mempunyai nilai dan dasar perjuangan sebenar,perjuangan mereka hanyalah demi kroni mereka sahaja.Adakah anak muda sanggup berjuang hanya demi kroni mereka,Perjuangan kita adalah untuk rakyat bukan untuk kepentingan tertentu.
Jika masih ada anak muda yang menyokong perjuangan BN dalam konteks kemewahan taubatlah dan tinggalkanlah perjuangan yang sia-sia itu,kemanfaatan dari kemewahan itu hanya untuk sementara kerana perjuangan tanpa keikhlasan tida nilainya ibarat 'sampah' sahaja.Jangan jadikan diri anda sebagai sampah dan perkakas BN Durjana..Masa depan negara ditangan anak muda ayuh bermula dari sekarang bergeraklah di medan perjuangan yang benar,dan pada hari ini perjuangan itu berada di dalam Pakatan Rakyat,marilah anak muda malaysia menggembeling tenaga demi perjuangan sebenar!!
Anak muda pemangkin perubahan......
We Will Fight and Never Surrender!!!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment