Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Apo Kono dengan Bung Mokhtar??



Salam..citer panas hari ni kisah di Sabah pula..telah kan kite baru habis PRK di SIBU..jom kta ke sabah pula..hehe...ini cerita kelakar dari seorang MP Kinabatangan iaitu Bung Mokhtar yang berpoligami tanpa kebenaran..aduhai Yb macam mana boleh jadi macam ni..gamak pun nak menikah muda pun mintalah izin dulu tak pasal-pasal karang hilang pula status MP tu.Kemenangan di SIBU belum habis diraikan takkanlah kita nak sambung PRK Kinabatangan pula..tapi kalu dah tertakdir nak buat macam mana kan kita terpaksa juga hadapi PRK Kinabatangan.


ini sedikit petikan yang diambil dari Malaysiakini.. Kumpulan bertindak untuk kesetaraan gender (JAG) mendesak supaya Bung Mokhtar Radin mengosongkan kerusi parlimennya kerana melanggar undang-undang ekoran berpoligami tanpa kebenaran. Seorang jurucakapnya Maria Chin Abdullah berkata ahli parlimen Kinabatangan itu tidak sepatutnya melanggar undang-undang kerana ia memberi mesej yang tidak baik kepada masyarakat. "Bung Mokhtar perlu meletak jawatan, dan tidak sepatutnya mewakili rakyat Malaysia lagi.

"Itu langkah terbaik," katanya ketika bercakap kepada wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini. Katanya lagi, poligami tanpa kebenaran juga merupakan satu bentuk penghinaan kepada golongan wanita. Tambahnya, Bung Mokhtar juga mempunyai reputasi tidak baik kerana sering menjadikan golongan wanita sebagai sasaran dalam ucapannya di Dewan Rakyat. Bung Mokhtar sebelum ini mengaku bersalah kerana mengahwini isteri keduanya Zizie Ezette A Samad tanpa kebenaran mahkamah pada Disember 2009.

Esok, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur akan menetapkan hukuman kepada kedua-dua mereka dan saksi-saksi.

Kita nantikan sama ada kita akan hadapi PRK Parlimen Pekan dulu atau PRK Parlimen Kinabatangan..anak muda bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Lawan Tetap Lawan

Arus Perubahan Kian Membadai BN dan UMNO!!!

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List