Salam,beberapa hari ini Sj sibuk tak sempat nak update blog.Semalam SJ bersama AMK Gelang Patah telah bersama-sama mengadakan satu program kemasyarakatan iaitu memasak bubur lambuk kemudian mengedarkannya disekitar kawasan perumahan.Program semalam bertempat di Surau Desa Harmoni,Tmn Desa Harmoni.Program bermula sekitar jam 10 pagi.Pada pagi itu kami membuat persiapan untuk memasak bubur lambuk yang diketuai oleh Abang Fadhil tukang masak yang memeberikan bantuan untuk memasak bubur lambuk.Semalam pengalaman pertama kali SJ menggodak bubur lambuk,boleh tahan jugak keletihannya pula tu di bulan Ramadhan..Sabar je menghadapi keletihan..
Bro Nazri sedang mengacau bubur lambuk sambil diperhatikan oleh Abg Manan otai gelang patah...hehehe..
mamat mana plak tah pun sibuk nak godak bubur nie ha...
ini pulak 'marshall' slalu dok putar stering hari ni dok putar bubur....
Pada Hari tersebut juga AMK Cabang Gelang Patah telah juga melakukan satu usaha murni dengan memberikan sumbangan zakat hasil kutipan dan sumbangan daripada rakan2.Pembahagian di lakukan sekitar kawasan Skudai dan hingga ke Kg Laut Tampoi,Penyampaian zakat itu diketuai oleh Ketua AMK Cabang Gelang Patah iaitu Sdr Azlan.Pada petang selepas zohor penmgedaran bermula dengan 2 kumpulan,satu untuk pengedaran bubur lambuk dan satu lagi kumpulan melakukan pembahagian barangan bantuan zakat.
Sdr Asrul pun tak ketinggalan nak godak bubur...
Puak-puak kat sini pula tengah kira barang untuk diagihkan....
Sdr Chong sedang memotong Logo Parti untuk ditampal...
Sj bersama rakan lain mengambil bahagian melakukan pengedaran bubur lambuk sekitar kawasan desa skudai manakala Sdr Azlan mengetuai pembahagian barangan zakat.Pengedaran berakhir pada pukul 6.00 petang.Selesai sahaja program kami pergi ke bazar untuk membeli juadah berbuka kerana kami berpakat untuk berbuka bersama di surau tersebut.Alhamdulillah Ahli Jawatankuasa di situ amat baik sekali,mereka memberikan kerjasama sepanjang satu hari program dilakukan di situ.SJ mengucapkan tahniah pada Ahli Jawatankuasa Surau kerana berani memberikan kami ruang untuk mejalankan program dengan jayanya.
Barngan untuk pengedaran bantuan zakat....
Sister Dalalin sedang menampal logo parti sebelum pengedaran dibuat.tq sis...
Selesai berbuka puasa kami pun pulang ke rumah masing-masing,sekian dari SJ.SJ harap program seperti ini diteruskan lagi di masa akan datang dan lebih ramai lagi rakan-rakan yang akan menyertai program seperti ini.
Lawan Tetap Lawan!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment