Salam,SJ terpanggil untuk mengusulkan perkara ini,SJ ingin bertanya pada rakyat johor,khususnya orang melayu yang terpinggir yang masih tidak mampu untuk membeli rumah,tidak mampu menyara anak sekolah.Cukupkah dengan gaji RM 1000.00 untuk menyara anak,isteri,bayar rumah,kereta,air,api dan segala apa yang kena bayar di Johor ini.Kehidupan setiap hari semakin mencabar,adakah rakyat Johor masih percaya dengan kerajaan yang sedia ada yang jelas-jelas tidak mempedulikan nasib rakyat marhaen.Jika kita membuka mata seluas mungkin baru kita akan dapat melihat apakah kesan buruk terhadap projek-projek mega yang kini giat dijalankan disekitar Negeri Johor ini.WPI...ya kita bangga di negeri Johor ada projek mega seperti itu tapi tahukah kita apakah implikasi pada projek tersebut.Adakah mampu golongan berpendapatan rendah untuk menikmati prasarana2 tersebut.
Dengan harga minyak pun kian naik dan kos kehidupan pun kian bertambah adakah kita sanggup untuk hidup merempat satu masa nanti,mungkin bukan kita,tapi tidak terfikirkah kita pada anak cucu kita akan datang yang akan menagih simpati dari bangsa luar..kita kena fikirkan dan harus tangani lebih awal sebelum perkara sedemikian berlaku.Lihat sahaja seperti isu di Kg Plentong Tengah adakah kerajaan Negeri johor pertahankan tempat tersebut yang sememangnya tanah orang melayu.
Akhirnya dengan kekejaman dan kerakusan kuasa rumah di situ tetap diroboh tanpa mengira perasaan penduduk di situ yang telah menetap begitu lama di sana.Dikala saat rumah mereka diroboh siapakah yang pertahankan tanah tersebut?? kerajaan negeri??hampeh..harapkan pagar,pagar makan padi.Bila penduduk pertahankan tanah mereka,mereka pula yang dipukul dengan zalim oleh jembalang bertopi merah.
Ini satu dan kini timbul isu pembinaan 'Danga Island yang kini sedang dalam pembinaan,melihat pada pembangunan yang bakal dibuat memang kita cukup kagum kerana Negeri Johor mampu melakukan pembinaan semewah ini dan harga rumah disekitar kawasan tersebut pula menjangkau jutaan ringgit,tapi kita lihat pula dari segi implikasi yang bakal ditanggung rakyat Johor yang berada disekitar kawasan tersebut terdapat perkampungan yang telah wujud berpuluh tahun dahulu.Dan sudah pastilah kampung ini juga akan terkorban jika kita tidak membawa isu ini ketengah.Mungkin peristiwa Kg Plentong Tengah bukan hanya menjadi sejarah tetapi akan berulang lagi.Cukuplah wahai rakyat Johor dengan penipuan yang lalu janganlah tertipu dan ditipu lagi oleh kerajaan BN DURJANA ini,
Kita boleh berbangga dan tertawa besar jika Kerajaan BN Durjana ini ditundukkan pada PRU13 yang akan datang.Ketika itu rakyat Johor harus berbangga kerana mencatat sejarah dunia apabila menguburkan UMNO DURJANA di tempat asal kelahirannya.Masa itu betul kita rakyat Johor boleh mendabik dada bangga dengan kejayaan semacam ini.Untuk itu ayuh anak muda bersama-sama Pakatan Rakyat jangan biarkan pembohongan kepada ibu bapa anda diteruskan pula kepada anda renungilah nasib Rakyat johor yang akan datang yang akan lahir.Nasib mereka kini berada ditangan kita,kita yang akan menentukan apa yang akan mereka alami di masa akan datang.
Untuk menentukan perkara apa yang akan berlaku hanya satu sahaja caranya iaitu tumbangkan BN DURJANA di Johor pada PRU 13 ini..sama-sama kita bekerja kuat untuk tujuan itu.Jika ada sebarang isu ditempat anda sila emailkan di : suarajohor1@gmail.com.SJ akan berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dan akan melaporkan isu tersebut.Sekian untuk kali ini bertemu pula di lain masa.
"Lawan Tetap Lawan"
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
-
KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan
Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.
Menteri di Jabatan P...
9 months ago
0 comments:
Post a Comment