Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Al fatihah kepada Allahyarham Dato Hamdan

Salam,pada hari ini kita semua kehilangan seorang Adun dari PAS iaitu Allahyarham Dato' Hamdan yang mewakili N Permatang Pasir,kita panjatkan al fatihah buat Allahyarham..Perjuangan beliau yang telah menduduki Dun Permatang Pasir selama dua penggal memperlihatkan Allahyarham seorang yg begitu disayangi oleh penduduk di Dun permatang Pasir,Orang yang paling tengah susah hati dan menderita jiwa ketika ini ialah Si Najib.

Dengan kembalinya allahyarham pada hari ini satu lagi PRK akan diadakan disamping kita mendoakan semoga allah meletakkan Allahyarham Dato' hamdan ditempat orang-orang yang baik.
Semoga rakyat di sini akan terus berpihak kepada Pakatan Rakyat dalam PRK yang akan diadakan.Kepada sesiapa yang masih hidup kita teruskan perjuangan dan pastikan sehingga BN DURJANA tumbang.

Di sini SJ meletakkan sedikit gambar suasana di tempat kematian..












yang pergi tidak akan kembali tetapi yang hidup teruskan perjuangan....Allahu Akbar!!!

penyokong CEO Maika bertembung!!!

Harap jangan betulkan screen PC anda.. gambar-gambar ini sememangnya gelap..

Ini adalah gambar-gambar yang dirakam 2.00 pm tadi, ketika berlakunya pertembungan antara penyokong CEO Maika dengan penunjuk perasaan yang berkumpul dihadapan Headquarters MIC bagi meminta dipulangkan kembali duit mereka yang telah dilaburkan didalam MAICA suatu masa dulu..










Berita : Malaysiakini
Gambar : The Malaysian Insider.

Apamacam Semi Value???

SESI LAWATAN KERJA DSAI ke Johor!!




Keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Johor ( MPN ) malam tadi telah memutuskan dan bersetuju untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR ke Batu Pahat dan Bakri.

Berikut adalah jadual DSAI yang telah dipersetujui bersama :
Tarikh : 1hb Ogos 2009 ( Sabtu )
7.00 Petang - Solat berjemaah di Masjid Besar Batu Pahat
Menemui dan ramah mesra bersama masyarakat setempat
8.00 Malam - Pertemuan tertutup ( di Pejabat PKR Batu Pahat )
9.00 Malam - Konvoi menuju ke Bakri
9.30 Malam - Berceramah bersama Datuk Chua Jui Meng
Tempat : Parit Baru, Bukit Naneng, Muar
12.00 Malam - Majlis tamat

Semua AMKJ mesti terlibat secara langsung. Diminta setiap Ketua AMK Cabang membawa bersama sekurang-kurangnya 10 jentera AMK bagi menjayakan program tersebut.Sila patuhi segala arahan.

Hebahan secara meluas juga perlu dilakukan bagi memastikan kehadiran dan sambutan orang ramai bakal memenuhi lokasi ceramah. Semua dijemput hadir.

Pemimpin UMNO umpama Majnun gilakan Laila

Dipetik dari http://farizmusa.blogspot.com/

KOTA BHARU, 27 Julai :- Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Inilah perasaan yang menimpa pemimpin Umno sekarang apabila sedaya upaya berusaha menjalinkan hubungan dengan PAS.

Sedangkan ia tidak lebih seperti bertepuk sebelah tangan."Saya pun tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, macam cerita Majnun pula apabila seorang pengembala kambing berhajat untuk mengahwini anak raja."Macam-macam kerenah yang dibuat oleh Majnun sehingga pada suatu hari dia duduk seorang diri di bawah pokok sementara menunggu kambing sedang makan rumput, Majnun bercakap seorang diri."Apabila kawan dia tanya kamu bercakap dengan siapa, lalu Majnun menjawab, saya sedang bercakap Laila, seorang anak raja."Macamana seorang pengembala kambing mahu mengahwini anak raja. Mahu tidak mahu dia menulis nama Laila atas pasir. Dia tulis nama Laila lalu dia baca sendiri berulang kali."Kawan dia bertanya lagi, kamu bercakap dengan siapa, lalu dia jawab lagi dengan Laila. Mana Laila, kawan dia tanya, ini� Majnun menunjukkan nama Laila yang dia tulis di atas pasir," katanya Menteri Besar Kelantan ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Sebelum ini pemimpin Umno beriya-iya benar mahu mengadakan kerjasama dengan PAS kononnya untuk perpaduan orang Melayu.Impian itu dicetus semula pemimpin Umno ekoran kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta kerajaan pusat memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri dan melupakan sengketa politik.Ekoran itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Umno akan membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini.

Sebelum ini Umno amat mengharapkan perpaduan Umno dan PAS dijalin semula selepas idea kerajaan perpaduan yang dicetus ditarik balik.Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, apa yang berlaku terhadap Umno sekarang hampir serupa kisah dengan Majnun yang tetap berkeras mahu berkahwin dengan anak raja."Walaupun dia tak dapat kahwin dengan anak raja, tetapi sekurang-kurangnya dia boleh menulis nama Laila dan bercakap dengan Laila seorang diri," katanya.

Beliau juga mempertikaikan laporan akhbar mengenai isu tersebut kerana apa yang disentuhnya sebelum ini hanya berkaitan hubungan kerajaan negeri dan pusat, bukan berkaitan parti.Katanya akhbar menyebut mengenai perkara itu, namun beliau tidak tahu menahu pun tentang perkara tersebut."Sepatutnya perkara yang melibatkan saya kena tanya saya dulu. Orang lain tidak ada hak untuk menjadi jurubahasa kepada saya."Saya tidak pernah sebut lupakan perkataan sengketa lama. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu sebagaimana yang disiarkan sebuah akhbar harian baru-baru ini.

"Tuan-tuan boleh check balik semula record pertemuan antara saya dengan Dato' Mustapa Mohamed di Kuala Lumpur sempena Fiesta Kelantan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat baru-baru ini," ujarnya.Sumber : Harakahdaily/-

FM - YANG PASTI PEMIMPIN UMNgok MEMANG BEBAL . SAMPAI TAK FAHAM ANTARA PARTI DENGAN KERAJAAN . ITU YANG SELAMA NI DITANAM MENJADI DOKTRIN DALAM KEPALA AHLI-AHLI UMNgok . UMNO ITU KERAJAAN , KERAJAAN ITU UMNO . SEHINGGA TAK DAPAT NAK BEZAKAN ANTARA KERAJAAN DAN PARTI . UMNgok TETAP UMNgok !

Ceramah Pakatan Rakyat 24/07/2009

Salam,SJ telah menghadiri satu program Ceramah anjuran bersama Pakatan Rakyat.Ceramah tersebut di Markaz PAS Ar-Razi telah dihadiri oleh penceramah-penceramah hebat iaitu YB Ipoh Timur Sdr Lim Kit Siang,YB Puchong Sdr Gobind Singh Deo dari DAP,Sdr Hanifa Maidin AJK Pas Pusat dan Sdr Norazman Hashim Pengarah Strategik PKR Negeri Johor. Ceramah dimulakan oleh Sdr Norazman Hashim Pengarah Strategik PKR Johor dengan suara yang lantang menerangkan isu-isu semasa yang berlaku termasuklah kes Teo Beng Hock. Ceramah kemudiannya diteruskan oleh Saudara Gobind Singh,ucapannya begitu membara maklumlah satu tahun kena gantung dari Parlimen.
Sdr Gobind telah membuka mata dan telinga rakyat pada malam itu apabila telah menerangkan kejadian kezaliman oleh pihak keselamatan Polis yang tidak bertanggungjawab serta melakukan siasatan dengan cara yang tidak professional.Sdr Gobind juga telah mendedahkan bagaimana kes terbaru iaitu Sdr Teo Beng Hock yang disiasat dengan cara ugutan oleh SPRM jahanam yang telah menggunakan kuasa dengan rakus.Sdr Gobind meminta semua rakyat menjerit kalimah Justice For Teo!! SJ lihat rakyat pada malam itu begitu semangat dan melaungkan kalimah itu dengan begitu kuat,jika si Najib Altantuya yang dengar mungkin gugur jantungnya dan terus mati agaknya..hahaha..Rakyat dah meluat dengan engkau wahai Najib!!

Isu-Isu yang dibawa oleh Gobind Singh begitu hangat membuatkan rakyat yang berada di tempat ceramath tersebut mengeluarkan kata-kata hina terhadap najib dan konco-konconya.Tidak boleh disalahkan rakyat ini semua punca dari kelancangan pemimpin melakukan kezaliman sehingga rakyat tidak tertahan dan meluahkan dikhalayak ramai.Ceramah diteruskan oleh AJK PAS Pusat Sdr Hanifa Maidin,isu yang dibangkitkan juga sama ketidakadilan yang dilakukan oleh SPRM Jahanam dan isu yang tidak harus kita lupakan iaitu seorang rakyat monggolia yang dibunuh dengan kejam yang melibatkan Pemimpin Tertinggi negara.19 Media antarabangsa telah melaporkan bahawa Engkau wahai Najib telah terlibat dalam pembunuhan tersebut,jika engkau benar sila saman 19 media ini.!!Tunjukkan kebenaran jika engkau benar wahai Najib!!

Sdr Lim Kit Siang yang ditunggu-tunggu oleh audien cina akhirnya muncul dengan ceramah yang begitu panas dan bersemangat walaupun telah berusia,SJ tak dapat nak ulas sangat ceramah Sdr Lim kerana Sdr Lim berbahasa Mandarin,tetapi adalah juga sedikit cakap dalam melayu pasal Kes Teo.SJ menyimpulkan Kes Teo ini adalah kes rakyat.Kita harus bela dan teruskan perjuangan untuk menuntuk SPRM Jahanam disiasat dan jika salah jatuhkan hukuman seberatnya sebagaimana yang dihidapi Mendiang Teo.Kepada Keluarga Mendiang SJ ucapkan Takziah dan Tahniah kerana Mendiang Teo mati dalam perjuangan yang suci..

Dibawah ada sisipan gambar pada malam ceramah tersebut,kita lihat bagaimana sambutan rakyat pada malam tersebut,dan satu lagi SJ ucapkan tahniah pada anggota Polis kerana tidak mengganggu ceramah pada malam itu.



Orang ramai yang hadir..


Markaz Pas Ar-Razi dipenuhi penyokong Pakatan Rakyat..
YB Gobind Singh Deo Ahli Parlimen Puchong sedang menyampaikan ceramah...


YB Lim Kit Siang Ahli Parlimen Ipoh Timur masih semangat walaupun sudah berumur..


audien yang hadir memenuhi tempat ceramah hingga hampir ke pentas ceramah....


Saudara Hanifa Maidin AJK PAS Pusat...



Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat....

Sdr Norazaman Pengarah Strategik PKR Negeri Johor..membujur lalu melintang patah...namun lawan tetap lawan...!!



Media juga tidak ketinggalan membuat liputan...
rakyat yang tidak berpuas hati melaungkan Justice For Teoh!!Siasat SPRM!!
Penyokong dari kaum India sedang bergambar dengan idola mereka YB Gobind Singh..


YB Gobind bersama penyokong PR...
Sekian sahaja berjumpa dengan ceramah keesokan harinya di Tmn Pulai Indah bersama YB Amiruddin Shari dari Batu Caves Selangor dan Yb Idham Lim dari Titi Serong Perak. Kita Jumpa di sana!!
JUSTICE FOR TEOH!!!!!








Masih Ingatkah Kita??

Fakta dari Chegubard



Masih ingatkah kita dengan gambar di atas. Demo ini dilakukan oleh orang Umno apabila SPRM mula campur tangan dalam isu rasuah wang dalam memastikan tempat dalam pemilihan Umno yang lalu. Mereka secara jelas menjerit dan menghina SPRM.

Memberi respon dalam isu tersebut che'GuBard telah membuat posting dengan memberikan komen betapa SPRM lebih teruk dari BPR kerana bukan setakat menjadi alat regim Bn tetapi seronok diperlalat kelompok tertentu dalam Bn untuk menjamin kepentingan mereka termasuk sanggup diperguna untuk sabotaj sesama Bn menjelang pemilihan. sila klik sini untuk baca lanjut.

Namun di banyak peringkat ketika itu orang Umno yang cemas terus bangkit memaki hamun SPRM.




Namun semalam situasi berbeza orang Umno tiba - tiba buat demo untuk tunjuk yang mereka sokong sangat SPRM dan Polis....Adalah 50 orang yang diberi masa 20 minit oleh Polis...



Adakah mereka ini hanya tahu bertindak mengikut arahan 'pay master' atau tuan politik mereka semata - mata tanpa mampu memikir rasional. Lebih parah lagi antara hamburan kata - kata dalam himpunan tersebut antaranya ialah mempertahankan institusi SPRM yang ditunjangi Melayu dari diserang oleh Cina...... apa semua ini...sudah suntuk akal atau kering strategi politik....?

RAKYAT PERLU TAHU !!!

Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 1998, kini berulang sekali lagi dan adalah merupakan kesinambungan agenda jahat segelintir pihak polis dan pendakwaan tertentu. Jika kita teliti, terdapatnya hubungkait yang jelas diantara kes-kes tahun 1998 dengan Kes Terkini yang mendakwa kononnya Dato' Seri Anwar Ibrahim meliwat Mohd Saiful Bukhari. Taktik tipu helah dan pemerdayaan telah digunakan di dalam Kes Terkini sepertimana digunakan sejak tahun 1998 bagi memenjarakan Dato' Seri Anwar dengan apa cara sekali pun. Ini adalah konspirasi politik yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi di dalam negara yang tidak mahu kerja-kerja kotor mereka didedahkan oleh Dato' Seri Anwar kepada rakyat.Berikut didedahkan kisah sebenar konspirasi politik yang perlu diketahui rakyat Malaysia agar mereka tidak terus tertipu dengan pemerdayaan serta tipu helah fakta sebenar melalui media massa yang dimanipulasi oleh pihak tertentu.Semuanya bermula dari tahun 1998, pada era pemerintahan Tun Mahathir Mohamad.Pada sekitar tahun 1998, Dato' Seri Anwar telah dijadikan mangsa politik dengan dipertuduhkan dengan pertuduhan-pertuduhan rasuah serta kes liwat yang mana salah satu daripadanya pun tiada kebenarannya.Pertuduhan-pertuduhan tersebut bermaksud mematikan karier politik Dato' Seri Anwar dengan melakukan pelbagai cubaan yang berniat jahat. Pelbagai percubaan-percubaan dan tindakan-tindakan memalsukan keterangan dilakukan dengan memperalatkan institusi-institusi kerajaan seperti Polis, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia dan lain-lain.Selain dari Dato' Seri Anwar, beberapa sahabat serta kenalan beliau iaitu Dato' Nallakaruppan, Sukma Darmawan, Munawar Ahmad Anees dan Mior Abdul Razak telah menjadi mangsa politik jahat dengan tujuan menganiaya Dato' Seri Anwar. Mereka ini telah diperlakukan seperti binatang dan dizalimi secukupnya bagi mencapai matlamat pihak pendakwaan.Pada tahun 1998 semasa siasatan Kes Rasuah, pihak pendakwaan dengan kerjasama pihak polis telah menggunakan tipu helah dan pemerdayaan untuk mendapatkan sampel darah Dato' Seri Anwar. Semasa di Hospital Kuala Lumpur, Dato' Seri Anwar telah memaklumkan Dr Halim Bin Mansar bahawa beliau enggan beri sampel darah bagi tujuan analisa DNA, ini adalah kerana beliau telah mensyaki akan berlakunya pemalsuan dan perekaan keterangan. Dato' Seri Anwar kemudiannya bersetuju memberikan sampel darah apabila diberitahu Dr Halim bahawa ianya hanya untuk ujian HIV, Hepatitis B dan VDRL sahaja dan bukan untuk tujuan lain.Seorang pakar forensik dari hospital yang sama juga iaitu Dr Zahari bin Noor telah memberi keterangan bahawa beliau telah menasihati pihak polis agar tidak menggunakan sampel darah tersebut untuk analisa DNA. Pihak polis yang penuh dengan muslihat tetap menggunakannnya walaupun keizinan Dato' Seri Anwar hanya terhad untuk ujian HIV, Hepatitis B dan VDRL. Sampel darah tersebut telah diambil tanpa kebenaran Dr Zahari oleh pegawai polis bernama Mohd Rodwan Mohd Yusof. Ini adalah jelas bahawa sampel darah tersebut telah diperolehi melalui tipu helah serta pemerdayaan untuk tipu helah dan pemerdayaan seterusnya.Dengan menggunakan sampel DNA tersebut, pihak pendakwaan mengemukakan keterangan untuk membuktikan bahawa Dato' Seri Anwar kononnya pernah menjalinkan hubungan seksual dengan wanita lain dan mengemukakan satu tilam yang kononnya mempunyai kesan-kesan seminal yang mengandungi profil DNA lelaki dan perempuan. Semasa pemeriksaan balas, keterangan ahli forensik Lim Kong Boon telah diputar belitkan serta dikeluarkan dari rekod mahkamah. Ini adalah kerana wujudnya kenyataan yang meragukan oleh ahli forensik tersebut bahawa sampel DNA tersebut mungkin telah diletakkan (planted) oleh pihak ketiga ke atas tilam tersebut. Dalam erti kata lain, beliau tidak dapat mengesahkan samada kesan-kesan tersebut adalah melalui aktiviti hubungan seksual ataupun tidak serta mengakui keterangan mengenai kononnya terdapat kesan air mani itu bukanlah berasaskan pemeriksaan saintifik tetapi melalui keterangan dengar-kata pihak polis.Barisan peguam Dato' Seri Anwar kemudiannya telah mengemukakan keterangan serta berjaya mencabar kredibiliti saksi-saksi pendakwaan. Antaranya:
keterangan berhubung konspirasi politik
keterangan berhubung kredibiliti saksi pendakwaan khususnya Ummi Hafilda; dan
keterangan berhubung dengan pemalsuan keteranganNamun, Mahkamah memutuskan keterangan-keterangan tersebut adalah tidak relevan dan membuat keputusan mengeluarkannya daripada rekod Mahkamah. Tindakan tersebut dengan jelas menunjukkan percubaan memastikan Dato' Seri Anwar disabitkan kesalahan dengan apa cara sekali pun.Di dalam Kes Liwat, keterangan Azizan Abu Bakar yang penuh palsu telah diperolehi melalui manipulasi dan tipu helah oleh pihak polis dan pendakwaan. Ini jelas dilihat apabila pihak pendakwa berulang-kali meminda pertuduhan dan tarikh kejadian dalam pertuduhan tersebut semata-mata untuk mendapatkan sabitan palsu. Dalam kes tersebut, kejadian dalam pertuduhan awal di Tivoli Villa merupakan tarikh dakwaan yang dinyatakan, walaupun Tivoli Villa belum wujud. Akhirnya pembohongan Azizan tidak diterima Mahkamah Persekutuan serta mengenepikan hukuman ke atas Dato' Seri Anwar.Di dalam Kes Nalla, semasa Nalla telah dipertuduhkan di bawah Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa hukuman mati, terdapat percubaan memalsukan keterangan dari pihak pendakwaan iaitu Gani Patail dan juga Dato' Azahar Mohamed yang pada ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa Raya. Dengan menggunakan Nalla, mereka meminta Nalla untuk memberi keterangan palsu terhadap Dato' Seri Anwar dengan mengatakan bahawa kononnya Dato' Seri Anwar mempunyai hubungan dengan beberapa wanita. Sekiranya Nalla bersetuju untuk bersubahat dengan mereka dan memfitnah Dato' Seri Anwar, maka beliau akan terselamat dengan semata-mata dikenakan dengan pertuduhan yang lebih ringan.Di dalam Kes Sukma, beliau dituduh dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dimana pihak pendakwaan secara mala fide cuba mengaitkan Dato' Seri Anwar dengan perlakuan liwat ke atas Sukma. Di peringkat Mahkamah Sesyen, Sukma telah diwakili oleh peguam yang dilantik pihak polis, iaitu En. Mohamed Noor Bin Dom. Oleh kerana Sukma telah didera dan diperlakukan tanpa peri-kemanusiaan, beliau berada dalam keadaan tertekan (duress), maka Sukma telah mengaku salah terhadap pertuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan, walaupun beliau sebenarnya tidak bersalah!Sukma kemudiannya telah memfailkan Notis Rayuan terhadap sabitan dan hukuman atas alasan bahawa pengakuan bersalah yang dibuat olehnya adalah akibat deraan dan layanan buruk yang diberikan oleh pihak polis semasa tahanan reman.Pada 10.12.1998, Sukma memfailkan permohonan lanjutan masa untuk memfailkan Petisyen Rayuan bersama Afidavit Sokongannya yang menyatakan:
Beliau telah dibogelkan didalam bilik berhawa dingin, dikasari, digari oleh 6 pegawai polis, dimalukan, didera dan dipukul;
Beliau telah ditelanjangi, diambil gambar di hadapan doktor forensik semasa beberapa sampel diambil dari beliau.
Beliau telah diugut dan dikasari melainkan beliau mengakui pernah melakukan hubungan homoseksual dengan Dato' Seri Anwar.
Apabila beliau telah mengada-adakan cerita yang tidak benar dan memberitahu mengenai hubungan homoseksual yang palsu dengan Dato' Seri Anwar yang akhirnya dijadikan sebagai satu pengakuan palsu barulah Sukma diberikan layanan yang baik, gari beliau dibuka dan beliau dibenarkan memakai pakaian semula.
Beliau telah dinafikan hak untuk melantik peguam pilihannya dan telah diugut agar tidak menggunakan peguam yang dilantik oleh keluarganya dan diugut bahawa beliau akan didakwa dengan kesalahan yang lebih berat melainkan beliau menggunakan khidmat peguam yang dilantik oleh polis.
Beliau ingin melantik Karpal Singh sebagai peguamnya tetapi tidak berupaya untuk berbuat sedemikian. Sebaliknya polis telah meminta beliau untuk membuat laporan polis mengatakan beliau tidak pernah melantik mana-mana peguam.
Beliau telah dipaksa untuk mengaitkan Dato' Seri Anwar terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau dan pengakuan bersalah beliau adalah bukan secara sukarela tetapi adalah kerana tekanan keterlaluan.Dr Zahari, doktor yang memeriksa Sukma pada 9.9.1998, menegaskan dalam afidavit yang diikrarkan olehnya pada 22.1.1999 bahawa tidak berlakunya sebarang hubungan homoseksual di antara Dato' Seri Anwar dengan Sukma. Apabila perkara ini dirayu kepada Mahkamah Rayuan, rayuan Sukma dibenarkan dan penghakimannnya telah menyatakan wujudnya penyembunyian keterangan yang material oleh pihak pendakwaan. Mahkamah Rayuan kemudiannya memerintahkan agar kes Sukma dibicarakan semula dan dihantar semula ke Mahkamah Sesyen. Pihak pendakwaan kemudiannya telah menarik balik pertuduhan terhadap Sukma.Dalam Kes Munawar dan Mior pula, pihak polis telah menggunakan modus operandi yang sama seperti dalam Kes Sukma iaitu deraan dan seksaan bagi mendapatkan pengakuan palsu.Usaha pihak pendakwaan, khususnya Gani Patail untuk menganiaya juga dapat dilihat pada insiden 20.9.1998 di mana Dato' Seri Anwar telah dicederakan dan menjadi mangsa kekejaman pihak polis dalam tahanan polis. Insiden tersebut kini dikenali sebagai 'insiden mata lebam'. Suatu penyiasatan telahpun dijalankan, tetapi terdapatnya tipu helah dan pemerdayaan yang sekali lagi dalam proses penyiasatan tersebut, yang sekali lagi melibatkan siapa lagi, kalau bukan Gani Patail.Pada 20.9.1998, jam 9 malam, ACP Koh Hong Sun atas dakwaan Kes Liwat, Dato' Seri Anwar telah dibawa ke Bukit Aman. Lebih kurang pukul 10.30 malam, bertempat di dalam lokap, Dato' Seri Anwar telah dikenakan serangan fizikal yang serius di mana Dato' Seri Anwar telah ditampar dan ditumbuk dengan kuat dan juga telah dipukul secara 'karate chop' berkali-kali sehingga separa tidak sedarkan diri oleh Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara pada ketika itu.Gani Patail dan juga Tan Sri Musa Hasan, Ketua Polis Negara masa kini, ada bersama-sama dengan Rahim Noor serta beberapa pegawai polis lain pada malam tersebut di tingkat 30 Bukit Aman. Dato' Seri Anwar kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) agar beliau tidak perlu dihadapkan ke Mahkamah. Satu laporan palsu telah dilaporkan ACP Koh pada 21.9.1998 bagi merealisasikan penahanan tersebut.Selepas diserang dan dipukul, Dato' Seri Anwar berada dalam keadaan separa-sedar dan telah dinafikan rawatan perubatan selama lima hari dan hanya pada 24 / 25.9.1998, barulah beliau dirawat tanpa pemeriksaan oleh Dr Vasantah Ponniah.Dato' Seri Anwar kemudiannya dibenarkan membuat laporan polis pada 27.9.1998 dan pada tarikh yang sama, Dato' Mat Zain Bin Ibrahim telah dilantik menjadi pegawai penyiasat. Selepas tengah hari, Mat Zain telah membawa dua pakar forensik iaitu Dr Halim dan Dr Zahari untuk memeriksa Dato' Seri Anwar.Sepanjang siasatan dilakukan, laporan-laporan Mat Zain telah dimanipulasi oleh Gani Patail dengan membawa Dr Abdul Rahman Yusof yang menyediakan laporan perubatan. Mat Zain telah melahirkan kecurigaannya berikutan kejadian tersebut. Tambahan pula, Dr Rahman yang mengeluarkan laporan perubatan tidak pernah memeriksa Dato' Seri Anwar.Pada 6.11.1998, Tan Sri Mohtar Abdullah, Peguam Negara ketika itu, membuat kenyataan media bahawa beliau masih belum menerima kertas siasatan berhubung insiden mata lebam dan pada 20.11.1998, Mohtar membuat kenyataan bahawa kertas siasatan telah diserahkan