Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Hakim SARKAS Mahkamah Rayuan sekali lagi jadi BALACI Kurap!!!!


Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.Mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.sebelum itu, peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said berhujah bahawa wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat.

Katanya, jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam.Kamaluddin juga menegaskan, jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan.Manakala peguam kanan Sulaiman Abdullah, yang mewakili speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail pula berkata, jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ianya hanya menghalang perjalanan perlembagaan kerana kerusi tersebut telahpun diisytiharkan kosong."Apabila sesebuah kerusi diisytiharkan kosong, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok," katanya.

Sulaiman berkata, juga tidak ada keperluan segera untuk memberi penangguhan kerana Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu.Maka katanya, tidak ada keperluan segera untuk mahkamah membenarkan penangguhan.Tambahan lagi, katanya, mengikut undang-undang, mahkamah tidak boleh memberi sesuatu penangguhan terhadap mana-mana perintah yang dipohon.

Sumber : Malaysiakini 7.54pm 24 Nov 2009

Salam,SJ sakit hati betul bila dapat tahu perkara seperti ini terjadi lagi!!,apakah keputusan mahkamah kini menjadi satu 'game',hari ini Mahkamah Tinggi bagitau adakan PRK,esok pula Mahkamah rayuan kata tangguh,hari ini Mahkamah Tinggi kata Nizar MB,esok Mahkamah rayuan kata tangguh!!macam dalam hutan lah pula kita dekat Malaysia sekarang ni.

Manakala SPR pula selaku satu Suruhanjaya Bebas kini bertindak memalukan Malaysia dengan menjadi pencacai angkat najis peringkat paling bawah apabila SPR sendiri merayu untuk tidak diadakan PRK!!Adakah SPR sudah lupa atau rakus kuasa,adakah SPR tidak faham setakat mana bidang kuasa yang dia ada!!!Tidak mungkin!!SPR tahu apa yang ada padanya tapi SPR berani menjadi Hakim dalam menentukan Pilihanraya!!!

Wahai Pencacai peringkat Bawahan (SPR) ingat kerja SPR hanya menjalankan Pilihanraya bukannya menjadi Hakim,Penganalisis atau Raja dekat Malaysia ni.SPR tidak ada hak untuk membatasi kuasa Speaker Dewan!!!SPR sudah melampaui batasan!!SJ yakin jika diadakan PRK,pasti banyak penyelewengan yang akan dilakukan!!SPR kini dengan terang-terangan menjadi Agen BN!!Jangan malukan Malaysia!!SPR menjadikan Malaysia semakin ke bawah dalam perkara demokrasi!!SPR telah memperkosa sistem Demokrasi Malaysia!!!

SPR kini tidak Relevan!!!PRK Mesti diadakan!!!!

SPR Zalim!!!!!!

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List