Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

POLIS sedang bercelaru!!!

Beberapa insiden yang berlaku dalam negara masakini semakin menjelaskan kecelaruan, ‘double standard’ dan cubaan mengelirukan rakyat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Visi dan Misi Polis Diraja Malaysia:

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Musa dilahirkan pada 13 September 1951 di Kuala Lumpur. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 12 September 2006. Mula berkhidmat sebagai Inspektor Pelatih pada 1969 di Maktab Polis Kuala Kubu Baru dan menjadi Inspektor Siasatan Khas pada 1970 di IPD Melaka Tengah.

Antara Amanat beliau semasa dilantik menjadi KPN

Ini pula laporan daripada Malaysiakini pada 29 July 2008 dalam berita bertajuk
“Jangan ganggu siasatan polis”.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini memberi memberi amaran kepada mana-mana pihak, termasuk penulis blog supaya tidak mengganggu siasatan polis dengan menyiarkan bahan atau maklumat yang tidak sah.
“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang sengaja ingin mengganggu siasatan polis. Biar polis yang buat kerja dengan teliti,” katanya.
Ismail berkata sejak siasatan kes liwat terbabit dimulakan terdapat beberapa pihak yang cuba membuat spekulasi dan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan kes terbabit.
“Kita ingin selesaikan kes ini dengan segera. Pegawai yang menyiasat kes ini tidak putus asa mencari petunjuk baru. Polis sedang lakukan yang terbaik dan kami amat perlukan kerjasama daripada semua pihak,” katanya.

Polis juga sedang berusaha mendapatkan beberapa keterangan dan petunjuk penting dalam menyelesaikan kes itu, kata Ismail.

PERSOALANNYA SEKARANG.

1. Ikhlaskah Musa Hassan selaku Ketua Polis Negara bila beliau berkata ” Bekerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan betul dan bantu saya “. Ikhlaskah kamu wahai Musa bin Hassan dengan kata-kata kamu itu?, atau kamu cuma berlakon dalam cubaan menipu?.

2. Orang ramai telah membantu polis untuk mendapatkan petunjuk baru kepada siasatan kes liwat Saiful Bukhari dengan pendedahan laporan perubatan oleh Hospital Pusrawi, kenapa pula ianya dianggap sebagai mengganggu siasatan polis?

3. Bila berlaku kes orang hilang, pihak polis akan mengedarkan risalah gambaran lakar suspek kepada orang ramai dan meminta orang ramai mengedarkannya sebagai langkah membantu siasatan polis. Dalam isu siasatan kes liwat Saiful ini, bukankah dokomen pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Pusrawi yang didedahkan itu sebagai bantuan orang ramai kepada polis?

4. Musa Hassan dalam amanatnya berkata, “bekerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan betul dan bantu saya”. Betulkah polis ikhlas, jujur dan amanah apabila memberkas Datuk Seri Anwar Ibrahim satu jam sebelum masa yang ditetapkan untuk beliau hadir ke IPD Kuala Lumpur baru-baru ini?.

5. Jujurkah polis apabila membiarkan Khairy Jamaluddin berdemontrasi di depan kedutaan asing sedangkan bila rakyat miskin yang tertindas berhimpun secara aman menuntut keadilan, polis membelasah dan menghujani mereka dengan semburan gas pemedih mata?. Jujurkah ini namanya?. Betulkah ini namanya?. Beramanahkah ini namanya?.

6. Lumrahnya seseorang penjawat awam apabila berada dalam siasatan kes jenayah besar akan digantung tugas mereka sehingga kes mereka selesai. Kenapa bila Musa Hassan dan Gani Patail yang sedang dalam siasatan kes jenayah penipuan bahan bukti masih meneruskan tugasnya?. Jujurkah ini namanya?. Betulkah ini namanya?. Beramanahkah ini namanya?. Bukankah ini ‘double standard’ namanya?. Bagaimana mungkin masyarakat dapat mempercayai ketelusan dan kejujuran penyiasatan polis dalam kes ini.

7. Raja Petra Kamaruddin telah membantu polis dalam siasatan kes berprofil tinggi ‘Pembunuhan Altantuya’ dengan perakuan bersumpahnya. Mengapakah mereka yang terkait dalam perakuan bersumpah itu tidak disiasat dengan telus, sebaliknya orang yang membantu siasatan pula yang didakwa?.

8. Jujurkah dan bertanggungjawabkah polis membiarkan seolah-olah mengizinkan Adnan Yaakob, Menteri Besar kerajaan UMNO Pahang menggayakan aksi lucah dikhalayak ramai?, sedangkan sekiranya rakyat miskin yang melakukannya polis tidak akan berlengah, terus saja menunjukkan kehebatan dan ketangkasannya menangkap dan menghukum rakyat miskin tersebut.

Apakah ini kejujuran namanya? Apakah ini yang dinamakan polis berlaku adil??. Ingatlah wahai Musa bin Hassan, ini kezaliman namanya. Ini penindasan namanya. Ini ketidakadilan takrifannya. Ini ‘double standard’ istilahnya. Ini adalah pengkhianatan kepada amanah Allah maksudnya. Ini adalah perbuatan hina dan menjijikkan yang menyebabkan rakyat Malaysia semakin membenci kamu.

Kepada Musa Hassan dan Gani Patail serta semua pembaca, saya ingin mengingatkan diri saya dan kita semua, hayatilah ayat Allah dalam surah Ibrahim ayat ke tiga yang bermaksud:

“Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.”

Allah berfirman lagi dalam Al Nahl ayat ke sembilanbelas bermaksud:

“Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan.”

Akhirnya semoga kita mendapat apa yang telah Allah janjikan di dalam Al Quran ayat ke sembilan Surat Al Maaidah, maksudnya:

“Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.”

Salam takzim
Kerajaan Rakyat.

0 comments:

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List