Program Pengedaran Bubur Lambuk,Bebuka Puasa dan Pengedaran Risalah
Salam,Semalam SJ dan rakan-rakan telah bersama-sama menuju ke Batu Pahat pada jam 3.15 petang,walaupun sedang bekerja alhamdulillah dapat juga kelepasan untuk keluar dan pergi ke satu program bersama Ketua AMK Malaysia Bro Shamsul Iskandar.Program tersebut lebih dikenali sebagai program kemasyarakatan.Program ini dianjurkan oleh AMK Negeri Johor dengan kerjasama AMK Cabang Batu Pahat yang menjadi tuan rumah.Program bermula lebih kurang selepas asar.
Bro Sam sedang mengedar bubur lambuk kepada pengunjung bazar...
Bro Nazri bersama hanz sedang menabur risalah....
Bro sam sedang membeli juadah berbuka puasa.....
Pengunjung bersalaman dengan Bro Sam...
Program bermula di bazar ramadhan,SJ bersama raka-rakan melakukan pengedaran bubur lambuk disamping mengedarkan risalah untuk makluman kepada rakyat dan penerangan siapakah sebenarnya pengkhinat Agama dan bangsa..Program di sana berjalan dengan lancar,kelihatan ramai juga anak muda di sana.SJ tidak melepaskan peluang untuk mengedarkan risalah tentang Skuad AMK Johor yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.Banyak juga risalah dapat kami edarkan disana.
Bro Fauzi bersama Sam...
Sdr Khairi bersama Bro Nazri meneliti risalah yang diedar....
Selesai sahaja pengedaran bubur lambuk di sana kami bergerak pula ke Pesta Ramadhan berhampiran dengan Masjid Jami' Batu Pahat.Di sini lebih ramai pengunjungnya berbanding dengan bazar ramadhan yang mula dikunjungi tadi.SJ terperanjat sambutan yang kami terima luar biasa.Menurut pengalaman Bro Sam sendiri sambutan ini berbeza dengan kunjungan sebelum ini,dahulunya kalau datang di Johor Bro Sam cakap mereka akan dihina dengan teruk,malahan Surat Khabar SK akan dibakar didepan mata,risalah-risalah akan dilemparkan ke muka dan banyak lagi pengalaman yang dirasai oleh otai-otai yang lain.Betapa peritnya perjuangan mereka dahulu untuk memperkenalkan Parti Keadilan Rakyat di Negeri Johor ini.
Suasana di Pesta Ramadhan.....
Si Bro Fauzi dok jeling kat awek mana tu...hehehe
Hanz bersama sdr Khidir sedang berbincang bersama Khairi...
Senario tersebut sudah berbeza,semalam Bro Sam yang dulu tidak dikenali kini disebut-sebut namanya dikalangan masyarakat di sana,ada yang memanggil nama 'Shamsul',ada juga yang berkejar untuk bersalaman dan mereka juga ada yang berebut untuk mendapatkan risalah kami.Alhamdulillah kini kami pun sedar benar gelombang politik seterusnya akan berlaku di Johor,Mungkin jika kerja yang kita lakukan dengan berterusan dan beristiqomah tidak mustahil Negeri Johor adalah negeri yang seterusnya kan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Ketua AMK Johor..Bro Zabidi..
Pengunjung bersesak-sesak membeli juadah.....
Sdr Khairi sedang memperkatakan sesuatu kepada rakan-rakan.....
Akhirnya apa yang SJ impikan selama ini untuk melihat kebangkitan rakyat Johor,semalam telah terpampang di depan mata SJ yang rakyat Johor juga sudah muak dengan Bn Durjana ini,SJ menyeru kepada diri sendiri dan rakan-rakan agar kita meneruskan perjuangan ini dan beristiqomah dalam perjuangan,kalah menang bukan persoalannya tetapi kerja yang kita lakukan adalah jawapan bagi persoalan kemenangan untuk menjatuhkan Bn Durjana pada PRU 13 ini insyaallah...Sekian dari SJ...
AMK Johor bergambar kenangan di rumah Bro Fauzi....
Suara Keadilan,media alternatif rakyat malaysia.........
"Selagi Kekuatan ada dan kita yakin Allah bersama,Selagi itu perjuangan tidak akan selesai hingga tertegaknya keadilan di bumi Malaysia ini"
Lawan Tetap Lawan!!!
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment