Che'Gubard selaku pimpinan Anak Muda!!
meletupnya Kubu Kuat Mat Hassan....!!!!
Anak Muda pengayuh perubahan..Gempur terus Gempur!!!!
Saudara Muru SAMM juga bersama membuktikan tiada perkauman dalam PR..!!
Salam..hari ini SJ nak menceritakan bagaimana kejayaan yang diperolehi Anak Muda di Cabang Rembau dibawah pimpinan Che'Gubard telah menembusi kubu kuat Mat Hassan MB N9.Bukti ini jelas yang mana bila Anak Muda telah mula langkah ke hadapan tiada apa yang dapat menghalangnya.Program ceramah yang dianjurkan melibatkan penceramah seperti Ginie LIM, Mat Sabu, YB Arumugam, YB Taufik dan juga Che'Gubard sendiri. Tiada ketakutan langsung pada mereka.
Sdri Gnie LIM, bang Mat Sabu, Yb Arumugam dan Yb Taufik penceramah jemputan....
kereta 4x4 salah seorang aktivis SAMM digunakan bagi menggantikan stage yang tdk dapat disediakan kerana masaalah teknikal...
Inilah yang dikatakan semangat Anak Muda.Walau beberapa kali cuba digagalkan program yang bakal dibuat mereka tetap tidak putus asa.Kesungguhan mereka akhirnya terpamer bilamana program Ceramah yang dianjurkan mereka mendapat sambutan rakyat cukup menggalakkan kalau dulu boleh kumpul sekadar 50 orang tetapi malam tadi mencatat sejarah bilamana beribu rakyat turun menandakan rakyat kini dah muak dengan media arus durjana.Mereka turun kerana dahagakan maklumat yang benar.
wanita juga kini turut bersama-sama PR.....
Kawan sey ni Sani SAMM ini memang kuat melawan sampai berparut kepala..hehe..
Sebelum program dapat diadakan pelbagai dugaan telah diterima oleh Anak Muda Rembau ini.3 kali permohonan permit telah ditolak oleh PDRM..Menurut Saufi SAMM banyak sangat alasan yang diberikan kepada mereka.Pada mulanya mereka sudah mengalah dan mendengar alasan polis tapi apabila mereka dah memilih tempat yang paling sesuai untuk diadakan ceramah tersebut kali ini alasan yang polis berikan memang tak masuk akal dan menimbulkan kemarahan kepada pasukan Anak Muda ini.Alasan yang diberikan kali ini adalah tempat yang dicadangkan adalah kubu kuat Mat Hassan yang mana ramai pengikut-pengikut samseng dan mengikut maklumat kawasan ini juga dikenali dengan kawasan PEKIDA paling ramai sekaligus Pihak Polis telah memburukkan nama PEKIDA yang berlandaskan Dakwah dan Kebajikan.Alasan itu benar2 mengejutkan Anak Mudai ini kerana kini baru mereka dan rakyat sedar bahawa selama ini yang paling berkuasa dari segi penguatkuasaan undang2 bukanlah polis tapi samseng2 Tok Mat Hassan!!! ini sangat jelas kerana polis dengan sendiri menyatakan bahawa mereka tidak bisa mengawal kumpulan2 samseng ini dengan mengarahkan kami agar membatalkan ceramah.
Teruskan perjuangan anda....
Che'GuBard selaku pimpinan Anak Muda yang kini begitu ditakuti pihak lawan...!!
Adakah kita duduk dalam Negara Samseng yang mana Pihak Polis sendiri tidak dapat mengawal mereka???dimanakah perginya kredibriti polis??adakah polis hanya boneka??Bila rakyat adakan perhimpunan aman membantah ISA ramai pula pihak keselamatan ditugaskan untuk menghalang sehingga menyembur dengan gas pemedih mata,ada juga yang dipukul ada juga yang ditangkap.Tapi bilamana pembangkang ingin adakan ceramah banyak pula alasan mereka bagi kononnya samseng-samseng banyak sehingga polis tidak dapat mengawalnya.Ini Negara Demokrasi Berparlimen kena ingat.Ini bukan negara Komunis!!!Dengan semangat kekentalan Anak Muda ini yang dipimpin oleh Che'Gubard mereka meneruskan program tersebut dan memindahkan lokasi ke tempat yang lain.
Syeikh Azizi Al Rembaui penggerak Anak Muda yang sentiasa berada di mana-mana....
Orang Kuat SAMM,Saudara Saufee..SJ kenal Bro ni kat Bagan Pinang...Tahniah Saufee!!!
Walaupun pada mulanya mendapat pelbagai tentangan dan cubaan untuk menggagalkan program tersebut akhirnya dengan kuasa ALLAH pada petang itu sdra Azizi selaku penyelaras program ceramah mendapat panggilan daripada ibu pejabat kontinjen polis menyatakan bahawa permit ceramah telah diluluskan.Ini adalah disebabkan semangat mereka yang begitu kuat akhirnya kemenangan berada dipihak mereka.Tahniah kepada SAMM yang dipimpin oleh Saudara Saufee dan Pimpinan Anak Muda yang kini mula disebut-sebut oleh Anak Muda seluruh Malaysia Sdr Che'Gubard.
Menurut Saufee ramai yang tidak sangka dengan kehadiran sebegitu ramai kerana PRU dahulu tempat ini hanya pernah berjaya mengumpul hadirin rakyat sekitar bawah dari 50 orang sahaja tapi pada malam tersebut beribu rakyat hadir bersama dengan Pakatan Rakyat.Ini Signifikasi kepada kerajaan Mat Hassan yang mana rakyat sudah muak dengan pemerintahan UMNOAPCO dan BN.Rakyat mahukan perubahan,kemungkinan di PRU akan datang Anak Muda akan menerajui Negeri Sembilan..Amiin....Semoga perjuangan ini akan diberkati ALLAH!! Kepada pimpinan UMNO jangan ingat Negeri Sembilan sahaja dah gegar Johor pun belum tentu UMNO akan dapat pertahankan.Gerakan Anak Muda juga sedang giat menyerang di Johor.
kehadiran dan sambutan yang tidak disangka-sangka dari rakyat!!!
Salam Perjuangan dari SJ buat Anak Muda SAMM dan Pimpinan Anak Muda Che'GuBard..teruskan perjuangan..seperti yang dilaungkan saudara Saufee SAMM 'PERUBAHAN HARUS DIDESAK BUKAN DITUNGGU!!!"Tahniah!!! Hidup Anak Muda dan Che'GuBard!!!
LAWAN SAMPAI MENANG!!!
KOMPLOT AHLI POLITIK JAHAT KORUP BERSAMA TAIKUN KAPITALIS TAMAK RAKUS HINA
INSTITUSI RAJA MELAYU WAJIB DIHENTIKAN
-
Nota Update 5.57 petang 6 Mac 2024 : Kenyataan media dibacakan jam 11 pagi
di Bukit Aman. Saya menjawab semua soalan dan Pihak USJT berpuas hati dan
berse...
8 months ago
0 comments:
Post a Comment