Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda

Revolusi Anak Muda Malaysia

Revolusi Anak Muda Malaysia

MB NIZAR di Muar!!! 29 JUN 2009

MB NIZAR BERSAMA RAKYAT JOHOR!!!

Dato Seri yang datang dari Kuala Lumpur diarak ke tempat ceramah dari Plaza Tol Pagoh. Lebih dari 5 kenderaan dan 4 buah motosikal berkuasa besar mendahului Konvoi sempena kedatangan Dato Seri Nizar ke Muar. Konvoi bergerak hampir 20 Kilometer sebelum sampai ke lokasi tempat ceramah iaitu di Markaz Pas Kawasan Bakri Muar Johor.

Ketibaan Dato Seri Nizar disambut dengan paluan kompang dan juga perarakan masuk ke markaz tersebut sambil di beri tepukan gemuruh oleh lebih dari 5000 RAKYAT sekitar Muar. Mereka yang hadir tanpa mengira Bangsa dan sambutan sebegini hanya pernah berlaku pada awal perasmian Markaz tersebut kira -kira 16 tahun yang lalu dengan kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz, namun kali ini ia diserikan kembali dengan kehadiran Wira Negeri Perak dan Menteri Besar Rakyat ke tempat tersebut.

Ketibaan Dato Seri Nizar juga disambut oleh Ketua DPPMNJ Dato Mahfuz Mohammad, Dr Boo Cheng Hau ( Adun Skudai), Hj Anwar salleh ( Pengerusi PKR Johor) dan Yb Dr Sheikh Ibrahim Salleh ( Adun Sg Sabung).

Kalungan Bunga juga dibuat oleh wakil Penduduk India di sana. Cenderahati juga disampaikan oleh Pengerusi Pas Negeri kepada Dato Seri Nizar.

Semangat dan juga Aura beliau amat menarik perhatian apabila Dato seri sentiasa mendapat perhatian dari semua lapisan masyarakat terutamanya dari kalangan anak muda di Johor yang mana boleh dikatakan sambutan itu sebenarnya diluar jangkaan.

Apapun sambutan rakyat di Muar memang Best…!!!


DIBAWAH DISERTAKAN GAMBAR SEKITAR PROGRAM TERSEBUT.....



MB Nizar sedang menyampaikan ceramah....



kehadiran rakyat johor yang tidak dijangka.....



sokongan rakyat kepada MB Nizar tidak pernah terhakis.....malahan kian bertambah..



MB Nizar bersama ADUN Skudai Yb Dr Boo Cheng Hau....



lautan manusia di kawasan ceramah......



rakyat johor sedang khusyuk mendengar ceramah dari MB Nizar...


mungin ada sesuatu yang ditanyakan oleh Yb Dr Boo kepada MB Nizar.....



para penyokong juga tidak ketinggalan mengambil gambar 'Pahlawan Rakyat'...

Barisan kepimpinan pejuang rakyat..........







Pasukan UNIT AMAL yang mengiringi MB Nizar.............

MB Nizar diiringi bagai pahlawan melayu..........


MB Nizar disambut oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat negeri Johor....




TERIMA KASIH DIATAS KUNJUNGAN DATO' SERI NIZAR SELAKU MB PERAK YANG SAH!!! RAKYAT JOHOR AKAN TERUS MENYOKONG PERJUANGAN DATO' SERI..SEMOGA ALLAH SENTIASA BERSAMA DATO' SERI.!!
SJ SELAKU ANAK JOHOR MEMBERIKAN SOKONGAN PENUH TERHADAP PEMBUBARAN DUN PERAK!!!
BUBAR.BUBAR!!!BUBAR DUN
BUBAR...BUBAR!!!BUBAR DUN PERAK!!
HIDUP MB NIZAR!!!HIDUP RAKYAT

LAWAN TETAP LAWAN





































































































































































































































































MUHYIDDIN BENGKAK berlagak samseng!!

Salam,SJ terpanggil untuk menulis tentang TPM kita yang baru ini,amboi baru jadi TPM nak berlagak pulak,ingat sedikit siapa engkau dulu sebelum TPM!!

"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi."

Inilah kata-kata yang dikeluarkan oleh Muhyiddin Bengkak!!..betapa penghinaan yang diberikan kepada calon PAS Saudara Fauzi Abdullah..hari ini SJ nak ingatkan kepada semua rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Johor.Ingatlah bahawa manusia inilah yang banyak meragut tanah-tanah orang melayu.Manusia ini juga yang telah menukarkan cuti umum dari hari Jumaat ke Hari Ahad,akibat daripada kejahanaman Muhyiddin Bengkak hari kebesaran orang islam iaitu 'Sayyidul Ayyam' hari Jumaat telah dilupuskan,Hei Muhyiddin Bengkak kami rakyat johor tidak lupa apa yang pernah dibuat masa engkau menjadi MB Johor!!

Jangan berlagak sangat,biar pun saudara Fauzi Abdullah adalah Pemborong ikan akan tetapi saudara Fauzi Abdullah mencari rezeki yang halal bukannya merompak tanah-tanah rakyat sebagaimana yang engkau lakukan!!!. Baguslah idea Tuan Guru Nik Aziz meletakkan saudara Fauzi sebagai calon,calon macam inilah yang terbaik kerana calon ini diangkat dari kalangan rakyat biasa yang tahu bagaimana susah payah rakyat bawahan dibelenggu masalah setiap hari.Kalau letak calon belajar tinggi menggunung pun tiada guna,kerana calon sedemikian biasanya tidak memahami masalah orang bawahan malahan tidak mempedulikan kesusahan rakyat!!

Ingat sekali lagi jangan kau hina Pemborong Ikan wahai Muhyiddin Bengkak,kerana Pemborong Ikan lebih mulia dari engkau.Engkau lebih hina dari pemborong ikan....!!

SJ Sokong sepenuhnya saudara Fauzi Abdullah sebagai calon di PRK Manek Urai...

Lawan Tetap Lawan!!!!!

KISAH SEEKOR SESUMPAH..

salam.,SJ ada terbaca tentang kenyataan sesumpah yang teramat jahanam..

"Saya cabar PAS... buktikan ia parti utama, tunjang dan tonggak dalam Pakatan Rakyat... jika ya, esok saya boleh masuk PAS. Saya tahu mereka tidak boleh (buktikan)," katanya lagi.

Kata-kata diatas adalah kata-kata seekor sesumpah yang tidak bertuan,sesumpah ini digunakan sebagai kambing hitam,dihina,dimaki,diherdik tiada apa pun pada sesumpah ini.Wahai sesumpah siapakah engkau nak cabar-cabar??siapa??engkau ni sedarlah,engkau cuma anjing hitam yang kalau menggonggong pun orang tak takut.SJ cabar wahai si sesumpah sila buktikan kotak-kotank yang engkau cakap dulu mengandungi dokumen-dokumen rasuah pak menteri!!tunjukkanlah wahai sesumpah jika engkau bukan anjing yang menyalak tak tentu pasal!!!buktikan.

Wahai sesumpah adakah engkau telah lupa kata-kata engkau??
Lupakah engkau siapa sebelum engkau menjadi sesumpah?
Siapakah engkau ketika menjadi pemimpin anak muda??
Adakah engkau telah lupa apa yang engkau perjuangkan dahulu??

Taubatlah wahai sesumpah,hidup di dunia ini hanya sementara janganlah engkau hidup bagaikan engkau akan hidup untuk selama-lamanya..Lebih baik engkau diam dari berkata-kata perkataan yang nista belaka!!Lihatlah diri di hadapa cermin,kini engkau tiada apa...ya engkau ada harta,tetapi lihatlah tiada setitik penghormatan pun dari orang lain untuk engkau!!kerana engkau adalah anak muda yang khianat!!!
anak muda yang khianat macam engkau tiada tempat di hati anak-anak muda yang berjuang demi rakyat!!engkau kini berada di lembah jahanam!!janganlah engkau fikir untuk menjahanamkan orang lain..


Taubatlah wahai EZAM SESUMPAH si pengkhianat...!!

Kisah AH LONG Jahanam!!!

salam hari ini SJ nak berkongsi cerita dari satu blog yang SJ baca pagi ini,apa yang akan SJ paparkan adalah untuk renungan bersama,Biar tiada duit bagaimana sekalipun janganlah terjebak dengan pinjaman dengan AH LONG bedebah ni.Banyak cerita yang telah kita semua dengar bagaimana nasib Peminjam AH LONG yang kebanyakannya menderita akibat 'penyakit' ini.Anggaplah jika anda meminjam AH LONG ibarat anda bekerja dapat wang lalu menghabiskan titik peluh anda sepanjang satu hari bekerja untuk AH LONG.Jika terdesak macam mana pun untuk nak pakai wang pinjamlah dari saudara mara,kawan-kawan atau Bank yang sah.AH LONG hanya akan tolong dan buat baik dengan anda mula-mula sahaja,selepas itu anda akan dijadikan mangsa jahanam AH LONG.Jadi jauhilah AH LONG jika sayangkan keluarga.

Sila ikuti cerita dibawah yang disebarkan oleh suaraselatan

Bangsaku berkiblatkan AH LONG Bah 1

Kali ni SS nk berkongsi satu cerita sedih yang rasanya perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk kita semua. Betullah nasib setiap manusia dalam dunia ni tidak akan serupa antara satu sama lain, khususnya dalam soal rezeki, kedudukan pangkat, harta benda, kerjaya, jodoh dan apa-apa juga la. Namun disebalik kesemua nasib-nasib yang tersenarai dalam hidup kita hari ni, kita harus percaya dan yakin bahawa hanya satu benda saja yang mungkin berupaya mengubah dan menentukan nasib kita kat dalam dunia ni iaitu "Akal Fikiran dan Kewarasan Berfikir".

Semalam 24 Jun 2009 lebih kurang jam 1145mlm, SS menerima panggilan kecemasan dari seorang pemanggil misteri yang sedang dalam kesusahan. Maknanya nk mintak tolong la kan?? Dari gerak bibir dan tutur kata yang penuh dusta tu, SS yakin bahawa "Budak Tua" ni sedang berada dalam buruan "Bank Bergerak" yang bole dilihat di merata dunia. SS menjemput "Budak Tua" ni datang ke rumah utk brbincang tapi ni jawapannya " Maaf bang, sya xbole kluar rumah, smua orang cari saya..." so korang nmpk tak keajaiban "Budak Tua" ni dlm diam2, kalau tak kenapa smua org kat dunia ni cari dia!

Nk dipendekkan cerita, SS brsetuju brtandang kerumah "Budak Tua" ni. Sah! ramalan ku benar belaka. Dia diburu oleh 12 org pengusaha "Bank Bergerak" yang menggelarkan diri mereka sbgai "Abang Long" yang kononya cuma mau Tolong... Kesian, remuk redam, luluh hati SS mendengar cerita kelakar seram "Budak Tua" ni mengenai nasibnya yang kini bagaikan binatang liar yang sedang diburu oleh PBT. Nak ke sana ke sini pun tak bebas. Dimana puncanya? kat mana kesilapannya? Siapa yang harus dipersalahkan? Siapa yang menjadi punca gejala ini bermaharajalela ?Kenapa nasib bangsaku sebegini rupa? Apakah tiada lagi keistimewaan danpembelaan untuk bangsa ku.... SS Pening dan bertambah kebulur rasanya perut ni bila memikirkan hal "Budak Tua" ni.

Dipendekkan cerita lg, sbb dr pkl 1215mlm smpi ke 0235pg "Budak Tua" ni masih brcerita di peringkat "Intro" nya sahaja. "Budak Tua" ni sbnrnya telah menjadi Mangsa Penipuan dan Putar Belit kaum seJenis, seBangsa, seAgama, seTaman dan se... se... yang brkaitan. Sahabatnya seorang "Kaki Kencing" (gelaran yang biasa kita dengar untuk golongan Penipu kan... ) yang paling dikehendaki hanya brlagak mcm org kaya, buat "Renovation" rumah puluhan ribu ringgit, pinjaman bank sana sini, dan byk lg la prangai dia yang tak sanggup di senaraikan dlm blog ni. Tapi yang malunya si "Kaki Kencing" ni adalah seorang guru yang telah dididik untuk memberi tunjuk ajar dan Ilmu ke pada sekelian umat manusia didunia ni. Sayangnya... kerana hilang pertimbangan dan kewarasan akal fikiran si "Kaki Kencing" ni sanggup mengguna dan mengheret "Budak Tua" si lurun bendol ni untuk memenuhi tuntutan nasfu setannya. "Pinjam nama hang sat... aku nk buat loan la, x ckup modal nk renovate rumah. Jgn tkut bila duit loan "Gov" aku kluaq, aku clearkan la nama hang" Korang dpt agak kan cerita selanjutnya... jd tak payah la SS teruskan cerita Kelakar Seram ni lg.Persoalannya disini bila "Perang HABIS-HABISAN terhadap Ah long" yang dicanangkan oleh KDN akan dilancarkan. Apakah KDN dan sekutunya ingin melihat lebih ramai manusia di Malaysia ni hidup dlm buangan mcm tahanan perang kat sebelah tu? Sampai bila tragedi ini akan berterusan? Nak tunggu apa lg? Turunlah padang dan seranglah "Konti-konti bank Bergerak" ni kalau KDN dan sekutunya jujur mempertahankan keamanan dan keselamatan rakyat malaysia. Jangan hanya pandai "Berkokok" depan media smpi botak dan berbuih mulut tapi hakikatnya "Kecut Telur" untuk berjuang. dihadapan rakyat sendiri. SS pun tak mahu cerita "Budak Tua" dan "Kaki Kencing" ni akan menjadi "Posting" ke dua atau ketiga dan seterusnya di mana-mana rangkaian Blog yang cintakan keamanan,kedamaian dan keadilan.

Orang-orang mcm kami ni sebenarnya adlah pejuang dan penentang yang hanya mampu berselindung di sebalik bukit dalam membongkar dan mempertahankan hak rakyat, sebabnya kami tiada Kekuatan atau Kuasa untuk membuat keputusan.Sekli lg SS menyeru dan mengingatkan pihak berkuasa agar berhentilah dari terus menipu dan memperbudak-budakkan rakyat yang sememangnya telah jauh lebih dewasa dari apa yang disangka kan. Rakyat hari ni "Bersekolah" tinggi dan "didikan" sempurna dalam menentukan hala tuju hidup dimasa hadapan. Jngan ada pihak tertentu yang "Mendabik" dada dan "Berhidung Tinggi" kerana kononya dapat menyediakan Keperluan asas yang cukup sempurna untuk rakyat hari ini, sedangkan nk makan nasi pun kadang-kadang rakyat terpaksa berhutang keliling pinggang. Kalu tak mahu sediakan apa yang perlu untuk rakyat, jangan jadi pemerintah, turunkan saja Takhta Pemerintahan tu kepada golongan minoriti yang lebih berjiwa rakyat dan mungkin mampu memenuhi tuntutan rakyat bagi meneruskan Hidup mereka tanpa mengambil kira paham politik, budaya, agama dan sebagainya.Jangan sampai Agama dan Bangsa sendiri tergadai dek kerana "Kerakusan" golongan seperti ini dalam berurus niaga. Kepada "Budak Tua" yng mungkin terbaca "Posting" SS ni dan tiba-tiba Terperasan Macho la plk sbb nama naik, harap brsabar. Buat Baik berpada-pada, Buat jahat berkali-kali tau. Untuk si "Kaki Kencing" plk hati-hati dijalan raya ingat lah orang tersayang. Sekali kau menganiaya orang, menyusahkan orang, mengenakan orang dan apa-apa jua la yang kau dh buat, SS harap agar "Kembali la ke jalan yang Benar"

SIAPA DIA HENREY GURNEY!!??

Salam.SJ rasa terpanggil untuk menyebarkan maklumat yang SJ dapat daripada blog che'gubard,iaitu siapa dia Henry Gurney,kalau dulu masa SJ berada di alam persekolahan sekolah menengah, SJ tahu Henry Gurney ni tempat sekolah budak-budak jahat,SJ tidak tahu pun siapa dia Henry Gurney sebelum ini.Bila SJ baca diblog chegubard barulah tahu siapa dia manusia jahanam yang bernama Henry Gurney ini.Maklumat yang paling SJ marah bila tahu tentang manusia jahanam ini ialah manusia jahanam ini merupakan salah seorang yang bertanggungjawab membawa orang yahudi merempat di bumi PALESTIN dan menjadikan negara PALESTIN macam bapak diorang punya tanah.

Iutilah artikel dibawah ini...anda akan tahu siapa dia manusia jahanam yang bernama Henry Gurney ini....(Artikel oleh chegubard)

Antara Chin Peng dan Henry Gurney ?

'Chin Peng anak kelahiran Tanah Melayu, ketika membesar telah terserap dengan mood anti penjajah yang amat kuat. Mood anti penjajah yang ada pada beliau bukan setakat membebaskan negara tetapi lebih tinggi menjadi mood fahaman pengurusan ekonomi menentang fasis kapitalisme dan menghanyutkan beliau ke fahaman komunisme dengan dalam. Chin Peng percaya dengan fahaman Komunisme negara ini mampu di urus dengan lebih baik kerana pada kepercayaannya Komunisme lebih humanis dan menjamin hak sama rata bukan seperti kapitalis yang hanya menjamin hak pemodal besar Lantas atas kenyakinan kuatnya beliau menentang penjajahan British dengan sepenuh daya dan pemikiran beliau.'

Pada 21 Jun yang lepas telah di adakan satu majlis yang kononya 'amat bermakna' di tepi jalan, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.

Pegawai Daerah tersebut, Nor Hisham Dahlan (yang mungkin sudah siap menangani semua aduan penduduk dan pembayar cukai setempat) telah hadir bersama dengan anggota Persatuan Bekas Perajurit Tentera Malaysia untuk memotong reben merasmikan terletaknya papan tanda lokasi pembunuhan Henry Gurney di Batu 56 ½, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.

Maka sesiapa yang melalui jalan tersebut pada waktu itu pasti akan terkejut dengan kehadiran
anggota agak ramai polis dan tentera yang turut diarahkan hadir meraikan perletakan papan tanda tersebut yang mewirakan Henry Gurney. Mana tidaknya jalan yang sehari – hari sunyi dan lengang tiba – tiba kelihatan ramai anggota beruniform bukan kerana kemalangan tetapi kerana meraikan sebuah pana tanda.

Sudah tentu bersungguh – sungguh lagi majlis ini apabila ia dibuat ketika semangat menolak Chin Peng pulang ke Malaysia.

Pertama sekali, siapa dia Henry Gurney yang nak diagungkan kematiannya ini? Henry Gurny ialah warga kelahiran British. Dia dibesarkan dalam keluarga bangsawan yang percaya bahawa bangsa mereka gagah dan kuat serta berdaulat. Maka semua bangsa lain perlu tunduk kepada kekuasaan bangsawan British. Di besarkan dengan persekitaran Eropah masih dipenuhi hamba abdi dari Asia dan Afrika.

Sebelum dihantar bertugas di Malaysia beliau merupakan Ketua Pentadbiran Inggeris di Palestin (1946 – 1948). 'Jasa' beliau yang harus kita tidak lupa ialah menjadi antara perancang membawa masuk bangsa Yahudi khususnya yang berfahaman Zionis untuk menjadikan Palestin sebagai kawasan perlindungan. Tanah rakyat Palestin dirampas untuk menjadi perlindungan Yahudi yang kononya dizalimi di Eropah. Dari hanya kawasan perlindungan, 'berkat' usaha gigih Henry Gurney pada tahun 1948 tertubuhlah negara zionis Israel lakhanat.

Atas kecekapan beliau memperdaya arab Palestin dan menubuhkan negara Israel maka, Henry Gurney telah dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948.

Perlantikan beliau ke jawatan nombor satu di Tanah Melayu oleh British dengan harapan mampu terus memperdaya penduduk Tanah Melayu untuk terus mempertahankan sistem kapitalis dengan menolak unsur komunisme yang anti imperialis serta paling penting mematahkan gerakan kemerdekaan anti penjajah yang tidak seiring dengan kapitalisme amalam British.

Sejak September 1948 bukan sedikit pejuang kemerdekaan ditangkap, dipenjara dan dibunuh oleh Henry Gurney dengan menabur fitnah bahawa mereka pengganas dan menentang negara.
Ingat negara atau kerajaan pada masa itu ialah kerajaan penjajah British. Banyak kumpulan yang bangkit menentang penjajah dilabel komunis dan pengganas. Memang tidak dinafikan fakta sejarah ada kumpulan yang membuat keputusan membebaskan negara dengan memikul senjata dan masuk ke dalam hutan.

Itupun atas perbagai faktor. Bayangkan pertubuhan atau gerakan kemerdekaan negara diharamkan,ramai pemimpin gerakan kemerdekaan ditangkap dan ada yang mati dan hilang tanpa dikesan. Selaku pemimpin pada masa itu hanya ada 3 pilihan, bergabung bersama badan siasah yang direstui penjajah atau menanti ditahan (mungkin dibunuh) atau masuk ke hutan pikul senjata pertahankan prinsip.

Untuk memutuskan bantuan kepada pihak yang menentang dari dalam hutan. British memperkenalkan sistem kampung baru, masyarakat dipaksa pindah ke dalam kawasan penempatan baru yang berpagar duri dan di bawah kawalan senjata.
Ada rekod kebun orang asal dan penduduk di pinggir hutan dibakar kerana takut menjadi sumber makanan pasukan bersenjata menentang penjajah. Orang asal dan penduduk kampung dipinggir hutan diugut jangan bekerjasama dan dimainkan ilusi bahawa pasukan bersenjata di dalam hutan yang menentang penjajah jahat dan ganas.

Tanpa menafikan memang ada juga rekod keganasan dari pasukan bersenjata yang menentang penjajah.

Tidak cukup dengan itu didatangkan tentera upahan dari luar negara yang turut dijajah British untuk mempertahankan 'keamanan' dan 'kestabilan' kerajaan penjajah British. Maka wujudlah tentera Gurkha dan perbagai tentera luar yang sama membelasah pasukan bersenjata yang anti penjajah tidak kira mereka berideologi apa.

Dari 1948 – 1951, British bangga dengan Henry Gurney yang berjaya bukan sahaja mengekang tentangan bersenjata malah berjaya memainkan 'psywar' untuk mengheret sama anak tempatan mempertahankan Kerajaan penjajah British dengan perang anti Komunis nya, sedangkan kita perlu tahu dan sedar ada juga guru agama yang menanam sentimen anti penjajah turut ditangkap dan dikatakan terlibat dalam kegiatan komunis.

Ini tidak dapat dinafikan sehingga sekumpulan mereka yang berpendidikan agama juga telah membuat keputusan masuk hutan menyertai Regimen ke 10 menentang penjajah British.
Henry Gurney begitu menikmati zaman kegemilanganya di Tanah Melayu. Dia dipuja dan dikawal umpama 'Presiden Tanah Melayu'. Bergerak ke mana – mana dengan koleksi kereta mewahnya seperti Rolls Royce yang bangga terkibar Union Jack (bendera penjajah) didepanya.
Pada 7 Okotober 1951, semua kemegahan Henry Gurney musnah apabila beliau mati dengan tembakan dalam satu serang hendap oleh pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya yang serangan itu dikatakan diketuai oleh Chin Peng.

Tepat 12 kilometer sebelum sampai pusat peranginan mewahnya di Bukit Fraser beliau ditembak mati, namun isterinya yang turut berada di dalam kereta tidak dicederakan.
Sejurus selepas itu semua tentera baik anak watan mahupun tentera upahan asing digerakkan secara besar – besaran memburu 'pengganas' komunis. Digambarkan ganasnya komunis ini sehingga saggup membunuh Henry Gurney.

Lupakah kita Henry Gurney ialah antara manusia yang mencipta negara Israel yang sehingga kini menjadi masalah dunia.

Di bawah ini diperturunkan ayat di perenggan ke dua di papan tanda yang dengan bangga diletakkan mengenang tempat kejadian pembunuhan Henry Gurney.

“Henry Gurney bersama isterinya dan setiausaha peribadi D.J Stapler bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser untuk urusan rasmi dan berehat. Apabila kereta Rolls Royce yang membawa rombongan Gurney itu dengan kibaran bendera 'Union Jack' oleh Konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh s di bt. 56 ½, kira – kira 8 batu dari Bukit Fraser tiba – tiba Rolls Royce menjadi sasaran peluru pengganas komunis”

Ayat di atas menggambarkan kita tidak pernah belajar untuk menulis sejarah sendiri. Tulisan penjajah yang merakam sejarah kita salin bulat – bulat. Kita bangga dengan kibaran Union Jack. Ada rekod Henry Gurney mati dan isterinya selamat tetapi apa nasib Mohd Din yang diperdaya menjadi pemandu lantikan penjajah, kita tidak kisah.

Bukankah sebagai anak Malaysia kita harus bangga antara manusia yang menyebabkan tertubuhnya negara Zionis Israel mati dan darahnya dipaksa menyimbah bumi kita.
che'GuBard bukan penganut komunisme, tetapi tidak hairan lepas membuat posting ini ada juak yang membuat tuduhan che'GuBard komunis kerana mereka mewarisi taktik Henry Gurney.
Ini juga berlaku kepada Ust. Ibrahim Libya yang dibunuh mati kerana dituduh komunis, hanya kerana kepercayaan bahawa negera ini bukan negara Islam dan dia tidak mahu ditangkap ISA kerana kepercayaannya itu. Dia ahli PAS, pondok tempat dia mengajar menjadi Markas PAS. Namun regim warisan penjajah ini menggerakkan 'aparat' bersenjata membunuh bukan sahaja Ust. Ibrahim Libya tetapi pengikutnya tidak kira perempuan atau orang tua mahupun kanak – kanak. Mana lebih kejam serangan Chin Peng ke atas rombongan Henry Gurney (penjajah) tanpa membunuh isterinya atau serangan 'aparat' bersenjata Regim Bn ke atas pondok agama di Baling Kedah dibawah arahan Musa Hitam dan Mahathir Mohamad ?

Dalam mengangkat sejarah kita perlu jujur. Jangan gunakan sejarah untuk menakutkan ganerasi selepas itu atau mencari siapa yang salah, siapa yang benar ? Siapa kita yang hendak menjadi hakim kepada sejarah, tetapi sejarah perlu diangkat menjadi pengajaran …..agar bangsa kita ini menjadi bangsa yang kuat...... kesilapan dalam merakam sejarah harus dihentikan.
Tidak benar kemerdekaan negara pada tahun 1957 diperolehi hanya dengan runding-runding atau bincang – bincang sahaja. Mengangkat fakta salah ini umpama menghina sejarah perjuangan bangsa sendiri. Kemerdekaan ini telah dipaksa diberikan oleh penjajah setelah tidak tahan dengan tekanan yang diterima. Dari penentangan awal seperti Tok Janggut, yang difitnah sebagai penentang dan pengganas sehingga tokoh agama ini dihukum mati digantung terbalik dan mayatnya dibiar berhari – hari. Sehinggalah penentangan tekanan Parti Komunis Malaya mahupun gerakan politik seperti Melayu Muda, API , AWAS dan seumpamanya. British tidak punya banyak pilihan terus menjajah secara konvensional dan berdepan dengan tentangan rakyat yang mula meningkat atau mencari satu pewaris yang mampu mentadbir negara ini dengan imej tempatan tetapi dengan syarat mampu menjaga polisi kapitalisme British. Maka British telah memilih untuk mengharamkan semua pertubuhan pro kemerdekaan yang tidak mampu menjaga kepentingan British dengan perbagai label dengan hanya membenarkan beberapa organisasi politik yang mampu menjaga kepentinganya bergerak dan mendapat kemerdekaan darinya.

Henry Gurney mendapat layanan begitu istimewa di tanah ini sama ada ketika hidup atau ketika sudah mati. Bukan setakat jalan, sekolah, bangunan dinamakan dengan namanya malah tempat dia mati yang selama ini terlupa diletakkan makamnya sudah diletakan baru baru ini. Adakah 'regim warisan penjajah' ini tidak tahu akan sejarah Henry Gurney dan kaitannya dengan kekejaman Zionis atau 'regim' ini tidak kisah dengan kekejaman zionis.
Melihat kepada beberapa perkembangan ia lebih kepada regim warisan penjajah ini tidak kisah.
Ramai mungkin tidak percaya dan mengatakan che'GuBard hanya menulis berdasarkan sentimen bukan fakta.

Secara mata kasar sememangnya negara ini kelihatan anti Amerika , anti – Zionis yang kuat. Itulah gambaran media negara ini membentuk persepsi kepada rakyat sendiri.
Lihat sahaja selepas ucapan 'berapi – api' Dr. Mahathir menghentam barat dan Amerika dalam satu Perhimpunan Agong Umno media tempatan terus memainkan ucapan tersebut seolah ucapan itu juga menjadikan Dr.Mahathir hero negara Islam. Malangnya ramai tidak tahu bahawa selepas itu Dr.Mahathir membazirkan jutaan wang rakyat untuk membayar Jack Abramoff, Heritage Foundation, kumpulan pelobi Yahudi (zionis) untuk melobi sehingga membolehkan Dr.Mahathir berjumpa dengan Bush buat beberapa minit dan menjelaskan ucapanya. (sila klik membaca lanjut isu pelobi yang dibayar untuk membolehkan bertemu Bush). Tradisi menggunakan pelobi tersebut juga diteruskan dengan bayaran jutaan ringgit oleh Abdullah kepada Jack Abramoff untuk membolehkan beliau berjumpa Bush.
Jack Abramoff telah dijatuhkan hukuman bersalah di Mahakamah di Amerika kerana mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes beliau di mahkamah ada tercatat kes Malaysia membayar beliau.

Masih ingatkah kita, dengan insiden menantu Abdullah Badawi pada 2006 yang membawa pemuda Bn berkumpul di depan KLCC membuat demonstrasi menghalau Condoleezza Rice . Khairy yang patah tangan pada ketika itu diberikan imej juara anti Amerika dengan mengumpulkan anak muda menghalau pemimpin Amerika yang dibawa masuk oleh bapa mertuanya. Tindakan Khairy seolah menggambarkan Malaysia benar anti Amerika , Anti Zionis Israel. Namun ramai yang tidak tahu pada waktu yang sama tentera Amerika sedang berada di Johor 'berseronok' mengukur tanah negera ini dalam sesi latihan ketenteraan.
Ketika keganasan Israel memuncak semula baru – baru ini, regim warisan penjajah yang memerintah negara ini cuba menggambarkan bahawa negara ini serius menentang dan ingin melumpuhkan negara Zionis itu. Maka rakyat pun di ajak jangan makan KFC (walaupun KFC itu milik saham terbesar anak tempatan), jangan makan Mc Donald atau jangan minum coke.
Boikot itu kuasa pengguna tetapi boikot barangan kecil tidak akan ada sudahnya. Jika berani halang saja barangan tersebut masuk ke Malaysia...sudah tentu tidak berani....
Malaysia sebenarnya tidak kisah, tahu atau tidak banyak kontrak atau hubungan perniagaan yang lebih besar dari setin coca cola yang agihan kek ekonominya tidak dirasai rakyat tempatan tetapi terus masuk ke poket zionis berlaku di Malaysia.

Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis), regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga terlibat dalam banyak projek kerajaan.

CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun. (Sila klik sini untuk baca siapa EDS? )

Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT disumberluarkan. (sila klik sini carian CIMB aniaya pekerja)

EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel. Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis, ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga dalam Laporan Tahunan CIMB 2008. (sila klik untuk laporan CIMB 2008)

Sudahlah kita telah lama sangat dibodohkan.................. Kini masa anak muda untuk bangkit melawan kebodohan....Kita seharusnya bosan dengan memu momokan 'perkauman' yang sudah disajikan berulangkali sejak zaman penjajah lagi kemudian di ulang – ulang oleh regim pewaris penjajah ini.
Konsep satu Malaysia harus didokong, tetapi bukan satu Malaysia versi Najib yang hanya retorik sebaliknya kita harus mendokong satu Malaysia versi Rakyat dengan rukun pertama merdeka dari politik perkauman.
Bangsa yang kuat ialah bangsa yang merdeka mindanya.

LAWAN TETAP LAWAN

TERIMA KASIH Dato' Seri Hj Hadi!!!




MAJLIS PAKATAN RAKYAT TELAH BERSUARA!!!

Salam..,sj hari ini berasa gembira apabila membaca berita terbaru iaitu semalam bersamaan 22 Jun 2009, Pemimpin Pakatan Rakyat terdiri dari Dato' Seri Anwar Ibrahim,Dato' Seri Hj Hadi dan En Lim Kit Siang telah bertemu dan menyatakan pendirian untuk tidak menyokong Negara Perpaduan,alhamdulillah setelah beberapa minggu ini kita dimomokkan oleh BN DURJANA tentang isu ini,kesepakatan telah tercapai ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat telah bersetuju
bahawa :

1. . Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2.Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3.Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

SJ menasihatkan kepada semua,Jika ada sebarang 'penyakit' di dalam Pakatan Rakyat adalah lebih elok kita cantaskan dan nasihatlah kepada 'penyakit' tersebut keluarlah dari Pakatan Rakyat.Orang yang membawa perpecahan tidak wajar berada di dalam Pakatan Rakyat.Seharusnya pihak Pakatan Rakyat membuat satu Jawatankuasa Khas Sulit bagi menyiasat jika ada sesiapa agen UMNO yang masih ada di dalam Pakatan Rakyat nyahkan individu terbabit.

Lawan Tetap Lawan

KATA DUA DARI TUAN GURU NNIK AZIZ KEPADA NASHA!!!




SALAM,selamat pagi,malam tadi SJ tengok TV3 sakit hati,biasalah tv3 Durjana memang dah tiada laporan lain selain "Negara Perpaduan" yang dicanang oleh orang yang bodoh dan buta sejarah.SJ tidak mahu ulas banyak tentang isu ini,biarkan pimpinan kita mengmbil tindakan sepertimana kata amkgelangpatah.Tetapi SJ nak ulas mengenai kata-kata Tuan Guru Nik Aziz,jika Nasharuddin masih mahu meneruskan agenda "Negara Perpaduan" Keluar PAS masuk UMNO dan letak jawatan Ahli Parlimen Bachok.Tuan Guru menyatakan bahawa orang semacam ini tidak bermoral,nak buat apa orang seperti ini berada di dalam PAS,hanya membuat perpecahan sahaja.


SJ pun sama,Nasha lebih baik hang nyah daripada PAS,Orang macam hang yang masih baru bertatih dalam politik tidak layak berada di dalam PAS yang telah disuburkan oleh Allahyarham Ust Fadzil Noor,Siapa hang Nasha hendak membuat kepuusan sesuka hati,hang sepatutnya rujuk dulu pada pimpinan Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz,bila mana hang tidak menghormati Tuan Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS lebih baik hang keluar dari PAS.


Kita sama-samalah berdoa agar agenda jahat yang kita tidak tahu yang terselindung disebalik isu "Negara Perpaduan" ini akan hancur dan tidak terkena pada Pakatan Rakyat.Semoga sesiapa yang ada agenda jahat itu akan terpalit kembali kepada mereka sendiri.
"Semoga allah merahmati perjuangan berkurun oleh Tuan Guru Nik Aziz di dalam PAS"
"Lawan Tetap Lawan"

CUKAI JALAN DIBAYAR BUKAN FREE!!!!!

Salam,Sj tidak faham betul apa agaknya kerja Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah,JKR dan sebagainya yang berkaitan dengan jalan raya,dahlah buat jalan tidak berkualiti lepas tu bila dah rosak lepas tangan,bukannya nak selenggara..buat bodoh saja..Rakyat bayar cukai jalan tau,habis kalau dah jalan macam sial apa guna kita bayar cukai jalan.Macam pahat dengan penukul,Kena ketuk baru jalan apa bodohnya jadi manusia macam itu.Sepatutnya pihak yang terbabit tahu menjalankan tugas masing-masing.


Kalau bab turunkan bendera Parti Pembangkang nombor satu,tidak payah disuruh terus buat kerja jahanam macam itu,inilah akibat kalau pemimpin di atas Durjana,jadi yang dibawah pun ikut sahaja,bukan apa SJ nak komplain pasal jalan-jalan disekitar kawasan skudai,pecah sana-sini,hari tu SJ komplain pasal jalan di Desa Skudai.dah kena komplain baru buat, kalau tak buat bodoh sampai kesudah.


Hari ini SJ nak komplain jalan di Taman Sri Pulai,dah macam sial,lubang sana-sini kalau jalan kampung masih boleh diterima,ini jalan di kawasan taman macam jalan dekat ladang kelapa sawit..!!Haramjadah punya kontraktor cekik duit banyak tapi jalan macam sial.



Dibawah ini SJ titipkan gambar di mana terletaknya jalan tersebut,jalan tersebut di Jalan Pakis 1 Tmn Sri Pulai,Skudai,Johor :




kawasan kedai di mana jalan raya yang amat teruk sekali....



macam jalan dekat ladang kelapa sawit....






jalan masuk simpang ke kawasan perumahan..



gambar yang dibesarkan dari gambar di atas...
banyak kali menelan mangsa penunggang motorsikal...
jalan durjana....




jalan di kawasan hadapan kedai.........


Diharapkan pihak berkenaan segera mengambil tindakan,Buatlah kerja dengan jujur dan bertanggungjawab bukan hanya tahu nak buang bendera Parti pembangkang sahaja kerjanya..ingat sikit rakyat bayar cukai jalan bukan nya free!!!Jadi nilailah cukai itu dengan jalan yang baik bukan jalan yang macam sial ni..



"Lawan Tetap Lawan"


MELANGKAUI BATASAN MINDA

Tahniah kepada Dato' Zaid Ibrahim



Salam pagi,SJ ucapkan tahniah kepada Dato' Zaid Ibrahim kerana telah menyertai perjuangan rakyat,Dato' Zaid seorang ahli politik yang bijak kerana telah memilih PKR sebagai wadah perjuangan.Diharapkan ada lagi pemimpin kerajaan yang akan mengikut jejak Dato' Zahid yang sanggup meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet kerana melihat banyak kepincangan dan ketidakadilan yang berlaku di dalam Kerajaan BN Durjana.Dato' Zahid juga telah dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR.
Tahniah Buat Dato' Zahid Ibrahim
"Lawan Tetap Lawan"

BANTAHAN PENEBANGAN POKOK BAKAU!!

[kenyataan akhbar SUARAM caw. JB pada 9hb Jun 2009]

Kepada Editor Akhbar ,
Bantahan penebangan pokok bakau secara senyap-senyap!
SUARAM cawangan Johor Bahru mendesak pihak berkuasa wajib menjawab persoalan yang dibangkitkan berikutan cadangan pembangunan industri petrokimia dan industri maritim yang melanggar polisi dan akta-akta. 
 [kenyataan akhbar SUARAM caw. JB pada 9hb Jun 2009]

Dua minggu selepas MB Johor Datuk Abdul Ghani melancarkan program penanaman anak pokok bakau di Stesen Janakuasa Tanjung Bin, Pontian, penebangan hutan paya bakau seluas 913 hektar untuk memberi laluan kepada pembangunan industri petrokimia telah bermula sepertimana yang telah dirancangkan. Tindakan pihak berkuasa yang tidak mempedulikan suara penduduk sekitar Mukim Serkat sebelum ini jelas apabila mereka mula menebang pokok bakau secara senyap-senyap. Ini juga jelas menunjukkan bahawa program pelancaran penanaman anak pokok bakau hanyalah suatu sandiwara pihak berkuasa untuk menipu rakyat bahawa kononnya kerajaan negeri Johor mencintai dan memelihara alam sekitar. 


Pada 8 Jun 2009, lebih kurang jam 5:30 petang, kira-kira 50 orang penduduk kampung telah hadir dan mengadakan perarakan sejauh 500 meter ke tempat penebangan pokok bakau untuk membuat bantahan. Mereka yang menyertai himpunan aman ini bukan sahaja terdiri dari orang dewasa, bahkan turut disertai oleh anak-anak sekolah. Muka mereka dilukis dengan pelbagai imej spesis hidupan laut seperti ikan, kuda laut, penyu dan sebagainya. Ada juga yang memakai kad-kad dengan gambar ikan dugong, rumpai laut dan ada juga kad yang memaparkan mesej supaya penebangan pokok bakau ini dihentikan. Kain pemidang dengan perkataan “Kami SOKONG tanam Pokok Bakau, Kami BANTAH tebang Pokok Bakau” sekali lagi direntang oleh penduduk kampung dengan tujuan agar tuntutan mereka didengar oleh pihak berkuasa.  
Pelbagai soalan perlu dijawab oleh pihak berkuasa. Antaranya termasuk:-

Soalan Pertama; Kawasan Sungai Pulai yang diitakrifkan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) tahap pertama tidak boleh digunakan untuk sebarang penebangan, pembalakan dan projek besar-besaran, tetapi bagaimana cadangan pembangunan industri petrokimia ini boleh diluluskan? 

Soalan Kedua; pembangunan projek mega yang memerlukan penebangan hutan paya bakau melebihi 500 hektar perlu menjalankan kajian Detail Environmental Impact Assessment (DEIA), tetapi dimanakah kajian DEIA? 

Soalan Ketiga; perlindungan kepada haiwan terancam seperti dugong dan kuda laut adalah wajib dibawah Akta Perikanan 1985. Pembangunan industri-industri berat seperti kilang petrokimia dan maritim di Sungai Pulai akan memusnahkan pokok-pokok bakau dan rumpai laut yang merupakan habitat bagi pelbagai hidupan laut, dan haiwan-haiwan yang mengalami kepupusan seperti dugong dan kuda laut. Apakah jaminan keatas pemulihan haiwan terancam dan pembekalan sumber laut di selatan Johor? 

Soalan keempat; industri petrokimia memberi kesan ketara terhadap kesihatan penduduk yang tinggal berhampiran (lingkungan kurang dari 1km) akibat pelepasan polycyclic aromatic hydrocarbon (PAH) dan bahan toksik lain, Mengapa industri tersebut dicadangkan untuk dibina di lokasi kurang dari 1 km dari kawasan kampung di Mukim Serkat, Pontian?
 
SUARAM cawangan Johor Bahru mendesak kepada pihak berkuasa agar persoalan-persoalan diatas wajib dijawab kepada rakyat kerana cadangan projek petrokimia dan industri maritim di Sungai Pulai telah melanggar polisi dan akta-akta institusi kerajaan Persekutuan dan Negeri yang dirangka untuk menjamin perlindungan sumber asli dan kesihatan penduduk sekitar. 
SUARAM cawangan Johor Bahru berpendapat bahawa segala pembangunan perlulah mengutamakan kepentingan rakyat dan juga nelayan-nelayan sekitar Mukim Serkat dan bukan hanya untuk kepentingan pihak korporat semata-mata serta tidak mempedulikan risiko kesihatan yang bakal timbul akibat aktiviti-aktiviti pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar yang diwar-warkan. 


SUARAM cawangan Johor Bahru juga menyeru agar pihak berkuasa melibatkan peranan penduduk kampung dan nelayan secara langsung dalam segala proses perancangan pembangunan perairan Tanjung Bin supaya kepentingan dan hak mereka dapat dipertahankan.
Akhirnya kami menyeru kepada semua lapisan masyarakat, badan-badan NGO, parti-parti politik dan pihak media agar terus memberikan tumpuan kepada masalah-masalah akibat pembangunan Industri Petrokimia dan Industri Maritim ke atas penduduk kampung dan nelayan-nelayan sekitar Mukim Serkat. 

SUARAM cawangan Johor Bahru
Jawatankuasa Sahabat SUARAM negeri Johor
09 June 2009


Kongres Nasional Khas 2009

Salam kepada rakan-rakan semua.SJ baru sahaja pulang dari Kongres Nasional Khas PKR yang bertempat di Pusat Konvensyen KUIS di Selangor bersama-sama Naib AMK Johor Saudara Nazri dan juga saudara Fauzi dari AMK Batu Pahat.Kongres ini diadakan adalah untuk meminda beberapa bahagian di dalam perlembagaan PKR bagi memantapkan dan menjadikan PKR satu Parti yang progresif dan sentiasa mengikuti perkembangan Politik Dunia.

Bermula dengan Ucapan Ketua Umum iaitu DSAI,yang meminta ahli Parti memberikan sokongan penuh terhadap Usul yang akan dibentangkan.Para perwakilan yang hadir seramai lebih kurang 1009 orang dan Pemerhati sebanyak 330 orang telah memberikan tepukan gemuruh terhadap ucapan DSAI.Selepas DSAI memberikan ucapan majlis diteruskan dengan usul yang dibentangkan oleh YB Sivarasa.Usul-usul yang hendak dipinda telah dibentangkan oleh beliau.Selepas Usul-usul dibentangkan Pengerusi Tetap memberitahu kini tiba masa untuk Perwakilan membahaskan usul-usul yang telah dibentangkan tadi.


Dalam perbahasan yang telah berlaku banyak pendapat-pendapat telah diutarakan oleh perwakilan ada yang bersetuju tidak kurang juga yang membantah usul-usul yang ingin dipinda itu.Biasalah dimana-mana sahaja berlaku hatta di pihak lawan pun berlakunya pro dan kontra sesama perwakilan.Anggap sahaja itu lumrah dunia politik.Bagi SJ sendiri apa-apa yang dicadangkan oleh peringkat tertinggi Parti bukanlah berniat jahat untuk menjahanamkan Parti akan tetapi untuk kebaikan Parti di masa akan datang.SJ pada dasarnya bersetuju jika apa-apa yang dilakukan hanya untuk kebaikan Parti dan ahli-ahli Parti walaupun sukar untuk diterima pada peringkat permulaannya.Selesai sahaja perbahasan tersebut Pengerusi Tetap telah meminta Ketua Umum PKR untuk menggulung perbahasan sekaligus menangguhkan majlis.Di dalam sessi penggulungan oleh Ketua Umum PKR,sekali lagi meminta agar semua perwakilan yang hadir memberikan sokongan penuh pada usul yang telah dibentangkan,diakhir ucapannya Ketua Umum telah mengusulkan agar undian diberikan secara muafakat.

Sebaik sahaja Ketua Umum menyampaikan ucapan penggulungan Pengerusi Tetap telah bersuara dengan cuba mengusulkan pengundian dilakukan secara kemuafakatan sebagaimana yang dicadangkan oleh Ketua Umum.Ketika ini berlaku sedikit suasana gamat kerana ada perwakilan yang tidak bersetuju dan meminta supaya diadakan pengundian secara sulit diadakan.Selepas agak lama suasana tersebut berlaku Pengerusi Tetap mengumukan berdasarkan majoriti sokongan 2/3 usul-usul tersebut telah diluluskan.Walaupun Pengerusi Tetap telah menutup Sidang Kongres masih ada perwakilan yang memprotes dan meminta mengadakan pengundian secara sulit.SJ secara peribadi menasihatkan kepada sesiapa yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Kongres agar berfikir secara mendalam dan mengaamati sedalamnya usul-usul tersebut.Janganlah memanjangkan lagi protes ini demi kebaikan parti.

"Lawan Tetap Lawan"

Pendedahan eksklusif siapa Rosmah Mansor (BIG MAMA)

Assalamualaikum,selamat pagi kepada semua rakan-rakan,pagi ini SJ awal-awal pagi buka blog-blog yang lain tetapi amat tertarik sekali pada pagi ini bila SJ bukak blog chegubard berkenaan artikel tentang siapa dia Big Mama nama manjanya rosmah mansor.Bukan apa SJ tertarik kerana SJ ingat cerita pasal big mama ni dah senyap,rupanya masih ada cerita-cerita panas berkenaan big mama ni.Yelah dulu dia ni kan hanya isteri kepada TPM Najib Altantuya tapi kini isteri kepada orang nombor satu dalam negara iaitu Najib altantuya lar juga dan kalau tak silap SJ pernah ada yang mengatakan si Big Mama ni bekas isteri kepada pembaca berita di salah satu stesen media durjana yang ada di Malaysia ni.

Petikan diambil dari chegubard.blogspot.com :

Baru mendapat email lewat semalam yang meletakan link http://selamatkanumno.blogspot.com

Email tersebut mengandungi video di bawah

Buat sementara waktu ini ialah video pengenalan...

tunggu kemunculan video penuh tidak lama lagi...


"Lawan Tetap Lawan"

Teguran kepada Tuan Guru Presiden PAS!!!

Assalamualaikum kepada rakan-rakan semua,rasaya sudah lama SJ tidak menulis..kini SJ kembali..SJ rasa terpanggil untuk memberikan kenyataan dan peringatan kepada orang yang sedang lupa.Kini Isu 'Kerajaan Perpaduan' sedang sibuk dicanang di semua media massa dan pencetusnya adalah tidak lain tidak bukan Presiden PAS Dato' Seri Hj Abd Hadi Bin Awang.BN DURJANA kini bagai harimau yang sedang menunggu mangsa untuk dibaham dan dijadikan santapan mereka.




Berkenaan dengan 'Kerajaan Perpaduan' yang telah dicadangkan oleh Hj Hadi itu,SJ sebagai seorang rakyat malaysia yang memang lahir dari keluarga pembangkang dan dari kecil telah bergaul bersama dengan Pemimpin-pemimpin tertinggi PAS, telah melihat bagaimana getirnya pahit maung perjuangan PAS,SJ amatlah tidak bersetuju dan membantah sama sekali dengan cadangan itu,kerana Hj Hadi kena berpusing ke belakang seketika dan lihat apakah senario yang pernah terjadi dengan PAS berpuluh tahun yang lalu,sejarah lalu perlu dikenang kembali.Jangan ambil mudah dan melupakan peristiwa lalu.Adakah Hj Hadi telah lupa peristiwa Nakhaie Ahmad,Dato' Asri???Mereka berdua adalah antara pemimpin tertinggi PAS ketika itu keluar dari PAS lalu menyertai UMNO kononya dengan niat untuk membersihkan UMNO dari dalam.Tetapi apakah yang terjadi kepada mereka,adakah mereka ada membawa isu-isu Hukum Hudud,Negara Islam atau apa-apa sahaja yang pernah mereka perjuangkan ketika di dalam PAS suatu ketika dahulu.Malah mereka kelabu mata bila berada di dalam UMNO akhirnya prinsip,maruah dan agama juga tergadai.

Di Dalam kegemilangan Pakatan Rakyat kini dengan kemenangan dapat merampas negeri-negeri yang dahulunya diperintah BN Durjana dalam PRU yang lalu,adakah Hj Hadi ingin menghancurkannya dalam sekelip mata,apakah perkara yang sepatutnya berlaku di saat kegemilangan PR kini??jawapannya, sepatutnya BN yang perlu datang kepada PR bukan kita yang perlu berunding dengan BN,Parti BN DURJANA sekarang ini yang diambang kemusnahan bukan PR tetapi apabila Hj Hadi mencetuskan Isu ini,adalah amat merugikan PR.Kerana kita di PR adalah berkonsepkan bersatu dan bekerjasama,andaikata ingin mengeluarkan sebarang kenyataan atau membuat rundingan dengan pihak lawan adalah sewajarnya perkara ini dibincangkan bersama bukannya dengan mengeluarkan kenyataan di media seperti yang Hj Hadi telah lakukan.

Kita kena merujuk pada sejarah,Hj Hadi kena ingat betapa susah payahnya Allahyarham Presiden PAS Ust Fadzil Noor membina PAS sepertimana yang ada sekarang bukan mudah,penuh dengan seribu kepayahan yang telah diranjauinya,andaikata jika perkara seperti zaman Dato' Asri berlaku lagi amatlah sedih sekali.Sia-sialah perjuangan Allahyarham selama hidupnya,perjungannya tidak dapat dibayar walau dengan apa sekalipun.Janganlah menjadi pengkhianat seterusnya..bertindaklah sebijaksana mungkin,jangan termakan dengan janji manis BN DURJANA.BN adalah sejenis 'penyakit' dan penyakit itu amat sukar untuk diubati lagi, dari atas hinggalah ke akar umbinya..kalau dalam zaman kita kini yang bergelar arus siber ini..BN ini diistilahkan sebagai 'virus' yang amat bahaya dan masih belum berjumpa ubat untuk 'penyakit macam BN DURJANA ini.Jangka hayatnya sudah tinggal sedikit sahaja lagi,jadi diharapkan Haji Hadi janganlah menjadi Antivirus pulak sebab virus ini boleh juga memusnahkan antivirus,kehinaanya tiada tandingan.

Dalam tulisan kali ini SJ ingin menyatakan yang pendapat diatas adalah dari SJ sendiri tiada kaitan dengan mana-mana parti mahupun pertubuhan NGO.



"Lawan Tetap Lawan"



MELANGKAUI BATASAN MINDA

Islamic Clock

Visitor SJ

Hits Bermula 26 Mei 2010 Jam 9.10am

Mesej kepada SJ

My Blog List