pada 19.11.1998, walhal Mat Zain telahpun menyerahkan pada 30.10.1998.Rentetan insiden mata lebam, dengan jelasnya menunjukkan bahawa Gani Patail dan Musa Hasan terlibat dan merupakan sebahagian konspirasi menyediakan laporan polis palsu yang dibuat oleh ACP Koh berhubung penangkapan Dato' Seri Anwar serta konspirasi menyediakan Laporan Perubatan Dr Rahman yang palsu kerana beliau tidak pernah memeriksa Dato' Seri Anwar secara fizikal.Berikutan dari Laporan polis Dato' Seri Anwar, Mat Zain memfailkan tindakan fitnah yang berlaku. Dalam Pernyataan Tuntutannnya, Mat Zain menghuraikan apa yang sebenarnya berlaku semasa siasatan insiden mata lebam. Beliau juga menjelaskan tujuan laporan Dr Rahman diadakan adalah untuk menjejaskan laporan perubatan sedia ada serta bertujuan menunjukkan bahawa kecederaan yang dialami Dato' Seri Anwar adalah "self-inflicted".Cerita konspirasi terhadap Dato' Seri Anwar bukanlah sesuatu yang sengaja diada-adakan, sebaliknya benar-benar berlaku sepertimana didedahkan dalam Video Klip VK Lingam yang disahkan ketulenannya oleh siasatan Suruhanjaya Di Raja.Rentetan peristiwa sejak 1998, Gani Patail dan Musa Hasan kini telah diberi ganjaran atas peranan mereka dan kini menjawat jawatan tertinggi masing-masing selaku Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.Di dalam Kes Terkini, selain Gani Patail dan Musa Hasan, Dato' Seri Najib Razak, juga memainkan peranan di dalam konspirasi khususnya untuk memastikan agar Dato' Seri Anwar tidak menggugat kerjaya politik Najib.Di dalam Kes Terkini, pengadu yang membuat laporan palsu terhadap Dato' Seri Anwar adalah Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan. Melalui apa yang telah dilaporkan didalam media-media cetak dan elektronik serta sumber-sumber yang dipercayai, Saiful ada berjumpa Najib sebelum laporan palsu dibuat olehnya. Najib yang pada mulanya menafikan pernah bertemu dengan Saiful akhirnya mengakui bahawa beliau ada berjumpa dengan Saiful sebelum Saiful membuat laporan palsu.Dato' Seri Anwar menegaskan bahawa adalah suatu yang tidak munasabah dan tidak selaras dengan undang-undang yang sedia ada untuk seseorang yang mendakwa dirinya menjadi mangsa kesalahan seksual untuk berjumpa Timbalan Perdana Menteri yang tidak mempunyai sebarang bidangkuasa untuk menerima sebarang aduan, secara formal ataupun tidak, berhubung kesalahan jenayah.Mengapakah Saiful tidak terus membuat laporan polis sekiranya benar dia telah diliwat yang didakwa serta-merta? Apakah perlunya beliau berjumpa Najib?Bagi melancarkan konspirasi yang telah dirancang, Najib telah memberi nombor telefon Musa Hasan kepada Saiful yang kemudiannya mengarahkan Rodwan (pegawai di bawah Musa Hasan yang merupakan pegawai polis yang sama mencuri sampel darah Dato' Seri Anwar bagi tujuan analisa DNA dalam Kes Rasuah 1998) untuk mengendalikan proses membuat laporan polis sebelum dari tarikh insiden liwat 26.6.2008 yang didakwa berlaku.Selanjutnya Saiful ada bertemu dengan Rodwan sehari sebelum kejadian liwat dikatakan berlaku di Bilik 619, Hotel Concorde. Apakah perlunya Saiful berjumpa Rodwan sehari sebelum insiden liwat dikatakan berlaku di bilik hotel? Saiful juga pernah menghubungi Rodwan beberapa kali sebelum tarikh insiden liwat dikatakan berlaku.Siapakah Saiful sebenarnya? Saiful telah lama mempunyai hubungan akrab dengan pegawai khas Najib, Khairil Anas.Jelas menunjukkan bahawa ada konspirasi di dalam Kes Terkini di mana watak-watak utama di dalam kes tahun 1998 juga memainkan peranan mereka di dalam Kes Terkini.Dalang-dalang disebalik konspirasi juga menggunakan Masjid sebagai salah satu cara untuk menyebarkan fitnah. Ini berlaku apabila pihak berkuasa mengaturkan upacara di Masjid Wilayah membenarkan Saiful membawa sumpah palsunya pada 15.8.2008.Upacara tersebut telah dirancang dengan kerjasama Pengarah JAWI. Salah seorang imam Masjid Wilayah tersebut, Ustaz Ramlang Bin Porigi telah diarahkan Pengarah JAWI, Dato' Che Mat Bin Che Ali untuk menyaksikan upacara sumpah palsu tersebut.Ustaz Ramlang telah mengikrarkan satu Akuan Bersumpah pada tarikh 6.9.2008 menyatakan beliau telah terperangkap dengan situasi yang tidak diduga serta upacara sumpah palsu tersebut diaturkan dengan izin Che Mat selaku Pengarah JAWI.Ustaz Ramlang menegaskan pengakuan sumpah tersebut tidak berlandaskan syarak dan tidak menepati kehendak usul fiqh dan berpendapat sumpah sedemikian adalah sumpah laknat.Selepas pendedahan Ustaz Ramlang, beliau telah ditukarkan ke bahagian kewangan walaupun beliau seorang tahfiz Al-Quran dan tiada kelayakan relevan dengn kewangan dan kemudiannya dihantar satu surat tunjuk-sebab bertarikh 20.1.2009 atas alasan menjejaskan nama baik perkhidmatan awam dan akhirnya disingkirkan dari perkhidmatan pada 21.5.2009. Apabila kerajaan dipimpini oleh pemimpin-pemimpin yang corrupt serta tidak berperi kemanusiaan, inilah yang berlaku, kerjaya serta nyawa manusia menjadi buah catur politik dan permainan mereka.Konspirasi terhadap Dato' Seri Anwar berterusan walaupun setelah pertuduhan dikemukakan. Dato' Seri Anwar telah berkali-kali memohon kepada pihak Responden agar dibekalkan dengan dokumen-dokumen bagi tujuan pembelaan, antaranya pernyataan-pernyataan saksi-saksi relevan yang telah dirakamkan polis, segala keterangan dokumentari yang akan digunakan di dalam perbicaraan dan sampel-sampel analisa DNA berkaitan pertuduhan tersebut. Dato' Seri Anwar melalui peguamcaranya telah memohon kepada pihak Pendakwaan dibekalkan dokumen-dokumen serta barangan sepatutnya.Namun demikian, sehingga kini, pihak pendakwaan gagal, enggan membekalkan kesemua perkara-perkara yang dipohon. Keengganan dan kegagalan pihak pendakwaan membekalkan kesemua dokumen-dokumen, barangan-barangan serta sampel-sampel yang dipohon adalah bercanggah dengan piagam dan polisi pihak pendakwaan. Secara jelasnya menidakkan hak Dato' Seri Anwar.Didalam laporan perubatan Saiful dari Hospital Pusrawi, jelas membuktikan bahawa tidak ada sebarang kemasukan atau penetrasi berlaku pada lubang dubur Saiful. Tiada apa-apa yang berlaku pada duburnya. Laporan Pusrawi ini jelas membuktikan bahawa dakwaan Saiful adalah palsu dan Dato' Seri Anwar tidak bersalah. Namun demikian, laporan Pusrawi tersebut turut tidak dibekalkan kepada Dato' Seri Anwar mahupun penguamcara beliau.Selain dari laporan Pusrawi, terdapat Laporan Hospital Kuala Lumpur bertarikh 13.7.2008 oleh tiga pakar Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa tidak ada tanda-tanda kemasukan atau penetrasi pada lubang dubur Saiful.Laporan HKL ini jelas menyokong laporan Pusrawi yang menolak adanya sebarang kemungkinan ada berlakunya penderaan dan kejadian liwat.Memandangkan Kes Terkini adalah satu komplot jahat, Dato' Seri Anwar telah membuat laporan Qazaf kepada bahagian Penguatkuasaan JAWI pada 9.7.2008 terhadap Saiful berhubung dengan fitnah dan dakwaan palsu beliau bahawa beliau telah diliwat. Berikutan laporan Qazaf tersebut, Dato' Seri Anwar telah memberi keterangan kepada pihak JAWI pada 30.7.2008 dengan memaklumkan bahawa Saiful telah memfitnah dengan membuat tuduhan palsu dan mengaibkan Dato' Seri Anwar.Dato' Seri Anwar melalui peguam syarie telah berkali-kali menghantar surat kepada penguatkuasaan JAWI meminta agar Saiful didakwa atas tuduhan palsunya. Namun apa yang berlaku adalah, kelewatan. Kelewatan meneruskan pendakwaan terhadap Saiful adalah tidak munasabah dan bercanggah dengan kemurnian prinsip Islam yang mengutamakan keadilan. Kelengahan ini akan hanya memperkukuh persepsi rakyat atas wujudnya campurtangan politik dalam urusan Mahkamah Syariah. Kelewatan ini juga disengajakan untuk melindungi Saiful yang menjadi saksi utama dalam konspirasi.Pada 10.9.2008, Kes Terkini ditetapkan sebutan di Mahkamah Sesyen. Pada tarikh tersebut, pihak pendakwaan telah mengemukakan satu sijil bertarikh 9.9.2008 yang dikeluarkan di bawah Seksyen 418A(1) Kanun Prosedur Jenayah dengan tujuan memindahkan Kes Terkini dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Sijil tersebut telah ditandatangani sendiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Gani Patail lagi?!Barisan peguam Dato' Seri Anwar membantah pemindahan kes tersebut dan secara khususnya terhadap Sijil tersebut. Alasan utama adalah peranan yang dimainkan Gani Patail dalam menandatangani Sijil tersebut, walhal beliau telahpun dikecualikan dari melibatkan diri di dalam sebarang penyiasatan dan pendakwaan terhadap Dato' Seri Anwar. Kenapa perlu beliau libatkan diri? Apa yang cuba beliau pengaruhi? Apa yang beliau cuba sembunyikan? Jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang?Mahkamah Sesyen kemudiannya menetapkan 24.9.2008 untuk mendengar hujahan-hujahan berhubung dengan bantahan yang dibangkitkan oleh barisan peguam Dato' Seri Anwar.Pada 22.9.2008, Dato' Seri Anwar mengikrarkan dan memfailkan Afidavit memperincikan fakta-fakta dan melampirkan ekshibit-ekshibit menunjukkan sebab Gani Patail tidak harus terlibat dalam penyiasatan dan pendakwaan terhadap Dato' Seri Anwar di dalam Kes Terkini.Alasan tersebut adalah:
Penglibatan dan peranan Peguam Negara di dalam pemalsuan keterangan terhadap Dato' Seri Anwar berhubung 'insiden mata lebam' yang merupakan isu yang masih diteruskan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Wujudnya prasangka Gani Patail terhadap Dato' Seri Anwar.
Atas sebab wujudnya ketegangan dan permusuhan di antara Gani Patail terhadap Dato' Seri Anwar dan terdapatnya dakwaan pemalsuan keterangan oleh Gani Patail, maka Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi membuat pengumuman umum bahawa Gani Patail tidak akan terlibat sama sekali dalam penyiasatan dan pendakwaan Kes Terkini.
Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan Afidavit Jawapan terhadap Afidavit 22.9.8 yang diikrarkan oleh Peguamcara Negara, Datuk Idrus bin Harun pada 8.10.08. Di dalam Afidavit Jawapan tersebut, pihak pendakwaan tidak menafikan penegasan-penegasan yang dibuat Dato' Seri Anwar berhubung dengan peranan yang dimainkan oleh Gani Patail. Pada 29.10.2008 Dato' Seri Anwar dan Dato' Seri Wan Azizah mengikrarkan jawapan terhadap Afidavit Jawapan Idrus.Pada 7.10.2008, Mahkamah Sesyen kemudian memutuskan bahawa Sijil tersebut tidak sah dan tidak memindahkan Kes Terkini ke Mahkamah Tinggi.Tetapi pada 5.3.2009, Mahkamah Tinggi membenarkan Permohonan Semakan oleh pihak pendakwaan dan memerintahkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dato' Seri Anwar kemudiannya memfailkan rayuan ke mahkamah Rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi tersebut.Dan terkini, rayuannya ditolak. Bolehkah kita sebagai rakyat meneruskan kepercayaan kita bahawa institusi penghakiman dan mahkamah di negara ini bebas dari sebarang pengaruh? Ini jelas membuktikan adanya campur tangan politik serta salah guna kuasa bagi mengekalkan kuasa mereka yang diberi kepercayaan oleh rakyat. Kepercayaan rakyat telah dicabul. Dato' Seri Anwar telah dianiaya dan dizalimi.Berdasarkan kepada apa yang telah dibentangkan dan dihuraikan di atas, jelas terbukti bahawa pendakwaan terhadap Dato' Seri Anwar dalam Kes Terkini yang kononnya Saiful diliwat adalah merupakan pendakwaan mala fide dan penyalahgunaan proses undang-undang yang ketara pada peringkat tertinggi bagi memenjarakan Dato' Seri Anwar dengan apa cara sekalipun serta melindungi penjenayah-penjenayah konspirasi yang masih berleluasa diluar sana bagi mengelakkan terdedahnya kes-kes rasuah serta salah laku pucuk pimpinan tertinggi UMNO-BN daripada pengetahuan rakyat.

LUAHAN HATI RAKYAT!!!!

diambil dari memberku : democreasenow

Naik lagi tambang pengangkutan awam. Memang perkara ini disambut oleh pengusaha pengangkutan awam di Malaysia dengan hati terbuka. Mana tak nya dengan keadaan ekonomi semasa yang terlalu menghimpit, punca rezeki mereka semakin berkurang ekoran kegawatan yang berlaku sekarang.

Dua minggu lepas sengaja democrease cuba mengembalikan nostalgia dengan menggunakan perkhidmatan bas henti-henti dari pondok menunggu bas di hadapan Taman Jaya Skudai menuju Terminal Larkin Sentral. Tak sangka terlalu 'eficient' sungguh perkhidmatan bas henti-henti di Johor Bahru ini. democrease terpaksa menunggu selama hampir 1jam 30 minit baru dapat menaiki bas menuju destinasi.
Bayangkan ketika itu seorang rakyat yang tiada kemudahan pengangkutan sendiri terpaksa melalui saat seperti democrease. Apakah perasaannya terhadap sistem pengangkutan awam di Johor Bahru ini?
Mungkin bagi yang sudah "alah bisa tegal biasa" perkara sebegini menjadi sinonim dengan keadaan. Kawasan yang democrease gunakan adalah jalan besar serta merupakan jalan utama setiap pengusaha bas tak kira samada menuju ke pusat bandar atau ke Larkin Sentral, tetapi bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Adakah PBT-PBT yang terlibat dalam kawasan ini hanya duduk diam membisu tanpa pernah memikirkan nasib golongan yang masih menggunakan perkhidmatan awam seperti bas? Hanya mementingkan PBT manakah yang dapat mengutip cukai tertinggi berbanding PBT yang lain? Atau "aku dah bina jalanraya tahap terbaik pandai-pandai lah korang nak setelkan masalah sendiri"? 

Berapa banyak pengusaha bas di Johor Bahru?
TRANSIT LINK (paling lama dalam industri. Tetapi bas dimiliki boleh buat orang yang menaiki rasa perlu mengambil insuran nyawa keesokan harinya), CAUSEWAY LINK (syarikat yang mengatakan sebagai pemain terbesar dlam perkhidmatan bas henti-henti di jb. Dianggarkan mempunyai sekurangnya 400 buah bas), SYARIKAT PENGANGKUTAN MAJU (dimiliki oleh JOHOR CORP tetapi kebanyakan permit disewakan kepada orang lain termaasuk GML. Salah satu projek gagal oleh JOHOR CORP), GML (GEMILANG BODY COACH) (bermula sebagai penyedia badan bas untuk MAJU. Kini kebanyakan permit laluan milik MAJU telah dimiliki oleh GML. Proses bayaran hutang yang tertunggak kot)
Jadi bagaimana hendak dikatakan kekurangan bas di Johor Bahru boleh berlaku? Ketidak seragaman perkhidmatan bas ini perlu diperbetulkan secara menyeluruh andai ingin menjadikan Johor Bahru lebih berkualiti. PBT tolong jangan tutup mata andai di kawasan kamu masih berlaku perkhidmatan bas yang tahap sampah

SPRM ala MOSSAD!!!


KOMPONEN BN DURJANA!!
Assalamualaikum,SJ terpanggil untuk menulis tentang isu yg sudah berlaku dan harus sentiasa diingati.SPRM satu badan bebas yang kita sebagai rakyat mengharapkan badan ini dapat membela dan adil dalam tugasan,akan tetapi SPRM yang kita harapkan kini bukan satu badan bebas yang bekerja untuk rakyat tetapi menjadi proksi Kerajaan BN DURJANA.SPRM kini menjadi 'samseng' kepada rakyat.

Kita sendiri dapat melihat bagaimana SPRM bertindak terhadap ADUN2 dari Pakatan Rakyat dengan begitu rakus dan tidak telus,akan tetapi bilamana skandal-skandal rasuah yang melibatkan pak-pak menteri kes dilenyapkan bagai tiada apa yang berlaku.Dimanakah ketelusan SPRM di sini.Ibarat anak-anak ikan dicekup tapi jerung bergerak dengan bebas.Kita harus melihat daripada kaca mata rakyat bagaimana SPRM yang menjadi harapan untuk membanteras rasuah kini telah menjadi salah satu Komponen BN DURJANA!!.Berdasarkan kes terbaru yang terjadi pada Mendiang Teo kita dapat menilai bagaimana prestasi kerja badan ini yang menjadikan SPRM sebagai RAJA yang menggunakan kuasa sesuka hati.SPRM adalah wajar dibaikpulih jika mahukan kepercayaan daripada rakyat.Jika tidak imej SPRM yang sudah tercemar akan terus dicemari oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.
Sila siasat pak-pak menteri yang terlibat dengan pelbagai skandal rasuah.Siasat Toyol di Selangor,berdasarkan bukti-bukti yang ada Pak Toyol di Selangor sungguh banyak terlibat dengan skandal rasuah tetapi didiamkan sehingga sekarang.Skandal PKFZ apa yang dilakukan??..menyepi sahaja..jika kita sebagai rakyat tidak menggodak SPRM maka badan ini lama kelamaan akan menjadi badan samseng yang wajar dianggap seperti ala Mossad yang begitu zalim.SPRM haruslah bertanggungjawab terhadap kematian Mendiang Teo.Jika kes ini tidak disiasat dengan telus tidak mustahil ada lagi mangsa seperti Mendiang Teo.SJ nasihatkan jika SPRM mahu adakan siasatan terhadap sesiapa sahaja biarkan SPRM datang ke tempat individu terbabit,kerana di pejabat SPRM ada banyak jin nanti jatuh macam Mendiang Teo..hahaha...

Suara rakyat suara keramat,kita hendaklah menggunakan suara itu untuk mendesak supaya SPRM disiasat dan diwujudkan satu badan bebas untuk membuat siasatan terhadap Mendiang Teo yang telah terbunuh dan sekaligus merombak semula organisasi SPRM dan serahkan kepada Yang DiPertuan Agong untuk melantik semula Pegawai SPRM yang bebas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak!!!

Siasat Khir Toyo!!
Siasat SPRM!!!
Lawan Tetap Lawan!!

Anwar cabar SPRM siasat janji Muhyiddin

daripada :http://farizmusa.blogspot.com


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tawaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai sekiranya pengundi memilih calon BN dalam pilihanraya kecil esok, adalah satu perbuatan rasuahSehubungan itu, beliau mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara tersebut.Anwar menegaskan demikian dalam ceramahnya bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang di hadapa hampir 5,000 penyokong - jumlah terbesar dalam tempoh berkempen - di Sungai Peria malam tadi."Mana ada jambatan siap sehari. Mu (kamu) Muhyiddin, bukan Nabi Sulaiman. Barangkali dia nak ikut kita masa pilihanraya dulu, (berjanji kalau) Pakatan menang hari ini, esok turun harga minyak. Itu bolehlah, itu isytihar saja."Dari sudut undang-undang ini salah, saya cabar SPRM, kalau kamu betul-betul amanah, mu siasat dan igat (tangkap) Muhyiddin kerana dia (buat) janji palsu ini. "Kalau dia beranilah. Mana boleh, kalau nak jambatan pangkah Umno-BN. Mu pangkah BN pada 14 haribulan, 15 haribulan buat jambatan. Dia ingat bapak dia punya negeri," katanya.Semalam, Muhyiddin menawarkan untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama, yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.Muhyiddin dilaporkan berkata: "Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN).

Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN."Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.Royalti minyakSementara itu, Anwar berkata, beliau akan membawa isu royalti minyak Kelantan ke parlimen dalam persidangan akan datang.

“Menang saja di Manek Urai, pada sidang parlimen akan datang, hari pertama atau kedua, saya bersama (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan saudara kita (yang lain) akan bangun tuntut kerajaanpersekutuan bagi balik wang kepada kerajaan Kelantan,” katanya.Anwar berkata demikian dalam ceramah di hadapan hampir 5,000 penyokong bersama Lim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat di Sungai Peria, Manek Urai semalam.
Beliau mengulas kontroversiti isu royalti minyak Kelantan yang dituntut Nik Aziz, melalui suratnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.Kerajaan Kelantan dilaporkan menuntut sebanyak RM1 bilion yang didakwa tidak dibayar sejak tahun 2004.Mengulas lanjut, Anwar berkata, Najib yang juga menteri kewangan perlu memberikan penjelasan berhubung tuntutan itu.

“Ini hak kita (rakyat Kelantan). Kita akan gegarkan parlimen. Penduduk Manek Urai buat keputusan. Kita nak menteri kewangan jawab masa itu juga. Pulangkan balik kepada rakyat kelantan,” katanya disambut tepukan gemuruh.Berhubung janji-janji pembangunan BN sepanjang tempoh berkempen, antaranya hendak membina majid baru di Temalir, Anwar berkata:“(Pilihanraya kecil) Manek Urai bukan soal satu masjid baru dia nak buat. Cukuplah masjid di Manek Urai... Bagi balik RM1 bilion kepada rakyat Kelantan, saya jamin masjid lebih cantik dibangunkan dengan ehsan tuan guru nik aziz. Tak payah bimbanglah soal masjid,” katanya.Sementara itu, Lim dalam majlis yang sama mengkritik Najib kerana didakwanya gagal membanteras masalah jenayah dan rasuah dalam negara setelah seratus hari mentadbir negara ini.“Dalam sebelas hadiah hadiah beliau tidak disentuh langsung bagaimana membanteras jenayah dan korupsi. Seratus hari beliau, belum ada apa-apa cadangan (untuk itu).”Najib kelmarin membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

LAWAN TETAP LAWAN

Maruah BN DURJANA bakal tergadai....

DETIK MARUAH BN DURJANA AKAN TECALAR LAGI KIAN HAMPIR....





Salam,pagi ini merupakan bermulanya detik hitam dalam tradisi Pilihanraya Kecil oleh BN DURJANA,kita akan melihat pada hari ini rakyat di kawasan Manek Urai bakal menghukum kerajaan BN DURJANA sekali lagi untuk meneruskan tradisi kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil sebagaimana sebelum ini.SJ amat terkilan kerana pada kali ini tidak dapat turun bersama-sama untuk membantu jentera petugas pilihanraya di Manek Urai kerana kesibukan kerja.SJ ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang berada di sana,jasa anda adalah jasa yang amat berharga yang dicurahkan terhadap perjuangan rakyat.Marilah kita sama-sama meneruskan tradisi kemenangan dalam pilihanraya kecil bagi melengkapkan dan memperlekehkan Kerajaan BN DURJANA yang kian hari tidak mendapat tempat dihati rakyat.


SJ daripada jauh hanya dapat mendoakan kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat bagi kita meneruskan agenda kita demi membantu rakyat.Wahai BN DURJANA ingatlah 'Kuasa Rakyat Kuasa keramat',perjuangan mesti diteruskan sehingga kita dapat kuburkan BN DURJANA dari persada politik tanah air.Percayalah perjuangan kita walaupun kita korbankan harta,masa dan wang ringgit tidak akan dapat juga menyamai sebagaimana perjuangan Rasulullah S.A.W yang begitu perit untuk menaikkan agama allah sebagaimana yang ada kini.Wahai kawan-kawan janganlah berasa jemu untuk memperjuangkan nasib rakyat,kerana SJ yakin perjuangan kita diberkati allah insyaallah.

Kepada Muhyiddin Yassin,Rakyat di Johor masih ingat apa yang engkau pernah lakukan terhadap rakyat johor,kami rakyat johor tidak pernah lupa,masih kekal dalam ingatan dan akan kekal selamanya.Tidak perlulah engkau menabur pelbagai janji yang hanya retorik.Ingat betapa busuknya jasa engkau di Johor.Antara dosa paling besar yang engkau lakukan ialah engkau mengubah hari cuti iaitu Hari Jumaat hari kebesaran dalam Islam kepada hari ahad!!Ingat jangan lupa apa yang engkau pernah lakukan.Diharap rakyat kelantan yang cerdik janganlah percaya dengan janji manis Si Lebam ni.Jika mahukan kesejahteraan dan agama islam terus dipertahankan maka Undilah calon PAS dalam PRK Manek Urai ini.Pastikanlah pejuang rakyat yang diangkat sebagai pemimpin.

Marilah kita sama-sama berdoa agar calon Pakatan Rakyat iaitu Saudara Fauzi dari Parti PAS akan menang dengan majoriti yang lebih besar..hidup...hidup...hidup Rakyat!!!

"Ya allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani enkau menangkanlah calon Pas di PRK Manek Urai,semoga dengan kemenangan ini agama engkau iaitu Islam akan terus masyhur dan dibelai"

LAWAN TETAP LAWAN

Sokongan rakyat masih berpihak pada DSAI..


Salam,pada 8hb yang lalu SJ bersama-sama AMK Cabang Gelang Patah dan AMK Cabang Batu Pahat bersama-sama dengan Ketua AMK Johor telah menuju ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap Konspirasi Politik Peringkat Tertinggi untuk menjatuhkan DSAI buat kali kedua.Kami bersama-sama telah menuju ke sana dengan hati membara untuk membantah tuduhan fitnah jahat terhadap DSAI.Sesungguhnya Konspirasi kedua ini lebih memualkan dan amat DURJANA sekali apabila Kes yang dituduh telah menunjukkan tiada sebarang bukti untuk mensabitkan DSAI dalam tuduhan jahanam tersebut.Lihatlah bagaimana kes ini ditangguh-tangguh bagi merekacipta bukti palsu untuk menyabitkan DSAI dalam tuduhan durjana tersebut.

SJ tidak berpuas hati dengan sistem mahkamah kita yang diperkudakan dan didurjanai oleh BN DURJANA dibawah pemerintahan Najib Altantuya.Mahkamah Malaysia telah hilang kredibiti sebuah badan kehakiman yang bebas dari sebarang unsur politik.Kita harus berfikir dengan rasional dan berdasarkan kejadian yang telah terjadi.SJ sendiri tidak pernah membayangi seorang orang penting,Bekas TPM Malaysia dimalukan sebegini rupa inikan kita sebagai rakyat biasa,adakah kita dapat mempercayai lagi sistem kehakiman kita jika apa yang terjadi sekarang tidak dibendung.

SJ melihat suasana pada hari Rabu tersebut di mana penyokong DSAI masih datang memberikan sokongan, lebih daipada 500 orang membanjiri kawasan Mahkamah walaupun hari tesebut adalah hari bekerja.Mereka sanggup mengambil cuti untuk hadir bagi memberikan sokongan kepada DSAI.Selain SJ dan rakan-rakan dari Johor ada juga yang datang dari Melaka,Negeri Sembilan,Pahang,Pulau Pinang juga hadir untuk memberikan sokongan.Kami semua melihat bahawa kes ini amatlah tiada kewajaran untuk dibuat pendakwaan kerana Kes tersebut tiada sebarang bukti untuk dibuat pendakwaan.SJ percaya jika Mahkamah mengikut prosiding yang betul kes ini WAJAR digugurkan.Walaupun pada hari tersebut Mahkamah menangguhkan ke 15hb Julai yang akan datang kami tidak menyesal datang dari jauh kerana sokongan kami kepada DSAI akan berterusan selagimana DSAI memperjuangkan nasib rakyat dengan bijaksana.

Di bawah ada sedikit gambar sekitar di Mahkamah sebagai tatapan umum...


YB Yusmadi Ahli Parlimen Balik Pulau bersama dengan para penyokong....


para penyokong dan media termasuk media antarabangsa memenuhi di ruang legar mahkamah...


Saudara Bob dari AMK Cabang Gelang Patah turut hadir.....


di sekitar ruang legar mahkamah...



Ketua AMK johor bersama SJ baru sampai di Masjid Wilayah
sebelum menuju ke mahkamah....
SJ harap pada 15hb Julai yang akan datang,marilah kita sama-sama menuju ke Mahkamah bagi mendengar prosiding Mahkamah terhadap DSAI,kita nyatakan sokongan kita dengan hadir beramai-ramai bagi menyangkal dakwaan media-media durjana dan tiga suku yang sesalu membuat laporan palsu bahawa DSAI sudah tiada sokongan.Jangan lupa 15hb kita jumpa di sana...
Sebelum pulang ke Johor SJ bersama dengan rombongan Ketua AMK Johor singgah di Kediaman DSAI di Segambut,dibawah ada sedikit gambar sekitar kawasan rumah DSAI....

Saudara Zabidi Abas Ketua AMK Johor bersama AMK yang lain....

Saudara Shamsul Iskandar Ketua AMK Pusat.....

DSAI,Ketua Umum PKR sedang ditemuramah media antarabangsa......nak harap media sendiri merapu banyak daripada menyampaikan kebenaran...


para hadirin yang hadir di perkarangan rumah DSAI....

para penyokong yang hadir dari merata tempat...


Datin Seri Wan Azizah,Presiden PKR sedang ditemuramah.....


Barisan Angkatan Muda Keadilan Malaysia sedang bergambar kenangan bersama DSAI,pemimpin yang amat dihormati....
'Lawan Tetap Lawan'



























































































































































KONSPIRASI JAHAT TERHADAP ANWAR IBRAHIM




KONSPIRASI JAHAT TERHADAP ANWAR IBRAHIM
Sebagai tanda sokongan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim, Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyeru semua ahli2 Parti Keadilan Rakyat terutama Angkatan Muda Keadilan di seluruh negara untuk hadir beramai-ramai ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 Julai 2009 (seawal 7am) dengan berpakaian "HITAM" bagi memberi sokongan kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan menghadiri perbicaraan pertuduhan kes liwat. Kes yang dilihat sebagai Konspirasi Jahat Terhadap Anwar Ibrahim (KEJAM) merupakan episod ke 2 bagi menghalang kemaraan Aura Politik Anwar Ibrahim.Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah bersama AMK Cabang yang lain dari Johor akan turun beramai-ramai ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.Semalam selepas tamat Kursus Kepimpinan AMK yang melibatkan kepimpinan AMK di seluruh Malaysia telah diberikan penjelasan oleh seorang Dr. pakar yang terkenal berkaitan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim yang jelas menunjukkan bahawa adanya pakatan terancang dari beberapa pihak bagi menyekat kemaraan pengaruh Dato' Seri Anwar Ibrahim."Jangan Takut Makhluk"

BERKATA BENAR BIARPUN PAHIT.....

che'GuBard isytihar batal semua kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS

Beberapa perkara perlu diberikan perhatian dalam isu memastikan kelansungan kekuatan Pakatan Rakyat.Pimpinan DAP Pusat seharusnya mengambil tindakan terhadap pimpinan DAP Kedah yang terlibat membuat kenyataan terbuka di media tanpa perbincangan yang sempurna dalam Majlis Pakatan Rakyat. Semua tindakan yang melibatkan dasar harus dibuat diperingkat pusat.Tindakan Ketua Pemuda PAS membuat pertemuan 'rasmi' dan 'terbuka' dengan Pemuda Umno dilihat sebagai usaha terkebelakang dalam memastikan kekuatan pakatan.Nampaknya ada kalangan pimpinan PAS seolah tidak memahami isyarat keputusan Pilihanraya Umum lalu. Mereka juga terus menerus melakukan tindakan memberikan 'talian hayat' kepada Umno - Bn yang makin melemah.Ini mungkin berlaku kerana banyak alasan, namun alasan - alasan tersebut ialah alasan dangkal yang ingin menghalalkan tindakan mereka semata - mata demi kepentingan kelompok tertentu sahaja.Jika dakwaan ini salah sila jawab apa yang berlaku apabila rakyat menolak Bn di Selangor tetapi sebaliknya ada pimpinan PAS yang duduk berbincang dengan Bn dengan membawa kemungkinan membentuk kerajaan campuran PAS-Umno di Selangor, tetapi akhirnya gagal kerana dua - dua pihak berkeras hendak jadi Menteri Besar..... Sila jawab dakwaan terbuka Tuan Guru Ust. Hj Ahmad Awang yang menyatakan ada pimpinan PAS Pusat yang menghubungi beliau meminta pertimbangan semula agar diadakan pakatan Umno - Pas dalam membentuk kerajaan Perak.che'GuBard dengan ini selaku anak muda yang bergelumang dengan aktivis 'bawahan' dan melihat derita rakyat dizalimi dan ditinds regim serta mepelajari sejarah bahawa regim ini pewaris penjajah negara, maka dengan ini mengecam tindakan Dewan Pemuda Pas yang masih terhegeh-hegeh memberikan talian hayat kepada Umno.Selaku anak muda che'GuBard mengisytiharkan memboikot semua program melibatkan Dewan Demuda PAS termasuk jemputan yang telah disahkan hadir.

Tindakan ini bukan mewakili parti tetapi mewakili kekecewaan aktivis 'bawahan' yang tidak diendahkan suara mereka. Apa yang kita dapat hari ini bukan atas kekuatan parti kita semata - mata tetapi atas penolakan kuat rakyat terhadap Bn dan harapan sedikit yang ada terhadap gabungan kita. Bila ada sikit kuasa kita lupa dan nak lebih dengan ajak entiti yang ditolak rakyat untuk duduk semeja....percayalah teruskanlah perkara ini rakyat akan terus mencampak kita dalam longkang dalam PRU yang akan datang.....Wahai Yb atau sesiapa yang mendapat apa juga tempat hasil PRU lepas, ketahuilah keputusan itu bukan dicipta begitu sahaja dalam sehari pada 8 Mac yang lepas ia merupakan hasil perjuangan panjang...... sanggupkah kita kianati semua sejarah perjuangan panjang tersebut.

sila ke link ini untuk maklumat lanjut

Mesyuarat AMK Cabang Gelang Patah 01 Julai 2009


salam.,semalam SJ hadir ke mesyuarat AMK Cabang Gelang Patah,buat pertama kalinya SJ melihat satu kelainan iaitu mesyuarat diadakan di rumah ahli parti.Di sini SJ nampak cara yang dibawa oleh AMK Cabang Gelang Patah amatlah baik sekali,kerana mesyuarat diadakan di luar kawasan pejabat sekaligus boleh mencakna minda untuk membuat satu perbincangan dngan baik dan terbuka.

Cara ini juga SJ nampak banyak manfaatnya,diantaranya merapatkan ukhuwah sesama ahli parti dan memudahkan kerja dilakukan bersama..Malam tadi Mesyuarat diadakan di rumah Sdr Asrol dan mengikut keputusan mesyuarat semalam perkara ini akan diteruskan jika mendapat impak yang baik dari ahli.Mesyuarat seterusnya juga akan diadakan di rumah ahli.Diharapkan kepada cabang-cabang lain jika ingin mengikuti cara ini juga adalah baik,kerana jika kembali di zaman rasulullah perkara seperti ini yang dijalankan sebab itu ukhuwah sesama sahabat begitu erat.Mungkin dengan cara sedemikian boleh menjadikan kekerapan kehadiran ahli adalah baik.

Tahniah kepada AMK Cabang Gelang Patah yang telah membuat satu inisiatif ini,mungkin boleh dicontohi oleh cabang lain.

Dibawah ada disertakan sedikit gambar malam tadi,...











Semoga PKR Cabang Gelang Patah dapat memupuk ukhuwah sesama ahli dengan inisitif yang dilakukan ini
'Lawan Tetap Lawan'
















KENALI CALON PAS PRK N.MANEK URAI...





Perniagaan - hampir 20 tahun menjalankan perniagaan memborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai.

Seorang yang amat-amat cakna pada masyarakat sekeliling. amat mudah didekati kalau dalam kesusahan. bukan sedikit warga Kuala Krai yang pernah mendapat bantuan peribadi dari beliau baik dalam bentuk wang ringgit mahupun kebendaan. orang UMNgOk pun tahu dan mengakui hakikat ini."Sinis" - amat susah untuk bertemu beliau kalau korang ni jenis malas pergi ke Masjid sebab kebanyakan masa beliau dihabiskan dengan mendekatkan diri kepada Allah didalam Masjid PAS berhampiran dengan CIMB Bandar Kuala Krai. kalau nak jumpa dia cukup mudah, sembahyang 5 waktu sehari semalam di Masjid berkenaan dan korang akan nampak kelibat beliau bersama-sama jemaah-jemaah yang lain.

Tapi dalam musim kempen Pilihanraya ni aku tak jamin la dia ada dekat situ, cuba jenguk ke Masjid atau Surau-Surau lain, insya-Allah pasti ada (lepas ni KOMPOM Tuan Aziz pun jadi kaki mesjid ngan surau jugak..! hahaha...!!!).

Seorang yang amat merendah diri. kalau bersembang dengan beliau, amat-amat jaranng beliau meninggi suara, bila bercakap, mata beliau tidak akan terarah kelain melainkan kemuka orang yanng sedang bercakap dengan beliau. salah 1 faktor yang ada pada orang yang ikhlas bila berkata-kata.Arwah bapa beliau (Al-Fatihah) adalah seorang penarik beca semasa hayatnya, amat dikenali kerana sifatnya yang suka berkhidmat kepada masyarakat setempat dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya. arwah bapanya dikenali di Kuala Krai sebagai "Pok Loh".

Ibu beliau juga adalah seorang peniaga (peraih) sayur-sayuran di Pasar Kuala Krai (id tidak dapat didedahkan atas permintaan) juga dikenali kerana sikapnya yang cakna dan suka membantu sesiapa sahaja yang dalam kesulitan.Yang paling menarik bagi aku tentang calon yang ditonjolkan oleh PAS ini ialah beliau mempunyai sebuah Van persendirian yang diwakafkan sebagai Van Jenazah kepada penduduk Kuala Krai. sesiapa sahaja boleh menggunakan Van Jenazah tersebut jika mahu dan tiada bayaran dikenakan.

Calon UMNgOk pulak macam mana..?

SJ DOAKAN SEMOGA SAUDARA FAUZI ABDULLAH AKAN MEMENANGI PRK N MANEK URAI SEKALIGUS MERANAPKAN MARUAH NAJIB AL TANTUYA!!

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List