Salam perjuangan dari SJ,kali ini Sj hendak menegur sedikit kepada sesiapa yang patut dan terasa tentang teguran ini.Sejak SJ balik dari kempen PRK di Bagan Pinang SJ melihat satu kepincangan yang amat nyata dan kebenaran,bagi SJ Kebenaran tidak patut disorokkan,biarpun pahit tapi kebenaran tetap kebenaran.
Mengapakah AMK dianaktirikan??sedangkan setahu SJ AMK adalah sayap kanan PKR.Kebanyakan hampir keseluruhan SJ nampak di mana-mana program pun 'AMK adalah PKR dan PKR itu sendiri adalah AMK'.Ke manakah perginya Majlis Pimpinan Negeri,SJ hanya nampak mereka bila ada program DSAI tapi bila program lain tak datang.SJ pun tidak tahu apa yang mereka fikirkan,adakah mereka hanya berprogram bersama pimpinan tinggi sahaja.Contoh terbaru di Bagan Pinang,Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Negeri Sembilan memboikot Karnival Anak Muda yang diadakan di PD Marina sehingga program ceramah DSAI di Bagan Pinang tidak tersenarai di dalam program DSAI yang telah ditentukan oleh MPN Negeri Sembilan.MPN Negeri Sembilan boleh dikatakan 'bongkak' kerana memboikot program Karnival Anak Muda sedangkan AMK adalah sayap kanan Parti.
Tidak sepatutnya kejadian seperti ini berlaku,sepaptutnya MPN harus meletakkan AMK sebagai salah satu sayap yang cukup kuat dan menghargai golongan anak muda ini yang kebanyakan datang dengan keikhlasan untuk berjuang dengan wang sendiri.Kami anak muda tidak mengharapkan wang dari MPN atau sebagainya tapi jangan anaktirikan kami ibarat kami tiada hak untuk menganjurkan sesuatu program.SJ sendiri berada di sana ketika itu melihat tapak Karnival Anak Muda adalah tapak terbaik untuk diadakan pelbagai program.Mempunyai tanah lapang yang luas,tempat letak kereta yang sesuai,tapi tapak ini diboikot oleh MPN yang diterajui oleh Dato' Kamarul Bahrain,ingat sedikit pengorbanan anak muda, hargailah kami.Kami tidak meminta duit atau pangkat kami tak gilakan semua itu cuma kami minta kami dihargai dan program kami mendapat sokongan daripada MPN.
SJ selaku anak Johor tidak menafikan keadaan yang sama juga berlaku di Johor,jika keadaan ini berterusan AMK dianaktirikan maka SJ nak bagitau jangan bermimpilah nak tawan johor!!Bukan dalam PR sahaja malah dalam PKR juga sudah menampakkan ketidakserasian dalam membuat sesuatu program.Pihak MPNJ harus melihat dan membuka mata jangan tidor lagi,jika benar nak tawan johor. Jangan biarkan AMK terkapai-kapai dan hilang arah tujuan.Jika rasa amanah yang diberikan tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan bertanggungjawab adalah lebih baik letak jawatan sahaja dan berikan jawatan tersebut kepada yang lebih layak dan mampu mengemudi PKR di Negeri Johor dengan baik.Mungkin kenyataan SJ ini akan mengguriskan hati mana-mana pihak tapi percayalah teguran ini kerana SJ amat sayang terhadap PKR,SJ tidak mahu melihat PKR akan jadi macam Semangat46.
SJ percaya semua warga PKR Johor mempunyai matlamat yang sama untuk menawan Johor sebagai negeri seterusnya yang akan jatuh ke tangan PR pada PRU 13 nanti.Jadi jika benar mahukan matlamat ini tercapai pastikan MPNJ dan AMK bergerak bersama dan sentiasa menyokong antara satu sama lain untuk memastikan tiada jurang antara AMK dan MPNJ.Kita harus melupakan segala kepentingan peribadi,ingat kita berjuang bukan untuk DSAI tetapi perjuangan kita untuk rakyat,jadi SJ berpesan jika ada dikalangan kita yang hanya mahu menempel bila Program DSAI buangkan tabiat itu,adakah kalian ingat dengan menempel pada DSAI akan dapat tawan johor??kita harus bekerja bukan hanya bersorak ketika DSAI datang.Untuk memastikan misi DSAI tercapai AMK dan MPNJ harus bekerjasama dan jangan sesekali berpecah.SJ amat sayangkan Parti ini,jadi SJ pun mahu rakan-rakan lain juga sayangkan PKR.
Jika sayangkan PKR buanglah semua prasangka buruk dan politik dalaman.Terlalu bermain politik dalaman itulah natijah yang berlaku di Bagan Pinang.Hancur,jadikan Bagan Pinang sebagai iktibar untuk tidak mengulangi perkara yang sama bagi memastikan misi menawan Johor terjadi dan mencapai matlamatnya.Tidak mustahil akan berlaku juga PRK di Johor.Adakah kita bersedia untuk berkempen jika terjadinya PRK di Johor dengan keadaan sekarang,SJ yakin kita tidak akan mampu,jadi sedarlah wahai MPNJ yang AMK juga adalah sayap dari PKR.Hargailah anak muda yang sudi berjuang ini,berikan mereka semangat dan sokongan supaya mereka tidak akan gugur sebelum berjuang....Bukalah minda dan muhasabah diri untuk mencapai matlamat perjuangan sebenar.
Sekian Nukilan Hati dari SJ kepada sesiapa yang terlibat.........
We Will Fight and We Will Never Surrender!!!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment