HULU TERENGGANU 3 Sept. – Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia menjadi ‘orang tengah’ dalam menyelesaikan kemelut dalaman UMNO Terengganu yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata, beliau sedia bersemuka dengan pemimpin terbabit dan percaya kemelut itu dapat diselesaikan kerana ia hanya membabitkan masalah peribadi.
Namun begitu katanya, beliau melihat sudah ada perkembangan positif dalam kemelut tersebut berbanding sebelum ini.
‘‘Saya juga menyatakan kesediaan membantu di mana yang difikirkan perlu, kalau ada perkara-perkara tertentu yang perlu dibereskan sama ada ia berkisar aspek politik ataupun soal kerajaan, dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atau Menteri Besar, Datuk Ahmad Said,
‘‘Pertemuan boleh diadakan selepas raya atau bila-bila masa yang sesuai,” katanya selepas mengadakan perjumpaan singkat dengan kepimpinan UMNO Negeri di Pejabat UMNO Bahagian Hulu Terengganu di sini hari ini.
Hadir sama, Hishammuddin, Ahmad, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin dan pemimpin UMNO lain.
Muhyiddin berkata, beliau sebenarnya tidak melihat sesuatu masalah yang berlaku tidak dapat diselesaikan.
Katanya, semua isu yang berbangkit adalah dalam hubungan ‘kita sesama kita’ dan bukannya ada orang luar mahu buat kacau dan sebagainya.
‘‘Bagi saya untuk mencari jalan penyelesaian itu mungkin tidak mudah tetapi boleh, insya-Allah, kita akan dapat selesaikan,” katanya.
Mengenai perjumpaan tersebut, Muhyiddin berkata, pihaknya melihat betapa pentingnya hubungan dan kerjasama padu antara pemimpin UMNO negeri dipertingkatkan.
‘‘Saya juga berharap supaya proses kerjasama itu berjalan dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah yang mungkin boleh menjejaskan parti.
‘‘Saya jelaskan dalam pertemuan itu, adalah penting untuk kita melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Terengganu diperkukuhkan dan bersatu padu.
‘‘Kita mahu kedudukan ini terus kekal, sebab itu kedudukan politik dan parti amat mustahak untuk kita berikan perhatian,” ujarnya.
Ditanya mengenai desas desus kononnya beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu akan bertindak melompat parti, Muhyiddin berkata, pihaknya yakin mereka tidak akan berbuat demikian kerana mereka lebih mengutamakan parti berbanding diri sendiri.
Dalam pada itu Muhyiddin yang diiringi Hishammuddin dan Ahmad sempat menghadiri majlis berbuka puasa yang turut disertai kira-kira 7,000 umat Islam di Masjid Sultan Mahmud di sini.
Beliau kemudianya menunaikan solat sunat tarawaih di Masjid Kampung Teluk Menara, Manir di Kuala Terengganu.
Berita kelakar yang SJ dengar...nak jadi orang tengah hahahha..siaplah engkau bengkak..Terengganu dah nak musnah hang nak jadi kambing hitam silap2 kena sepak dengan Umno Terengganu padan muka.Nak jadi orang tengah konon kena belasah kat tengah2 adalah kot..
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment