Seperti yang dijanjikan..SJ akan update kemuncak program DSAI di Johor iaitu di Markaz PAS Parit Sulong.Sebelum terus ke kawasan ceramah kami berhenti sebentar di sebuah warung tepi jalan,warung biasa yang kita slalu dok minum kopi tu.DSAI nak pekena teh o panas sekejap.Pemilik warung tersebut terperanjat dengan kedatangan DSAI...tak pe bab kat warung ni nanti SJ akan letakkan gambar tersebut di akhir sekali.Dalam 15 minit kami di warung tersebut kemudian terus bergegas ke tempat ceramah.
penyokong yang hadir berbaju DSAI hahaha...design baju tersebut menarik...
hadirin yang datang duduk dimana-mana sahaja ada tepi pokok,ada dekat jalan tar,ada juga yang duduk berhampirang longkang,mereka tidak hirau janji dengar DSAI ceramah hehehe..
Chegubard bersama AMK Gelang Patah...
Setiba di tempat ceramah DSAI telah disambut oleh AMK Parit Sulong dan kemudiannya DSAI terus berjalan melalui kawasan orang ramai untuk bersalaman dengan para penyokong yang begitu ramai menyambutnya..dengan laungan 'Hidup Anwar dan Reformasi' yang bergema di sana memperlihatkan yang rakyat tahu siapa DSAI yang dituduh pengkhianat ini,rakyat tahu DSAI adalah pejuang rakyat malaysia bukan pengkhianat sepertimana yang digembar-gembur media Durjana.SJ mendapat maklumat sebelum ketibaan kami 2 penceramah hebat telah selesai berucap iaitu MPP PKR iaitu Chegubard dan ketika kami sampai 'Anwar Versi Cina' iaitu Dato' Chua Jui Meng sedang menyampaikan ceramahnya.Sejak dari program perasmian Cabang Sekijang kemudiannya ke Dewan Cina dan akhir sekali di Parit sulong ceramah Dato' Chua sungguh garang bagai harimau mengaum pada malam ini.Di kesemua tempat tersebut suara Dato' Chua selantang DSAI,kagum SJ mendengarnya.
Selepas beberapa minit kemudian Dato' Chua mengundur diri dan memberi laluan kepada DSAI untuk menyampaikan ceramah.Dengan potongan bacaan Quran DSAI memulakan ceramahnya.DSAI juga nampak bertenaga dan garang pada malam tersebut.DSAI pada malam ini sekali lagi mencabar mana-mana menteri atau sesiapa sahaja dalam UMNO untuk buktikan DSAI pengkhianat.SJ yakin diorang tidak akan mampu menyahut cabaran tersebut.Nak harap Hisamudin pondan tau keluarkan keris je.Bila ajak berdebat takut..hilang teloq semua..Seterusnya DSAI menceritakan pengalaman semasa pergi ke jakarta bertemu dengan pemimpin Jawa Keraton di sana.DSAI juga menceritakan tentang Ronggo Warsito dengan perjuangannya.
Kemudian DSAI sambil berseloroh mengatakan jangan samapai si muhyiddin bengkak ni dia londehkan habis nanti semua disebut..hahahaha..terkencing si bengkak ni kalu DSAI londehkan apa yang dia buat semasa dulu...hahaha..jangan ingat hang hebat sangat bengkak oii..!!
DSAI sedang menyampaikan ceramah...
DSAI juga menceritakan tentang apa yang berlaku di Perak..semakin ramai yang menyertai PKR dan DSAI juga berharap angin perubahan tersebut juga akan melanda negeri johor ni.DSAI berjanji kepada rakyat johor PKR dan PR amnya akan serang Johor habis-habisan kali ini.Kita akan cuba tawan Johor pada PRU 13 nanti.Di lain masa dalam masa terdekat ni DSAI akan datang lagi ke Johor untuk meneruskan serangan terhadap UMNO di Johor ini.
Sebelum mengakhiri tulisan pada kali ini ada sedikit cerita ringkas apa yang berlaku semasa DSAI hendak bersembahyang di sebuah Masjid di kawasan Segamat..Cuba anda semua bayangkan DSAI hendak bersembahyang bukan nak berceramah atau pergi berperang,akan tetapi Pihak Polis berada di semua kawasan termasuk SB di dalam perkarangan Masjid.Begitu hebat DSAI mengalahkan Muhyiddin bengkak hahaha..Nak sembahyang je dah dikawal begitu rapi..hehe..sehingga ada seorang kawan SJ yang baru bersama dengan PKR pelik dan dia kata ini kali pertama dia tengok orang sembahyang terawih dikawal pihak polis hahaha...
Dibawah ini SJ kongsikan gambar ketika DSAI turun untuk minum teh di sebuah warong kopi..pemilik warong tersebut begitu terperanjat kerana tidak menyangka bahawa org yang datang itu ialah DSAI..bagi kami yang tahu siapa DSAI kami tidak pelik,kami tahu DSAI seorang yang berjiwa rakyat boleh makan dan minum di mana sahaja tidak seperti pemimpin UMNO,tapi mungkin pelik bagi seorang pemilik warong,seorang bakal PM minum di warong.SJ pun bangga ada pemimpin melayu yang macam DSAI.Tahniah DSAI..perjuangan DSAI kini dirasai dimana sahaja..
warong dimana tempat DSAI minum teh bersama rombongan...
penyokong juga tidak ketinggalan mengambil gambar kenangan bersama DSAI...
Sekian laporan Program sepanjang DSAI di Johor..kami PKR Johor mengucapkan ribuan terima kasih kepada DSAI dan rombongan kerana sudi menyampaikan kebenaran di sini.Semoga di lain masa DSAI akan datang lagi untuk meneruskan misi menjatuhkan BN DURJANA pada PRU 13 ini..Ucapan Terima Kasih juga kepada penyokong Pakatan Rakyat yang sama2 menjayakan program ini.
'Membujur Lalu Melintang Patah,Berundur Lalu Tidak Sekali
Lawan Tetap Lawan'!!!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment