Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

Ahli Parlimen BN keluar Parti sertai PKR di JOHOR

Ia disahkan lagi apabila salah seorang ahli UMNO turut menyatakan kebimbangan beliau terhadap 2 Ahli Parlimen bukan dari UMNO itu. Ini adalah antara senarai Ahli Parlimen MCA di Johor. 

P140 Jementah MCA-Lee Hong Tee 


P142 Labis MCA - Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
P144 Tangkak MCA - Goh Tee Tee
P148 Ayer Itam MCA - Wee Ka Siong
P149 Parit Yaani MCA - Ng See Tiong
P150 Penggaram MCA - Koh Chee Chai

P152 Kluang MCA - Hou Kok Chung 
Baca kenyataan dalam blog ahli UMNO Johor ini.

"Terdapat beberapa sumber menyatakan Anwar Ibrahim akan melawat sebuah daerah di utara Johor pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan.Lebih menggusarkan daerah terbabit terdapat 2 ahli parlimen yang kedua-duanya bukan daripada Umno. Salah seorang daripadanya anak kepada seorang pemimpin tertinggi yang baru di pecat dari parti komponen BN.

Ada kemungkinan Anwar akan mengumumkan sesuatu pada lawatannya itu. Adakah negeri Johor mula membuka ruang kepada PKR?

Sepertimana kebimbangan yang dinyatakan DS Najib, pergolakan dalaman parti komponen BN memungkinkan menjejaskan BN. Tentunya parti komponen BN boleh beralih arah menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa.Namun Umno sebagai tunjang komponen BN yang berjuang selama ini untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah. 

Dalam masa Umno sudah membuat pelbagai transformasi untuk menarik hati rakyat, janganlah pula sikap parti komponen mengagalkan usaha tersebut!" 
: umnojohor.blogspot.com

Benarkah akan berlaku siri lompat-melompat di negeri Johor?

Selepas Dato' Chua Jui Meng, semestinya jika perkara ini berlaku ia akan memberikan tamparan yang hebat dalam kerajaan BN Johor. Sama-sama kita tunggu dan lihat..

Jika benar ini berlaku maka Johor akan meraikan Hari2 akhir BN di Johor!!!!!

Lawan Tetap Lawan!!!!

Perutusan Merdeka Ketua AMK Malaysia

Setelah 52 tahun Merdeka adalah amat penting untuk generasi muda Malaysia kembali melihat dan memahami semangat kemerdekaan itu sendiri. Intipati kemerdekaan terkandung dengan jelas di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan yang menekankan aspek keadilan dan kebebasan untuk rakyat negara tercinta.
Namun setelah 5 dasawarsa, terdapat rakyat yang tidak mampu menghayati erti kemerdekaan dan menganggap merdeka membolehkan mereka untuk hidup tanpa memikirkan mengenai masa depan negara dan kepentingan bersama. Golongan ini mengambil mudah kemerdekaan yang diperolehi dengan membayar harga yang mahal oleh generasi pengasas negara ini yang mengorbankan harta benda, kebebasan dan darah.
Lebih malang apabila pemerintah sendiri lupa dan khianat kepada teras kemerdekaan yakni menjamin keadilan dan kebebasan untuk rakyat berbilang keturunan dan agama. Pemerintah hari ini bertindak sewenang-wenangnya merebut kekayaan negara untuk kepentingan diri sendiri dan kroni. Pada masa yang sama sentimen perkauman dipai-apikan sehingga menimbulkan syak wasangka, salah faham dan permusuhan antara kaum.
Pemerintah BN hari ini melabelkan sesiapa yang cuba mempertahankan hak sah semua kaum dan memupuk perpaduan sebagai pengkhianat. Walhal mereka yang khianat dengan menjual tanah dan kepentingan strategik negara kepada orang asing. Mereka juga khianat dengan mengajak rakyat untuk bermusuhan. Mereka mahu Melayu menaruh prasangka dan membenci kaum lain. Pada masa yang sama mereka mahu orang Cina, India dan Bumiputra merasa terancam dan membenci orang Melayu. Lagak mereka ini tidak ubah seperti penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah (divide and rule).
Semua ini mereka lakukan dengan tujuan yang sama seperti penjajah, iaitu untuk mengekalkan hegemoni dan penguasaan mereka. Tatkala rakyat disibukkan dengan permusuhan dan kebencian, pemerintah akan bebas merompak kekayaan negara ini. Mereka mengalihkan perhatian rakyat untuk mengekalkan penguasaan mereka dan memudahkan mereka merompak di siang hari.
Kerana itu saya menyeru rakyat Malaysia, khususnya anak muda, untuk memainkan peranan utama mempertahankan kemerdekaan negara dengan menentang sikap perkauman. Pada masa yang sama kita perlu memberi perhatian khusus kepada korupsi dan berjuang menentang amalan rasuah dan pengelewengan. Kita mesti berani untuk mengatakan tidak kepada tindakan-tindakan korup pemerintah.
Anak muda mempunyai tanggungjawab besar untuk bergerak aktif memperjuangkan semangat kemerdekaan melalui parti politik, gerakan masyarakat dan pelbagai wadah lain termasuk menyampaikan mesej melalui seni budaya dan sebagainya. Peranan paling asas yang perlu dilaksanakan ialah dengan mendaftarkan diri sebagai pengundi dan keluar mengundi dalam setiap pilihanraya.
Sebagaimana anak-anak muda negara ini bersama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, anak muda sekarang perlu memastikan suara, harapan dan buah fikiran mereka juga turut sama dalam membentuk halatuju dan masa depan negara ini. Ini tanggungjawab anak merdeka.
Kerana kita mahukan masa depan yang lebih baik, negara yang adil, bebas dan harmoni; kita perlu berusaha mendapatkannya. Sebagaimana para pejuang kemerdekaan menghadapi penjajah dengan berani, anak muda juga perlu menghadapi pemerintah hari ini dengan berani.
Bersama kita lakukannya !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Sidang DUN PERAK Rabu!! Bubar DUN!!!!!


Salam Ramadhan,dah berapa hari xupdate blog..mungkin sebab sibuk sedikit bulan ramadhan ni.Hari rabu ini kita akan menyaksikan lagi sekali di Perak Sidang Dun yang dipanggil oleh Speaker Halal Sivakumar..adakah kejadian hari itu akan berulang di mana polis menggunakan kuasa dengan rakus.Diharapkan pihak PDRM jangan menjadi budak suruhan Zamri Pasola..hormatilah bulan ramadhan jangan bertindak ganas kepada penyokong Pakatan Rakyat.Hak rakyat untuk memberi sokongan harus dibenarkan.Letakkanlah Institusi Polis sebagai Institusi yang professional dan komitmen dalam melakukan tugas.

Kita berharap DUN PERAK dibubarkan segera dan kembalikanlah semula kuasa kepada rakyat untuk memilih sama ada hendak pilih Kerajaan Pakatan Rakyat atau BN Durjana.Masalah krisis perlembagaan ini akan selesai dengan mudah jika Sultan Perak dengan bijaksana dan menyayangi rakyat dengan membubarkan DUN Perak dengan kadar segera.Kita nantikan apakah yang akan berlaku pada hari Rabu ini.Jika tidak dilihat pada halal dan haram Speaker,Ganesan tidak mempunyai kelayakan dan kredibriti sebagai seorang Speaker kerana tidak fasih berbahas Melayu sebagaimana YB Sivakumar.Ganesan ni layak jadi tukang sapu sahaja di DUN Perak bukannya dijadikan Speaker inilah kebodohan yang ada pada MB Pasola yang telah merampas pemerintahan Perak dari kerajaan Pakatan Rakyat..

Kita haruslah berdoa kepada allah agar allah membantu dan memelihara MB Nizar dalam menghadapi dugaan ini.Dugaan yang dihadapi oleh MB Nizar terlalu perit,demi mempertahankan rakyat MB Nizar sanggup berjuang untuk mendapatkan semula Negeri Perak ke bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.Perjuangan MB Nizar ini seharusnya di bukukan agar anak-anak yang akan lahir di Negeri Perak ini akan tahu bahawa pernah ada satu masa Perak mempunyai seorang pemimpin yang amat lantang dan sanggup pertahankan negeri dengan sepenuh ahti tanpa mengira nasib dan apa yang bakal berlaku terhadap dirinya sendiri.

Kepada MB Nizar,SJ secara peribadi menyatakan bahawa rakyat Perak amat beruntung kerana mempunyai seorang pahlawan yang cukup cekal dalam mempertahankan hak rakyat!!SJ sebagai rakyat Johor malu mempunyai seorang Bekas MB yang sembab,yang kini menjawat jawatan TPM.Malu teramat sangat kerana negeri jati SJ pernah mendapat seorang MB yang Pengkhianat kepada Bangsa dan agama islam iti sendiri apabila menggadaikan tanah orang melayu kepada bangsa asing dan menukar hari istimewa orang islam dari Jumaat ke Ahad.SJ akan tetap ingat sejarah pahit itu..begitu rugi rakyat Johor pernah mendapat seorang MB yang cukup jahanam!!Alangkah indahnya jika Nizar menjadi MB Johor....Sekian dari SJ..Teruskan perjuangan MB Nizar yang disayangi rakyat!!!!

Hidup2!!!!Hidup Rakyat

Hidup MB NIZAR!!!!!!

LAWAN TETAP LAWAN

Exco, Sultan Kedah Perkenan Gugurkan ADUN Lunas

Exco, Sultan Perkenan Gugurkan ADUN Lunas

ALOR SETAR, 26 Ogos [2.00 pm] - Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, berkenan melucutkan jawatan Exco Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh (foto), kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abd Razak. Azizan berkata, Sultan Abdul Halim turut berkenan melantik ADUN Kulim, Lim Soo Nee, sebagai pengganti Mohd Radzhi bagi jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat Dan Sumber Tenaga Manusia. "Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan Exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya.

[Kasihan benar melihat ADUN Lunas, ini kerana rezekinya tidak sama dengan dua exco Perak yang turut melompat parti dulu. Jika di Perak, perbuatan terkutuk itu berakhir dengan rampasan kuasa oleh BN. Namun, nasih Md Radzhi agak malang sekali kerana perbuatan beliau itu langsung tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat. Malah PAS masih terus menang dalam pilihanraya kecil DUN Permatang pasir 25 Ogos lalu. Apakah akan terjadi kepada beliau selepas ini agaknya. Terhina dimata BN dan juga rakyat di kawasan beliau sendiri. Mungkinkah ini akan membawa kepada perletakan jawatannya dari politik?].


DAULAT TUANKU!!!!   SYABAS TUANKU DIATAS KEBIJAKSANAAN!!!

SMS Palsu Disebarkan!!!!

dipetik daripada suaraselatanonline.blogspot.com

Sejak petang tadi, sehingga malam ini puluhan sms diterima yang mengatakan Datuk Ismail Kamus telah menghembuskan nafas terakhir. Ada yang menerima bulat-bulat berita ini tanpa usul periksa dan memanjangkan kepada orang lain. Ada juga yang sangsi dan bertanya saya akan kebenaran berita ini.

SS dan beberapa rakan Blogger segera menghubungi Hj Najib, orang Bagan Datoh, antara yang paling rapat dengan Datuk Ismail Kamus, beliau secara tidak rasminya juga kadang-kadang menjadi pembantu Datuk Ismail Kamus.

Beliau ketawa besar menjawab pertanyaan kami, dia kata " apa ni yob, Datuk ada di Mekah, buat umrah, dia meninggalkan tanah air ke Mekah, bukan meninggal dunia, baru kejap tadi kawan di Mekah beritahu elok aje dia sihat, dia pun tahu heboh di Malaysia, ada juga kawan-kawan yang sedang umrah terima mesej yang sama".

Kita pun tak tahu angkara siapa ini, yang heboh di tv, Prof Dr. Ismail Salleh, Senator OKU yang diberitakan telah meninggal dunia, bukan Ismail Kamus. Semuga Dr. Ismail ditempatkan rohnya bersama dengan orang-orang yang saleh.

Satu ketika dulu, sewaktu Ust Fadhil Noor masih terlantar di hospital, berita Ust Fadhil meninggal dunia tersebar mendahulu hari kematian yang sebenar. Begitu juga Ust Hasan Shukri, ketika itu beliau Naib Presiden juga pernah tersebar dalam mesej yang beliau telah meninggal dunia, ketika itu saya berada di Kota Kinabalu, kawan-kawan kita pun terus sedekah fatihah dan buah majlis tahlil. Dr. Abdul Aziz Hanapi pun pernah tersebar berita kematiannya begitu meluas sampai ke Mesir. Sehingga sekarang Ustaz Hassan Shukri masih sihat begitu juga Dr. Abdul Aziz Hanapi.

Yang untung Celcom, Maxis, Digi dan bla... bla... bla...

Lagi Orang Mati dikawasan Polis!!!

Seorang wanita berusia 20 tahun ditemui mati dipercayai akibat terjun dari bangunan tiga tingkat kuarters Ibu Pejabat 
Polis Daerah Kuala Kangsar di sini pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supt Abdul Ghafar Mohamad berkata, mangsa dikenali sebagai Kwek Lee May berasal dari Taman Chandan Puteri di sini ditemui mati dalam keadaan cedera parah di kepala dan badan pada pukul 8 pagi. 

Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat, katanya di sini. 

Abdul Ghafar berkata, tiada sesiapa yang melihat wanita itu memasuki kuarters dan hanya mengetahui ada seorang wanita terbaring berlumuran darah oleh beberapa penghuni kuarters berkenaan. 

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh diri, katanya. 

Punca wanita berkenaan berbuat demikian sedang disiasat. BERNAMA

SINGA, BETUL KE ADA?

Dipetik daripada NTSEPTICS BLOG


Pernah ke terfikir kita nak ubah sejarah? Mungkin ramai yang di antara kita berfikiran andai sejarah lampau kita dapat diubah, mungkin ianya akan dapat menjadikan diri kita lebih baik berbanding sekarang. Andai dapat diubah sejarah, maka sejarah hitam yang membelenggu kita ini yang akan kita ubahkan dahulu.
Pertama yang bermain di benak aku adalah benarkah sejarah Singapura sewaktu kedatangan Parameswara dahulu? Benarkah sewaktu kedatangan Baginda ke Temasik dahulu, Baginda benar-benar terserempak dengan seekor singa yang berpura-pura mati? Andai benar dari manakah datangnya singa tersebut ke kawasan Kepulauan Melayu ini?

Persoalan ini bermula apabila aku mengkaji semula geografi kawasan Kepulauan Melayu ini. Andai dinilai semula sistem rantaian makanan, haiwan darat yanag berada di rantaian teratas sekali adalah harimau belang. Sehinggakan harimau yang mendiami kawasan sebelah sini dikenali dengan nama seperti Harimau Malaya dan Harimau Sumatra. Selain itu terdapat kucing-kucing besar yang lain seperti Harimau Kumbang, Kucing Hutan, Harimau Akar dan lain-lain lagi.

Dikaji dari corak pemburuan pula, kawasan Kepulauan Melayu ini lebih memenangkan / memberi peluang survival yang tinggi kepada harimau. Corak mukabumi yang dilitupi hutan tebal lebih memudahkan harimau menghendap (camourflage) ketika memburu mangsa.

Corak pemburuan singa pula lebih kepada hendap, kejar dan tangkap (hide, chase and catch) pula amat tidak bersesuaian keadaan mukabumi di sini. Dari segi geografi pula, populasi singa banyak terdapat di kawasan tanah gersang seperti padang rumput Sahara di Afrika serta beberapa bahagian di India.

Singa di kawasan seperti disebutkan di atas merupakan penghuni teratas rantaian makanan di kawasan tersebut. Cuba kita bayangkan jika terdapat dua penghuni rantaian makanan teratas berada di satu-satu kawasan yang sama, bagaimana keadaannya? Tentu haru biru jadinya. Dan apakah cuaca di kawasan Kepulauan Melayu ini sesuai untuk singa menghabitatkan diri mereka?


Persoalan lain, adakah terdapat bukti saheh yang disokong oleh kajian ilmiah bahawa terdapatnya singa pada masa 600 tahun dahulu di Singapura? Sekiranya ada sila tunjukan bukti dimana kawasan spesis singa tersebut bertumpu, bagaiman asal datang spesis singa tersebut dan bagaimana singa-singa tersebut boleh mengalami kepupusan. Ini perlu dibuat kerana sekiranya spesis singa pernah wujud di kawasan ini, pasti telah terjadi suatu malapetaka yang mengakibatkan kepupusan spesis tersebut. Ini amat merugikan, seperti yang berlaku terhadap kepupusan Harimau Tazmania di Australia suatu waktu dahulu.


Hendaknya selepas ini kita tidak lagi menjadi Pak Turut sahaja tanpa mengkaji kebenaran sesuatu sejarah itu.


Andai kata kajian telah dibuat dan ternyata tiada bukti kukuh wujudnya singa di Singapura khususnya dan Kawasan Kepulauan Melayu pada 600 tahun dahulu, Singapura perlu mengkaji semula bagaimana timbulnya nama Singa pada Singapura. Dan sama-samalah kita fikirkan nama apa yang akan di gunakan mereka kelak?

Tahniah kepada BN DURJANA!!!!



salam,SJ ucapkan tahniah kepada Bn DURJANA kerana akibat fitnah dan propaganda melampau Pakatan Rakyat telah memenangi PRK N Permatang Pasir!!hahaha tindakan mereka yang menebarkan fitnah di media Syaitan TV3 telah membuahkan hasil menyebabkan rakyat semakin benci dengan tindak tanduk BN DURJANA.Ketahuilah wahai pemimpin UMNO rakyat sudah muak dengan korang semua!!lebiha baik bersara sahaja dari medan politik sebelum tumbang lagi pada PRK2 yang akan datang.

Ust Salleh Man telah membuktikan yang rakyat mahukan beliau sebagai Adun kerana rakyat yakin bahawa Adun Pakatan Rakyat akan melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan berdedikasi.Diharapkan Ust Salleh akan meneruskan perjuangan Allahyarham Dato' Hamdan diats kemenangan dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada beliau.Tahniah juga diucapkan kepada para petugas yang memastikan kempen2 yang dibuat oleh BN DURJANA tidak mendapat sambutan malah mendapat cercaan umum.Wahai katak yang telah melompat,tindakan hang tu tidak memberikan langsung terhadap PRK di Permatang Pasir..hang berambus lagi bagus buat malu DSAI sahaja.Hang ingat hang berambus DSAI akan malu,tidak hang berambus lagi DSAI suka.DSAI tidak pernah memahukan calon yang tamakkan duit dan tidak berakhlak macam hang.Keberambusan hang amat disukai....

Alhamdulillah, allah telah membantu disaat Pakatan Rakyat diserang dari segenap sudut,Kita semua harus yakin yang janji allah itu pasti,bila kita menegakkan agama allah nescaya allah akan membantu kita.Bantuan allah itu telah tiba dan akan terus berpanjangan jika kita tetap berprinsip dan perjuangan untuk menegakkan agamanya di buat secara istiqomah.

Dibawah ada sedikit gambar penyokong Pakatan Rakyat meraikan kemenangan...

sekian dari SJ...

Salam Perjuangan buat semua..Kekalkan Kemenangan Rakyat!!!

Hidup Rakyat!!!

Melangkaui Batasan Minda

PESTA PEMIMPIN UMNO MENGHINA ISLAM!!!!

SELEPAS SHAHRIZAT JALIL KINI TIBA GILIRAN RAIS YATIM PULA MENGHINA ISLAM!!

PERMATANG PAUH, 24 Ogos: PAS melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Rais Yatim yang disifatkan menghina Islam. 

Iklan 

Media melaporkan kenyataan Rais yang mengulas cadangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu menyaman TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian berkaitan isu ahli Umno tidak akan masuk syurga dan Islam Palastin. 

Dalam kenyataannya, media melaporkan Rais menyebut Nik Aziz boleh mengemukakan sebanyak mana pun saman yang dia nak, "mungkin lebih panjang dari serbannya." 

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menjelaskan, apa yang Nik Aziz kata adalah Islam Umno Islam plastik bukannya Palestin. 

"Bagi kita ini adalah kenyataan yang menghina peribadi Tuan Guru Nik Aziz dan menghina Islam. Bagi kita serban adalah satu pakaian yang mulia di sisi Islam yang tak sepatutya di hina. 

(Keratan laporan media) 

"Sekiranya kenyataan itu betul, maka kita minta Rais meminta maaf kepada Tok Guru dan tarik balik kenyataan itu," kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin yang juga peguam Nik Aziz. 

Selain itu beliau meminta pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan terhadap Rais berkaitan kenyataannya. 

"Perbuatan menghina serban yang juga pakaian Rasulullah ini bukan main-main. Kita tak pakai satu hal tapi menghina pakaian Rasulullah seperti boleh merosakkan keimanan. 

"Kita berharap beliau menarik balik kentayaannya. Adalah hak Rais untuk untuk buat kenyataan, tapi buat apa kita nak kaitkan dengan serban?,"ujarnya 

Kenyataan Rais dianggap senada dengan tema serangan Tun Dr Mahathir terhadap PAS sebelum ini iaitu mengaitkan serban, janggut dan sebagainya. 

Sebelum ini, Dr Mahathir pernah mendakwa, Rasulullah tidak mencukur janggutnya kerana tidak pisau pencukur Gillet ketika itu. 

Kenyataan sebegini disifatkan sebagai satu penghinaan kepada Rasulluh menyebabkan serangan bertubi-tubi dihalakan kepada Dr Mahathir. 

Kini, Rais datang dengan kenyataan seolah-olah menghina orang yang memakai serban sebagaimana Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu.

Seruan Najib Kepada Rakyat!

Jangan lokek korbankan harta - Najib

PEKAN 23 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak umat Islam tidak lokek untuk mengorbankan harta dan wang ringgit demi pembangunan agama dan negara.
Tegas Perdana Menteri, sikap dermawan atau imfak itu merupakan 'tiang seri' kepada kekuatan umat Islam bagi meningkatkan ekonomi mereka untuk bersaing dengan bangsa lain di dunia ini-sumber Utusan Meloya

Hehe..berapa banyak agaknye fakir miskin dapat kalau bik mama korbankan yg trgantung kat leher dia…hehehe…jgn lokek…kahkahkah…nie baru rantai yang ni tak termasuk yang die dok beli berguni kat luar negara.Rosmah hang xpayah lah nak dok buat baik org dah tengok video rosmah puaka tu..wanita pertama malaysia konon..boleh blah lah..mengabihkan boraih ja bela hang ni!!!

Harussani mana pergi???kenapa jadi bisu!!!!!

SJ hari ini baca surat khabar metro tentang kartika yang setuju dengan hukuman sebat yang dikenakan diatas kesalahan meminum arak.Tetapi ada pula tiba-tiba entah Ustazah dok belajar dekat mana pun tidak tau.Ustazah yang bernama shahrizat jalil ni yang pakai tudung ala2 artis tu mengatakan hukuman ini adalah tidak wajar dan tidak spatutnya dijalankan..Apa pula kenyataan Harussani ada tidak???Kenapa tidak menjatuhkan hukum sebagaimana yang Dato' jatuhkan pada Tuan Guru Nik Aziz.Bukankah Dato' jatuhkan hukum ikut suratkhabar..ini sekarang si ustazah jahanam dah keluar kenyataan apa lagi yang Dato' tunggu untuk keluarkan fatwa..ke Dato' tunggu Pak Mufti lagi besar dari Monggolia??Dato' sebagai Mufti sepatutnya menjalankan tanggungjawab dan amanah secara integriti dan berlandaskan hukum syara'.

Kembalilah ke jalan yang diredhoi allah..ingatlah hukum hakam agama tidak boleh difatwakan begitu sahaja tanpa rujukan terlebih dahulu secara penelitian yang wajar.Janganlah Dato' menjatuhkan martabat seorang mufti hanya kerana duniawi.Ingatlah bahawa dunia ini hanya sementara akhirat jua yang kekal selamanya.Jika Dato' benar2 seorang mufti yang jujur dalam menjalankan tugas mufti sila keluarkan kenyataan tentang apa yang dipersendakan oleh shahrizat mengenai hukum syara'!!!Jangan pandang enteng terhadap kenyataan shahrizat itu!!Kenyataannya boleh memalukan islam kerana seorang islam yang tidak berpengetahuan tentang hukum hakam boleh mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.Tidak sepatutnya shahrizat ni keluarkan kenyataan sedemikian ini boleh menyebabkan orang hilang hormat terhadap Institusi Mufti kerana kini kenyataan hukum agama boleh dikeluarkan oleh sesiapa sahaja mengikut hukum kepala hotak sendiri!!.

Jika Dato' Mufti tidak bertegas terhadap kenyataan ini bermaksud apa2 kenyataan yang Dato' kata mengenai Tuan Guru Nik Aziz adalah tidak boleh terpakai sama sekali kerana tidak adil dalam meletakkan hukum.Seorang Mufti harus adil dan tidak berbelah bahagi ketika mengeluarkan hukum jangan persendakan martabat seorang mufti.

Jika hari ini Dato' Mufti tidak melakukan tugas dengan baik dan amanah tidak mustahil suatu hari nanti Institusi Mufti tidak lagi akan dihormati dan hukum hakam tidak lagi dirujuk kepada mufti cukup sekadar merujuk kepada shahrizat dan mashitah,ketika itu tidak guna Dato' menyesal kerana semuanya sudah terlambat." Berkatalah Benar Walaupun Pahit"

Dato' harus mengenang kembali sejarah Ulama' Islam yang sanggup dipenjarakan demi menegakkan hukum allah sepertimana yang dilakukan oleh ibnu Taimiyyah yang sanggup dipenjarakan kerana mempertahankan agama islanm dengan tegas dan tidak memilih bulu dalam meletakkan hukum.Ingat juga bagaimana Syed Qutub juga dipenjara.Jangan persendakan perjuangan yang telah dilakukan oleh Ulama'-Ulama' terulung ini.Lihatlah dato' berada dimana sekarang berbanding dengan Ulama' ini.????tepuk dada tanya Iman....

"Menegakkan Islam dan Mempertahankannya Menjadi Tanggungjawab setiap Muslim"!!

MAHFUZ Sila Saman!!!!!

SJ minta Dato' Mahfuz sila saman blogger ini jika artikel yang ditulis adalah tidak benar dan fitnah!!!saman!!!

diambil dari blog pencacai UMNO

MAHFUZ OMAR : BERCAKAP PASAL INTERGRITI,ANAK SENDIRI KENA JEL


Penjara Alor Star

Seperti yang dijanjikan,hari ini saya akan beritahu kenapa Mahfuz terlalu kerap melawat penjara.

Segelintir orang-orang PAS di Kedah gelak besar,bila melihat Mahfuz bercakap pasal intregriti . Mereka berkata anak beliau sendiri yang beliau bela daripada kecil pun beliau gagal didik,lagi beliau nak bercakap pasal intergriti. "Hei rbf, hang pi habaq kat mahfuz dia dah lama takdak intergriti,orang aloq setaq dah lama benci kat dia" - itulah luahan kata mat cak terhadap saya dalam perbualan telefon dua hari lepas.

Banyak lagi cerita yang saya sempat korek pasal si donkey ini. Nanti saya saya dedahkan kemudian. Termasuk usaha halus beliau menyingkirkan MB Kedah sekarang dan beliau mahu menjadi MB Kedah selepas PRU akan datang.

Cerita ini tidak ramai orang tahu,hanya segelintir orang-orang PAS di Kedah dan Pemimpin PAS sahaja yang tahu.

Hari ini barulah kita semua tahu, selama ini Mahfuz dan geng-geng dia sering melaungkan hanya mereka sahaja yang cantik,lawa dan segalanya. Rupa-rupanya itu semua hanya luaran ,tapi buntot penuh dengan tahi kering yang sudah pun berulat.

Bapak berdegar-degar bercakap pasal Islam,intergriti dan sebagainya. Tetapi anak sendiri dipenjara kerana dadah. Bukan setakat menghisap sahaja,malahan mengedar juga.

Untuk makluman pembaca sekalian,anak beliau ada dipenjara , di Penjara Alor Star,kerana kesalahan menghisap dan mengedar dadah.

Amat malang bagi PAS kerana mempunyai seorang Naib Presiden yang gagal mendidik anak sendiri. Bagaimana nak pimpin orang lain jika anak sendiri pun tidak boleh pimpin. Malu lah....

Dua hari lepas apabila seorang wartawan bertanya kepada Mahfuz,kenapa beliau kerapa ke Penjara,lalu dijawab olehnya "penjara tersebut berada dalam kawasan saya,sudah tentu saya harus melawat". Jawapan nak tutup malu...

Update: Kepada sesiapa yang teringin nak bertanya Mahfuz sendiri tentang anaknya sila hubungi atau sms beliau di nombor ini 019- 4422 685. Ada beberapa rakan yang telah sms kepada beliau hari ini,tetapi beliau mengelak untuk menjawab.
Posted by ruang bicara faisal at 9:43 AM

Kenyataan DSAI berhubung Katak Lunas!!!

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno cuba menggunakan ADUN Lunas Mohd Radzhi Salleh - yang keluar PKR hari ini - untuk menarik beberapa ADUN PKR yang lain, menyeberang menyertai Umno.

"Percubaan Umno ialah buat tuduhan kepada ADUN Lunas, dan kemudian menggunakan beliau untuk mempengaruhi yang lain. Kita ada rekod, beberapa ADUN, dua tiga bulan lalu, mereka mengadu kepada saya, mereka cuba dipujuk oleh ADUN Lunas supaya berpindah kepada Umno dengan bayaran yang tinggi," katanya.

Anwar berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas selesai memberi tazkirah di satu majlis berbuka puasa bersama penduduk di Surau Said, Jalan Kampung Paya malam ini.

Menurut Anwar yang juga ketua pembangkang, Mohd Radzhi juga mempunyai beberapa masalah antaranya masalah displin, masalah kewangan dan hal-hal peribadi sehingga menerima teguran daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa bulan lalu, membangkitkan perkara ini untuk disiasat. Saya tidak tahu dalam keadaan sekarang, SPRM kata tak ada kes setelah beliau keluar parti.

"Ini digunakan untuk beliau terus berunding. Kita ada maklumat beberapa bulan lalu, beliau mengadakan rundingan dengan Mahadzir Khalid (bekas menteri besar Kedah). Maka sebab itu saya bangkit di Parlimen tentang usaha untuk membeli wakil-wakil rakyat dan tidak dijawab oleh menteri," katanya.

Sehubungan itu, kata Anwar, majlis pimpinan negeri telah mengambil pendirian tegas dengan memberi amaran keras kepada Mohd Radzhi pada bulan lalu.

"Minggu lalu, majlis pimpinan negeri menggantung cabang Padang Serai termasuk ADUN Lunas kerana kes-kes yang berkaitan. Ini latar belakangnya.

"Sebab itu, YB Ahmad Kassim (pengerusi majlis pimpinan negeri) berkata sebaik-sebaiknya beliau meletakkan jawatan," kata Anwar.

Pagi tadi, Mohd Radzhi Salleh mengumumkan keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Bagaimanapun Anwar berkata menteri besar Kedah akan menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah esok untuk memaklumkan permintaan PKR supaya ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan exco.

Diminta mengulas pandangan bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mahukan Radzhi meletakkan jawatan sebagai ADUN Lunas, Anwar berkata:

"Ya, itu yang kita minta sebab kes dia ini berlainan. Kes dia melibatkan kes displin, kes SPRM dan kes peribadi. Ini masalah yang berkait dengannya, kalau begitu rumit, bagaimana nak jadi wakil," kata Anwar.

"HANG DAH SENGKEK RUPANYA PATUTLAH JADI KATAK"!!!

Makan Duit Haram di bulan Ramadhan!!!!!




Salam,SJ begitu marah mendengar berita petang tadi..berita tentang Adun Lunas yang umum keluar Parti dengan alasan tidak percaya dengan pucuk pimpinan PKR..Jika dilihat alasan yang diberikan sama sepertimana katak-katak sebelum ini.Daripada engkau isyhtihar engkau bebas lebih baik engkau umum masuk BN Durjana je lagi bagus.Bebas tapi menyatakan sokongan pada Najib mangkok tu apa cerita...bagi sokongan tu samalah macam engkau jadi Adun BN!!Engkau lah pengkhianat bangsa dan agama!!engkau menyetujui apa yang Bn buat!!engkau tunggu balasan engkau. Ini bulan Ramadhan balsan pada bulan ini sekejap sahaja turun.

SJ tidak menuduh Adun ini menerima rasuah kerana ini bulan Ramadhan tidak boleh menuduh orang sebarangan tanpa bukti yang kukuh!!Tapi ingatlah jika engkau makan duit haram pada bulan puasa ini hidup hang akan merana tidak lama lagi..duit haram tetap haram wahai Mohd Radzhi Salleh..hang ingat amanah yang telah hang khianat ini akan ditanya oleh allah pada hari akhirat kelak!!!

Amanah yang hang khianat pada bulan ramadhan yang suci ini akan dikenang oleh pengundi di tempat hang bahawa hang telah mengkhianati mandat yang telah diberikan kepada hang pada PRU yang lalu.Pengkhianatan ini akan senantiasa berada dalam minda mereka..hanglah pengkhianat yang berada di dalam PKR..Baguslah hang telah keluar semoga banyak lagi si Pengkhianat seperti hang akan keluar dari Parti PKR ini.Kami PKR tidak memerlukan orang pengkhianat seperti hang.Hang telah mengkhianati perjuangan suci ini..Tunggulah balasan pada orang yang khianat macam hang akan datang bila-bila masa sahaja dari sekarang!!!

Semoga keluarnya hang dari perjuanagan ini dapat membersihkan PKR dari orang-orang pengkhianat seperti hang!!!!!

Hanglah wahai Mohd Radzhi Salleh adalah pencacai baru BN DURJANA

apa sahaja kerjanya????

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, membenarkan bekas isteri Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah, menuntut haknya termasuk nafkah mutaah RM5 juta serta edah RM60,000.

Hakim Syarie, Abdul Shukor Abd Hamid dalam keputusannya membenarkan Fauziah Haron, 53, (plaintif) meneruskan permohonan untuk menutut mutaah, edah, nafkah tertunggak dan harta sepencarian hasil perkahwinannya dengan Kadar Shah, 62.

Fauziah yang diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman hadir di mahkamah, manakala Kadar Shah yang diwakili peguam syarie Sulaiman Abdullah, tidak hadir atas alasan berada di luar negara.

Terdahulu, Abdul Shukor dalam keputusannya menolak bantahan Kadar Shah terhadap permohonan itu yang mendakwa mahkamah berkenaan tidak mempunyai bidang kuasa serta Fauziah tidak mempunyai ‘locus standi’ dalam isu terbabit.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu mengikut Seksyen 46 Akta Pentadbiran Islam 1993 kerana perkara yang membabitkan hal ehwal orang Islam hanya boleh diputuskan di situ.

“Plaintif juga boleh membawa kes ini di sini kerana tinggal di Kuala Lumpur. Bagi isu locus standi, plaintif mempunyai hak untuk dapatkan keadilan dan membawa kesnya.

“Mahkamah dapati ada locus standi kerana selepas 27 tahun perkahwinan, kedua-dua pihak dengan suci hati terima bahawa antara mereka wujud ikatan yang sah walaupun didapati ‘fasid’ oleh mahkamah rendah,” katanya.

Sementara itu Sulaiman memohon semua prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah digantung sehingga selesai rayuan keputusan bantahan itu.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan itu dan menetapkan 5 November ini untuk perbicaraan.

Kadar Shah yang juga Ketua Umno cawangan Bandar Muar dan Fauziah mendakwa berkahwin pada 20 Januari 1980 di Jakarta Timur, Indonesia, dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Kamar Ainiah ketika ditemui di luar mahkamah berkata, perkahwinan anak guamnya tidak dapat didaftarkan berikutan ketiadaan saksi dan dokumen dapat dikemukakan di mahkamah kerana ia sudah lama.

“Plaintif mahu mengemukakan permohonan fasakh terhadap defendan, tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana perkahwinan mereka perlu didaftarkan terlebih dulu. Bagaimanapun, kedua-dua pihak mengaku wujud perkahwinan itu.

“Anak guam saya membuat tuntutan mutaah, edah, wang yang diserahkan kepada defendan sebanyak RM1.8 juta serta nafkah tertunggak dari November 2002 hingga November 2007 berjumlah RM600,000,” katanya.

Plaintif juga menuntut hutang defendan RM250,000 dengannya iaitu bayaran kereta yang bekas suaminya berjanji mahu selesaikan serta unit saham bernilai RM1.5 juta.

Fauziah juga menuntut harta sepencarian mereka termasuk kondominium di Genting Highlands, rumah di Bukit Jelutong, apartmen di Hawaii dan Los Angeles, Amerika Syarikat selain sebuah Mercedes Benz, Porsche dan Ferrari.

Kenyataan Majlis Peguam Malaysia!!!!

Ketika majlis umumkan calon Bn PRK Permatang Pasir 2009, ramai pemimpin Umno Pulau Pinang tidak hadir. Kehadiran semuanya kira - kira hanya 150 orang juga menjadi persoalan adakah benar calon Bn mendapat sokongan semua pihak dalam Bn ?

Namun di media dengan bangganya pemimpin kanan Bn khususnya Umno cuba menghuarkan betapa Bn berani mengenengahkan calon muda yang profesional. Peguam bekas pelajar UIA menjadi 'tagline' Bn untuk meraih undi muda.

Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Sehari selepas pengumuman calon mula tersebar khabar rupanya calon Bn ini telah digantung lesen amalan guamanya kerana terlibat dengan penyelewengan wang sebuah persatuan perkebun kecil.

Serentak dengan itu puak - puak Bn yang sendiri terkejut dengan berita itu dipaksa menelan hujah bahawa calon Bn itu terpaksa bekorban demi menyelamatkan rakan kongsinya. Maka itulah hujah Umno. Dibawah petikan jawapan Ketua Penerangan Umno.

Rohaizat tak salah tapi berkorban - Ahmad Maslan - August 19, 2009
Isu penggantungan lesen guaman
calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman yang menjadi bahan kempen PAS untuk
memburukkan peribadi calon itu, memberikan ruang kepada penjelasan yang
membuktikan betapa Rohaizat bertanggungjawab terhadap firma guaman dan rakan
kongsinya. Selain isu berkenaan tidak membabitkan sebarang unsur jenayah, tiada
laporan polis terhadap Rohaizat yang membabitkan beliau dengan salah laku atau
penyelewengan. Menjelaskan perkara itu, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan
berkata, penggantungan Rohaizat berpunca daripada firma guaman Saif Ariff T
Jayaraj & Rohaizat yang mana Rohaizat adalah salah seorang rakan kongsi
terbabit dengan urusan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri
Pulau Pinang (KPGNPP). Bagaimanapun semua urusan firman itu dengan KPGNPP dibuat
oleh salah seorang rakan kongsi Rohaizat dan calon BN itu tidak terlibat mahu
pun tahu menahu dengan uruan berkenaan.
Ketika Majlis Peguam memanggil
Rohaizat, dia tidak boleh datang membela diri kerana cuti sakit.

di bawah ini pula petikan kenyataan rasmi Majlis Peguam mengenai perkara ini apabila Majlis Peguam dituduh seolah salah dan tidak profesional kerana ambil tindakan terhadap orang yang tidak bersalah.

Merujuk kepada pertanyaan-pertanyaan dari pihak media, kami ingin menjelaskan
status Rohaizat Othman sebagai peguambela dan peguamcara.

Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara menyingkir Rohaizat Othman dari Senarai Peguambela dan Peguamcara pada 7 March 2008 selepas beliau didapati bersalah kerana penyelewengan.

Keputusan Lembaga Disiplin dibuat selepas penyiasatan terhadap aduan yang dibuat terhadap Rohaizat Othman oleh seorang pembeli. Menurut aduan tersebut, Rohaizat Othman telah gagal memulangkan hampir RM 161,000.00kepada
pengadu selepas urusan jual beli dibatalkan.Rohaizat Othman merayu terhadap keputusan Lembaga Disiplin ke mahkamah Tinggi, dan rayuan tersebut ditolak pada
12 Ogos 2009. Oleh itu, beliau secara undang-undang, tidak layak untuk
mengamalkan undang-undang sebagai peguambela dan peguamcara.

Keputusan Lembaga Disiplin terhadap Rohaizat Othman adalah secara peribadi, dan Lembaga Disiplin tidak akan menghukum seseorang peguam itu atas kesalahan rakan kongsinya.

George Varughese
SecretaryMalaysian Bar

Terdesaknya Untuk Menang!!!!

Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.




Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

"Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bersama "wang" berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi "tolong undi calon BN".

"Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan," katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar berharap pihak terlibat menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia akan mengelirukan pengundi di situ.

"Saya tidak tuduh sesiapa, tetapi pihak yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan, tolong hentikan peekara ini," katanya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir melibatkan calon BN Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man.

Kerusi itu kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.
BERNAMA.



SJ Tidak menuduh sesiapa akan tetapi barangsiapa yang buat benda ini tujuan untuk provokasi dan menuduh pembangkang yang buat sila hentikan dengan segera jangan cuba berulang kali membuat strategi keji macam ini!!!Buruk akhlak.

Koleksi Ucapan Hinaan Islam oleh Pemimpin UMNO BN DURJANA!!!!!

(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan
rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). ” Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

Dato’ Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

KEMPEN di PRK Permatang Pasir!!!

mohon kwn2 yg berkempen di permatang pasir utk menyebarkan kpd pegundi supaya mereka sedar keburukan dan penyiksaan hidup dibawah kerajaan barisan nasional.

http://barangnaik.wordpress.com/

Rekod kenaikan harga barang selepas PRU12 sehingga menjelang PRU13 dibawah pemerintahan kerajaan BarangNaik.

Harga naik: Warga kota tertekan
KUALA LUMPUR 11 Mei 08- Penduduk Lembah Klang adalah antara golongan yang paling tertekan dengan kenaikan harga beras sebanyak 14 hingga 40 peratus sejak beberapa bulan lalu yang dianggap tidak adil dan tidak munasabah.

Mereka merintih kerana perbelanjaan keluarga kian bertambah dan pendapatan masing-masing terjejas ekoran kenaikan harga bahan makanan ruji tersebut.

Terkejut harga beras naik.

MIRI 19 Mei - 08 Penduduk di utara Sarawak khususnya di bandar-bandar utama, terkejut dengan kenaikan mendadak harga beras import sejak beberapa hari lalu.

Pelbagai beras import khususnya, di bandar raya Miri dan bandar Bintulu dilaporkan naik antara 15 hingga 25 peratus atau naik sebanyak RM5 hingga RM8 bagi sekampit 5 kilogram (kg).

Belanja RM12 sehari untuk makan
JOHOR BAHRU 11 Jun 08- Kenaikan harga minyak ternyata memberi kesan besar kepada kehidupan masyarakat dengan seorang individu dianggarkan perlu berbelanja kira-kira RM12 sehari untuk menampung kos sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Untuk sarapan pagi, sekurang-kurangnya RM3.50 dibelanjakan untuk sebungkus nasi lemak (RM1.50), teh tarik (RM1) dan roti canai (RM1).

Sementara itu, bagi makan tengah hari, mereka yang gemar makan nasi ayam perlu membayar kos sebanyak RM4 sepinggan atau RM8 untuk sepinggan nasi beriani daging.

Pada waktu malam bagi yang gemar makan burger, kos yang perlu dibelanjakan adalah RM3 untuk burger ayam.

Semua harga ini adalah hasil tinjauan Utusan Malaysia di kalangan pengguna dan di beberapa kedai makan ekoran kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini.

Peniaga mungkin naikkan harga nasi

JOHOR BAHRU 16 April - Beberapa pengusaha kedai makan tidak menolak kemungkinan menaikkan harga sepinggan nasi jika keadaan semakin meruncing berikutan kenaikan harga beras sekarang.

Pada masa ini sepinggan nasi kosong dijual pada harga RM1 dan kemungkinan para peniaga terpaksa menaikkannya kepada RM1.10 atau RM1.20.

Kenaikan harga tersebut dijangka terpaksa dilakukan jika pihak berkuasa tidak memantau kenaikan harga beras antara 10 hingga 20 peratus sejak Ahad lalu.

Sekampit lima kilogram meningkat RM16

PULAU PINANG 3 Mei 08- Kemelut harga beras mula dirasai oleh penduduk negeri ini apabila harga jualannya meningkat sehingga 21 peratus daripada RM12.50 untuk lima kilogram kepada RM16.

Tinjauan Mingguan Malaysia di sini mendapati, kenaikan itu kebanyakannya melibatkan beras super tempatan walaupun kerajaan cuba mengawal harga bahan tersebut.

Harga gula naik bulan depan?

BUKIT MERTAJAM 20 Jan. 09– Pengumuman kenaikan harga gula awal bulan depan dijangka tidak membebankan pengguna kerana ia dilakukan secara berperingkat.

“Kita belum putuskan sama ada kekal atau naikkan harga. Sama ada naik harga dengan peratus yang kecil atau besar, ia akan dilakukan berperingkat-peringkat,’’ kata Datuk Shahrir Abdul Samad.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu, harga pasaran gula pada masa ini ialah RM1.45 sekilogram.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengkaji kemungkinan menaikkan harga selaras dengan pembaharuan kontrak pengimportan gula yang menyaksikan negara pembekal menaikkan harganya.

Menurut beliau, keputusan mengenai perkara tersebut akan dimuktamadkan selewat-lewatnya selepas perayaan Tahun Baru Cina ini.

Harga gula naik selepas Tahun Baru Cina?

JOHOR BAHRU 26 Jan. 09 - Kerajaan masih belum memutuskan kadar harga baru gula yang mungkin dinaikkan selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, proses mengumpul dan menganalisis maklumat mengenai harga gula sedang berjalan sebelum keputusan dibuat.

"Semuanya dalam pertimbangan, masih lagi dalam proses ambil dan kumpul maklumat. Belum buat keputusan lagi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman ke majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru di sini hari ini.

Harga ayam naik

KUALA LUMPUR 7 April 09 - Harga ayam hidup naik daripada RM3.30 sekilogram kepada RM3.70 sekilogram, harga borong ayam hidup naik daripada RM4 sekilogram kepada RM4.40 sekilogram.

Harga runcit ayam hidup naik daripada RM4.70 sekilogram kepada RM5.10 sekilogram.

Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata harga borong ayam bersih naik kepada RM5.20 daripada RM4.70 sekilogram. Harga runcit ayam bersih (standard) dengan kaki, kepala, hati dan hempedal naik kepada RM6 sekilogram daripada RM5.55 sekilogram.

Harga runcit ayam bersih (super) tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal berharga RM6.70 sekilogram.

Menurut kenyataan itu harga runcit ayam bersih dengan sijil Tanda Kesihatan Veterinar (VHM) Super tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal berharga RM7.40 sekilogram.

Harga terbaru ayam ini berasaskan pada faktor permintaan dan bekalan semasa. - BERNAMA

Harga ayam naik 60 sen

KUALA LUMPUR 28 April 09- Harga ayam daging di seluruh negara mencatat kenaikan antara 40 sen hingga 60 sen sekilogram berasaskan faktor permintaan dan bekalan semasa, menurut Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia hari ini.

Harga ladang ayam hidup naik 40 sen daripada RM3.40 sekilogram (sekilo) kepada RM3.80 sekilo manakala harga pemborong ayam hidup adalah RM4.50 sekilo berbanding RM4.10 sebelum ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harga pemborong ayam siang kini RM5.30 sekilo berbanding sebelumnya sebanyak RM4.85 sekilo manakala harga runcit ayam hidup pula sebanyak RM5.20 sekilo, berbanding RM4.80 sebelumnya.

Harga runcit ayam siang berserta kaki, kepala, hati dan hempedal turut naik kepada RM6.15 sekilo berbanding RM5.65 sekilo manakala harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal adalah RM6.90 sekilo daripada RM6.30 sekilo.

Harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal pula, mencatatkan kenaikan RM7.60 sekilo daripada RM7 sekilo.

Faktor kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan berdasarkan faktor cuaca panas ketika ini yang turut menjejaskan pembiakan ayam. - BERNAMA

Harga telur naik mendadak - Semua gred lebih mahal sehingga 23 peratus
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR 11 jun 08- Selepas orang ramai dibelenggu dengan kenaikan harga ayam dan daging, kini pengguna semakin terhimpit apabila harga telur ayam pula naik mendadak sehingga mencecah 23 peratus semalam.

Kenaikan itu dikatakan antara yang tertinggi sejak pengumuman kenaikan harga minyak minggu lalu.

Tinjauan Kosmo! sekitar ibu negara semalam mendapati, harga bagi 10 biji telur ayam gred A kini telah mencecah RM3.30 berbanding hanya RM2.70 sebelum ini.

Bagi telur gred B (10 biji) pula, peniaga terpaksa menjual pada harga RM3.10 berbanding RM2.60 sebelum ini dan bagi gred C pula, ia naik 50 sen menjadikan harga bagi 10 biji mencecah RM3.

Harga sayur naik melambung

ALOR STAR 29 Nov.08 - Biarpun kerajaan telah menurunkan harga petrol dan diesel sebanyak lima kali pada tahun ini, harga barang keperluan seperti sayur-sayuran di negeri ini terus meningkat berkali ganda secara mendadak.

Tinjauan mendapati harga sayur-sayuran di negeri ini seperti cili, daun bawang dan kubis didapati melambung berbanding bulan lalu.

Peniaga pula mendakwa kekurangan bekalan dan harga yang mahal dikenakan oleh pemborong menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga sayur.

Antara harga sayur yang meningkat secara mendadak ialah cili merah iaitu dari RM5 ke RM15, daun bawang (RM2.50 ke RM8), timun (80 sen ke RM2.50), salad (RM3 ke RM8), limau nipis (RM2 ke RM5), ubi kentang (RM1.80 ke RM2.50) dan cili padi (RM3 ke RM9), masing-masing bagi setiap sekilogram.

Barang keperluan dijangka naik 15 Jun

JOHOR BAHRU 7 Jun 08- Kebanyakan barang keperluan dijangka naik menjelang pertengahan bulan ini ekoran kenaikan harga petrol dan diesel hampir 40 peratus.

Tinjauan Mingguan Malaysia di Pasar Awam Larkin, di sini mendapati harga barang keperluan tersebut masih kekal pada harga lama.

Bagaimanapun, rata-rata peniaga yang ditemui memberitahu harga barang tersebut dijangka naik ekoran kenaikan harga minyak.

Tambang Bas henti-henti, bas sekolah dan teksi naik.

Kenaikan 1.2 sen hingga RM31.70 mulai Ogos

KUALA LUMPUR: Kadar tambang lapan pengangkutan awam meningkat antara 2 sen hingga RM6.33 di Semenanjung, manakala di Sabah (2 sen hingga RM31.70) dan Sarawak (1.2 sen hingga RM2), berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Kenaikan itu diluluskan Kabinet pada 17 Jun lalu berikutan peningkatan kos operasi perkhidmatan berkenaan. Kali terakhir kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan kereta sewa dinaikkan pada Mei 2005, manakala bas sekolah pada April 2006.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, ketika mengumumkannya semalam, berkata Kabinet juga menggariskan beberapa langkah penambahbaikan industri pengangkutan awam agar seiring dengan kenaikan tambang itu.

RapidKl umum kadar tambang baru bas

PETALING JAYA: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) hari ini mengumumkan tambang baru bagi perkhidmatan bas mengikut zon yang akan berkuatkuasa mulai 1 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suffian Baharuddin, berkata RapidKL akan memperkenalkan struktur tambang mengikut zon bagi semua 165 laluan bas, sekali gus menggantikan tambang pas harian yang dilaksanakan RapidKL ketika ini.

"Kadar tambang baru itu membabitkan perubahan daripada konsep pas harian kepada tambang bagi setiap perjalanan mengikut zon yang direntasi, seperti yang diamalkan pengusaha bas henti-henti lain di Lembah Klang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Suffian berkata penumpang bas Tempatan kini membayar RM1 secara pas harian, namun untuk kadar baru, RM1 hanya untuk sekali perjalanan sahaja.

"Struktur tambang baru bagi bas Bandar pula adalah RM1 untuk sekali perjalanan berbanding RM2 bagi pas harian sebelum ini," katanya.

Katanya bagi bas Utama, penumpang akan dikenakan bayaran mengikut zon, iaitu RM1 bagi perjalanan satu zon, RM1.90 merentasi dua zon, RM2.50 merentasi tiga zon dan RM3 merentasi empat zon.

"Struktur tambang baru bagi bas Ekspres pula adalah RM3.80 untuk sekali perjalanan," katanya.

AMK Johor Buat Laporan di SPRM!!




Salam,Semalam AMK Johor bersama-sama Ketua AMK Malaysia telah membuat laporan burhubung dengan penyalahgunaan kuasa oleh Muhyiddin Bengkak!!

Berikut adalah kenyataan rasmi Ketua AMK Malaysia

AMK melihat pendedahan beberapa laman blog dan portal berita maya mengenai isu pengkhianat bangsa adalah satu perkara yang serius yg perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Ini termasuklah satu pendedahan yang dilaporkan oleh Harakahdaily pada 15 Mei 2006.


Pendedahan tersebut, melalui berita "Umno Gadai Tanah Johor Kepada Singapura" antara lain memuatkan pendedahan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali di dalam satu ceramah di Kuala Nerus Terengganu mendakwa tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura pada tahun 1980 telah dijual dengan bayaran RM350 juta oleh Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Pendedahan ini adalah sangat serius kerana melibatkan keselamatan negara di mana wujud intervensi negara luar ke dalam kedaulatan negara melalui tanah rizab melayu. Adalah sangat malang, dalam keadaan pemimpin melayu Umno ini melaung-laungkan slogan pengkhianat bangsa kepada pemimpin politik lain, rupanya pemimpin melayu inilah yang mengkhianati bangsa dengan memajak tanah kepada negara jiran. Ini juga jelas melanggar salah satu wasiat Raja-raja Melayu yg menekankan penjagaan hak hartanah rizab Melayu tanpa kompromi.


AMK mendesak agar siasatan dilakukan ke atas individu-individu berkenaan agar pendedahan ini dapat disahihkan demi kelangsungan maruah bangsa dan negara:


1. Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai individu terpenting di dalam kes ini.

2. Datuk Ibrahim Ali selaku individu yang bertanggungjawab membuat pendedahan.

3. Bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar yang bertanggungjawab memberi taklimat dan menyalur maklumat kepada Ibrahim.



AMK juga menggesa SPRM menyiasat Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menggunakan kemudahan kerajaan untuk kepentingan peribadi sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama. Dilaporkan bahawa beliau menggunakan helicopter Nuri milik TUDM untuk hadir ke majlis parti UMNO. Menurut laporan tersebut, Setiausaha Akhbar beliau tanpa berselindung memberi pengakuan bahawa ketika kejadian (pendaratan cemas) tersebut, beliau sedang dalam perjalanan untuk merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Penampang.


Pengakuan ini secara terang-terangan telah membuktikan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan. AMK mendesak SPRM menyiasat kedua-dua kes ini dengan penuh bertanggungjawab serta berintegriti.

Kerusi DUN Kota Siputeh kosong?


Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah telah menghantar kepada ibupejabatnya di Putrajaya, surat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kedudukan anggota DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif yang didakwa hilang keanggotaannya.

Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan mengenai kedudukan Abu Hassan yang hilang keanggotaan setelah beliau dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lepas.

"Perkara ini akan dikendalikan di peringkat ibu pejabat. SPR mempunyai bahagian undang-undang yang akan meneliti perkara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Dr Abdul Isa dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kerusi DUN Siputeh itu di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini, pukul 10 pagi esok.

Sebelum ini, negara sudah menyaksikan tujuh pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Manakala pilihanraya kecil kelapan di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang akan berlangsung minggu depan.

PADAN MUKA BERITA HARIAN!!!!

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad melalui akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini berkaitan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Pada sidang media di pejabat Harakah siang atdi, Mahfuz memberitahu keputusan tersebut telah membersihkan dirinya dari fitnah ekoran laporan akhbar itu.

"Saya bersyukur kes ini memihak kepada saya, namun bukan soal jumlah dan nilai wang itu, tetapi yang lebih penting bagi saya adalah nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan negatif yang terkesan dari laporan Berita harian ini," ujarnya pada sidang media tersebut.

Turut hadir sama peguam mewakilinya, Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS.

Kes itu mula didengar di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta selepas Pilihanraya umum Mac tahun lalu dan mendapat keputusannya hari ini yang dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Tuan Mohd Yazid Mustafa

Mahfuz menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan yang diwakili peguam Nad Segaram.

Image Gambar: Hanipa menunjukkan saman yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.

"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman."

"Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran sehingga menuding jari sebagai mengajak Mahfuz keluar dewan namun ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa.

Najib juga perlu bersih diri

ImageMahfuz pada siang media sama menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mengambil tindakan sama dengan mengemukakan saman kepada media yang telah mengaitkannya dengan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Sharibuu dan juga kes rasuah pembelian kapal selam.

Ianya penting bagi membersihkan imej bukan sahaja diri Najib, malah rakyat dan Negara secara keseluruhannya.

"saya kira Datuk Najib perlu mengambil tindakan undang undang khususnya terhadap media luar Negara bagi membersihkan nama baik dia dan lebih besar daripada itu adalah membersihkan nama baik rakyat dan Negara Malaysia. Sehingga hari ini saya tidak lihat Datuk Najib mengambil tindakan undang undang," tegasnya lagi.

Sebelum ini media antarabangsa antaranya akhbar perancis, Liberation muncul dengan pendedahan kaitan Najib dengan Altantuya. Bagaimanapun tiada sebarang penafian dibuat.

Isu itu juga telah menyebabkan nama Altantuya diharamkan dalam ceramah-ceramah kempen pilihanraya khususnya pada Pilihanraya Kecil Bukit Gantang.

Siar rakaman sebenar kenyataan Tok Guru

Berhubung hal sama, mahfuz pada sidang media tadi juga turut menggesa media elektronik, khususnya Radio Televisyen Malaysia dan Media Prima menyiarkan rakaman video atau audio sebenar kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu "Sokong Umno tak Masuk Syurga."

Ini kerana katanya tiada sebarang rakaman sebenar disiarkan dalam berita stesyen tersebut dan hanya sekadar menunjukkan gambar Nik Aziz dan kenyataan yang ditafsir sendiri oleh wartawan mereka.

"Saya mintak RTM ataupaun TV3 siarkan pertuturan, percakapan Tok Guru yang mengatakan ahli umno tak masuk tak masuk syurga. Kalau betul ada, kita tengok tepat ke tak, kalau tidak mereka perlu bersedia berdepan tindakan mahkamah, kecuali mereka memohon maaf secara terbuka dan diulang ulang dalam televisyen," ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini pernah memohon maaf di atas kesilapan memutar belit kenyataan Nik Aziz berhubung cadangan kerajaan perpaduan yang pada waktu itu sedang hangat diperdebatkan yang disiarkan mereka pada 15 Jun 2009.

Kenyataan Nik Aziz dipetik sebagai "nasihat saya saya mesti didengar"sedangkan kenyataan sebenar adalah "nasihat saya tidak semestinya didengar". _


NOTA: HARAP SELEPAS INI TGNA SAMAN TV3 PULAK!!

PROVOKASI MENURUT KAMUS POLIS

Provokasi : Definasi menurut Kamus Dewan : Membangkitkan Kemarahan.

Salam,Sj cukup marah dan sedih apabila ahli Parlimen Padang Serai Hero kita dikasari oleh pihak polis yang tidak bermaruah,sungguh menyayat hati melihat bagaimana seorang ahli parlimen dilakukan sebegitu rupa.Maka sekonyong-konyongnya TV3 pun membuat laporan khianat macam biasa..mereka mengeluarkan video yang telah dieedit iaitu Sdr Gobalakrishnan telah menampar pihak polis..tapi tahukah saudara apa yang dilakukan terhadap ahli Parlimen itu sebelum dia menampar polis???cukup sedih walaupun sdr Gobalakrishnan seorang india tetapi SJ amat menghormati ahli parlimen tersebut walaupun dia seorang india tetapi semangat yang ada pada hero ini tidak dapat ditandingi oleh Pemuda UMNO yang bacul dan sombong.

Pihak TV3 pun melaporkan bahawa sdr Gobalakrishnan bertindak biadap terhadap polis dan melakukan provokasi pada hari penamaan calon tersebut,adakah dengan laungan 'Undur Bn,Undur Najib' itu merupakan provokasi...nampaknya kewartawanan tv3 tiada standard langsung malah lebih teruk dan ketinggalan dari media Indonesia yang memberikan laporan yang tepat dan tulus.Apa yang dila[orkan TV3 amat menipu sama sekali dan sebenarnya TV3 yang membuat provokasi dengan menimbulkan berita seumpama ini.Tv3 yang sepatutnya bebas telah memprovokasi video tersebut!!

Dibawah ini SJ ada menyediakan link video sebenar dan sepatutnya video ini yang dikeluarkan oleh TV3

SILA KLIK DIBAWAH
GOBALA DIKASARI

Pengkhianat Bangsa Ver 1

Suatu hari, semasa Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah menalipon Stamford Holdings, sebuah syarikat Singapura , tuan punya tanah ladang kelapa seluas 4000 ekar di negeri Johor.

Muhyiddin telah mengarahkan mereka supaya memajukan 400 ekar tanah tersebut.Beliau kemudiannya meminta Stamford Holdings menyerahkan kepadanya 30% tanah yang dimajukan tersebut.Stamford Holdings bersetuju, memajukan tanah tersebut, dan Muhyiddin mendapat 30%.

Tidak beberapa lama kemudian, Muhyiddin menalipon lagi Stamford Holdings dan menyuruh mereka memajukan baki 4000 ekar tanah tersebut.Kali ini, Muhyiddin mahukan bahagian begitu besar untuknya - 70%! Stamford Holdings menolak.

Selang beberapa hari kemudian, Muhyiddin menalipon Stamford Holdings lagi dan memberitahu mereka , “ Dengar baik-baik, ada sekeping kertas ini dihadapan saya, diatas meja saya. Apa yang perlu saya lakukan ialah menandatanganinya dan Stamford Holdings akan tidak lagi menjadi tuan punya kepada 4000 ekar tanah. Sekarang, adakah kamu bersetuju atau tidak untuk memajukan tanah tersebut dan saya ambil 70%.”

Stamford Holdings sekali lagi enggan.Pada minggu berikutnya, mereka telah menerima sepucuk surat daripada kerajaan negeri Johor ditandatangani oleh Muhyiddin menyatakan bahawa kerajaan Johor telah mengambil aleh tanah tersebut.Tanah yang diambil aleh oleh kerajaan negeri Johor itu kemudiannya telah dia bahagikan –bahagikan kepada 3 kroni Muhyiddin.

Muhyiddin tidak berani mengambil tindakan mahkamah terhadap laporan Asiaweek ini. Asiaweek juga melaporkan bahawa segala perbualan talipon tersebut telah dirakamkan oleh Stamford Holdings.

Kenapa SPRM (ketika itu BPR) tidak mahu menyiasat kes tersebut?

sumber-TKO Daily

Pengkhianatan Muhyiddin di Johor!!!

Ini adalah antara JASA Muhyiddin kepada rakyat di Johor:

1. Sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura.

Kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.
Empangan yang dibina setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.

2. Kekayaan org Johor-Kakitangan Kategori C,D kerajaan Johor duduk kuarters kerajaan Gred C (Di Jln Kolam Ayer)- kereta dua buah, satu mercedes,satu alphard.

3. Muhyidin yang tukar cuti dari Jumaat kepada Ahad kononya untuk maju, maju betul maju kat perut. Ini kerana hakikatnya gelagat Kakitangan Kerajaan Johor Hari Jumaat-Lepas baca Al-Quran (9.30am) berdedai pergi makan, kalau nak cam yang bersamping tulah diorang. Pendek kata hari Jumaat ni langsung tidak produktif. Beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?.
Semasa cuti hari Jumaat ditukar kepada hari Ahad, ada cakap-cakap yang mengatakan kubur bapa Muhyiddin dikencing orang..wallahualam.

4. Isu tanah Melayu yang dirampas UMNO di Kg Plentong Tengah pada tahun 2008. Malang sungguh nasib melayu Plentong Tengah apabila mahkamah menolak rayuan lebih 200 penduduk kampung dari terus menduduki tanah yang telah diduduki semenjak lebih 20 tahun lalu.

Untuk mendapatkan tanah itu penduduk bukan saja telah ditipu peguam yang dilantik mereka sebanyak hampir setengah juta ringgit pada tahun-tahun 1989-1993 tetapi juga terpedaya sekali lagi apabila mengeluarkan lebih lapan ratus ribu kepada firma guaman milik Oakfeild Ent ( syarikat yang dikurniakan tanah tersebut).

Lebih malang lagi penduduk dipaksa menandatangani akujanji unytuk tunduk pada kehendak mahkamah walau jauh disudut hati mereka menentang keputusan tersebut.Begitu malang sekali nasib insan-insan kecil dalam negara ini.Mereka menjadi umpama durian dengan mentimun.Duit hilang harta habis dan jiwa terus menjadi sengsara tanpa terkira.

Penghakiman muktamad keputusan : SEMUA RUMAH DIROBOHKAN.
Hakim memutuskan bahawa penduduk Kg. Plentong Tengah wajib merobohkan sendiri rumah mereka pada atau sebelum 31 Dis. 2008. Angkatan Muda Keadilan Johor menasihat penduduk agar bersabar dan menerima hakikat bahawa dikalangan mereka ada Ahli UMNO menjadi penghianat bangsa sendiri.

4. Kira-kira 50 penduduk Kampung Sentosa Dalam di Sungai Tiram telah mengharungi kehidupan tanpa bekalan elektrik dan air bersih sejak 40 tahun lalu. Mereka banyak kali telah membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab tetapi tiada satu usaha pun dilakukan untuk membantu penduduk kampung itu. Aduan yang dibuat tidak pernah diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Seorang penduduk, Hussin Mohd. Lana, 55, berkata, pembangunan pesat yang dicanangkan sedikit sebanyak mengguris perasaan mereka.

"Pemimpin menguar-uarkan keselesaan rakyat perlu diutamakan, namun bagi kami ia tidak memberi sebarang makna berikutan kemudahan air bersih dan elektrik masih belum kami nikmati.

Isu Pengkhianat Politik Keji!!!



Assalamualaikum,nampaknya setiap kali diadakan pilihanraya kecil,BN DURJANA tidak akan pernah lari dari mengadakan satu jenis permainan politik kotor yang menyerang peribadi pemimpin Pakatan Rakyat.Serangan yang dibuat adalah fitnah semata-mata malahan jika kita minta mereka untuk membuktikan fitnah tersebut mereka tidak akan dapat membuktikannya.BN Durjana sudah kehabisan modal,mereka tiada isu untuk dibawa.
Isu utama yang akan dicanang nanti pastilah "Anwar Pengkhianat Bangsa".Cuba kita lihat dengan teliti pada isu ini.Dalam keadaan pihak SPRM sedang dalam krisis Kes Teoh Beng Hock Muhyiddin tiba2 memekik "anwar pengkhianat bangsa".Tanpa ada sebarang kejadian berlaku tiba-tiba si Bengkak Muhyiddin ini memekik macam pontianak.Apa yang dapat kita simpulkan atas isu ini ialah mereka cuba melarikan perhatian rakyat terhadap kes Teoh Beng Hock.Mereka kini amat ketakutan kerana mereka tidap dapat membuktikan yang teoh Beng Hock mati bunuh diri..apa ke peliknya jatuh dari bangunan tingkat 14 tetapi jasadnya masih elok,hanya terdapat beberapa luka,agaknya kalu kita campak si bengkak dari atas adakah jasadnya sepertimana yang berlaku terhadap Mendiang Teoh??Tidak mungkin,pasti bengkak kat pipi akibat menukar
hari keistimewaan orang islam dari jumaat ke ahad berkecai macam daging dicincang..



Rakyat haruslah menilai dari apa yang sedang berlaku dan jangan terpedaya dengan omongan kosong BN DURJANA yang sentiasa menjanjikan sesuatu akan tetapi tidak menunaikannya.Lihat apa yang berlaku pada PRK Manek Urai.Ke manakah perginya janji-janji si bengkak Muhyiddin??jika benar mahu membantu rakyat tidak perlu menang untuk
bina jambatan,tetapi apa yang berlaku,bila sahaja PRK Manek Urai Bn Durjana tumbang mereka tidak pun melaksanakan janji-janji manis mereka.Jika rakyat menilai dengan baik pasti mereka akan memberikan mandat kepada calon Pakatan Rakyat dari Parti Pas iaitu Ustaz Salleh Man sebagai wakil mereka di DUN Permatang Pasir.Jika kita lihat keputusan Dun Permatang Pasir yang lepas Pas menang dengan majoriti yang besar hampir enam ribu majoriti dan telah mempertahankan DUN tersebt selama 3 penggal berturut-turut.



Berdasarkan fakta ini Pakatan Rakyat amat mudah untuk menang malahan menambah bilangan majoriti,akan tetapi haruslah dilihat dengan teliti dan sentiasa menyematkan dalam diri yang BN Durjana sanggup melakukan apa sahaja demi untuk menang.Berjagalah wahai petugas yang akan bertugas di sana,sebarang kemungkinan boleh berlaku,siap sedialah menghadapi jentera BN durjana yang pelbagai muslihat jahat dalam strategi untuk mereka tawan Dun Permatang Pasir ini.



Insyaallah jika kita ikhlas dan bekerjasama dalam Pakatan Rakyat kemenangan akan berpihak kepada kita,akan tetapi janganlah kita terlalu fikir positif kerana perbuatan tersebut telah kita lihat impaknya pada PRK Manek Urai,kita hanya menang dengan majoriti yang kecil.Jadi kita haruslah bekerjakeras sebagaimana apa yang berlaku di PRK Permatang Pauh yang lalu.Sebagai ummat islam dalam kita bekerja untuk mencapai kemenangan jangan sesekali kita lupa "kita merancang,allah juga merancang,tetapi allah lah sebaik-baik perancang"maka jangan kita putus dari berdoa memohon kemenangan diberikan kepada Pakatan rakyat pada PRK yang bakal diadakan nanti di permatang Pasir


"Ya allah ya rahman ya rahim,berikanlah kemenangan kepada Pakatan rakyat dari Parti PAS
pada PRK yang akan diadakan nanti"

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List