SHAH ALAM 8 Sept. - Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menjelaskan tidak ada sebarang pertemuan antara Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Sambil menyifatkannya sebagai khabar angin, beliau menegaskan tiada perbincangan dilakukan melibatkan dua individu terbabit termasuk spekulasi mengenai perubahan jawatan Menteri Besar Selangor.
"Tidak ada sebarang perbincangan antara Tuanku dengan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Ia hanya spekulasi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas spekulasi yang disiarkan menerusi laman blog http://ruangbicarafaisal.blogspot.com mengenai pertemuan Najib dengan Sultan Sharafuddin yang didakwa diadakan pagi ini.
Malah, blog itu turut menyebut pihak istana telah memperkenankan Najib menghadap Sultan Selangor terlebih dahulu, kemudian diikuti oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejam selepas itu.
Spekulasi itu tercetus apabila ada pihak mengatakan Najib yang menghadap Sultan Selangor mempunyai kaitan dengan ura-ura berlaku perubahan tampuk pemerintahan kerajaan negeri yang dipimpin pakatan pembangkang ketika ini.
Malah, spekulasi itu turut dikaitkan dengan tindakan Pesuruhjaya Pas, Datuk Dr. Hassan Ali yang menghadap Sultan Selangor pada 5 September lalu turut membawa kepada perubahan jawatan Menteri Besar.
Bagaimanapun, spekulasi membabitkan Hassan itu dinafikan oleh Mohamad Munir sendiri sebelum ini selain menyatakan pertemuan Sultan Sharafuddin dengan Hassan hanya melibatkan hal ehwal agama Islam dan pentadbiran di Selangor.
UMNO2!! tak serik2,ni johor ni dah nak hancur apa yang sibuk sangat nak rampas selangor ha,SJ tengok semakin hari semakin galak UMNO nak rampas kembali selangor,macam2 spekulasi yang dibuat oleh puak pencacai BN ni.SJ nasihatkan kepada sesiapa yang ada hati nak rampas selangor tu lupakan sahaja niat tersebut.Semak balik UMNO Johor ni SJ dengar merata tempat UMNO sedang berkonflik,selesaikan masalah tersebut bukannya sibuk nak pandang tempat orang.Percayalah perkara yang sama akan berulang jika BN menggunakan styrategi bodoh nak rampas selangor..hari tu masa PRU12 ada hati nak rampas Kelantan,akhirnya Selangor,Perak,Kedah,terbang dan PAS pertahankan kelantan.Mungkin kali ini sibuk nak rampas kedah dan selangor Johor pula akan terlepas tengoklah benda macam ini tidak mustahil akan berlaku.
SJ harap orang UMNO johor sedar yang mereka sudah tidak kuat di Johor..SJ dan rakan-rakan akan pastikan yang Johor adalah negeri seterusnya jatuh ditangan Pakatan Rakyat..doakan..
LAWAN TETAP LAWAN
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment