Dipetik daripada NTSEPTICS BLOG
Persoalan ini bermula apabila aku mengkaji semula geografi kawasan Kepulauan Melayu ini. Andai dinilai semula sistem rantaian makanan, haiwan darat yanag berada di rantaian teratas sekali adalah harimau belang. Sehinggakan harimau yang mendiami kawasan sebelah sini dikenali dengan nama seperti Harimau Malaya dan Harimau Sumatra. Selain itu terdapat kucing-kucing besar yang lain seperti Harimau Kumbang, Kucing Hutan, Harimau Akar dan lain-lain lagi.
Dikaji dari corak pemburuan pula, kawasan Kepulauan Melayu ini lebih memenangkan / memberi peluang survival yang tinggi kepada harimau. Corak mukabumi yang dilitupi hutan tebal lebih memudahkan harimau menghendap (camourflage) ketika memburu mangsa.
Corak pemburuan singa pula lebih kepada hendap, kejar dan tangkap (hide, chase and catch) pula amat tidak bersesuaian keadaan mukabumi di sini. Dari segi geografi pula, populasi singa banyak terdapat di kawasan tanah gersang seperti padang rumput Sahara di Afrika serta beberapa bahagian di India.
Singa di kawasan seperti disebutkan di atas merupakan penghuni teratas rantaian makanan di kawasan tersebut. Cuba kita bayangkan jika terdapat dua penghuni rantaian makanan teratas berada di satu-satu kawasan yang sama, bagaimana keadaannya? Tentu haru biru jadinya. Dan apakah cuaca di kawasan Kepulauan Melayu ini sesuai untuk singa menghabitatkan diri mereka?
Persoalan lain, adakah terdapat bukti saheh yang disokong oleh kajian ilmiah bahawa terdapatnya singa pada masa 600 tahun dahulu di Singapura? Sekiranya ada sila tunjukan bukti dimana kawasan spesis singa tersebut bertumpu, bagaiman asal datang spesis singa tersebut dan bagaimana singa-singa tersebut boleh mengalami kepupusan. Ini perlu dibuat kerana sekiranya spesis singa pernah wujud di kawasan ini, pasti telah terjadi suatu malapetaka yang mengakibatkan kepupusan spesis tersebut. Ini amat merugikan, seperti yang berlaku terhadap kepupusan Harimau Tazmania di Australia suatu waktu dahulu.
Hendaknya selepas ini kita tidak lagi menjadi Pak Turut sahaja tanpa mengkaji kebenaran sesuatu sejarah itu.
Andai kata kajian telah dibuat dan ternyata tiada bukti kukuh wujudnya singa di Singapura khususnya dan Kawasan Kepulauan Melayu pada 600 tahun dahulu, Singapura perlu mengkaji semula bagaimana timbulnya nama Singa pada Singapura. Dan sama-samalah kita fikirkan nama apa yang akan di gunakan mereka kelak?
0 comments:
Post a Comment