Salam,Hari ini SJ nak cerita pasal satu festival filem 'rakyat' yang telah ditayangkan di Johor,berlangsung selama 3 hari,dah 2 hari berlangsung hari ini adalah hari kedua dan esok hari terakhir,minta maaf kepada pelawat2 kerana SJ tak sempat nak publishh pasal program ni,SJ pun dapat tau lambat dari kawan2 dari SUARAM,tapi insyaAllah SJ dah rancang untuk buat tayangan satu masa yang sesuai nanti bagi sesiapa yang tak berkesempatan untuk pergi.SJ akan bekerjasama dengan budak AMK Cabang Gelang Patah untuk membuat tayangan tersebut.
ALhamdulillah selama 2 hari yang SJ pergi,banyak lah tayangan2 yang bermanfaat menghiasi dinding minda SJ termasuk kehidupan rayyat dari Negara lain yang susah dan yang khususnya rakyat Negara kita sendiri,hasil dari tinjauan SJ,kelihata hadirin yang datang memberikan ulasan dan komen yang baik tentang Festival ini.Banyaklah kebenaran yang tersembunyi terpamer pada festival ini.Selama dua hari yang SJ pergi,tayangan pada hari ini adalah yang terbaik,ada 3 Cerita yang ditayangkan pada hari ini.Tajuk Pertama "No Silver Lining : The Perak Crisis",Kedua "Al-Fatehah Memali" dan tayangan terakhir "Kayuh".Ketiga-tiga cerita ini mengisahkan pelbagai cerita dari sudut minda rakyat jelata.
SJ rumuskan Ketiga-tiga cerita ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia cukup tertindas,rakyat kini berjuang untuk nasib di jalan raya seperti program yang diadakan oleh JERIT yang membawa basikal dari Alor Setar Ke Jb dan KL selama 16 hari untuk menyebarkan kesedaran tentang isu-isu penindasan terhadap rakyat dan menyampaikan memorandum ke Parlimen.SJ amat terharu bilamana kisah 'Tragedi Berdarah Memali" kini diingatkan kembali dengan tayangan yang diadakan.Bagi SJ sendiri yang pernah pergi dan menemui orang kampung di sana SJ dapat merasakan betapa kekejaman yang BN Durjana lakukan dibawah pemerintahan Mahathir Kutty.Ketika itu SJ baru berumur 17 tahun akan tetapi SJ sudah dapat merasakan betapa jahanamnya mahathir kutty.
SJ nak tegaskan di sini SJ ingat lagi semasa belajar dulu di sekolah menengah,Semua fakta sejarah yang ada dalam buku telah diputarbelitkan,mereka sebenarnya yang berjuang untuk Kemerdekaan Malaysia dianggap pengganas tapi mereka yang menyondol British diankat dijulang menjadi Pejuang kemerdekaan.Tapi alhamdulillah bila mana SJ dah matang Allah telah letakkan pemikiran SJ supaya memilih pemimpin yang baik untuk disanjungi dan memperjuangkan perjuangan yang sebenar.
Seterusnya SJ nak ulas pasal tayangan krisis di Perak,apa yang berlaku di Perak bukanlah isu siapa jadi MB,tapi Siapa yang layak jadi MB.Berdasarkan pungutan suara dan temuramah yang dilakukan rata2 rakyat Perak meminta untuk dibubarkan DUN dan bagi SJ itu memang yang terbaik.Salah seorang yang ditemuramah mengatakan "BN memerintah selama hampir 52 tahun tapi hanya selama 10 bulan Pakatan Rakyat telah membuat kerja baik yang tidak pernah dilakukan Bn Durjana",lihat betapa rakyat nampak ketokohan dan kelayakan yang ada pada MB Nizar dari si Mamak Zambri.
Kesimpulannya ketiga-tiga cerita yang ditayangkan ini cukup baik dan sepatutnya disokong ramai.SJ mengharapkan KOMAS akan meneruskan program seperti ini agar minda rakyat sentiasa terbuka dan menerima gambaran yang benar dan realiti yang berlaku dalam kehidupan rakyat sehari-hari.SJ ucapkan setimggi tahniah ke atas penganjur.Akhir kata dari SJ "Berkatalah Benar Walaupun Pahit"
We Will Fight and Never Surrender!!!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment