mohon kwn2 yg berkempen di permatang pasir utk menyebarkan kpd pegundi supaya mereka sedar keburukan dan penyiksaan hidup dibawah kerajaan barisan nasional.
http://barangnaik.wordpress.com/
Rekod kenaikan harga barang selepas PRU12 sehingga menjelang PRU13 dibawah pemerintahan kerajaan BarangNaik.
Harga naik: Warga kota tertekan
KUALA LUMPUR 11 Mei 08- Penduduk Lembah Klang adalah antara golongan yang paling tertekan dengan kenaikan harga beras sebanyak 14 hingga 40 peratus sejak beberapa bulan lalu yang dianggap tidak adil dan tidak munasabah.
Mereka merintih kerana perbelanjaan keluarga kian bertambah dan pendapatan masing-masing terjejas ekoran kenaikan harga bahan makanan ruji tersebut.
Terkejut harga beras naik.
MIRI 19 Mei - 08 Penduduk di utara Sarawak khususnya di bandar-bandar utama, terkejut dengan kenaikan mendadak harga beras import sejak beberapa hari lalu.
Pelbagai beras import khususnya, di bandar raya Miri dan bandar Bintulu dilaporkan naik antara 15 hingga 25 peratus atau naik sebanyak RM5 hingga RM8 bagi sekampit 5 kilogram (kg).
Belanja RM12 sehari untuk makan
JOHOR BAHRU 11 Jun 08- Kenaikan harga minyak ternyata memberi kesan besar kepada kehidupan masyarakat dengan seorang individu dianggarkan perlu berbelanja kira-kira RM12 sehari untuk menampung kos sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Untuk sarapan pagi, sekurang-kurangnya RM3.50 dibelanjakan untuk sebungkus nasi lemak (RM1.50), teh tarik (RM1) dan roti canai (RM1).
Sementara itu, bagi makan tengah hari, mereka yang gemar makan nasi ayam perlu membayar kos sebanyak RM4 sepinggan atau RM8 untuk sepinggan nasi beriani daging.
Pada waktu malam bagi yang gemar makan burger, kos yang perlu dibelanjakan adalah RM3 untuk burger ayam.
Semua harga ini adalah hasil tinjauan Utusan Malaysia di kalangan pengguna dan di beberapa kedai makan ekoran kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini.
Peniaga mungkin naikkan harga nasi
JOHOR BAHRU 16 April - Beberapa pengusaha kedai makan tidak menolak kemungkinan menaikkan harga sepinggan nasi jika keadaan semakin meruncing berikutan kenaikan harga beras sekarang.
Pada masa ini sepinggan nasi kosong dijual pada harga RM1 dan kemungkinan para peniaga terpaksa menaikkannya kepada RM1.10 atau RM1.20.
Kenaikan harga tersebut dijangka terpaksa dilakukan jika pihak berkuasa tidak memantau kenaikan harga beras antara 10 hingga 20 peratus sejak Ahad lalu.
Sekampit lima kilogram meningkat RM16
PULAU PINANG 3 Mei 08- Kemelut harga beras mula dirasai oleh penduduk negeri ini apabila harga jualannya meningkat sehingga 21 peratus daripada RM12.50 untuk lima kilogram kepada RM16.
Tinjauan Mingguan Malaysia di sini mendapati, kenaikan itu kebanyakannya melibatkan beras super tempatan walaupun kerajaan cuba mengawal harga bahan tersebut.
Harga gula naik bulan depan?
BUKIT MERTAJAM 20 Jan. 09– Pengumuman kenaikan harga gula awal bulan depan dijangka tidak membebankan pengguna kerana ia dilakukan secara berperingkat.
“Kita belum putuskan sama ada kekal atau naikkan harga. Sama ada naik harga dengan peratus yang kecil atau besar, ia akan dilakukan berperingkat-peringkat,’’ kata Datuk Shahrir Abdul Samad.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu, harga pasaran gula pada masa ini ialah RM1.45 sekilogram.
Beliau berkata, pihaknya sedang mengkaji kemungkinan menaikkan harga selaras dengan pembaharuan kontrak pengimportan gula yang menyaksikan negara pembekal menaikkan harganya.
Menurut beliau, keputusan mengenai perkara tersebut akan dimuktamadkan selewat-lewatnya selepas perayaan Tahun Baru Cina ini.
Harga gula naik selepas Tahun Baru Cina?
JOHOR BAHRU 26 Jan. 09 - Kerajaan masih belum memutuskan kadar harga baru gula yang mungkin dinaikkan selepas sambutan Tahun Baru Cina.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, proses mengumpul dan menganalisis maklumat mengenai harga gula sedang berjalan sebelum keputusan dibuat.
"Semuanya dalam pertimbangan, masih lagi dalam proses ambil dan kumpul maklumat. Belum buat keputusan lagi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman ke majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru di sini hari ini.
Harga ayam naik
KUALA LUMPUR 7 April 09 - Harga ayam hidup naik daripada RM3.30 sekilogram kepada RM3.70 sekilogram, harga borong ayam hidup naik daripada RM4 sekilogram kepada RM4.40 sekilogram.
Harga runcit ayam hidup naik daripada RM4.70 sekilogram kepada RM5.10 sekilogram.
Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata harga borong ayam bersih naik kepada RM5.20 daripada RM4.70 sekilogram. Harga runcit ayam bersih (standard) dengan kaki, kepala, hati dan hempedal naik kepada RM6 sekilogram daripada RM5.55 sekilogram.
Harga runcit ayam bersih (super) tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal berharga RM6.70 sekilogram.
Menurut kenyataan itu harga runcit ayam bersih dengan sijil Tanda Kesihatan Veterinar (VHM) Super tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal berharga RM7.40 sekilogram.
Harga terbaru ayam ini berasaskan pada faktor permintaan dan bekalan semasa. - BERNAMA
Harga ayam naik 60 sen
KUALA LUMPUR 28 April 09- Harga ayam daging di seluruh negara mencatat kenaikan antara 40 sen hingga 60 sen sekilogram berasaskan faktor permintaan dan bekalan semasa, menurut Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia hari ini.
Harga ladang ayam hidup naik 40 sen daripada RM3.40 sekilogram (sekilo) kepada RM3.80 sekilo manakala harga pemborong ayam hidup adalah RM4.50 sekilo berbanding RM4.10 sebelum ini, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Harga pemborong ayam siang kini RM5.30 sekilo berbanding sebelumnya sebanyak RM4.85 sekilo manakala harga runcit ayam hidup pula sebanyak RM5.20 sekilo, berbanding RM4.80 sebelumnya.
Harga runcit ayam siang berserta kaki, kepala, hati dan hempedal turut naik kepada RM6.15 sekilo berbanding RM5.65 sekilo manakala harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal adalah RM6.90 sekilo daripada RM6.30 sekilo.
Harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal pula, mencatatkan kenaikan RM7.60 sekilo daripada RM7 sekilo.
Faktor kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan berdasarkan faktor cuaca panas ketika ini yang turut menjejaskan pembiakan ayam. - BERNAMA
Harga telur naik mendadak - Semua gred lebih mahal sehingga 23 peratus
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR 11 jun 08- Selepas orang ramai dibelenggu dengan kenaikan harga ayam dan daging, kini pengguna semakin terhimpit apabila harga telur ayam pula naik mendadak sehingga mencecah 23 peratus semalam.
Kenaikan itu dikatakan antara yang tertinggi sejak pengumuman kenaikan harga minyak minggu lalu.
Tinjauan Kosmo! sekitar ibu negara semalam mendapati, harga bagi 10 biji telur ayam gred A kini telah mencecah RM3.30 berbanding hanya RM2.70 sebelum ini.
Bagi telur gred B (10 biji) pula, peniaga terpaksa menjual pada harga RM3.10 berbanding RM2.60 sebelum ini dan bagi gred C pula, ia naik 50 sen menjadikan harga bagi 10 biji mencecah RM3.
Harga sayur naik melambung
ALOR STAR 29 Nov.08 - Biarpun kerajaan telah menurunkan harga petrol dan diesel sebanyak lima kali pada tahun ini, harga barang keperluan seperti sayur-sayuran di negeri ini terus meningkat berkali ganda secara mendadak.
Tinjauan mendapati harga sayur-sayuran di negeri ini seperti cili, daun bawang dan kubis didapati melambung berbanding bulan lalu.
Peniaga pula mendakwa kekurangan bekalan dan harga yang mahal dikenakan oleh pemborong menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga sayur.
Antara harga sayur yang meningkat secara mendadak ialah cili merah iaitu dari RM5 ke RM15, daun bawang (RM2.50 ke RM8), timun (80 sen ke RM2.50), salad (RM3 ke RM8), limau nipis (RM2 ke RM5), ubi kentang (RM1.80 ke RM2.50) dan cili padi (RM3 ke RM9), masing-masing bagi setiap sekilogram.
Barang keperluan dijangka naik 15 Jun
JOHOR BAHRU 7 Jun 08- Kebanyakan barang keperluan dijangka naik menjelang pertengahan bulan ini ekoran kenaikan harga petrol dan diesel hampir 40 peratus.
Tinjauan Mingguan Malaysia di Pasar Awam Larkin, di sini mendapati harga barang keperluan tersebut masih kekal pada harga lama.
Bagaimanapun, rata-rata peniaga yang ditemui memberitahu harga barang tersebut dijangka naik ekoran kenaikan harga minyak.
Tambang Bas henti-henti, bas sekolah dan teksi naik.
Kenaikan 1.2 sen hingga RM31.70 mulai Ogos
KUALA LUMPUR: Kadar tambang lapan pengangkutan awam meningkat antara 2 sen hingga RM6.33 di Semenanjung, manakala di Sabah (2 sen hingga RM31.70) dan Sarawak (1.2 sen hingga RM2), berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Kenaikan itu diluluskan Kabinet pada 17 Jun lalu berikutan peningkatan kos operasi perkhidmatan berkenaan. Kali terakhir kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan kereta sewa dinaikkan pada Mei 2005, manakala bas sekolah pada April 2006.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, ketika mengumumkannya semalam, berkata Kabinet juga menggariskan beberapa langkah penambahbaikan industri pengangkutan awam agar seiring dengan kenaikan tambang itu.
RapidKl umum kadar tambang baru bas
PETALING JAYA: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) hari ini mengumumkan tambang baru bagi perkhidmatan bas mengikut zon yang akan berkuatkuasa mulai 1 September depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suffian Baharuddin, berkata RapidKL akan memperkenalkan struktur tambang mengikut zon bagi semua 165 laluan bas, sekali gus menggantikan tambang pas harian yang dilaksanakan RapidKL ketika ini.
"Kadar tambang baru itu membabitkan perubahan daripada konsep pas harian kepada tambang bagi setiap perjalanan mengikut zon yang direntasi, seperti yang diamalkan pengusaha bas henti-henti lain di Lembah Klang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Suffian berkata penumpang bas Tempatan kini membayar RM1 secara pas harian, namun untuk kadar baru, RM1 hanya untuk sekali perjalanan sahaja.
"Struktur tambang baru bagi bas Bandar pula adalah RM1 untuk sekali perjalanan berbanding RM2 bagi pas harian sebelum ini," katanya.
Katanya bagi bas Utama, penumpang akan dikenakan bayaran mengikut zon, iaitu RM1 bagi perjalanan satu zon, RM1.90 merentasi dua zon, RM2.50 merentasi tiga zon dan RM3 merentasi empat zon.
"Struktur tambang baru bagi bas Ekspres pula adalah RM3.80 untuk sekali perjalanan," katanya.
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment