Salam reformasi,salam sejahtera kepada rakan-rakan semua,sepanjang hari cuti minggu ini SJ begitu sibuk dengan program di sana sini,pada hari sabtu SJ hanya berehat menonton bola Akhir Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan dan Negeri Kelantan.Pada pagi ahad SJ bersama Setiausaha AMK Johor Sdr Hong Ping Teh telah bersama-sama pergi ke Pasar Taman Johor Jaya pada pagi-pagi hari lagi.Pada hari itu pelancaran pertama 'Justice For Tian Chua" diadakan di mana kami akan mengedar handbill dan memberikan sedikit penerangan apa sebenarnya yang berlaku terhadap Tian Chua.
Pada mulanya SJ tak rasa ramai orang akan bersama-sama kami untuk program ini,tapi ternyata sangkaan SJ meleset,bila mana ramai para pengunjung pasar pada hari itu datang ke meja kami untuk menyatakan sokongan terhadap program kami dan seterusnya memberikan tandatangan menyatakan mereka menolak kezaliman yang dilakukan oleh polis terhadap YB Tian Chua.SJ yang turut sama pada program itu nampak bahawa masyarakat cina sendiri tidak berpuas hati terhadap kezaliman yang dilakukan terhadap YB Tian.Turut sama menandatangani memorandum bantahan itu dari kalangan bangsa melayu juga.
Alhamdulillah program kami berjaya,walaupun ada 'pihak peronda polis' yang melalui kawasan tersebut program kami berjalan lancar.Cuma diakhir program adalah juga pihak SB menelefon Haji Alim untuk bertanya tentang program ini,tapi tiada sebarang kekacauan dilakukan.SJ nak ulas sedikit pasal Kes YB Tian ini,sebenarnya tuduhan yang dilakukan terhadap YB Tian adalah satu tuduhan jahat dan satu perancangan sulit untuk menarik semula status MP terhadap YB Tian.Mereka menuduh YB Tian menggigit anggota polis,sedangkan tiada bukti yang cukup sekadar mendengar pandangan dari pihak polis yang menuduh lalu menjatuhkan hukuman yang boleh dianggap biadap terhadap YB Tian.Inilah bukti Kerajaan Durjana BN kini terdesak untuk menjatuhkan maruah Adun-Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk memenangi semula hati rakyat dengan cara yang zalim.
Kerajaan BN durjana kini semakin terdesak,tidak mustahil kes-kes bodoh yang telah didakwa terhadap YB Tian akan dilakukan juga terhadap MP-MP Pakatan Rakyat yang lain.Nampaknya negara Malaysia kini yang dibawah pemerintahan Bn Durjana sedang mabuk membabibuta menghukum orang mengikut hukum rimba...Adakah Malaysia tiada perlembagaan sehingga boleh menghukum orang tanpa bukti yang cukup.Inilah Malaysia yang sekarang,Zaman Najib ini memang zaman Gila.Semua kegilaan berlaku di zaman Najib.Boleh letup orang,boleh bunuh orang dan boleh menuduh orang di mahkamah tanpa bukti yang cukup..Zaman Najib memang jahanam.Sekian di sini sahaja ulasan SJ terhadap apa yang berlaku kepada YB Tian.Kami AMK Johor akan terus mengadakan program ini dan jika diberi kekuatan kami akan bawa Program ini diseluruh Johor untuk memberikan penjelasan sebenar apa yang berlaku terhadap Yb Tian Chua seorang pejuang yang begitu kental sejak zaman reformasi 98 sehingga sekarang.
SJ ucapkan Tahniah buat YB Tian Chua kerana begitu berani menentang zionis kejam Kerajan Bn Durjana.Sekian sahaja..malam lepas program ini SJ bergerak ke Pengerang untuk program bersama Che'gubard.
We Will Fight and Never Surrender!!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment