Salam,semalam SJ bersama rakan-rakan telah menghadiri satu majlis kesinambungan daripada misi yang dibawa oleh DSAI beberapa bulan yang dulu iaitu Misi Tawan Johor.Alhamdulillah semangat dan kerja keras dari rakan-rakan satu lagi Cabang telah dirasmikan semalam di Bandar Kluang iaitu Cabang Kluang.Semoga misi ini akan diteruskan sehingga mencapai kejayaannya.
SJ bergerak dari Plaza Tol Skudai pada jam 2.00 petang bersama rakan-rakan,lebih kurang jam 3.00 petang SJ bersama rakan-rakan telah sampai di Pejabat PKR Cabang Sekijang.Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Hj Alim daripada Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor.Agak meriah juga majlis di situ.SJ bertemu sesama rakan dari AMK Johor,begitu teruja SJ apabila mendengar ucapan bersemangat oleh Hj Alim dengan lantang menyampaikan ucapan di pentas utama.Semoga semangat seperti ini akan terus subur dikalangan ahli-ahli dan penyokong PKR.Jika semangat dan gerak kerja berterusan tidak mustahil Parlimen Kluang akan diambil alih oleh PR pada PRU 13 nanti.
Hj Alim menghangatkan suasana...
hadirin yang datang sedang mendengar ucapan berapi dari MPN PKR Johor...
Lee Sang sedang menyampaikan ucapan...
Gambar sekitar Majlis Penubuhan Cabang Kluang..
Lee sang bersama rakan-raknnya....
Ketua AMK Johor sedang memperkatakan sesuatu kepada Setiausaha nya Sdr Hong Ping
Pak Ngah@Cikgu Saiman turut hadir....
Naib Ketua AMK Johor Sdr Nazri bersama rakan-rakan....
Antara penggerak utama Skuad AMK GP....Mr Hanz.....
Muka nie memang vanyak bergambar...hehehehe..terkenal seantero Gelang Patah...ada gaya YB beb...
Selesai majlis pelancaran itu,Satu Mesyuarat telah diadakan oleh Majlis Pimpinan Negeri,SJ tidak bersama,SJ bersama rakan terus ke surau berdekatan untuk sembahyang asar,kemudian kami pergi 'ngopi' kat Ralway Cafe di bandar Kluang.Seronok bila bertemu rakan-rakan kemudian bercerita kisah-kisah politik termasuk pengalaman rakan-rakan semasa menghadapi PRU 12 yang lalu.Lebih kurang jam 6.30 kami beredar untuk ke majlis seterusnya iaitu Majlis Pelancaran 'Gagasan Pakatan Rakyat peringkat Negeri Johor oleh Pemimpin Pakatan Rakyat.
Kawasan sekitar Dewan dah kena tawan dengan Bendera PR.....
Gambaran dari luar dewan......
Suasana seakan ada PRK di Sini...hehehe
Suasana sekitar kawasan majlis tampak meriah dengan kibaran bendera dari tiga Parti dari PR iaitu PKR,PAS dan DAP.Majlis telah diadakan di Dewan Persatuan Membaiki Akhlak di Jalan Lambak Kluang Johor.Majlis pelancaran akan disempurnakan pada malam tersebut.Sekitar jam 7.30 selesai solat maghrib SJ tengok ramai yang sudah mula memanjiri kawasan Majlis.SJ mengambil tugas sebagai petugas sempatlah SJ tolong hidangkan makanan bersama rakan AMK lain.Selesai tugasan SJ mula mengambil gambar sekitar majlis.Majlis malam itu telah dihadiri oleh Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi,daripada PKR pula telah dihadiri oleh Naib Presiden Keadilan Sdr Mustafa Kamil Ayub dan juga Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua mereka berdua menggantikan YB Dato' Seri Anwar yang tidak dapat hadir kerana komitmen lain.Manakala dari Parti DAP telah dihadiri oleh YB Tan dari Kepong.Lebih kurang jam 8.30 malam mereka semua telah hadir kecuali wakil dari PKR yang tiba lewat sedikit.
Gambaran dalam dewan..Meja dipenuhi dengan tamu hadir...
semua kaum sertai program ini....tapi iban kadazan SJ tak perasan plak...hehe..
Pemimpin PR....
YB Dr Boo Cheng Hau bersama TGHH dan Mustaffa Kamil Ayub...
Majlis pada malam itu telah dipengerusikan oleh Saudara Khairul Faizi selaku Ketua Pemuda PAS Negeri Johor.Majlis bermula dengan bacaan doa yang kemudian diteruskan dengan ucapan aluan oleh pimpinan PR setempat dari PKR oleh Hj Anuar Salleh,PAS Dato' Mahfuz Mohamad dan juga DAP oleh YB Dr Boo Cheng Hau.
Dato' Dr Mahfuz Pesuruhjaya PAS Johor.....
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Pelancaran Gagasan Pakatan Rakyat Johor oleh Hj Hadi selaku Presiden PAS,Sdr Mustaffa Kamil selaku Naib Presiden PKR dan Dr Tan dari DAP.Majlis juga diserikan dengan tayangan slideshow Misi Tawan Johor.Maka kemudiannya terpampanglah setiap Parlimen dan DUN yang bakal ditawan di Negeri Johor ini.Berdasarkan semangat ini memang kita dapat lihat bahawa PR kini semakin kuat dan mampu untuk memerintah akan tetapi semangat permuafakatan dalam PR harus utuh dan gerak kerja berterusan juga harus dilakukan untuk melengkapkan misi ini pada PRU 13 nanti.
Majlis pada malam itu diteruskan dengan Ucapan oleh Sdr Mustaffa Kamil Ayub.Pada ketika itu SJ sedang makan,tengah-tengah dalam makan tu SJ terdengar suara DSAI,bila SJ pandang ke atas pentas rupanya Sdr Mustaffa Kamil Ayub yang sedang berucap,aura DSAI begitu kuat termasuk gaya,intonasi suara nya juga seakan DSAI.Semangat benar ucapan yang telah disampaikan oleh beliau.Para audien yang datang juga SJ lihat terpapar dari wajah mereka penuh minat mendengar ucapan dari beliau sampai lauk yang sedap dihidangkan ditinggalkan seketika untuk mendengar ucapan beliau.Majlis diteruskan dengan ucapan Yb Dr Tan,setiap daripada mereka ada gaya tersendiri bila meyampaikan ceramah,Uniknya pula Dr Tan bila menyampaikan ucapan ada gaya ala2 Amy Search memegang mikrofon dengan gaya yang unik seakan hendak membuat konsert..hehehe..apa pun ucapan beliau juga berapi.
Naib Presiden PKR Sdr Mustaffa Kamil Ayub...
Seterusnya majlis tersebut diteruskan dengan Ucapan dan juga Ceramah oleh Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi yang tidak kurang hebat hujjahnya dari nas dari al-quran dan hadis Nabi itu cukup menggamit suasana pada malam itu.Sepanjang SJ kenal dan pernah mendengar Tuan Guru Hj Hadi,SJ dapatlah katakan yang Hj Hadi amat luas pengetahuannya dalam ilmu sejarah kegemilangan pemerintahan islam sewaktu zaman dahulu.Kepekaan apa yang berlaku dahulu dapat diingati dan disampaikan dengan baik sekali oleh Tuan Guru Hj Hadi dengan fakta-fakta yang sah.
Akhir sekali majlis ditutup dengan bacaan doa dan surah Al-Asr...sepanjang majlis ini berlangsung bolehlah dikatakan Majlis ini berjaya dan insyaallah akan mencapai matlamatnya jika gerak kerja yang dilakukan berterusan dan kemuafakatan dalam PR dapat diteruskan sehingga telungkupnya kerajaan BN Durjana ini pada PRU ke 13 nanti.Diharapkan majlis seperti ini tidak akan mati begini sahaja,diharapkan pimpinan PR Johor akan terus mengadakan majlis seumpama ini di lain masa.Akhir sekali dari SJ.."Jika Tidak dipecahkan Ruyung manakan dapat sagunya"..semoga PR Johor akan berjaya dan mencapai misi untuk menawan Negeri Johor sebagai negeri PR seterusnya.
kat bawah nie.ada sedikit gambar sekitar majlis yang dpamerkan secara rambang...
macam kenal jer mamat2 kt dalam gambar nie...
nie tak lain tak bukan Bro Nazri...
Hadirin yang memenuhi dewan.....
Hadirin sedang khusuyuk mendengar ucapan pemimpin PR....
Ketua AMK Johor Sdr Zabidie Abbas bergambar kenangan dengan TGHH dan YB Dr Boo
Penyokong PR juga tidak ketinggalan bergambar...
nie mamat mane plak nie dok sengih tengok kamera..hahahah...
ni brother2 yg uruskan protokol majlis..tq bro...
Sekian ini sahaja laporan dari SJ untuk Program di Kluang...
Membujur Lalu Melintang Patah..!!!Lawan Tetap LAwan!!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment