Salam,selepas SJ habis program di Johor Jaya tu SJ adan mesyuarat dengan AMKJ,lepas dariapda tu SJ dan rakan-rakan terus begegas balik untuk berjumpa dengan Bro Zul yang akan bersama kami untuk pergi program di pengerang oleh Che'gubard.Alhamdulillah kami sampai di Pengerang lebih kurang jam 9.00 malam,suasana kehadiran seperti biasa tidak ramai,sebab buat dekat kawasan felda yang mana kita ketahui masih sukar untuk menembusinya.Alasan ini bolehlah kita terima kenapa orang tidak ramai hadir ke program yang SJ pergi malam tadi.
Tapi SJ ingin menegur sedikit,kita boleh menerima alasan tersebut dengan syarat kita telah berusaha untuk melakukan hebahan yang cukup baik untuk program tersebut,tapi malangnya SJ lihat promosi hebahan terlalu teruk,bendera pun hanya kelihatan di kawasan ceramah sahaja,malah satu kain rentang pun tidak kelihatan..Jika promosi yang dilakukan hambar bagaimana kita nak tarik orang yang datang lebih ramai??Minta kepada penganjur yang mengadakan Program semalam perhati semula kajiselidik kenapa tidak ramai yang datang,jadikan iktibar untuk memperbaiki majlis supaya di masa akan datang kejadian seperti ini tidak berulang.Sebenarnya jika kita bersungguh memanggil orang untuk hadir InsyaALLAH akan lebih ramai yang hadir daripada semalam,tapi sejak SJ ikut dan kaji,SJ tau insan pejuang seperti Che'gubard yang berjiwa kental itu tak kesah pun ceramah 2 orang pun dia akan datang.Tapi kita selaku anak Johor tidak sepatutnya melayan seperti ini,Chegubard datang bukan minta duit pun,cuma kita hargailah kedatangan beliau ke Johor.Diharap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi.
Okeylah,itu teguran SJ pada penganjur,SJ nak cerita pula apa yang berlaku pada malam itu,sepertibiasa walaupun kehadiran tidak ramai tapi mulut Che'gubard yang memang lantang tu tetap memberikan ceramahnya ibarat macam seribu orang ada dekat depan dia,itulah semangat yang ada pada Che'gubard,Sj cukup kagum,tidak ramai pemimpin muda yang mempunyai semangat jitu dan berani seperti Che'gubard,kenapa SJ boleh cakap macam ini??kerana SJ sendiri bersama-sama Che'gubard ketika di PRK Bagan Pinang.Ketika mana ada pemimpin yang lain tidur, beliau bersama anak muda yang lain menyusun barisan untuk mempertahankan ketika kami anak muda PR diserang.Okeylah SJ tak nak cerita panjang karang ada pula yang kata SJ nak melobi,SJ cakap apa yang kenyataan tapi nanti di salah erti pula.Bagi SJ,SJ akan terus sokong dan berada pada pemimpin yang sanggup berjuang untuk rakyat dan bila dipanggil turun untuk ceramah mudah dan tak banyak soal.Itu baru pemimpin.
Okey,malam tadi Chegubard tetap dengan isu panas dan isu atantuya nie memang xpernah beliau tinggalkan.bak kata Chegubard "esei kalo tak cito pasal altantuya mulo raso badan gatal-gatal"hehehe..begitulah seloroh che'gubard pada hadirin.Okey SJ nak teruskan cerita,lepas habis ceramah tu SJ dan Lan iaitu Ketua AMK Cabang Gelang Patah terus membawa rombongan Che'gubard membuat satu pertemuan bersama dengan anak-anak muda Pengerang lebih kurang dalam 40 orang,walaupun keadaan telah larut malam dengan semangat anak muda Che'gubard sanggup bersama kami untuk membuat perjumpaan tersebut.Sekalung tahniah dari SJ untuk Che'gubard dan rombongan.Pertemuan ini adalah inisiatif daripada Sdr Azlan yang begitu bersemangat untuk menyatukan semula mana-mana anak muda yang sudah kendur semangatnya untuk terus berhuang bersama.Alhamdulillah kerana kepandaian Sdr Azlan berdiplomasi bersama orang setempat perjumpaan tersebut berjaya.Kepada mana-mana Ketua atau pimpinan Cabang yang lain contohilah perkara ini.
Pengerang satu kawasan yang begitu jauh dan kalau nak pergi ke sana pun mahu dua tiga kali fikir,tapi sejauh-jauh tempat dekat Pengerang ni boleh mampu mengumpulkan hampir 40 orang anak muda kampung untuk bersama berjuang bagaimana dengan Cabang lain yang berada di kawasan bandar??Tak kan nak tengok sahaja..malulah kalau tak berbuat sesuatu,sepatutnya pihak Cabang-cabang lain boleh mengumpulkan lebih ramai apa yang Pengerang dah buat,buatlah sesuatu jagan biarkan anak-anak muda di Cabang anda lalai bersama BN..Jika kita ikhlas berjuang buatlah sesuatu bantu anak-anak muda ini untuk berjuang di jalan suci ini.Mereka semua anak-anak muda yang ramai,tak kan kita tak mampu buat,Pengerang yang kira boleh dipanggil hulu pun boleh kumpul 40 orang tak kan cabang lain tak boleh??
Dalam perjumpaan tersbut walaupun singkat namun impaks nya insyaAllah kuat,Che'gubard telah memberikan kata perangsang kepada mereka semua,Che'gubard menceritakan bagaimana getir perjuangan sahabat-sahabat lain yang melaui pelbagai cabaran,ada yang ditangkap,ada yang dipukul ada juga yang digertak bunuh tapi mereka tetap cekal melalui onak duri ini.Bagi menaikkan lagi semangat mereka,Chegubard menceritakan bagaimana gerakan-gerakan anak muda di luar negara yang begitu kuat sehingga mampu menjatuhkan seseorang pemimpin yang zalim dan korupsi.Adakah cerita itu sekadar kedengaran di telinga sahaja,tidak,cerita ini adalah pemangkin untuk anak muda ini merasakan yang mereka adalah peneraju perubahan Negara.Chegubard juga meminta supaya anak muda ini cerdik dan tidak mudah dijatuhkan maruah dengan nilai wang.Anak muda hanya digunakan untuk kepentingan politik Bn durjana.Chegubard menyeru kepada mereka untuk tidak lagi tidur dan lalai,bangun dari sekarang susun gerkan ini InsyaAllah,anak muda inilah yang akan melakarkan sejarah hidup mereka ini dengan sejarah yang mulia berjuang demi rakyat.
Lebih kurang hampir sejam setengah di situ,banyak perkara yang telah dilakukan,Che'gubard dan rakan juga berjanji akan turun lagi jika mereka dipanggil,mereka sanggup turun bagi memastikan gerakan ini tidak mati dan terus bangkit bagi meneruskan agenda perjuangan.SJ harap ramai lagi pimpinan atasan akan turun ke Johor untuk membantu anak muda di Johor bergerak bersama bagi memastikan Bn Durjana akan tumbang di PRU13 nanti.SJ selaku wakil anak muda Johor dengan ini menyeru,kami di negeri Johor sentiasa terbuka dan menghulur tangan jika ada mana-mana pimpinan atasan yang ingin turun ke johor untuk mengadakan program yang memberikan manfaat kepada kami,kami tidak kira,sesiapa sahaja boleh datang dan kami sangggup aturkan program.Bukan sahaja Che'gubard sahaj yang kami jemput,kami membuka tangan seluasnya menerima sesiapa sahaja yang sanggup turun ke bawah membantu kami.Kami tidak pernah memilih mana-mana pemimpin yang ingin membantu kami.Jika tiada yang sanggup turun kami akan terus membawa orang yang sanggup seperti Che'gubard,kami tak mahu akibat daripada permasalahan kecil program maki tertunda.Jadi jika benar ikhlas sila turun kami akan sambut dengan tangan terbuka.'Dikritik adalah lebih baik daripada mengkritik'.kerana jika tidak dikritik menunjukkan pemimpin itu 'doublestandard'.Jadi,segralah turun bantu kami bersama.
Jika tiada daripada atsan yang turun kami akan terus memanggil pemimpin anak muda seperti Che'gubard untuk turun,jadi trunlah bersama kami,jangan hanya pandai mengkritik tapi terimalah kritikan dengan hati terbuka barulah boleh dipanggil pejuang.Sekian ini sahaja daripada SJ.
We Will Fight and Never Surrender...We Promise!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment