Salam Reformasi Gelombang Kedua....malam tadi SJ balik dalam kul 3 pagi,malam tadi memang best,sambil berbual dengan budak-budak AMK Gelang Patah SJ amat tertarik kisah perjuangan 3 rakan yangbekerja,berjuang dan hidup dalam erti nilai sebuah persahabatan dalam perjuangan.Cukuplah sekadar pengenalan nama mereka sebagai Bro Z,Bro L dan Bro K.Mereka bertiga menceritakan bagaimana pahit maung berjuang di Cabang Gelang Patah sebelum SJ masuk ke medan perjuangan bersama mereka.Mereka bertiga mengharungi segala macam dugaan bersama-sama,dalam kita yang merasakan perjuangan kita penuh dengan ranjau berduri tetapi jika SJ bandingkan perjuangan SJ dan mereka amat jauh berbeza.Mengapa SJ berkata begitu..kerana perjuangan mereka menjadikan persahabatan adalah nilai sebuah perjuangan.
Mereka menceritakan ketika mana mereka susah,dalam mereka tidak mempunyai wang,dengan jentera yang sedikit mereka menggerakkan PKR di Gelang Patah bersama-sama beberapa rakan lain dengan penuh risiko,bagaimana mereka meletakkan Parti antara yang terpenting dalam hidup mereka,sehinggakan urusan kerja iaitu periuk nasi mereka diketepikan,bagi mereka perjuangan adalah segalanya.Perjuangan untuk rakyat,mereka sanggup berhabis,berkorban wang ringgit semata-mata untuk melibatkan diri dalam perjuangan yang tidak menjanjikan kemewahan dunia.Bila SJ dengar cerita mereka SJ rasakan yang perjuangan SJ baru hanya dicelah kuku sahaja.Detik-detik getir perjuangan mereka untuk menghidupkan Cabang Gelang Patah yang dahulunya dikenali Bahagian gelang Patah cukup penuh dengan kisah tragis.Ada yang berparang,kepala pecah,dipukul,dihina malah maki hamun dah jadi makanan mereka.Menariknya mereka persahabatan mereka bermula di tempat kerja,mereka cerita sebelum mereka aktif dalam perjuangan mereka memang sahabat yang dah lama berkawan tapi sekadar di tempat kerja,walaupun mereka tinggal dalam kawasan perumahan yang sama persahabatan mereka sekadar di tempat kerja.
Bilamana roh perjuangan hadir dalam diri mereka persahabatan mereka menjadi lebih kuat dan utuh ibarat 3 sekawan yang amat2 rapat,ke mana sahaja pasti bersama,susah senang mereka bersama.Roh perjuangan yang meresap ke dalam jiwa mereka memang sudah kental dan tidak mampu digoyahkan oleh apa jua sekalipun..Tujuan Sj menceritakan kisah ini bukan untuk menjadi kebanggaan semata-mata tapi untuk mereka-mereka yang merasakan diri mereka adalah pejuang dan telah mengalah kononnya mereka telah letih berjuang.Alah kalau dibandingkan dengan mereka bertiga ini perjuangan kita tidak ke mana pun.Bagi mereka apa yang paling penting dalam perjuangan??bukan wang ringgit,pangkat dan harta tapi keikhlasan sebuah ikatan persahabatan.....
Susah senang mereka bersama dan sehingga kini persahabatan mereka kekal dan mereka saling memahami satu sama lain,banyak teman-teman seperjuangan yang SJ kenal tapi kisah mereka amat SJ tertarik kerana bagi mereka apalah erti perjuangan tapi keikhlasan dalam persahabatan tidak dikukuhkan,memang teramat mudah untuk mencari kawan yang boleh bergelak ketawa bersama tapi amatlah susah untuk berjumpa dengan kawan yang mampu menangis bersama.Kisah mereka SJ jadikan contoh untuk harungi perjalanan perjuangan yang amat jauh dan belum berkesudahan...Sebenarnya amatlah mudah untuk berjuang jika hati dapat disatukan dan mampu menjadikan sahabat adalah individu yang penting dalam kitaran kehidupan.Sepanjang SJ mendengar cerita mereka SJ dapat rasakan mereka ini sudah menempuhi pelbagai dugaan pun masih tetap bergerak inikan pula kita yang baru dalam perjuangan tapi sudah mengaku kalah.Mengaku kalah bukanlah cara mereka,bagi mereka perjuangan sebenar bermula dari penyatuan hati dikalangan sahabat....
Jika mereka ada terbaca Posting ini SJ ingin ucapkan terima kasih di atas cerita yang mereka sampaikan,SJ akan jadikan kisah mereka titik tolak untuk terus berjuang biarpun seribu dugaan yang menanti,patah kata Bro K "Kalau kita tak buat,orang lain akan buat,jadi lebih baik kita mulakan dahulu".Kesimpulan dari kisah mereka apa yang penting sebenarnya di sini ialah Nilai sebuah persahabatan yang tidak mampu dibeli dengan harta kemewahan dunia.Perjuangan menjadi manis kerana ukhuwah sebuah persahabatan itu berkekalan kerana keikhlasan adalah intipatinya...Sekian..Salam Perjuangan untuk mereka,SJ mendoakan mereka agar terus bersama dan sentiasa istiqomah dalam perjuangan dan persahabatan mereka...
We Will Fight and Never Surrender!!!!!!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment