Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Program DSAI di Johor 7 Mei 2010...!



Salam perjuangan dan salam Reformasi..SJ rasa masih belum terlambat untuk mengulas sedikit program yang telah berlangsung 7 Mei 2010 yang lalu..iaitu lawatan dan ceramah perdana oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim..auranya masih seperti dulu..gaya bahasanya pula semaki hari makin lantang,lagi ditekan lagi lantang harimau ini mengaum..


Dibawah adalah kronologi yang berlaku ketika DSAI dibawa lawatan ke Johor..

dari blog AMK Gelang Patah..

Mulai jam 7.00 malam kawasan Taman Dahlia, Tampoi telah dikepong dengan 5 sekatan jalanraya (road block) serta ratusan anggota polis daripada Balai Polis Johor Bahru Utara.

Setelah selesai ceramah di Taman Dahlia pihak polis telah menahan kumpulan kenderaan yang membawa Dato Seri Anwar dengan alasan menggunakan lampu veacon. Bentuk penahanan ini adalah seperti penahanan seorang penjenayah besar sedangkan ia adalah kesalahan jalanraya jika pun dibuktikan bersalah. Setelah gagal membuktikannya maka pihak polis telah melepaskan begitu sahaja. Halangan ini telah memakan masa 15 minit dan tentunya melambatkan perjalanan kumpulan ini ke ceramah seterusnya di Markaz PAS Taman Saujana, Plentong.


Setelah sampai di kawasan ceramah di Taman Saujana terdapat beberapa provokasi yang boleh menjadi punca pergaduhan seperti :

Terdapat sekumpulan anak muda berpakaian UMNO membuat bising dengan kata-kata yang kesat seolah-olah mahu membuat provokasi.
Terdapat bunga api yang telah dibaling di tengah kawasan ceramah.
Terdapat banner yang menyatakan Dato Seri Anwar adalah penghianat negara

Malangnya provokasi ini tidak langsung dihalang oleh pihak polis



Lihatlah bagaimana kecut dan risaunya UMNO terhadap pengaruh DSAI..turunya DSAI ke Johor maka ketika itu pemimpin UMNO di Johor akan menggigil seluruh badan terus datang demam malaria..hahaha...sepertimana kata-kata malikul sembab pengaruh DSAI semakin kurang dan rakyat juga semakin tidak percaya terhadap DSAI..pada malam tersebut kita dapat lihat betapa ramainya rakyat yang hadir yang memberikan sokongan padu pada DSAI.Semakin hari rakyat memberontak semakin hari rakyat DIDAHULUKAN UNTUK DISUSAHKAN..semakin hari rakyat tercengkam dengan kehidupan yang sentiasa menindas rakyat bawahan.



Rakyat sudah muak terhadap pimpinan UMNO dan BN..rakyat mahukan perubahan.Yang paling merisaukan BN adalah kebangkitan Anak Muda yang semakin hari semakin berduyun-duyun yang bersama Pakatan Rakyat..semangat itu bukan sahaja di semenanjung bukti jelas kita telah lihat bagaimana tumbang tertiarapnya BN di SIBU.Gemobang Tsunami yang berlaku di semananjung kini telah merebak juga ke Sarawak.





Gelombang kebangkitan rakyat khususnya Anak Muda kian terasa di mana-mana.Mat-Mat dan Minah-Minah Rempit juga kini telah bersama duduk mendengar ceramah Pakatan Rakyat.Tidak mustahil misi Pakatan Rakyat menawan Johor akan direalisasikan.


Tahniah kepada AMK Johor yang sama-sama menjayakan Program ini.Semoga program seperti ini akan terus berlarutan hingga tertumbangnya BN di Johor InsyaALLAH...



"Perubahan Harus Didesak bukan Ditunggu!!..

LAWAN TETAP LAWAN


Ceramah MB Rakyat Dato' Seri Nizar Jamaluddin!!



Salam..seperti janji dan kata2 Anak Muda Pakatan Rakyat Johor..serangan terhadap barua APCO akan diteruskan lagi dan serangan ini akan berterusan sehingga tumbangnya Kerajaan zalim
BN..kali ini kami bawa MB Rakyat pula untuk meneruskan serangan kami di Johor.. Bersempena dengan perasmian Pasti Al-Ummah Dato' Seri Nizar akan berceramah sepertimana yang dinyatakan di bawah :


Tarikh : 23 Mei 2010
Hari : Ahad
Masa : 9.00 malam

Penceramah Utama : Dato' Seri Nizar Bin Jamaluddin MB Rakyat


Ayuh rakyat Johor yang telah sedar dan belum sedar serta yang masih tak tahu arah tujuan turun beramai-ramai,kita tunjukkan sokongan kita kepada MB Rakyat yang benar-benar pejuang rakyat.Jangan kita gentar untuk hadir ke Ceramah Pakatan Rakyat hilangkan perasaan takut kepada mahluk dengan segera.Setinggi mana pangkat,kuasa,ugutan dan darjat mereka,akhirnya bila mati akan kembali dan dikebumikan ke dalam tanah jua....

Anak Muda akan terus mendesak perubahan tanpa ditunggu-tunggu lagi.Ini zaman edan yang mana kuasa wang digunakan dengan begitu kuat.Mempertahankan kuasa dengan kezaliman.Ini bukan zaman tunggu dan lihat.Perjuangan haruslah dilaksanakan dengan kata-kata bukan sekadar meniti dibibir.


Lawan Tetap Lawan!!!!

Apo Kono dengan Bung Mokhtar??



Salam..citer panas hari ni kisah di Sabah pula..telah kan kite baru habis PRK di SIBU..jom kta ke sabah pula..hehe...ini cerita kelakar dari seorang MP Kinabatangan iaitu Bung Mokhtar yang berpoligami tanpa kebenaran..aduhai Yb macam mana boleh jadi macam ni..gamak pun nak menikah muda pun mintalah izin dulu tak pasal-pasal karang hilang pula status MP tu.Kemenangan di SIBU belum habis diraikan takkanlah kita nak sambung PRK Kinabatangan pula..tapi kalu dah tertakdir nak buat macam mana kan kita terpaksa juga hadapi PRK Kinabatangan.


ini sedikit petikan yang diambil dari Malaysiakini.. Kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Mokhtar Radin mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran. Seorang jurucakapnya Maria Chin Abdullah berkata ahli parlimen Kinabatangan itu tidak sepatutnya melanggar undang-undang kerana ia memberi mesej yang tidak baik kepada masyarakat. "Bung Mokhtar perlu meletak jawatan, dan tidak sepatutnya mewakili rakyat Malaysia lagi.

"Itu langkah terbaik," katanya ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini. Katanya lagi, poligami tanpa kebenaran juga merupakan satu bentuk penghinaan kepada golongan wanita. Tambahnya, Bung Mokhtar juga mempunyai reputasi tidak baik kerana sering menjadikan golongan wanita sebagai sasaran dalam ucapannya di Dewan Rakyat. Bung Mokhtar sebelum ini mengaku bersalah kerana mengahwini isteri keduanya Zizie Ezette A Samad tanpa kebenaran mahkamah pada Disember 2009.

Esok, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur akan menetapkan hukuman kepada kedua-dua mereka dan saksi-saksi.

Kita nantikan sama ada kita akan hadapi PRK Parlimen Pekan dulu atau PRK Parlimen Kinabatangan..anak muda bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Lawan Tetap Lawan

Arus Perubahan Kian Membadai BN dan UMNO!!!

Ucapan Tahniah DSAI kepada rakyat SIBU!!



Syabas rakyat Sibu! Terima kasih saya ucapkan kerana memilih Sdr Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu yang baru, menggantikan mendiang Robert Lau Hoi Chew. Rakyat Sibu membuktikan kepada kita semua bahawa kuasa rakyat, kuasa keramat. Mereka menzahirkan kepada kita semua, misi Menyelamatkan Malaysia dari segala kebejatan merupakan matlamat utama ketimbang tunduk menyerah kepada sogokan pimpinan Umno-Bn.

Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat. Sekali lagi anda perlihatkan kekuatan yang mengagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dokongan aparat-aparat lainnya. Ternyata keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pelajaran berguna kepada Pakatan Rakyat buat merenung erti semangat perjuangan yang selama ini menjadi pemangkin kepada Agenda Selamatkan Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Jika Benar seperti kata YB Karparl Singh........



makin tua makin garang..tabik TUAN SINGH!!!

