Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan, N31 bakal menyaksikan Isa menentang calon Pakatan Rakyat daripada PAS, Zulkefly Mohamad Omar. Isa terus popular di Negeri Sembilan dalam kalangan Umno, menjadikan pencalonannya sebagai pertaruhan terbaik bagi Umno dan Barisan nasional untuk mencapai kemenangan di Bagan Pinang, walaupun terpaksa mengorbankan agenda membersihkan parti.
Ini membuktikan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional tunduk kepada ugutan kumpulan yang taksub kepada Isa. Dengan mengumumkan Isa sebagai calon juga, menunjukkan betapa bankrapnya umnobn yang sudah ketandusan pemimpin baru dan bersih. Alahai si Isa reput klik sini.
Isa telah dibuktikan bersalah dengan beberapa isu negatif seperti skandal rasuah wang pada pemilihan UMNO empat tahun lepas, isu kronisme di kalangan ahli keluarga dan ahli parti di sekitar Port Dickson terutama di kawasan Si Rusa, Teluk Kemang dan Bagan Pinang. Kerana inginkan kemenangan si tua ini dipilih oleh umnobn seakan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk menjadikan masalah peribadi Isa sebagai modal kempen Pas. PR akan membongkar kepada pengundi yang calon umnobn tidak mempunyai intergriti dan seorang yang mengamalkan rasuah. Kalau boleh Che Det ingin mengetok kepala Najib kerana tidak mampu pertahankan pegangannya yang ingin melihat umnobn bersih dari korupsen.
(Moral: Nampaknya umnobn tidak akan berubah dan mengubah melainkan menantikan rebah. Apa yang mereka pentingkan hanyalah untuk berdiri gah mengagongkan yang elit berasuah. Keyakinan umnobn menjadi gundah walaupun terdapat penipuan dalam undi pos sampah yang membolehkan mereka menang mudah. Adakah umnobn mampu pertahankan majoriti 2,333 pada pilihan raya sudah?
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment