Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Program DSAI di Johor 7 Mei 2010...!



Salam perjuangan dan salam Reformasi..SJ rasa masih belum terlambat untuk mengulas sedikit program yang telah berlangsung 7 Mei 2010 yang lalu..iaitu lawatan dan ceramah perdana oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim..auranya masih seperti dulu..gaya bahasanya pula semaki hari makin lantang,lagi ditekan lagi lantang harimau ini mengaum..


Dibawah adalah kronologi yang berlaku ketika DSAI dibawa lawatan ke Johor..

dari blog AMK Gelang Patah..

Mulai jam 7.00 malam kawasan Taman Dahlia, Tampoi telah dikepong dengan 5 sekatan jalanraya (road block) serta ratusan anggota polis daripada Balai Polis Johor Bahru Utara.

Setelah selesai ceramah di Taman Dahlia pihak polis telah menahan kumpulan kenderaan yang membawa Dato Seri Anwar dengan alasan menggunakan lampu veacon. Bentuk penahanan ini adalah seperti penahanan seorang penjenayah besar sedangkan ia adalah kesalahan jalanraya jika pun dibuktikan bersalah. Setelah gagal membuktikannya maka pihak polis telah melepaskan begitu sahaja. Halangan ini telah memakan masa 15 minit dan tentunya melambatkan perjalanan kumpulan ini ke ceramah seterusnya di Markaz PAS Taman Saujana, Plentong.


Setelah sampai di kawasan ceramah di Taman Saujana terdapat beberapa provokasi yang boleh menjadi punca pergaduhan seperti :

Terdapat sekumpulan anak muda berpakaian UMNO membuat bising dengan kata-kata yang kesat seolah-olah mahu membuat provokasi.
Terdapat bunga api yang telah dibaling di tengah kawasan ceramah.
Terdapat banner yang menyatakan Dato Seri Anwar adalah penghianat negara

Malangnya provokasi ini tidak langsung dihalang oleh pihak polis



Lihatlah bagaimana kecut dan risaunya UMNO terhadap pengaruh DSAI..turunya DSAI ke Johor maka ketika itu pemimpin UMNO di Johor akan menggigil seluruh badan terus datang demam malaria..hahaha...sepertimana kata-kata malikul sembab pengaruh DSAI semakin kurang dan rakyat juga semakin tidak percaya terhadap DSAI..pada malam tersebut kita dapat lihat betapa ramainya rakyat yang hadir yang memberikan sokongan padu pada DSAI.Semakin hari rakyat memberontak semakin hari rakyat DIDAHULUKAN UNTUK DISUSAHKAN..semakin hari rakyat tercengkam dengan kehidupan yang sentiasa menindas rakyat bawahan.



Rakyat sudah muak terhadap pimpinan UMNO dan BN..rakyat mahukan perubahan.Yang paling merisaukan BN adalah kebangkitan Anak Muda yang semakin hari semakin berduyun-duyun yang bersama Pakatan Rakyat..semangat itu bukan sahaja di semenanjung bukti jelas kita telah lihat bagaimana tumbang tertiarapnya BN di SIBU.Gemobang Tsunami yang berlaku di semananjung kini telah merebak juga ke Sarawak.





Gelombang kebangkitan rakyat khususnya Anak Muda kian terasa di mana-mana.Mat-Mat dan Minah-Minah Rempit juga kini telah bersama duduk mendengar ceramah Pakatan Rakyat.Tidak mustahil misi Pakatan Rakyat menawan Johor akan direalisasikan.


Tahniah kepada AMK Johor yang sama-sama menjayakan Program ini.Semoga program seperti ini akan terus berlarutan hingga tertumbangnya BN di Johor InsyaALLAH...



"Perubahan Harus Didesak bukan Ditunggu!!..

LAWAN TETAP LAWAN


0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List