PRK Permatang Pasir:PAS umum Calon 14 Ogos ini...
Calon PAS akan diketahui pada 14 Ogos ini dan PAS akan menang serta mempertahankan kerusi Permatang Pasir dalam pilihan kecil kelak. IklanDemikian penegasan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa melawat dan menyampaikan bantuan kepada peserta yang cedera dalam himpunan aman mansuhkan ISA pada 1 Ogos lalu.
Menurutnya, walaupun berdepan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai kekuatan tetapi beliau yakin PAS mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan mudah.
Beliau berkata, cabaran BN pastinya lebih hebat memandangkan BN ingin menebus kekalahan dengan majoriti kecil 65 undi yang menyakitkan dalam pilihan raya kecil Manik Urai bulan lalu.
Menurut Salahuddin, PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos dan penamaan calon pula pada 17 Ogos.
Kerusi Permatang Pasir kosong berikutan penyandangnya Dato' Hamdan Abdul Rahman, 60, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) 31 Julai lalu.
Dalam pilihan raya lalu, Hamdan berjaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 5,433 mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Shuib bulan lalu.
Hamdan memenangi kerusi berkenaan sejak tahun 1999. Pada 2004 beliau menang dengan majoiti 697 undi. Beliau merupakan Adun tunggal PAS dalam DUN Pulau Pinang dan menjadi Adun di situ selama tiga penggal.
Salahuddin mengingatkan semua petugas parti supaya jangan mengambil mudah cabaran Umno-BN di Permatang Pasir kerana mereka pastinya akan turun habis-habis dengan menggunakan segala kekuatan wang ringgit sebagaimana di Manik Urai.
"Petugas kita jangan lalai dan hendaklah berkerja dengan penuh semangat, jangan ambil mudah cabaran Umno kerana mereka pasti akan turun habis-habisan dengan wang ringgit untuk menang," tegasnya. -
0 comments:
Post a Comment