VS
Salam,SJ tidak terperanjat dengan keputusan kelakar si Bengkak,Pandai juga si bengkak buat lawak kan,Si Bengkak kata "Saya tidak membuat keputusan untuk meletakkan siapa calon di Bagan Pinang, raykat Bagan Pinang yang meminta supaya Tan Sri Isa Samad sebagai calon,maka saya umumkan Tan Sri Isa sebagai calon PRK Bagan Pinang"-kata si bengkak..hahahaha nak tergelak SJ dengar.Nampaknya faktor ketandusan calon bagi BN kian terserlah,Mereka sudah lagi tiada calon yang baik untuk dicalonkan,maka si Perasuah lah calon BN di Bagan Pinang.
Dengan kebodohan meletakkan calon yang memang terkenal dan sudah didapati bersalah melakukan rasuah ini adalah satu kesan positif untuk PR mencapai kemenangan yang besar dalam PRK N31 Bagan Pinang,akan tetapi PR banyak tugas berat yang menanti,jangan kita lalai dan leka dengan BN mereka akan menggunakan taktik jahat menipu,rasuah,provokasi itu semua kita harus ambil kira kerana berdasarkan pengalaman PRK yang lalu terlalu banyak taktik keji digunakan.Cara terbaik ialah PR harus bersatu dan melupakan segala perselisihan pendapat bagi mencapai matlamat dan misi yang sama menjatuhkan BN Durjana.
Alhamdulillah kita sudah nampak ketidaksamaan pemilihan calon BN,banyak berlaku perbalahan dikalagan pemimpin BN untuk meletakkan calon,tetapi PR belum apa2 pun berlaku dah membuat persetujuan secara sebulat suara meletakkan calon PAS sebagai calon PRK N31.Maka pada malam tadi PAS telah mengisytiharkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar sebagai calon untuk PR.Inilah calon kita,maka kita dari PR harus menyusun gerak kerja bersama dan jadikan medan Bagan Pinang untuk jambatan ke Putrajaya pada PRU13 nanti.SJ memberi sokongan sepenuhnya pada calon PAS ini kerana ini adalah calon PR.Kita akan bekerjasama dan mengetepikan segala perselisihan dalaman bagi kita kembali pada medan yang asal iaitu misi menawan Malaysia dari tangan BN DURJANA!!!
Gambar from albanjari sekitar Pengumaman calon PR malam tadi......
Nasaruddin Mat Isa turut hadir....
YB Azmin Ali....
Penyokong DAP pun ada...
orang cina turut hadir..
calon kita....
calon kita sedang berucap..
tanda kesepakatan dalam Pakatan Rakyat...!!!
Media juga turut membuat liputan....
Lim Kit Siang bersama Ustaz Nasa...
Lawan Tetap Lawan...!!!
Revolusi Anak Muda
Revolusi Anak Muda Malaysia
Perasuah Calon BN Bagan Pinang!!!
Nusajaya Indah Khabar dari Rupa!!!!
Salam,baru2 ni SJ bersama beberapa blogger lain teah meninjau kawasan Nusajaya yang dikatakan gah sangat tu yang kononya antara pembangunan tercanggih iaitu IRDA..apa yang orang nak bangga sangat dengan projek tu,kalau projek itu benar2 secanggih yang dikhabarkan tidak mengapalah,tapi jika sesiapa ada kelapangan pergi ke sana dan melihat sendiri suasana kawasan Pentadbiran tu,apa yang canggih??tak ada apa pun yang nak di banggakan..malah banyak yang tersirat disebalik pembangunan projek ini yang masih terlindung.
SJ sendiri tidak berbangga projek yang semacam ini,jika hanya sekadar untuk membuang duit rakyat lebih elok memikirkan sesuatu projek yang mendatangkan keuntungan buat rakyat lagi bagus.Akibat terlalu hipokrit dan bangga diri kononnya BN bijak memerintah inilah natijahnya..Rakyat Dibodohkan Pemimpin Diutamakan inilah sepatutnya yang dicanang sebab ini realiti yang berlaku bukan seperti sekarang yang kononnya dengan berslogan 1 Malaysia dan Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan,apa yang rakyat di dahulukan.Jika benar2 rakyat didahulukan turunkan harga minyak serta merta,jika benar rakyat didahulukan buat projek perumahan rumah kos sederhana bukannya buat projek macam Danga Island.Adakah para pembaca fikir yang orang melayu mampu memiliki rumah yang berharga jutaan ringgit??maksud saya orang bawahan, bukan orang melayu keparat di atas.Kalau nak kira orang keparat atas kapal selam pun boleh beli.
Selagi kita mempunyai pemimpin yang keparat selagi itu slogan rakyat didahulukan tidak dapat terlaksana.Bagaimana mungkin rakyat didahulukan,jika segala kepentingan rakyat diletakkan ketepi dan hanya memikirkan masalah beberapa kroni keparat yang perniagaannya semakin merudum akibat kegawatan ekonomi.Ingatlah jika kita rakyat Johor masih menaruh harapan pada pemimpin melayu BN untuk membela orang melayu jangan haraplah.Jika berharap bermaksud kita berada di alam fana 'Mimpi yang tak sudah'.
Jika benar apa yang berlaku kini dan akan berterusan mod rakyat membenci BN pasti Johor akhirnya akan rebah ke tangan Pakatan Rakyat,Insyaallah sedikit masa lagi SJ akan mengambil gambar keseluruhan kawasan pentadbiran di Nusajaya untuk tatapan umum.
"Jangan Hanya Khabarkan Keindahan tetapi Menutup Keburukan"
Lawan Tetap Lawan!!!
Perasmian Cabang Kluang PKR dan Program 'Gagasan Pakatan Rakyat Johor'
Salam,semalam SJ bersama rakan-rakan telah menghadiri satu majlis kesinambungan daripada misi yang dibawa oleh DSAI beberapa bulan yang dulu iaitu Misi Tawan Johor.Alhamdulillah semangat dan kerja keras dari rakan-rakan satu lagi Cabang telah dirasmikan semalam di Bandar Kluang iaitu Cabang Kluang.Semoga misi ini akan diteruskan sehingga mencapai kejayaannya.
SJ bergerak dari Plaza Tol Skudai pada jam 2.00 petang bersama rakan-rakan,lebih kurang jam 3.00 petang SJ bersama rakan-rakan telah sampai di Pejabat PKR Cabang Sekijang.Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Hj Alim daripada Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor.Agak meriah juga majlis di situ.SJ bertemu sesama rakan dari AMK Johor,begitu teruja SJ apabila mendengar ucapan bersemangat oleh Hj Alim dengan lantang menyampaikan ucapan di pentas utama.Semoga semangat seperti ini akan terus subur dikalangan ahli-ahli dan penyokong PKR.Jika semangat dan gerak kerja berterusan tidak mustahil Parlimen Kluang akan diambil alih oleh PR pada PRU 13 nanti.
Hj Alim menghangatkan suasana...
hadirin yang datang sedang mendengar ucapan berapi dari MPN PKR Johor...
Lee Sang sedang menyampaikan ucapan...
Gambar sekitar Majlis Penubuhan Cabang Kluang..
Lee sang bersama rakan-raknnya....
Ketua AMK Johor sedang memperkatakan sesuatu kepada Setiausaha nya Sdr Hong Ping
Pak Ngah@Cikgu Saiman turut hadir....
Naib Ketua AMK Johor Sdr Nazri bersama rakan-rakan....
Antara penggerak utama Skuad AMK GP....Mr Hanz.....
Muka nie memang vanyak bergambar...hehehehe..terkenal seantero Gelang Patah...ada gaya YB beb...
Selesai majlis pelancaran itu,Satu Mesyuarat telah diadakan oleh Majlis Pimpinan Negeri,SJ tidak bersama,SJ bersama rakan terus ke surau berdekatan untuk sembahyang asar,kemudian kami pergi 'ngopi' kat Ralway Cafe di bandar Kluang.Seronok bila bertemu rakan-rakan kemudian bercerita kisah-kisah politik termasuk pengalaman rakan-rakan semasa menghadapi PRU 12 yang lalu.Lebih kurang jam 6.30 kami beredar untuk ke majlis seterusnya iaitu Majlis Pelancaran 'Gagasan Pakatan Rakyat peringkat Negeri Johor oleh Pemimpin Pakatan Rakyat.
Kawasan sekitar Dewan dah kena tawan dengan Bendera PR.....
Gambaran dari luar dewan......
Suasana seakan ada PRK di Sini...hehehe
Suasana sekitar kawasan majlis tampak meriah dengan kibaran bendera dari tiga Parti dari PR iaitu PKR,PAS dan DAP.Majlis telah diadakan di Dewan Persatuan Membaiki Akhlak di Jalan Lambak Kluang Johor.Majlis pelancaran akan disempurnakan pada malam tersebut.Sekitar jam 7.30 selesai solat maghrib SJ tengok ramai yang sudah mula memanjiri kawasan Majlis.SJ mengambil tugas sebagai petugas sempatlah SJ tolong hidangkan makanan bersama rakan AMK lain.Selesai tugasan SJ mula mengambil gambar sekitar majlis.Majlis malam itu telah dihadiri oleh Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi,daripada PKR pula telah dihadiri oleh Naib Presiden Keadilan Sdr Mustafa Kamil Ayub dan juga Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua mereka berdua menggantikan YB Dato' Seri Anwar yang tidak dapat hadir kerana komitmen lain.Manakala dari Parti DAP telah dihadiri oleh YB Tan dari Kepong.Lebih kurang jam 8.30 malam mereka semua telah hadir kecuali wakil dari PKR yang tiba lewat sedikit.
Gambaran dalam dewan..Meja dipenuhi dengan tamu hadir...
semua kaum sertai program ini....tapi iban kadazan SJ tak perasan plak...hehe..
Pemimpin PR....
YB Dr Boo Cheng Hau bersama TGHH dan Mustaffa Kamil Ayub...
Majlis pada malam itu telah dipengerusikan oleh Saudara Khairul Faizi selaku Ketua Pemuda PAS Negeri Johor.Majlis bermula dengan bacaan doa yang kemudian diteruskan dengan ucapan aluan oleh pimpinan PR setempat dari PKR oleh Hj Anuar Salleh,PAS Dato' Mahfuz Mohamad dan juga DAP oleh YB Dr Boo Cheng Hau.
Dato' Dr Mahfuz Pesuruhjaya PAS Johor.....
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Pelancaran Gagasan Pakatan Rakyat Johor oleh Hj Hadi selaku Presiden PAS,Sdr Mustaffa Kamil selaku Naib Presiden PKR dan Dr Tan dari DAP.Majlis juga diserikan dengan tayangan slideshow Misi Tawan Johor.Maka kemudiannya terpampanglah setiap Parlimen dan DUN yang bakal ditawan di Negeri Johor ini.Berdasarkan semangat ini memang kita dapat lihat bahawa PR kini semakin kuat dan mampu untuk memerintah akan tetapi semangat permuafakatan dalam PR harus utuh dan gerak kerja berterusan juga harus dilakukan untuk melengkapkan misi ini pada PRU 13 nanti.
Majlis pada malam itu diteruskan dengan Ucapan oleh Sdr Mustaffa Kamil Ayub.Pada ketika itu SJ sedang makan,tengah-tengah dalam makan tu SJ terdengar suara DSAI,bila SJ pandang ke atas pentas rupanya Sdr Mustaffa Kamil Ayub yang sedang berucap,aura DSAI begitu kuat termasuk gaya,intonasi suara nya juga seakan DSAI.Semangat benar ucapan yang telah disampaikan oleh beliau.Para audien yang datang juga SJ lihat terpapar dari wajah mereka penuh minat mendengar ucapan dari beliau sampai lauk yang sedap dihidangkan ditinggalkan seketika untuk mendengar ucapan beliau.Majlis diteruskan dengan ucapan Yb Dr Tan,setiap daripada mereka ada gaya tersendiri bila meyampaikan ceramah,Uniknya pula Dr Tan bila menyampaikan ucapan ada gaya ala2 Amy Search memegang mikrofon dengan gaya yang unik seakan hendak membuat konsert..hehehe..apa pun ucapan beliau juga berapi.
Naib Presiden PKR Sdr Mustaffa Kamil Ayub...
Seterusnya majlis tersebut diteruskan dengan Ucapan dan juga Ceramah oleh Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi yang tidak kurang hebat hujjahnya dari nas dari al-quran dan hadis Nabi itu cukup menggamit suasana pada malam itu.Sepanjang SJ kenal dan pernah mendengar Tuan Guru Hj Hadi,SJ dapatlah katakan yang Hj Hadi amat luas pengetahuannya dalam ilmu sejarah kegemilangan pemerintahan islam sewaktu zaman dahulu.Kepekaan apa yang berlaku dahulu dapat diingati dan disampaikan dengan baik sekali oleh Tuan Guru Hj Hadi dengan fakta-fakta yang sah.
Akhir sekali majlis ditutup dengan bacaan doa dan surah Al-Asr...sepanjang majlis ini berlangsung bolehlah dikatakan Majlis ini berjaya dan insyaallah akan mencapai matlamatnya jika gerak kerja yang dilakukan berterusan dan kemuafakatan dalam PR dapat diteruskan sehingga telungkupnya kerajaan BN Durjana ini pada PRU ke 13 nanti.Diharapkan majlis seperti ini tidak akan mati begini sahaja,diharapkan pimpinan PR Johor akan terus mengadakan majlis seumpama ini di lain masa.Akhir sekali dari SJ.."Jika Tidak dipecahkan Ruyung manakan dapat sagunya"..semoga PR Johor akan berjaya dan mencapai misi untuk menawan Negeri Johor sebagai negeri PR seterusnya.
kat bawah nie.ada sedikit gambar sekitar majlis yang dpamerkan secara rambang...
macam kenal jer mamat2 kt dalam gambar nie...
nie tak lain tak bukan Bro Nazri...
Hadirin yang memenuhi dewan.....
Hadirin sedang khusuyuk mendengar ucapan pemimpin PR....
Ketua AMK Johor Sdr Zabidie Abbas bergambar kenangan dengan TGHH dan YB Dr Boo
Penyokong PR juga tidak ketinggalan bergambar...
nie mamat mane plak nie dok sengih tengok kamera..hahahah...
ni brother2 yg uruskan protokol majlis..tq bro...
Sekian ini sahaja laporan dari SJ untuk Program di Kluang...
Membujur Lalu Melintang Patah..!!!Lawan Tetap LAwan!!!
Perutusan Hari Raya YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Saya dan Azizah, mewakili keluarga, kepimpinan dan akar umbi KEADILAN seluruhnya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri 1430 Hijrah kepada semua sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sekalian dengan lafaz Minal Eidin walfaizin wal maqbulin. Kemaafan dipohon daripada saudara/i seluruhnya di atas sebarang keterlanjuran kata dan perilaku.
Syawal tahun ini juga disambut dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi.Penguncupan ekonomi bagi suku tahun ini amatlah membimbangkan, KDNK kekal mencatat peratusan rendah.Sudah tentu situasi ini membingungkan kita tatkala berbilion ringgit telahpun dibelanjakan. Sering saya ulangi pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi mana kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak. Amalan memacu ekonomi negara harus difahami dengan pengertian yang lebih mendalam, tidak terhad sekadar dasar yang indah di permukaan tetapi bergelodak pelaksanaannya.
Syawal juga mengajar erti persepaduan dan muafakat disamping bulan untuk memacu amal ibadat. Sabda Rasulullah SAW:
“Hendaklah kamu bersungguh di Eidulfitri ini untuk melakukan sedekah dan segala bentuk kebaikan dan kebajikan seperti solat, zakat, bertasbih serta bertahlil kerana sesungguhnya hari ini adalah hari yang Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah SWT melihat kamu dengan rahmat.”
Justeru marilah kita menyambut penjelmaan Syawal dengan keinsafan, kesabaran dan kesederhanaan. Penyempurnaan ibadah Ramadhan seharusnya mampu mengangkat darjat ketaqwaan dan menggilap roh serta semangat perjuangan menegak yang hak dan keadilan serta menolak kezaliman dan kebathilan.
ANWAR IBRAHIM
Takziah kepada ADUN Johol Negeri Sembilan
Salam..beberapa hari ni SJ balik ke kampung,dekat sana broadband xdapat jadi xdapatlar nak update sangat..kadang2 ada sikit je line...
SJ ada berita hendak disampaikan,Malam tadi SJ dapat satu sms daripada kawan di Rembau Negeri Sembilan,SMS tersebut berbunyi seperti ini
"Sebarkan!!ADUN JOHOL N.S Kanser tulang (last stage),dah hantar surat letak jawatan tp xdterima,krana 4kerusi pisahkan PR kuasai NS.2 Adun bn-kes rasuah,b.pinang prk"
apa maksud sms ini,daripada yang SJ paham,seorang daripada ADUN BN DURJANA NS mengalami penyakit kanser tulang peringkat terakhir bermaksud boleh membawa maut,Adun tersebut katanya daripada Adun Johol,Adun tersebut dikatakan telah menghantar surat perletakan jawatan tetapi tidak diterima,siapakah yang tidak terima surat tersebut tidak dinyatakan,adakah SPR?adakah Speaker DUN NS?? masih belum mengetahui jawapannya.SMS tersebut juga mengatakan ada 2 ADUN BN terlibat rasuah tapi tidak dinyatakan nama..
Berdasarkan SMS tersebut SJ paham bahawa Dun NS BN tidak kuat dan bila-bila masa sahaja boleh hancur..bukan SJ mendoakan suapaya Adun Johol tu cepat mati,ajal maut ditangan tuhan.tapi lihatlah betapa besarnya kuasa allah,dalam mereka sedang merencanakan Misi Tawan Selangor mereka kini sedang goyah di NS..ini semua kekuasaan allah..lihatlah Najib..apa yang engkau rancang tidak berjaya dan kini sedang kembali ke arahkan engkau..
Mungkin doa qunut nazilah penyokong PR sedang dimaqbulkan..terimalah najib..pembalasan kepada engkau semakin hampir..Tidak mustahil Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan PR sebelum PRU13 ini...kita nantikan apa akan berlaku di sebalik apa yang sudah tersingkap di NS...Nantikan...
Lawan Tetap Lawan.....
Bila Zaman Edan Semakin EDAN!!!
Salam raya dari SJ,SJ sekarang berada di kampung,sepanjang perjalanan SJ pulang ke kampung banyak benar kemalangan yang SJ selisih..Nak salahkan siapa Ya??tak kan kemalangan yang berlaku kita nak salahkan Najib kan..Salah pemandu itu sendirila yang cuai,malam ni SJ nak kongsi kisah pasal orang yang buat hukum agama ikut suka suki sendiri jer..
Sebelum SJ ulas apa2 sila baca artikel pendek yang SJ baca dari Harian Metro....
KUALA LUMPUR: Tersepit dengan kemiskinan seorang ibu sanggup melacurkan diri dengan meninggalkan tujuh anaknya di Pahang sejak awal Ramadan lalu, semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membeli pakaian raya baru anak-anaknya sempena Aidilfitri.
Ibu terbabit mendakwa apa yang dilakukannya pengorbanan kecil bagi memastikan anak-anaknya dapat menyarung baju raya selain bergembira seperti kanak-kanak lain.
Aktiviti ibu berkenaan dibongkar wartawan Harian Metro yang membuat tinjauan ke sebuah rumah pelacuran di Jalan Thamby Pillay, Jalan Brickfields di sini dan menemuinya yang menawarkan seks pada caj RM40 untuk sekali perkhidmatan.
Selepas dipujuk dan dibayar sejumlah wang, ibu terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Mek, 43, bersetuju mendedahkan kepayahan hidupnya hingga terpaksa menjadi pelacur pada bulan Ramadan.
Berdasarkan berita ini siapa yang harus dipersalahkan??Kita melihat dari segi perikemanusiaan memang kita akan kasihan tetapi dari segi hukum islam yang tidak boleh dipandang rendah pada dasar penghukumannya,inilah hasil apabila orang yang sepatutnya yang berilmu tetapi memberikan hukum sesuka hati.Bukan untuk menunding jari pada sesiapa tetapi hasil daripada mulut celupar Si Betina yang memberikan hukum ikut sesuka hatinya inilah akibatnya..Korang semua ingat tak bagaimana si betina bernama Masitah telah dengan hebatnya mengatakan bahawa melacur adalah dibenarkan ketika darurat..yang haram adalah tetap pengharamannya..bagaimana dia seorang betina yang kononya ustazah boleh mengeluarkan hukum sebegini??
Kesalahan ini terjadi kerana 'Zaman ini adalah Zaman Edan' zaman gila..di mana pada zaman ini orang yang bukan ahlinya boleh bercakap sesuka hati tidak kira sama ada orang itu ada ilmu yang sepatutnya atau tidak.Manakala orang yang ahlinya tidak bercakap lalu menjadi pengampu pada puak2 EDAN..hahaha..inilah nasib kita rakyat malaysia yang kononnya One Malaysia.
Jika puak2 jembalang yang gilakan kuasa ni terus memerintah malaysia pendek kata lama2 nanti kita pun leh jadi EDAN macam diorang..jadi fikir2kan..'Anda Buat Anda Dapat'..hehehe..
"Kebenaran Pasti Akan Muncul"
Salam Aidilfitri dari SJ!!!
Assalamualaikum,Salam perjuangan,salam reformasi,salam perubahan dari SJ,bersempena dengan syawal yang menjelang SJ menugucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan batin kepada semua pengunjung yang selalu melepak dekat sini.SJ harap walaupun kita berhari raya jangan pernah kita lupa pada matlamat asal kita untuk terus berjuang menegakkan Keadilan dan menentang Kezaliman.
Syawal yang menjelang ini kita sambutlah dengan penuh kesyukuran dan sentiasa berdoa agar segala amalan yang kita lakukan sepanjang bulan ramadhan ini angkat diangkat ke langit dan dinilai dengan baik disisi allah.SJ ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada sesiapa yang pernah dimaki,dihina,dikeji sepanjang SJ mengendalikan blog ini.Semua yang terpapar di blog ini hanya untuk mendedahkan kebenaran dan kebatilan yang terselindung dan dilindungi oleh Media Durjana.Semoga dengan pendedahan SJ raykat mendapat maklumat yang tepat,walaupun kadang-kadang bahasa yang digunakan agak kasar.Kekasaran itu adalah disebabkan rasa amarah SJ pada orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempedulikan nasib rakyat bawahan.
Sepanjang apa yang SJ terbitkan diblog ini tiada sedikit pun untuk mendedahkan keburukan orang lain,cuma sekadar berkongsi berita yang haq untuk tatapan umum..akhir sekali terimalah Salam Syawal dari SJ....
"Lawan Tetap Lawan" Perjuangan tetap akan diteruskan..... "Biarlah kita menjadi seperti ini..Dicampak ke Darat menjadi Gunung,dicampak ke laut menjadi pulau"
Perutusan Lebaran Barisan Pimpinan Kelab Anwar Ibrahim
Kepada semua ahli Kelab Anwar Ibrahim (AIC) yang dikasihi,
Syawal mula menampakkan sinarnya, gemilang sebulan berpuasa hampir tiba ke kemuncak. Beberapa hari lagi kita akan menyambut keriangan Aidil Fitri, disambut teman,sahabat, saudara mara, keluarga dan yang tersayang.
Di kesempatan ini, Pimpinan AIC ingin mengambil kesempatan menyusun jemari, menebar hati memohon ampun dan maaf sesama kita seandai ada terkasar bahasa, terguris di dada, terlanjur perbuatan, terlepas tingkah hingga mencuit rasa hati teman teman perjuangan. Sesungguhnya ia bukan datang atau hadir berserta niat untuk mencari perbalahan, cuma mungkin pendapat kritis yang terlalu jauh berbeda.
Dahulukan agama, tinggalkan seketika fahaman minda, hentikan permusuhan dan dendam. Atas nama Islah, ucapan maaf ini dipohon agar bersama kita mendapat keberkatanNYA dan, InsyaALLAH Syawal kali ini menjernihkan yang kelam, menyeri yang pudar.
Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin buat kalian teman perjuangan, bersama kita pimpin ukhwah ini agar tidak terlerai.
Dari,
Barisan Pimpinan AIC 2009
Lawatan AMK Pusat Ke Rumah Keluarga Rosmah
Seminggu menjelang sambutan Aidilfitri, ahli keluarga terdekat isteri perdana menteri Rosmah Mansor - seperti pernah dilihat dalam siri klip video di Internet - mendapat hadiah dan duit raya daripada Angkatan Muda PKR.Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, hampir 10 pemimpin sayap kanan PKR itu mengunjungi ibu saudara dan sepupu isteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Mertang, Kuala Pilah kelmarin.
“Kunjungan ini untuk mencari kebenaran. Kalau sebelum ini, kita lihat kehidupan mereka dalam Youtube sahaja.
“Keadaan mereka amat daif. Kita berikan bantuan sekadar termampu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Dalam beberapa klip video tersebut, anggota keluarga dekat Rosmah itu melahirkan rasa tidak senang dengan sikap wanita pertama negara yang tidak lagi mengunjungi mereka dan kampung asalnya itu.
Rosmah bagaimanapun tidak pernah memberikan reaksinya berhubung kandungan video tersebut, atau mengesahkan mereka anggota keluarganya, yang kelihatan memaparkan imej negatif kepadanya.
Shamsul (kiri) berkata, rombongan mereka dari Kuala Lumpur tiba di kampung tersebut kira-kira jam 1.15 tengah hari dan menghabiskan masa kira-kira dua jam di sana.
Mengulas reaksi ahli keluarga Rosmah terhadap kunjunganya, beliau berkata: “Ada yang menangis sebab Rosmah tidak ingat lagi pada mereka.”
Diminta menggambarkan kedaifan ahli keluarga perempuan pertama itu, Shamsul berkata, mereka bekerja kampung yang berpendapatan tidak sampai RM500 sebulan dan “mempunyai rumah kayu yang agak reput.”
Beliau juga bercadang mengheret isu tersebut dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan bermula pada 3 Oktober ini.
“Sudah pasti, kerana dia (Rosmah) mungkin turut berkempen,” jawabnya ketika ditanya kemungkinan perkara itu dibangkitkan lagi.
“Ia untuk menggambarkan sikap sebenar Rosmah yang kononnya prihatin dengan dengan nasib masyarakat. Sedangkan keluarganya sendiri dibiarkan daif dan miskin.
“Kalau kerajaan berkata, (dalam konsep) Satu Malaysia, rakyat didahulukan, keadaan ahli keluarganya (Rosmah) menunjukkan sebaliknya.”
Kampung tersebut terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Kuala Pilah, kata Shamsul.
MISI TAWAN SELANGOR HANYA RETORIK NAJIB !!!
NAJIB BERMIMPI DISIANG HARI!!!
Salam..,16 September telah berlalu alhamdulillah berkat keberkatan yang diturunkan allah ke atas negeri selangor masih lagi terjaga..Misi yang dilancarkan kini sudah suram..Misi menjadikan Selangor Negeri kedua Pakatan Rakyat untuk dirampas dan ditawan semula tidak berjaya..Tahniah kepada Pencacai-pencacai yang sering berforum di TKO dan di Mana sahaja platform Forum Pakatan Rakyat kerana telah memalukan dan menjatuhkan maruah Najib Al Monggol yang sebenarnya sudah lama hancur dan kian bertambah parah..
Persoalannya kenapakah Negeri Selangor sangat-sangat diburu oleh jembalang demokrasi ni??sudah pasti ada sebab yang menyebabkan perkara ini berlaku dan terus dirancang..SJ lihat antara sebab utama misi ini dibuat adalah kerana harta kekayaan Negeri Selangor yang dikurniakan allah itu terlalu banyak.Dengan tertegaknya Pakatan Rakyat di Selangor menyebabkan hasil mahsul kerajaan Negeri Selangor tidak lagi dapat diratah dengan rakus oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang dahulunya menjadikan Selangor lubuk membaham harta rakyat.
Kebijaksanaan rakyat selangor yang telah menghukum menjatuhkan BN durjana dalam PRU12 tidak dapat diterima oleh pemimpin-pemimpin jembalang ini kerana semua nya yang telah dirancang menjadi tergendala,segala projek yang ke arah poket individu dihentikan.Tahniah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim kerana berjaya mentadbir Negeri dengan baik dan mengagihkan hasil kekayaan negeri kepada rakyat sekangor kembali..
Percayalah walaupun 16 September 2009 selangor tidak berjaya ditawan,kita kena berhati-hati kerana misi ini akan terus dijalankan sehingga tertumbangnya Negeri Selangor ke tangan BN Durjana.Untuk iti teruskan berdoa kepada allah agar negeri Selangor terus dipelihara daripada tangan-tangan ghaib jembalang yang ingin merompak kekayaan rakyat selangor.Perjuangan mempertahannya harus terus dijalankan,untuk memastikan selangor akan terus kekal dibawah Pakatan Rakyat,SJ ingatkan Kerajaan negeri bersama exco-exco seharusnya memperbanyakkan program apa yang dikatakan 'Kepedulian Kepada Rakyat'.
Hanya program seperti ini boleh mewujudkan pertalian antara rakyat dan kerajaan.Contohilah Negeri Kelantan yang ditadbir oleh Tuan Guru Nik Aziz,bukan ingin membandingkan tetapi inilah satu-satu kerajaan yang bertahan ditangan pembangkang bertahun-tahun walaupun banyak tangan-tangan jembalang yang ingin merampasnya.Cubaan untuk merampas Negeri Kelantan juga banyak kali dilakukan akan tetapi keberkatan pemerintahan dibawah Ulama' telah menafikan misi ini berjaya.Ingatlah semua kita merancang,najib merancang,DSAI merancang..akan tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.Oleh itu kita sebagai Ummat islam kembalilah kepada Allah hanya Allah yang membantu kita.Kita teruskan doa agar misi-misi jahat ini tidak akan berjaya dan akhirnya menjahanamkan diri mereka sendiri!!
Pantang Berundur sebelum Ajal....!!!
DSAI Tetap The Best!!
PETANG semalam bertempat di sebuah hotel di Ampang, Selangor telah berlangsung pelancaran buku Anwar on Trial - In The Face of Injustice yang ditulis oleh peguam terkemuka Pakwancheek Marican dan sekaligus majlis berbuka puasa. Pelancaran dilakukan oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Raja Aziz Addruse.
Majlis berkenaan sungguh meriah dihadiri golongan professional, peguam, doktor, arkitek, enggeniear, dan ahli politik serta pemimpin NGO.
Anwar Ibrahim bersama isterinya, Wan Azizah Ismail juga turut sama hadir menyerikan majlis berkenaan dan turut menyampaikan sepatah kata-kata aluan dan penghargaan kepada Pakwancheek yang menghasil buku berkenaan.
Balu Christopher Fernando yang merupakan salah seorang pena peguam membela Anwar, Maria Kanaruddin bersama dua anaknya, Marisa Egina dan Rina Rizal turut hadir dan menjadi tetamu istimewa.
Antara wakil rakyat yang hadir Johari Abdul, Noridah Kamaruddin, Shaari Sungip dan Zulkefli Nordin. Manakala peguam pula KAmar Aniah Kamaruddin, Zaid Ibrahim, Yahaya, Yunus, Azhar, Radzi Mustafa, Ahmad Buruk, Sivarasah, Bachan Singh dan lain-lain.
Kehadiran Zulkefli Nordin yang kelihatan senantiasa mendekati Anwar ternyata menjadi perhatian dan usikan para tetamu. Zulkefli yang akhir-akhir ini banyak bercakap tidak senada dengan PKR dipertikaikan oleh beberapa tetamu dan ada yang menganggap kemunculannya itu sebagai menyibuk saja.
Paling memeranjatkan menurut salah seorang panitia majlis itu dia tidak tahu siapa yang mengundang ahli Parlimen berkenaan.
Mengenai buku berkenaan, mungkin ramai yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sebalik penulis buku berkenaan oleh Pakwancheek Marican yang mengambil masa 10 tahun. Saya sendiri sudah tidak yakin buku itu akan siap dan akhirnya diterbitkan.
Melihat kepada cara Pakwancheek menulis dan melahirkan buku itu begitu rumit dan berhati-hati sekali menyebabkan saya merasakan ia tidak akan siap. Secara berseloroh saya sebutkan kepada Ibrahim Hashim kawan Pak Wan yang membawa beberapa bab awal buku itu kepada saya untuk dibaca, 10 tahun lagi buku itu tidak akan siap, kata saya.
Ternyata selepas 10 tahun baru buku berkenaan siap. Saya faham susah dan getirnya menulis buku, apa lagi buku politik. Tetapi apapun Pakwancheek berjaya juga menghasilkan buku yang pada saya sebuah dokumen ilmiah dan penuh dengan fakta berhubung dengan liku-liku perbicaraan ke atas Anwar atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan ke liwat membabitkan bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar yang penuh kontroversial.
Walaupun Pakwancheek bukan penulis buku professional, tetapi cara dia mempersembahkan apa yang belaku dalam mahkamah secara live menyebabkan buku ini hidup dan satu-satunya laporan perbicaraan tehadap Anwar yang lengkap seumpamanya.
Kelebihan Pakwancheek di sini ialah kerajinannya mencatat dialog demi dialog semasa perbicaraan itu berlangsung. Rasanya keselurahan fakta perbicaraan Anwar terkandung dalam buku berkenaan.
Pakwancheek juga merupakan salah seorang daripada sembilan penal peguam membela Anwar.
Saya percaya buku Pak wancheek bakal menjadi rujukan para mahasiswa dalam pengajian undang-undang dan mereka yang minat dalam politik di negara ini khasnya membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Syabas dan tahniah kepada Pakwancheek atas keberhasilan itu dan terima kasih kerana turut menjemput saya hadir ke acara pelancarannya petang semalam. Kesempatan saya hadir pada majlis itu membolehkan saya menyaksikan bagaimana Anwar masih lagi popular dan disanjungi umum khasnya kalangan anak muda mengelilingi Anwar dan meminta menandatangani buku berkenaan atau bergambar kenangan.
Kemesraan dan layanan yang diberikan Anwar sore tadi menyebabkan ada yang merasakan tidak mahu berpisah dengan Anwar manakala sesetengahnya yang selama ini terkeliru dan bersikap sekejap dingin dan sekejap panas dengannya kembali mengejapkan sokongan kepadanya.
Salah seorang tetamu meminta Pakwancheek menandatangi bukunya.
"Ini orang jangan main tau!" mungkin itulah yang Anwar katakan mengenai Zulkefli sambil diperhatikan oleh Marisa Regina.
Anwar ketawa mendengar celoteh salah seorang tetamu yang menceritakan bagaimana dia menjerit reformasi di satu majlis kahwin.
Wan Azizah dan Anwar meraikan Maria Kanaruddin dan anaknya, Marisa Egina dan Rina Rizal.
Zaid Kamaruddin, Sivarasah dan Zaid Ibrahim.
Apapun tohmahan dan fitnah DSAI tetap popular dan dihormati..padan muka BN Durjana!!!!