Salam...erm..berita ni panas juga..nampaknya sejak Malaysia semakin hilang keadilan dan institusi kehakiman dipijak2 oleh barua APCO Yb Karparl Singh semakin berani..Tabik Tuan Singh..Berani kerana benar takut kerana salah!!.berikut petikan kata2 YB Karparl



apakah ini wahai najib???


Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris. “I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib. Menurut Karpal, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan. “Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Jika tidak berhati-hati, PM akan dihumban ke penjara. Kita mungkin terpaksa adakan pilihan raya kecil di Pekan,” kata Karpal.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi membincangkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 1Malaysia diciplak dari One Israel.

Persoalannya sekarang jika apa yang diperkatakan Yb Karparl boleh mendakwa Najib ke mahkamah sekaligus menghumban PM 1Malaysia itu ke penjara siapakah bakal menggantikan najib???adakah Rosmah sendiri atau Muhyiddin Sembab??

kalau ikut teori aku sekarang ini tiada yang layak untuk menggantikan tempat najib ni..muhyiddin langsung tak boleh pakai..cakap tak serupa bikin..SJ paling tidak boleh lupa
sehingga kini ialah dosa jahanam yang dibuat muhyiddin menukar dari hari jumaat ke ahad sebagai cuti umum..inilah satu pengkhianatan besar muhyiddin terhadap bangsa dan agama!!. Kita lihat masih adakah sisa2 keadilan dalam badan kehakiman negara yang kian hari semakin membuat rakyat hilang percaya dengan institusi ini..tapi ibarat kata mak aku 'kalau die buat macam manapun ALLAH yang akan menetapkan segalanya..kuasa mutlak itu hanya pada NYA!!

Anak Muda Lawan Terus Lawan!!

BN Tumbang tertiarap di Bumi SIBU!!!



Salam..agak lama Sj mendiamkan diri..diam tidak bererti lompat,diam juga tidak bererti kalah..ibarat pepatah melayu 'Diam-diam Ubi Berisi,Diam-diam besi berkarat'.SJ masih berada pada platform Pakatan Rakyat yang mana hanya platform inilah wadah perjuangan yang harus dipertahankan.Malam tadi mencipta sejarah bilamana SPR kuda tunggangan BN terpaksa mengumumkan calon Pakatan Rakyat dari Parti DAP Wong Ho Leng mendapat 18,845 undi menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi majoriti kemenangan 398 undi.Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi. Undi rosak pula berjumlah 395.Pada awalnya perkiraan calon DAP ini hampir memenangi majoriti yg agak besar iaitu lebih kurang 2500.Seperti biasa bilamana 'kotak ajaib' iaitu undi POS dibawa masuk maka terjadilah apa yang terjadi.




rakyat sibu sedang menanti detik kemenangan Pakatan Rakyat dari calon DAP...



orang ramai mula berpusu-pusu untuk menyambut kemenagan PR di SIBU..

Bagaimanapun SPR dan barua2 APCO tidak boleh menidakkan keputusan yang MAHA KUASA yang telah menentukan kemenangan buat rakyat..Harum perjuangan rakyat itu kian semakin hampir.Biar kita hilang Wangsa Maju dan Hulu Selangor tapi kini kita dapat SIBU..Di sinilah bakal bermulanya detik kejatuhan Taib Mahmud.Kini badannya sudah menggigil kerana kekalahan dan kejatuhan pemerintahannya kian hampir,rakyat SIBU telah memberikan mesej yang jelas bahawa kini mereka tidak lagi boleh diperbodohkan,maruah mereka tidak lagi boleh dibeli dengan wang ringgit.Maruah rakyat SIBU tidak boleh dibeli dengan nilai wang RM18Juta..tidak lagi wahai najibultantuya.Nampaknya seperti saranan beberapa pihak NAJIB kene bukak Felda di Sarawak pulak hahahaha.....



kemenangan diraikan bersama penyokong Pakatan Rakyat...



sebaik sahaja kemenangan diumumkan calon telah dipeluk oleh rakan seperjuangan...

Menangnya PR di SIBU bererti Hari ini adalah Hari Gelak untuk Muhyididn yang mana dengan angkuh dan sombong menyatakan PKR adalalah parti yang tidak boleh diterima oleh rakyat.Ambik kau padan dengan muka tumbang tertiarap di Bumi SIBU.!!Muhyiddin jangan sesekali bercakap besar sombong dan takabbur..tidak cukup ker dosa dan taik yang telah ditinggalkan selama menjadi MB Johor dulu???lupakah yang engkau wahai si sembab semasa di tampuk pemerintahan selaku MB Johor menukar hari jumaat kepada hari ahad sebagai cuti umum..TAIK engkau itu kini kami rasai..Kami rakyat Johor tidak akan pernah melupakan kejadian tragis itu!!Dari situ kami boleh menilai siapa dia pengkhianat bangsa dan Agama.



mangsa gelak hahahaha....hahahahaha..hahahahaha

Alhamdulillah dengan iznin Allah akhirnya SIBU menjadi milik Pakatan Rakyat.Hilangnya katak2 maka datanglah Pahlawan dari SIBU untuk beraksi demi rakyat di Pentas Parlimen.Kebobrokan BN tidak dapat lagi diterima oleh Rakyat di SIBU.Hukuman telah dijatuhkan, kemenangan telah dianugerahkan pesan SJ pada Sdr Wong Ho Leng jangan sia-siakan amanah yang rakyat telah berikan.Bantulah rakyat SIBU yang sekian lama tertindas di bawah BN jahanam.Tahniah sekali lagi dari SJ buat rakyat SIBU...ini adalah kemenangan rakyat..



Pimpinan Pakatan Rakyat meraikan kemenangan rakyat bersama....



JELAS wahai MUHYIDDIN dan NAJIB RAKYAT SIBU menolak BN berkarat!!!

Sekian dari Sj..Melaksanakan perjuangan adalah dengan terlaksananya kata-kata,arus perubahan tidak boleh ditunngu lagi..kerana desakan dari rakyat maka perubahan itu kini harus didesak sehingga tertumbangnya rejim BN ini.


Lawan Tetap Lawan.....

Rumah Che'gubard Dilempar BOM PETROL!!







pagi tadi sekitar jam 2 pagi rumah pengerusi SAMM, Sdra Chegubard telah dilempar dengan bom petrol oleh 2 orang pemuda yang tidak dapat dikenal pasti. bom petrol itu hampir terbakar di bawah kereta kepunyaannya jenis NAZA CITRA. ini kerana jiran sebelah chegubard iaitu pelajar-pelajar kolej yang masih belum lagi tidur terdengar bunyi motorsikal jenis RXZ lalu lalang sebanyak 3 kali di hadapan rumah mereka.
tiba-tiba pelajar-pelajar itu terdengar bunyi seperti kaca pecah dan mereka terlihat api sedang marak menyala dalam perkarangan rumah chegubard dan hampir-hampir bergolek ke bawah keretanya. tindakkan pantas pelajar-pelajar itu berjaya mengawal api dari terus membara. mereka menggunakan berbagai bagai cara untuk memadamkan api tersebut.

Chegubard yang ketika itu sedang tidur, terus terbangun setelah mendengar kekecohan tersebut lalu keluar rumah dan mendapati api telah berjaya dipadamkan dan keadaan ketika itu agak terkawal. Chegubard sendiri mendapatkan penjelasan daripada pelajar-pelajar yang juga jirannya itu bagaimana keadaan boleh berlaku dan rentetan cerita kes khianat yang berlaku.

lebih kurang jam 3 pagi, sekumpulan aktivis SAMM datang untuk melihat keadaan yang berlaku dan terus membawa chegubard ke balai polis seremban 2 untuk memebuat laporan polis. setelah laporan diambil, beberapa anggota polis dilihat meronda untuk menyiasat di kawasan berhampiran kawasan kejadian. unit JSJ juga datang ke tempat kejadian untuk mengambil gambar dan bahan bukti.

dengan berlakunya kes khianat ini, chegubard menyatakan bahawa ugutan simbolik ini langsung tidak melemahkannya untuk terus berjuang dan akan lebih semangat lagi mendedahkan kezaliman dan penyelewengan mereka-mereka yang terlibat untuk menghancurkan negara malaysia yang tercinta ini. akhir kata susuk anak muda ini tidak akan sesekali berubah malah suatu perubahan akan terus berlaku. anak-anak muda khususnya SAMM akan bersama dengan Chegubard dlm meneruskan perjuangan suci ini insyaallah...

SAMM( solidariti anak muda malaysia)

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List