Salam,kini tiba masanya SJ untuk menyatakan sesuatu yang amat penting kepada orang islam di Malaysia,dengan hujjah ayat Al-Quran yang SJ bawa ini memang sudah sepatutnya kita khususnya orang islam harus menolak pemimpin yang zalim dan taghut seperti mana yang ada sekarang.Ayat Al-quran telah diturunkan dengan lama tapi mungkin ada yang terlepas pandang terhadap ayat ini.Dalam ayat ini allah tidak menyatakan jangan berlaku zalim,.atau jangan bersama dengan orang yang zalim,tapi ayat yang digunakan adalah cenderung.
Menurut tafsiran Kamus DBP Edisi Keempat
(1. tidak tegak, condong, senget; 2. menaruh minat (keinginan, kasih, dsb) terhadap sesuatu, suka (akan sesuatu atau melakukan sesuatu), menunjukkan kegemaran kpd: ia lebih ~ membaca novel; 3. berpihak kpd, memilih pihak, menyebelahi, condong: hakim yg adil tidak ~ kpd pihak mana pun; 4. sl lereng bukit (jurang, tebing, dll) yg curam: ~ yg tinggi lagi terjal; mencenderungkan menyebabkan (menjadikan) cenderung, menyebabkan seseorang berminat (suka, gemar) pd sesuatu: dlm artikel ini, tumpuan akan diberikan kpd peranan ibu bapa membentuk personaliti anak-anak yg ~ mereka kpd penyalahgunaan dadah; kecenderungan kesukaan (keinginan, kemahuan), kecondongan (bkn bakat, hati): pendapat pentafsir itu bergantung pd ~nya; kaedah mengajar ini mesti disesuaikan dgn ~ kanak-kanak; berkecenderungan menunjukkan atau mempunyai kecenderungan (terhadap sesuatu atau utk melakukan sesuatu): sudah ada kes yg menunjukkan bahawa pelarian Vietnam yg sudah biasa dgn kehidupan huru-hara itu ~ utk mencipta fenomena serupa itu di sini.)
Cenderung bererti condong ataupun bahasa yang lebih mudah menyokong ke arah sesuatu.Dan kaitan nya ayat Al-Quran diatas tadi ialah kecenderungan ke arah pemimpin yang zalim.Bahasa yang lebih mudah difahami adalah menyokong.Ingatlah walaupun jika kita hanya menyokongnya tapi sebenarnya dengan sokongan itu mengakibatkan kita telah mempunyai 'saham' yang sama dengan mereka.Contohnya jika pemimpin itu mengatakan Hukum Islam adalah hukum yang ketinggalan zaman,maka orang yang menyokongnya juga mendapat 'saham' bagi orang yang menghina agama islam itu sendiri.
Pada zaman kita yang kononnya di Negara kita dipimpin oleh seorang pemimpin Islam,dengan megahnya melaungkan slogan 1 Malaysia.Tetapi disebalik itu terpalit pelbagai kerja zalim yang telah dibuat oleh pemimpin tersebut tetapi masih ada yang tetap meyokongnya malah bila mana pemimpin itu menghina ulama',menghina agama itu sendiri masih ada juga yang menyokongnya.Sebagaimana kata-kata Pujangga Indonesia Ronggo Warsito "Jaman ini jaman edan" memang benar kata-katanya zaman ini zaman edan iaitu zaman gila,di mana orang sanggup mengekalkan kuasa dengan gila,sanggup membunuh,menipu,meletupkan orang dan banyak lagi kerja jahat yang dilakukan pada zaman edan ini.tapi apa kan daya kerana zaman ini zaman edan semuanya menjadi terbalik,orang yang zalim diangkat menjadi pemimpin tapi orang yang baik dihina.
SJ selaku anak muda ingin menasihatkan sesama anak muda yang lain,di zaman edan ini banyak perkara pelik berlaku dan juga yang tidak sepatutnya akan berlaku,anak muda adalah pewaris tahta pemerintahan negara di masa akan datang,jika kita tidak mencoraknya dengan baik di zaman edan ini,pasti di masa akan datang kita akan menjadi lebih edan dari apa yang berlaku sekarang,gunakanlah tenaga anak muda kita ke arah kebaikan dan kita gunakan semangat anak muda untuk merobohkan tembok kezaliman.Ayuh apa guna kita tunggu lagi,anjakan langkah ke hadapan dengan penuh tabah,walaupun umur kita masih muda tidak bermaksud kita tak payah campur urusan politik.Istilah itu tidak boleh lagi digunapakai,anak muda sekarang harus mencampuri politik untuk menjadikan diri lebih matang dan mampu menilai sesuatu dengan baik.Janganlah anak muda menghancurkan diri ke arah lembah kejahanaman.
Akhir sekali nasihat SJ lihatlah dan renunglah ayat di atas itu,jadikan ayat itu sebagai panduan untuk anak muda ke arah perubahan menolak pemimpin yang zalim iaitu pemimpin yang bersama BN Durjana.Jatuhkan Kerajaan zalim ini dan gantikan dengan kerajaan yang adil.Moga masa hadapan kita lebih cerah di masa yang mendatang
We Will Fight and We Will Never Surrender!!!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment