Salam,nampaknya DSAI betul-betuk nak tawan johor,tapi bagaimana dengan kita ni sendiri selaku orang Johor,dah nampak ke usaha ke arah itu??Jika belum ayuh bermula dari sekarang kita mulakannya,SJ kini bersama AMK Gelang Patah sedang berusaha menarik seramai mungkin anak-anak muda untuk menyertai misi ini.Memang mudah melafazkan kata-kata,tapi adakah kerja yang dijalankan menjurus ke arah itu??Bukan mudah untuk tawan Johor yang dah lama berkulat di bawah pemerintahan UMNO BN Durjana!!Ibarat macam roti,cukup masa maka luputlah tarikhnya begitu juga dengan UMNO,dah lama sangat dah perintah Johor sejak UMNO dilahirkan di JOhor ini.Janganlah kita sebagai rakyat Johor berbangga dengan status kononnya UMNO lahir di Johor.
Untuk pengetahuan para pelawat yang sentiasa melawat blog ini,pada 22 Nov 2009 ini DSAI sekali lagi akan turun ke negeri Johor ini di kawasan Simpang Renggam,adakah bila DSAI turun di Johor kita ni yang duduk dalam organisasi tak buat apa-apa,SJ menyeru kepada semua pimpinan PKR Johor tak kira sesiapa pun dari atas sampai bawah kita harus buat 'sesuatu' yang bilamana DSAI tengok maka beliau akan yakin bahawa misi yang dilancarkan akan benar-benar menjadi realiti.Jika anda sebagai pimpinan di Negeri Johor ini dapat melakukan sesuatu maka itu akan menjadi sejarah.Ciptalah sejarah ketika muda,kerana muda itu akan berlalu jika tidak dikawalselia dengan baik ketika masanya.
Baru-baru ni SJ turun ke KL untuk mengikuti perbicaraan DSAI,tapi biasalah kuda-kuda yang jadi hakim tu tangguhkan lagi perbicaraan,ini adalah bertujuan untuk membosankan orang yang hadir ke mahkamah dan akhirnya penyokong yang hadir semakin kurang lalu mudahlah si monggolia nak sumbat semula 'Panglima' kita ke dalam penjara.SJ berada di dalam Mahkamah,selesai dari perbicaraan DSAI ingin berjalan keluar,DSAI berhenti betol-betol depan SJ sambil menyelak baju sejuk yang SJ pakai DSAI berkata "Ni gambaq gangster mana ni"SJ hanya senyum,ketika itu SJ pakai baju yang ada imej DSAI.Sempat lagi DSAI berseloroh sebelum meninggalkan kawasan mahkamah.Ini bukan apa yang SJ nak cerita,di sebalik senyuman dan seloroh DSAI ada kesedihan yang terpalit di hati SJ iaitu bilamana SJ lihat DSAI dari depan memang nampak muda dan cukup bersemangat,api bila SJ lihat DSAI dari belakang badannya dah cukup lemah ini semua hasil belasan anjing KPN yang dulu.
Apa yang SJ ingin bawa di sini adalah,cuba anak-anak muda khususnya di Johor ini berfikir dengan baik,jika tidak kita generasi muda ini yang bakal gantikan dan meneruskan perjuangan DSAI ini siapa lagi,siapa?? nak harapkan menteri lain yang sibuk mengejar kekayaan??DSAI semakin menjangkau usia,ketika hidupnya bolehlah kita bergantung pada semangatnya tapi bilamana ALLAH dah tarik DSAI apa nak jadi kita golongan anak muda ini,jika tidak kita susun dari hari ini mungkin bilamana DSAI telah tiada AMK sudah tidak wujud lagi dan jika wujud pun mesti banyak bermasaalah.Jadi SJ minta kepada semua anak muda khususnya AMK Johor untuk kita bersatu semula dan meneruskan kayuhan kita bersama gelombang reformasi 98 dulu untuk meneruskan gelombang 'Second Wave' jika DSAI ditangkap dan disumbatkan kembali oleh najib monggolia!!
Gelombang itu harus sudah bermula,jangan kita tunggu DSAI dah dekat 'dalam' nanti baru nak bermula,habislah jawabnya.Kepada mana-mana anak muda di luar sana yang masih belum berparti dan yang sudah berada di dalam UMNO,SJ menyeru untuk bersama SJ dan kawan-kawan kita garapkan semangat anak muda ke arah jalan perjuangan rakyat..Perjuangan ini adalah perjuangan suci,haruslah kita bersama menggembeling tenaga muda ke arah perjuangan ini.Jangan kita bazirkan tenaga kudrat muda kita kepada UMNO yang sejak dahulu tidak pernah membela golongan muda ini kecuali sentiasa memberi kelalaian kepada anak muda sehingga hancur...
Ayuh jangan tunggu lagi..marilah turun bersama perjuangan rakyat.Kepada AMK SJ ingin berpesan jika kita tidak teguh dan bersatupadu mulai sekarang hancurlah impian DSAI untuk tawan johor,dan itu adalah impian kita bersama..Jadi lupakan segala sengketa kita bersama-sama gerakan anak muda menuju perubahan yang total terhadap pemerintahan negara kita gegarkan Negara dengan sejarah yang akan kita cipta menumbangkan kerajaan BN Durjana pada PRU13 nanti.Gerakan itu harus bermula dari sekarang.Kepada anak muda yang masih lalai bersama UMNO fikirkanlah,cukuplah orang tua-tua kita tertipu dengan UMNO jangan kita teruskannya,tinggalkan Umno mari bersama PR membentuk masa depan kita bersama-sama.
Anak Muda Menerajui Perubahan
We Will Fight and Never Surrender!!!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment