Salam Reformasi,hari ini bertarikh 13 November 2009,lebih kurang beberapa hari lagi DSAI akan turun ke Johor untuk meneruskan misinya Tawan Johor,tapi apa persediaan dari PKR Johor,adakah kita hanya seronok nak 'tempel' DSAI.Gerak kerja untuk meneruskan misi DSAI itu di mana???Adakah dengan hanya berkata-kata kita dapat melaksanakan misi ini??
DSAI sudah semakin hampir ke jeriji besi sekali lagi,cuba bayangkan,jika kita tidak bekerja dari sekarang dan ambil kesempatan selagi DSAI berada bersama kita bila lagi kita nak buat,SJ lihat setiap kali DSAI turun ada sahaja muka yang 'menempel',tapi bilamana ada gerak kerja tak pernah nampak pula muka-muka ni.Sepatutnya jika kita benar-benar sayangkan pimpinan kita,kita harus serius menjalankan kerja untuk menampakkan yang mimpi DSAI untuk Tawan Johor tidak sia-sia dan ada positifnya,tapi jika kita terus 'tidor' dan hanya orang tertentu sahaja yang membuat kerja mana kekuatan kita andai suatu masa DSAI tiada bersama kita.Kita harus bersedia dan menjadi pemangkin untuk Gelombang Reformasi Kedua anda DSAI kembali semula ke penjara.
Kepada semua Cabang-Cabang PKR yang berada di Johor ini,jika benar anda sayangkan parti anda bangkitlah bersama-sama jadikanlah kedatangan DSAI ke Johor adalah sesuatu yang luar biasa dan mampu menggoncangkan seluruh pemimpin UMNO dan juga media yang senantiasa memberikan liputan buruk terhadap DSAI.Imej DSAI kian hari diperlekehkan oleh media DURJANA BN,jika bukan kita anak muda yang harus membangkitkan semangat reformasi 98 siapa lagi??Ingat wahai anak muda sekalian,masa depan anda berada di tangan anda,jika anda tidak mencorakknya dari sekarang bila lagi,adakah anda mahu masa depan anda terus hancur bersama pimpinan BN?? SJ menyeru kepada semua cabang-cabang bangunlah dari sekarang,mari kita bersama-sama menjayakan program DSAI di Johor ini,jika ada mana-mana rakan anda yang 'tidor' segera kejutkan supaya tidak terus dibuai mimpi..Jika rakan anda 'degil' dan 'ego' tinggalkanlah dia lalu anda bagkit bersama.
Jika kita berjaya membawa kehadiran lebih daripada 15ribu itu merupakan kejayaan kita pertama untuk meneruskan misi ini.Menurut rakan SJ Che;gubard,gelombang ini kian semakin membara di negeri-negeri lain,jadi adakah kita Negeri Johor nak tidor sahaja tanpa rasa bersalah,alangkah bagusnya jika gelombang ini bermula dari selatan lalu kita menjadi antara orang yang utama membawa gelombang ini sehingga ke utara..Kita harus mencatat sejarah ketika muda,tapi pastikan sejarah itu membawa nilai yang baik kepada generasi akan datang.Jika kita mencipta sejarah dari sekarang,di suatu masa nanti kita akan baca sejarah kita pada generasi akan datang. Program DSAI dijadualkan pada 22 November ini,manakala keesokannya DSAI akan menghadapi perbicaraan fitnah jahat ke atasnya,alangkah indah dan menjadi ingatan pada DSAI jika bila keesokan menghadiri perbicaraan memori kenangan kejayaan program di Johor menjadi sentiasa di mindanya.Ayuh bangunlah kepada semua PKR Cabang khasnya AMK untuk kita sama-sama pastikan program DSAI di Johor berjaya dengan Cemerlang dan mencipta sesuatu sejarah perjuangan anak muda di Johor.
Turunlah ke padang bersama untuk memberi penerangan kepada rakyat serta sebarkan kepada mereka bahawa pemimpin tertinggi kita iaitu bakal PM Malaysia akan datang ke Johor.Kita bangkitkan semula semangat reformasi 98.Kita pastikan kita lah penggerak utama gelombang itu. Cakap banyak pun tak guna ibarat kata "perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata"..jadi SJ mengharapkan kita bersama menjayakan program ini...Teruskan perjuangan ini sehingga kita berjaya.....!!!!!
We Will Fight and Never Surrender!!!!!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment