Salam raya dari SJ,SJ sekarang berada di kampung,sepanjang perjalanan SJ pulang ke kampung banyak benar kemalangan yang SJ selisih..Nak salahkan siapa Ya??tak kan kemalangan yang berlaku kita nak salahkan Najib kan..Salah pemandu itu sendirila yang cuai,malam ni SJ nak kongsi kisah pasal orang yang buat hukum agama ikut suka suki sendiri jer..
Sebelum SJ ulas apa2 sila baca artikel pendek yang SJ baca dari Harian Metro....
KUALA LUMPUR: Tersepit dengan kemiskinan seorang ibu sanggup melacurkan diri dengan meninggalkan tujuh anaknya di Pahang sejak awal Ramadan lalu, semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membeli pakaian raya baru anak-anaknya sempena Aidilfitri.
Ibu terbabit mendakwa apa yang dilakukannya pengorbanan kecil bagi memastikan anak-anaknya dapat menyarung baju raya selain bergembira seperti kanak-kanak lain.
Aktiviti ibu berkenaan dibongkar wartawan Harian Metro yang membuat tinjauan ke sebuah rumah pelacuran di Jalan Thamby Pillay, Jalan Brickfields di sini dan menemuinya yang menawarkan seks pada caj RM40 untuk sekali perkhidmatan.
Selepas dipujuk dan dibayar sejumlah wang, ibu terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Mek, 43, bersetuju mendedahkan kepayahan hidupnya hingga terpaksa menjadi pelacur pada bulan Ramadan.
Berdasarkan berita ini siapa yang harus dipersalahkan??Kita melihat dari segi perikemanusiaan memang kita akan kasihan tetapi dari segi hukum islam yang tidak boleh dipandang rendah pada dasar penghukumannya,inilah hasil apabila orang yang sepatutnya yang berilmu tetapi memberikan hukum sesuka hati.Bukan untuk menunding jari pada sesiapa tetapi hasil daripada mulut celupar Si Betina yang memberikan hukum ikut sesuka hatinya inilah akibatnya..Korang semua ingat tak bagaimana si betina bernama Masitah telah dengan hebatnya mengatakan bahawa melacur adalah dibenarkan ketika darurat..yang haram adalah tetap pengharamannya..bagaimana dia seorang betina yang kononya ustazah boleh mengeluarkan hukum sebegini??
Kesalahan ini terjadi kerana 'Zaman ini adalah Zaman Edan' zaman gila..di mana pada zaman ini orang yang bukan ahlinya boleh bercakap sesuka hati tidak kira sama ada orang itu ada ilmu yang sepatutnya atau tidak.Manakala orang yang ahlinya tidak bercakap lalu menjadi pengampu pada puak2 EDAN..hahaha..inilah nasib kita rakyat malaysia yang kononnya One Malaysia.
Jika puak2 jembalang yang gilakan kuasa ni terus memerintah malaysia pendek kata lama2 nanti kita pun leh jadi EDAN macam diorang..jadi fikir2kan..'Anda Buat Anda Dapat'..hehehe..
"Kebenaran Pasti Akan Muncul"
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment