Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Cerita di sebalik tabir BTN


'Kami ditunjukkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang rakyat Amerika. Jurulatih memberitahu kami yang beliau seorang pengkhianat kepada negara kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan orang Amerika'.

Itulah antara isu-isu yang dibangkitkan sewaktu program pembinaan negara dijalankan oleh Biro Tatanegara (BTN), yang pernah diikuti seorang pelajar tahun empat jurusan ekonomi, Fakhrul Zaki Fazial.

Fakhrul yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata, fokus kursus tersebut adalah mengenai bangsa Melayu.

"Mereka (jurulatih) juga mengkritik pembangkang dan menganggap kritikan mereka sebagai patriotik," tambahnya.

Ketua pelajar Universiti Malaya, Mohd Ridzuan Mohammad, yang pernah menghadiri program BTN pada 2004 berkata, malah terdapat ceramah yang mendakwa bahawa kaum lain menjadi ancaman kepada orang Melayu.

Menurutnya, BTN tidak seharusnya membangkitkan sentiman perkauman yang akan mencetuskan perpecahan kaum.

Katanya, ini kerana program tersebut boleh mempengaruhi sesetengah pelajar yang hadir berhubung ideologi perkauman tersebut.

Chin Shin Liang, seorang bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pernah menghadiri program BTN pada Disember 2008, turut berkongsi pengalamannya.

"Kami ditunjukkan klip video perhimpunan Bersih dan kemudian gambar negara Palestin yang dilanda perang dengan keterangannya: Apakah ini yang kita mahukan?... Kita juga ditunjukkan seorang pemprotes (tidak dikenalpasti) membaling batu," katanya.

Sambil menyifatkannya sebagai "amat berat sebelah", Chin berkata: "Ia tidak menyatakan siapa pembaling batu itu, (dia) mungkin seorang Mat Rempit yang mahu berseronok atau polis yang melakukan provokasi terhadap pemprotes dengan menggunakan meriam air."

Katanya, jurulatih juga mengajar bahawa kerajaan BN dipilih oleh rakyat dan oleh itu ia merupakan kerajaan yang sah, tetapi tidak berusaha untuk membezakan parti politik dan kerajaan.

"Ini jelas mengelirukan kerana ia menjadi peraturan bahawa agensi-agensi kerajaan harus bersikap berkecuali dan berkhidmat sepenuhnya kepada negara (bukan hanya parti/gabungan tertentu)," katanya.

Ianya seolah-olah menyatakan bahawa kerajaan BN 'mewakili' negara ini dan harus ditaati tanpa dipersoalkan, katanya.

Sementara itu, Fakhrul menyuarakan keraguannya mengenai pemilihan jurulatih BTN.

"Saya fikir sesetengah jurulatih tidak layak kerana mereka begitu beremosi dan tidak intelektual dalam ceramah mereka.

"Jika pelajar tidak bersetuju dengan pandangan jurulatih, mereka akan memarahinya di depan semua orang," katanya.

Sementara itu, sesetengah pihak merasakan bahawa kursus BTN telah dikecam secara tidak adil.

Semalam, satu kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 'bekas peserta kursus BTN' mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur untuk menyatakan pandangan mereka.

Ketuanya, Ahmad Shafei berkata mereka berasakan ia menjadi tanggungjawab sosial mereka untuk memperbetulkan pandangan berat sebelah terhadap kursus BTN.

Beliau menafikan bahawa modul BTN menyemai kebencian terhadap kaum lain, tetapi menurutnya, BTN mengajar peserta saling menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Oleh itu, katanya, adalah tidak adil untuk menyatakan bahawa BTN cuba mewujudkan perpecahan, sedangkan ia hanya mengajar mengenai sejarah rasmi negara ini. - petikan dari Malaysiakini.com

Najib Terus diserang ANAK Muda!!!!



Salam,padan muka dengan Najib,serangan tali arus dari anak muda terus berjalan.Semalam Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Saudara Shamsul Iskandar telah menghantar laporan ke SPRm tentang salahlaku adik Najib hari ini sekali lagi diserang pula oleh Solidariti Anak Muda Malaysia,bagus inilah semangat anak muda.Anak muda kini telah membuktikan yang mereka tidak gentar terhadap rejim najib.Lawan dan akan terus melawan sehingga berundurnya si Najib,sejarah pernah membuktikan dengan suara anak muda Madey Kutty tumbang dan berundur.Tidak mustahil sejarah tersebut akan berulang lagi.

Pagi tadi jam 9.00am lebih kurang 30 anak muda telah berkumpul di Bukit Aman untuk mendesak polis menyisat Najib menyogok bala dalam isu altantuya,salahlaku rasuah setiausaha PM dan MB Negeri Sembilan seludup wang.Lebih kurang jam 10.15 mereka menunggu ketibaan pegawai yang bertugas untuk menerima laporan daripada SAMM.Setengah jam kemudian seorang pegawai yang bertugas telah menerima laporan tersebut dan kemudiannya mengambil keterangan daripada Che'gubard dan rakan SAMM.Selesai membuat laporan SAMM bergerak ke Bukit perdana untuk membuat kenyataan rakaman rasmi di sana.InsyaALLAH perkara ini tidak terhenti di sini sahaja,akan ada laporan seterusnya sedikit masa lagi.




Kepastian teserlah di sini ialah jangan sesekali BN fikir anak muda yang berani menentang BN sudah tiada,gerakan ini ada dan akan terus wujud.Tidak mustahil gerakan seperti ini yang bakal menggegarkan politik negaara sekaligus menjatuhkan kerajaan korup BN Durjana.

Tahniah kepada Shamsul Iskandar kerana berani ke hadapan bersama anak muda yang lain untuk membuktikan kepincangan dan kebobrokan BN Durjana.SJ menyokong sepenuhnya hasil usaha SAMM dan seluruh anak muda Malaysia yang berani mara ke hadapan untuk menentang BN Durjana.Tahniah Anak MUDA!!!!


Lawan tetap Lawan!!!!

SPRM digesa siasat adik PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan P Balasubramaniam berhubung pembabitan adik perdana menteri dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai hubungan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak.

Aduan berkenaan yang dibuat oleh tiga pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat semalam menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.

Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.



Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, laporan tersebut dibuat berdasarkan rakaman satu siri temuramah dengan Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Abdul Razak Abdullah Baginda yang dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia tersebut.

Balasubramaniam, bekas seorang anggota polis Cawangan Khas, menggemparkan negara pada 3 Julai tahun lalu apabila mengumumkan akuan bersumpah awalnya yang mengaitkan Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, dengan Altantuya.

Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, beliau menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri di luar negara.

Balasubramaniam mendakwa beliau bertemu dengan Mohamed Nazim dan isterinya di sebuah pusat membeli-belah The Curve di Damansara pada malam sebelum mengubah akuan bersumpahnya.

sumber : Malaysiakini

Dato Seri Anwar Ibrahim Antara 32 Pemikir Terbaik Dunia.....



Anwar Ibrahim telah tersenarai sebagai orang yang ke 32 Pemikir Terbaik Dunia. Majalah Foreign Policy yang berpusat di Washington DC telah menyenaraikan 100 individu yang telah menyumbangkan buah fikiran terbaik mereka untuk kemakmuran masyarakat dunia. Ben Bernanke tercatat sebagai orang pertama. Dick Cheney tercatat pemikir yang ke 13. Manakala Paul Kennedy, seorang sejarawan di Universiti Yale adalah pemikir yang ke 100.

Setelah disemak keseluruhan 100 nama pemikir terbaik dunia, saya tidak terjumpa nama Najib Razak, Mahathir apa tah lagi Abdullah Badawi.
kita ditipu 22 tahun, TUn Mahadet kononnya beliaulah yang banyak berjasa kpd negara oleh media pegampu.Tapi hasilnya lihatlah;sistem kehakiman dirogol,Jabatan polis diperkosa,syarikat awam dilelong(penswastaan),media dicabul,wang rakyat dirompak dan diagihkan,syarika2t jutawan baru muncul,cukai2 dinaikan,suara rakyat disekat.mcm2 lagi..apa itu kita boleh masukan namannya dalam pemikir dunia??apatahlagi abdullah dan najib??


Rakyat Malaysia Sentiasa Tertipu....Akibat daripada BN Durjana yang menepukan otak rakyat!!

Sila BerUndur wahai ISMAIL SABRI!!!!!!



Salam,tadi awal2 pagi SJ membaca Malaysiakini dan isu yang hangat untuk SJ kupas pada hari ini adalah isu Subsidi gula mungkin dimansuhkan.Walaupun ada sebilangan orang yang menganggap ini isu kecil tapi bagi SJ isu ini adalah besar dan bakal membebankan rakyat,malah alasan yang digunapakai oleh Ismail Sabri yang bangang ini tidak boleh diterima.Untuk penelitian lanjut sila baca keratan laporan dari Malaysiakini dibawah :



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan bahan itu di kalangan rakyat Malaysia. Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat kabinet tidak lama lagi. "Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan. "Kami akui subsidi gula yang diberi amat tinggi justeru kami sedang mengkaji cadangan beberapa pihak supaya memansuhkannya memandangkan gula bukanlah satu keperluan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram. Ismail Sabri bagaimanapun berkata harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula. Katanya, faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan antaranya kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat. Selain itu, katanya, ia sebagai menyokong usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini. Terdahulu, Presiden CAP SM Mohamed Idris turut menggesa kerajaan agar menghapuskan subsidi gula selepas beberapa persatuan pengguna lain turut mencadangkan usul yang sama baru-baru ini. BERNAMA

Alasannya konon untuk mewujudkan gaya hidup sihat,ini kerja Menteri Kesihatan bukan kerja ko ismail sabri oii...Mungkin akibat kebangangan ko,ko dah lupe portfolio ko er.Sejak ko jadi menteri ni banyak yang ko buat makin membebankan rakyat.Hari tu ko naikkan minyak,sekarang ni ko nak cuba hapuskan subsidi gula,apa tujuan ko ni,ko nak kipas si Najib ke??Lepas ni apa pula ko nak naikkan,garam ke..lepas ni andaikata garam pun si bangang ni naikkan kita rakyat Malaysia ramai-ramai ambil air laut untuk dapatkan garam,biarkan Ismail sabri dan keluarga dia yang pakai garam.

Apa lah otak dia fikir,dalam keadaan rakyat semakin kian terdesak masalah kewangan si bangang ini menjadikan rakyat semakin susah!!
SJ tidak bersetuju dengan penghapusan subsidi ini,jika dilakukan juga kita rakyat Malaysia kena protes jangan main setuju sahaja.Bila minyak naik,semua barang naik,lepas ni kalau gula naik apa nasib peniaga kecil kedai makan,mereka juga terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman dan akhirnya pelanggan semakin kurang akhirnya tutup perniagaan.

Jadi menteri cuba fikir nasib rakyat bawahan jangan hanya kenyangkan tembolok sendiri.Cuba contohi Khalifah Umar Abd Aziz yang tidak menggunakan kuasa dengan rakus malah harta kerajaan juga tidak digunakan dengan sewenangnya,hatta lilin yang bagi kita kecil itu juga jika milik kerajaan Khalifah Umar Abd Aziz tidak akan menggunakannya untuk urusan peribadi.
Rakyat Malaysia harus peka dengan isu semasa khususnya anak muda,janganlah terus melalaikan diri dengan gejala tidak sehat lalu membiarkan pemimpin negara melakukan sesuka hati.Anak muda harus memahami hak mereka agar tidak dibodohkan oleh Kerajaan yang sedia ada.

Jika tidak dari sekarang Anak muda bangkit maka di masa akan datang kita akan merempat di negara sendiri.
Ingat Ismail Sabri,Suara rakyat adalah suara keramat,sekali rakyat sudah bangkit maka disitulah bermula kejatuhan engkau.Jangan korbankan rakyat demi kepentingan peribadi!!!


Lawan Tetap Lawan!!!

Tiada Bukti tapi Nak Dakwa juga!!!!

Salam....hari ini SJ buka kata-kata dengan perkataan ini : Jahanam....Jahanam....Jahanam!!!!Jahanam kepada sistem kehajiman Negara!! Hari ini sekali lagi sistem kehakiman Negara menjadi barua kepada orang tertentu.Sila baca petikan daripada Malaysiakini ini :

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditetapkan bermula 25 Januari tahun depan selepas permohonannya untuk membuang kes tersebut ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Tarikh perbicaraan kes tersebut, yang ditunda beberapa kali akibat beberapa permohonan penasihat PKR itu, dijadual selama sebulan sehingga 25 Februari.

Pagi ini, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa hanya perbicaraan penuh dapat mengesahkan sama ada wujud atau tidak penembusan pada dubur pengadu kes tersebut Mohd Saiful Bukhari Azlan seperti dalam pertuduhan.

Peguam mantan timbalan perdana menteri itu berhujah kes tersebut tidak patut diteruskan kerana laporan perubatan menunjukkan tiada kesan penembusan pada pengadu.

Anwar, ketua pembangkang di Parlimen, dituduh meliwat bekas pembantunya itu di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun tahun lalu.

Daripada kenyataan Hakim telah membuktikan ada sesuatu disebalik pendakwaan ini.Bukti kenapa mahkamah tidak lagi boleh dipercayai,Keadilan sudah tiada dalam sistem kehakiman di Malaysia.Mengapa mesti medakwa dan dijadikan kes sedangkan orang yang menuduh tidak mengalami sebarang kesan sepertimana dakwaan yang dibuat.SJ bukan hakim atau orang yang professional untuk cerita bab mahkamah,tapi sedikit sebanyak tahu lah juga tentang apa yang sepatutnya berlaku di mahkamah.

SJ mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan yang tidak berasas terhadap Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim.Turunkanlah bala yang amat besar kepada sesiapa yang terlibat membuat fitnah ini.Kita manusia biasa yang berpegang kepada agama Islam kita seharusnya percaya tiada sesiapa yang dapat membantu kita dikala susah senang kecuali ALLAh..Maka mari sama2 kita panjatkan doa supaya DSAI atau sesiapa sahaja yang teraniaya atas tuduhan fitnah diberikan azab yang pedih di dunia dan akhirat jika tidak bertaubat!!!!


We Will Fight and Never,Never,Never surrender!!!!

Zambri MB Haram Paling Bangang!!!




Laporan Ketua Odit Negara membuktikan Zambry seorang yang bangang

Laporan Ketua Odit Negara yang didedahkan oleh Pengerusi DAP Perak Dato Ngeh Khoo Ham membuktikan betapa dalam isu pembelian 16 kereta Toyota Cambry oleh Pakatan Rakyat tempohari adalah suatu langkah yang dikira bijak belanja

Pendedahan Ketua Odit Negara menampakan betapa 'bangang'nya gerombolan UBN yang mulut celupar mempertikaian pembelian kereta tersebut.Baca seterusnya berikut :

IPOH, Nov 29 – DAP Perak mendesak pentadbiran UBN Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan status kumpulan kereta Toyota Camry yang pernah digunakan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat sebagai kereta rasmi mereka.

Datuk Ngeh Koo Ham (gambar), bekas exco kanan Pakatan Rakyat, menggesa Zambry memberitahu rakyat apa yang telah berlaku dengan kereta-kereta tersebut, samada exco kerajaan UBN kembali menggunakan kereta Perdana V6 yang lama walaupun kos penyelenggaraannya sangat tinggi.

“Adakah mereka menggunakan kereta lama dulu? Apa dah jadi dengan Toyota Camry?Kalau mereka fikir mereka menjimatkan wang rakyat dengan menggunakan kereta lama, mereka adalah silap!”

“Mereka sebenarnya membelanjakan lebih banyak wang,” katanya sewaktu sidang media selepas merasmikan konvensyen DAP ke-15 disini hari ini.

Ngeh mendedahkan laporan Ketua Odit baru-baru ini, penyelenggaraan Perdana V6 yang lama itu menelan belanja RM1.3juta dan sudah terlalu uzur bagi kegunaan sebenarnya.

“Laporan Ketua Odit Negara hanya mempunyai satu komplen keatas Pakatan Rakyat iaitu, kita patut menukar kereta tersebut lebih awal lagi.” kata Ngeh.

Semasa pentadbiran PR, kereta Perdana V6 yang digunakan bekas UBN telah digantikan dengan 16 buah Toyota Camry.

Pembelian tersebut menjadi pertikaian UBN, menudh PR membazir wang rakyat kerana membeli kereta baru, selain merungut tentang harganya, puak UBN merungut kerana ianya bukan kereta buatan negara sendiri.

Kerajaan PR telah menafikan tohmahan tersebut dengan dakwaan bekas kerajaan UBN telah membazir lebih banyak wang keatas kos penyelewnggaraan kereta Perdana V6 tersebut.

“Menurut laporan Ketua Odit Negara , kereta-kereta tersebut harus digunakan sebaik-baiknya untuk selama lebih kurang 4 tahun dan tidak melebihi perjalanan 100,000 kilometres

“ Walau bagaimana pun, ada antaranya kereta (Perdana) , mencapai tahap lebih daripada 400,000 kilometres,” kata Ngeh.

Beliau menambah pembelian Toyota Camry dengan harga RM97,000 sebuah adalah lebih berhemah daripada membelanjakan RM1.3juta kos penyelenggaraan kereta lama Perdana V6.

“Saya menyeru Zambry supaya berhenti bermain politik. Dengan menjual kereta-kereta baru tersebut, akan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian. Adakah mereka menggunakan kereta lama itu? Berapa banyak mereka bazirkan untuk kos penyelenggaraan?” Tanya Ngeh.

Adalah difahamkan, kerajaan UBN, melalui satu perjanjian dengan exco negeri , bersetuju mengekalkan 3 daripada 16 Toyota Camry, bagi kegunaan Setia Usaha Kerajaan, Penasihat Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Dua belas daripada baki13 kenderaan tersebut telah dijual , sementara baki sebuah itu telah ada pembelinya yang sedang menunggu kelulusan pinjaman oleh sebuah bank.

Menurut satu sumber, kereta-kereta tersebut dijual dengan harga anggaran lebih kurang RM150,000 sebuah.

Sumber : Malaysia Insider..

Lawan Tetap Lawan!!!

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List