NAJIB BERMIMPI DISIANG HARI!!!
Salam..,16 September telah berlalu alhamdulillah berkat keberkatan yang diturunkan allah ke atas negeri selangor masih lagi terjaga..Misi yang dilancarkan kini sudah suram..Misi menjadikan Selangor Negeri kedua Pakatan Rakyat untuk dirampas dan ditawan semula tidak berjaya..Tahniah kepada Pencacai-pencacai yang sering berforum di TKO dan di Mana sahaja platform Forum Pakatan Rakyat kerana telah memalukan dan menjatuhkan maruah Najib Al Monggol yang sebenarnya sudah lama hancur dan kian bertambah parah..
Persoalannya kenapakah Negeri Selangor sangat-sangat diburu oleh jembalang demokrasi ni??sudah pasti ada sebab yang menyebabkan perkara ini berlaku dan terus dirancang..SJ lihat antara sebab utama misi ini dibuat adalah kerana harta kekayaan Negeri Selangor yang dikurniakan allah itu terlalu banyak.Dengan tertegaknya Pakatan Rakyat di Selangor menyebabkan hasil mahsul kerajaan Negeri Selangor tidak lagi dapat diratah dengan rakus oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang dahulunya menjadikan Selangor lubuk membaham harta rakyat.
Kebijaksanaan rakyat selangor yang telah menghukum menjatuhkan BN durjana dalam PRU12 tidak dapat diterima oleh pemimpin-pemimpin jembalang ini kerana semua nya yang telah dirancang menjadi tergendala,segala projek yang ke arah poket individu dihentikan.Tahniah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim kerana berjaya mentadbir Negeri dengan baik dan mengagihkan hasil kekayaan negeri kepada rakyat sekangor kembali..
Percayalah walaupun 16 September 2009 selangor tidak berjaya ditawan,kita kena berhati-hati kerana misi ini akan terus dijalankan sehingga tertumbangnya Negeri Selangor ke tangan BN Durjana.Untuk iti teruskan berdoa kepada allah agar negeri Selangor terus dipelihara daripada tangan-tangan ghaib jembalang yang ingin merompak kekayaan rakyat selangor.Perjuangan mempertahannya harus terus dijalankan,untuk memastikan selangor akan terus kekal dibawah Pakatan Rakyat,SJ ingatkan Kerajaan negeri bersama exco-exco seharusnya memperbanyakkan program apa yang dikatakan 'Kepedulian Kepada Rakyat'.
Hanya program seperti ini boleh mewujudkan pertalian antara rakyat dan kerajaan.Contohilah Negeri Kelantan yang ditadbir oleh Tuan Guru Nik Aziz,bukan ingin membandingkan tetapi inilah satu-satu kerajaan yang bertahan ditangan pembangkang bertahun-tahun walaupun banyak tangan-tangan jembalang yang ingin merampasnya.Cubaan untuk merampas Negeri Kelantan juga banyak kali dilakukan akan tetapi keberkatan pemerintahan dibawah Ulama' telah menafikan misi ini berjaya.Ingatlah semua kita merancang,najib merancang,DSAI merancang..akan tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.Oleh itu kita sebagai Ummat islam kembalilah kepada Allah hanya Allah yang membantu kita.Kita teruskan doa agar misi-misi jahat ini tidak akan berjaya dan akhirnya menjahanamkan diri mereka sendiri!!
Pantang Berundur sebelum Ajal....!!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment