Salam dan selamat pagi,SJ baru selesai Program 'Kempen Justice For Tian Chua di Pasar Taman Universiti.SJ bersama beberapa rakan AMK yang lain hadir untuk kempen ini tidak dilupakan juga Ketua Cabang PKR Gelang Patah Dr Zaliha Mustafa.Kami bersama-sama berkumpul di tapak letak kereta Pasar bermula jam 8.30 pagi.Program kempen ini memang sedang berlangsung di Seluruh Malaysia,InsyaALLAh jika tiada aral melitang pada minggu hadapan akan diadakan di Pekan Gelang Patah di kawasan 'pasar' yang bukan 'pasar awam'.BN telah menang di Parlimen Gelang Patah berpuluh tahun tapi hingga kini masih belum berdiri Pasar Awam di Gelang Patah.Inilah Kecerdikan dan keprihatinan yang dilaugkan oleh pemimpin BN Durjana.
Okey,kita balik pada cerita asal,Alhamdulillah program di sini berjalan dengan lancar,walaupun kami hanya beberapa orang sahaja kami tetap meneruskannya,Kami mengedar risalah 'Keadilan untuk Tian Chua dan SJ juga mengambil kesempatan mengedar risalah tentang Squad AMK Johor yang dibuka kepada anak muda seluruh Negeri Johor.Dr Zaliha turut sama berkempen dengan kami,ramai juga orang kawasan sini yang masih kenal dengan Dr Zaliha,sebab Dr Zaliha kan pernah bertanding di Parlimen Gelang Patah,rata-rata orang yang berjumpa dengan Dr Zaliha menyatakan sokongan kepada PKR,dan meminta untuk Dr Zaliha bertanding lagi,emm nampaknya Dr Zaliha kenalah teruskan untuk bertanding pada PRU13 nanti.SJ dan rakan-rakan akan memberi sokongan penuh dan akan bekerja bersama Dr Zaliha untuk kita tawan Parlimen Gelang Patah di PRU13 nanti.
Dalam ketenangan pasar Tmn Universiti ni rupanya ada masalah yang membelenggu peniaga di sana,aduan mereka tidak diambil peduli oleh wakil rakyat di sini.Untuk masalah ini SJ akan ulas di posting berikut nanti.Kami juga berjalan ke sekitar kawasan peniaga runcit di pasar,ada juga yang memberikan sokongan termasuk anak muda yang berada di sana turut menurunkan tandatangan protes terhadap kezaliman ke atas Tian Chua.Lebih kurang jam 11.20 program kami berakhir.SJ dan rakan gembira kerana program ini berjalan dengan lancar.SJ dan rakan-rakan akan meneruskan kempen ini ke tempat lain pula di sekitar johor setiap minggu agar rakyat tidak lupa kezaliman yang dilakukan terhadap YB Tian Chua.
Sekian sahaja,nanti Sj sambung lagi untu aduan peniaga gerai makan di sini...nak makan jap..lapar...opps lupe plak..Terima Kasih kepada rakan-rakan yang turut hadir menjayakan program ini...
We Will Fight and Never Surrender!!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment